Keluaran Mei 2021
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba
& Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Diambil dari perkataan Arab yang
bermaksud kembali kepada fitrah.
Iaitu kembali kepada asal
kejadian manusia yang suci, bersih
dan tiada dosa.
Ia juga dikaitkan dengan
kewajipan Zakat Fitrah ke atas
umat Islam.
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Dipanggil juga Hari
Raya Puasa, Hari
raya Fitrah dan
juga Hari Lebaran
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Disambut oleh semua
umat Islam di
seluruh dunia
setelah menjalani
ibadah puasa
selama sebulan di
bulan Ramadhan
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Disambut pada 1 Syawal
setