The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kertas kerja kem kepimpinan UB skbd,terkini 2024,PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR HUSNA BINTI RAZALI KPM-Guru, 2024-01-24 09:40:33

KEM KEPIMPINAN JATI DIRI UNIT BERUNIFORM

kertas kerja kem kepimpinan UB skbd,terkini 2024,PDF

1


2


3 KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN JATI DIRI UNIT BERUNIFORM 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DUNGUN 1.0 NAMA PROGRAM Kem Kepimpinan Jati Diri Unit Beruniform SK Bandar Dungun 2024 2.0 ANJURAN Unit Kokurikulum SK Bandar Dungun 3.0 PENDAHULUAN / RASIONAL Aktiviti kem kepimpinan merupakan satu aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara ‘hands on’ dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti kem kepimpinan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti ini juga bakal memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar. Melalui aktivitiaktiviti yang disertai para pelajar akan didedahkan dengan semangat kepimpinan yang tinggi yang akhirnya akan membantu mereka memimpin organisasi-organisasi yang diwujudkan apabila pulang ke sekolah, di samping dapat menyiapkan diri apabila bekerjaya kelak. 4.0 TUJUAN / MATLAMAT Penganjuran program ini bermatlamat untuk melatih diri murid-murid dalam melakukan sesuatu perkara secara berdikari serta memupuk sifat kerja secara berpasukan dalam diri murid. Selain itu, melalui program ini peserta dapat membina keyakinan diri serta menerapkan jati diri yang teguh melalui aktiviti yang dijalankan. Peserta juga diharapkan dapat belajar untuk menepati masa seperti dalam aspek pengurusan masa seterusnya melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik. Di samping itu, program ini juga diharap dapat membentuk sahsiah diri murid untuk sentiasa bersikap positif seperti suka tolong menolong dan saling bantu membantu antara setiap pasukan. 5.0 OBJEKTIF Di akhir program ini, peserta akan dapat: 5.1 Mengetahui, memahami serta mempraktikkan cara-cara atau teknik perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri. 5.2 Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan untuk memecahkan perasaan rendah diri, tidak yakin dan tidak mengharapkan orang lain melalui aktiviti yang dirancangkan.


4 5.3 Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran. 5.4 Menanam sikap bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dan melemparkan segala perasaan dengki, tamak, mementingkan diri sendiri dan angkuh di dalam diri pelajar. 5.5 Memupuk semangat kepimpinan dan kebertanggungjawaban yang tinggi di dalam diri setiap peserta. 6.0 PELAKSANAAN Tarikh : 25-26 Januari 2024 (Khamis hingga Jumaat) Masa : Khamis (2.00 petang) hingga Jumaat (12.30 tengah hari) Tempat : SK Bandar Dungun Perasmian : Jumaat (26 Januari 2024) jam 10.00 pagi oleh Penutup Guru Besar SK Bandar Dungun 7.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA Bil Badan Berunifom Bil Peserta 1. Tunas Kadet Remaja Sekolah (Lelaki & Perempuan) 14 2. Pengakap (Lelaki) 14 3. Bulan Sabit Merah Malaysia (Lelaki & Perempuan) 14 4. Pandu Puteri Tunas (Perempuan) 14 5. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (Perempuan) 14 Jumlah 70 8.0 AJK PENGELOLA Rujuk lampiran 1 : AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA 9.0 KOS PERBELANJAAN Rujuk lampiran 2 : KOS PERBELANJAAN KEM KEPIMPINAN JATI DIRI UNIT BERUNIFORM 10.0 JADUAL AKTIVITI Rujuk lampiran 3 : JADUAL AKTIVITI


5 11.0 PENUTUP Kem kepimpinan jati diri unit beruniform SK Bandar Dungun diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli-ahli unit beruniform. Selain itu, dapat menyemai sikap kendiri yang baik, berdikari dan mendedahkan bagaimana seseorang peserta dapat berkomunikasi serta bertolak ansur dengan rakan-rakan yang lain. Harapan untuk membentuk satu komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum juga menjadi agenda utama. Matlamat perpaduan kaum dapat diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu ,amalan nilai-nilai murni yang dipelajari di sekolah dapat dipraktikkan semasa berinteraksi dengan rakan-rakan ,guru-guru dan jurulatih di tapak kem kepimpinan. Para peserta juga dapat mengasah bakat kepimpinan dan seterusnya menjadi pemimpin yang berwibawa bagi unit masing-masing. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, demi memberi pengetahuan dan pengalaman berharga kepada murid SK Bandar Dungun. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT KATA KERANA MUAFAKAT Disediakan oleh; Disemak oleh, (NUR HUSNA BINTI RAZALI) (MOHD SURI SHAM BIN MAMAT) Setiausaha Kem Kepimpinan Jati Diri Guru Penolong Kanan Kokurikulum Unit Beruniform SK Bandar Dungun SK Bandar Dungun


6 LAMPIRAN 1 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA Penasihat : Mohd Apandi bin Omar Baki Pengerusi : Mohd Suri Sham bin Mamat Naib Pengerusi 1 : Wahab bin Yusof@Abd Ghani Naib Pengerusi 2 : Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif Kem Komandan : Mohd Bukhari bin Othman Pen. Kem Komandan 1 : Siti Fatimah binti Jusoh Setiausaha : Nur Husna binti Razali Bendahari : Tuan Norizan binti Tuan Abdullah JAWATANKUASA PELAKSANA KEM KEPIMPINAN JATI DIRI UNIT BERUNIFORM Pendaftaran 1. Shashazfieda@Shayzana binti Awang 2. Nik Rozni binti Nik Lah 3. Suriana binti Sheikh Hassan 4. Noor Ayuni binti Muda Tapak Perkhemahan 1. Ahmad Bustaman bin Abu Bakar 2. Noor Ain binti Ismail Khemah/Peralatan/ 1. Koi Cheng Boon Siaraya 2. Mohd Bukhari bin Othman 3. Ahmad Bustaman bin Abu Bakar 4. Pekerja Swasta Lelaki Pertandingan 1. Nooraya binti Mohd Azali (Masakan Rimba) 2. Roslina binti Samsudin (Malam Kebudayaan) Makanan Murid 1. Norahan binti Abidin (Pengakap) 2. Sabariah binti Abdul Rahman (Pandu Puteri Tunas) 3. Najmiah binti Ali (BSMM) 4. Norasyigim binti Mohamad (PPIM) 5. Nor Afiza binti Omar (TKRS) Makanan Guru 1. Norhayati binti Abdullah 2. Nurdiana binti Aziz@Abdul Aziz 3. Nur Syahida binti Zulkifli 4. AJK PIBG Perempuan 5. Guru KAFA


7 6. Pekerja Swasta Wanita Kerohanian 1. Bukhari bin Othman 2. Hanim binti Ngah Baharudin 3. Norasyigim binti Mohamad Keselamatan/ 1. Abdul Salam bin Yaakob Kecemasan 2. Suriani binti Abd. Ghani 3. Wan Rosemawati binti Wan Ahmad 4. Nik Rozni binti Nik Lah Kebersihan 1. Shashazfieda@Shayzana binti Awang 2. Hanim binti Ngah Baharudin 3. Nurul Syahidatul Aini binti Abu Bakar 4. Wan Rosemawati binti Wan Ahmad Kawalan Malam 1. Koi Cheng Boon 2. Suriana binti Sheikh Hassan 3. Roslina binti Samsudin 4. Nooraya binti Mohd Azali 5. Wakil guru setiap unit Dokumentasi 1. Nurul Najihah binti Mat Isa 2. Husna Amira binti Hassan Buku Program 1. Nur Husna binti Razali Cenderamata/Hadiah 1. Tuan Norizan binti Tuan Abdullah 2. Sofiahaida binti Sulaiman 3. Siti Fatimah binti Jusoh Sijil/ 1. Nur Syahidatul Aini binti Abu Bakar 2. Noor Ayuni binti Muda 3. Siti Nurulhuda binti Abdul Manap Urus Setia@Ketua Unit 1. Abdul Salam bin Yaakob (PENGAKAP) 2. Koi Cheng Boon (TKRS) 3. Shashazfieda@Shayzana binti Awang (BSMM) 4. Nooraya binti Mohd Azali (Pandu Puteri Tunas) 5. Norasyigim binti Mohamad (PPIM) Juru Acara Majlis 1. Siti Fatimah binti Rahim Penutup


8 BIDANG TUGAS SETIAP JAWATANKUASA BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. JEMPUTAN/SAMBUTAN VIP/PROTOKOL Pihak Pengurusan ● Mengenal pasti tetamu jemputan ● Menghantar surat jemputan ● Menyambut tetamu 2. PENDAFTARAN Shashazfieda@Shayzana binti Awang Suriana binti Sheikh Hassan Noor Ayuni binti Muda Nik Rozni binti Nik Lah ● Menyediakan borang pendaftaran@senarai nama murid dan guru semasa pendaftaran ● Menyediakan kaunter pendaftaran di lokasi utama 4. KAWALAN DISIPLIN PELAJAR Kem Komandan Penolong Kem Komandan ● Memastikan disiplin murid terkawal sepanjang tempoh perkhemahan. ● Memastikan murid mematuhi masa yang ditetapkan untuk satu-satu aktiviti. ● Memastikan murid solat berjemaah di surau. 4. BUKU PROGRAM DIGITAL (Anyflip – QR Code) Nur Husna binti Razali ● Mendapatkan maklumat yang berkenaan untuk dimuatkan dalam buku program ● Menyediakan draf buku program untuk disemak 5. BANNER / BACK DROP / PUBLISITI Nur Husna binti Razali ● Mendapatkan maklumat yang betul untuk dicetak pada banner ● Menempah banner ● Memastikan banner siap sebelum program berjalan ● Memasang banner di tempat yang ditetapkan 6. SISTEM SIAR RAYA / PENGACARA MAJLIS (MAJLIS PENUTUP) Mohd Bukhari bin Othman Koi Cheng Boon Ahmad Bustaman bin Abu Bakar Pekerja Swasta Lelaki ● Memastikan sistem siar raya ada dan berfungsi dengan baik sepanjang majlis penutup berlangsung. ● Memastikan sistem siar raya berfungsi dengan baik sepanjang Malam Kebudayaan berlangsung.


9 7. SIJIL Nur Syahidatul Aini binti Abu Bakar Noor Ayuni binti Muda Siti Nurulhuda binti Abdul Manap ● Memastikan bilangan sijil mencukupi ● Menguruskan majlis penyampaian hadiah dan sijil. 8. DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI Nurul Najihah binti Mat Isa Husna Amira binti Hassan ● Merakamkan gambar yang sesuai sepanjang program berjalan. ● Merakamkan video yang sesuai sepanjang program berjalan ● Menyediakan gambar untuk didokumentasikan 9. MAKANAN MURID Norahan binti Abidin (Pengakap) Sabariah binti Abdul Rahman(PPT) Najmiah binti Ali (BSMM) Norasyigim binti Mohamad (PPIM) Nor Afiza binti Omar (TKRS) ● Membeli bahan mentah yang diperlukan. Memastikan peserta mendapat makanan secukupnya sepanjang program berlangsung. ● Memastikan makanan telah disediakan untuk para peserta. 10. KESELAMATAN & KECEMASAN Abdul Salam bin Yaakob Suriani binti Abd. Ghani Wan Rosemawati binti Wan Ahmad Nor Afiza binti Omar ● Memaklumkan pihak klinik kesihatan berhampiran tentang program perkhemahan ini. ● Menyediakan pengangkutan yang sesuai sekiranya berlaku kecederaan murid untuk dihantar ke hospital. 11. URUS SETIA 1. Abdul Salam bin Yaakob (PENGAKAP) 2. Koi Cheng Boon (TKRS) 3.Shashazfieda@Shayzana binti Awang (BSMM) 4. Nooraya binti Mohd Azali (Pandu Puteri Tunas) 5. Norasyigim binti Mohamad (PPIM) ● Bertanggungjawab sebagai urus setia sepanjang program berlangsung. ● Menerima aduan, laporan dan sebarang permasalahan daripada pasukan terlibat ● Membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan yang timbul sepanjang program PROGRAM KEROHANIAN Bukhari bin Othman Hanim binti Ngah Baharudin Norasyigim binti Mohamad ● Menyediakan tazkirah yang sesuai untuk murid antara solat maghrib dan Isya’ dan selepas solat subuh. ● Memastikan murid solat berjemaah di surau apabila masuk waktu.


10 PENYELARAS TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN Masakan Rimba Nooraya binti Mohd Azali Malam Kebudayaan Roslina binti Samsudin ● Menyusun dan menyelaras aktiviti sepanjang program ● Memastikan aktiviti yang dirancang dengan lancar ● Melantik hakim bagi setiap pertandingan. ● Menyediakan borang pemarkahan pertandingan.


11 LAMPIRAN 3 JADUAL AKTIVITI 25 Januari 2024 (KHAMIS) MASA AKTIVITI TINDAKAN 02.00 pm Pendaftaran Urus Setia Pendaftaran 02.30 pm Taklimat Aktiviti Kem Komandan Persiapan Khemah Guru Unit masing-masing 04.30 pm Solat Asar (04.41 petang)/ Minum Petang AJK Kerohanian/AJK Makan Minum 05.00 pm Slot Motivasi Kepimpinan Jati Diri 1.Penyelaras : En Abdul Salam bin Yaakob 06.00 pm Persiapan Malam Kebudayaan Guru Unit masing-masing 06.30 pm Pengurusan Diri/Makan Malam Solat Maghrib (07.15 malam), Solat Isya’ (08.28 malam) & Aktiviti Kerohanian AJK Kerohanian/AJK Makan Minum 09.00 mlm Pertandingan Malam Kebudayaan (14) Penyelaras : Pn Roslina bt Samsudin AJK : Wakil guru setiap unit 10.30 mlm Minum Malam AJK Makan Minum Tidur AJK Tugasan Malam


12 26 Januari 2024 (JUMAAT) MASA AKTIVITI TINDAKAN 05.30 pagi Persiapan Pagi Kem Komandan/AJK Kerohanian Solat Subuh (06.00 pagi)/ Aktiviti kerohanian 07.00 pagi Senamrobik Pn Sofiahaida dan Pn Roslina 07.30 pagi Sarapan pagi AJK Makan Minum 08.00 pagi 1. Pertandingan Masakan Rimba (5) Penyelaras : Pn Nooraya Mohd Azali AJK : Wakil guru setiap unit 9.00 pagi Kemas Khemah /Minum pagi Kem Komandan / AJK Makan Minum 10.00 pagi Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Semua guru AJK Hadiah 12.00 tengah hari Bersurai


Click to View FlipBook Version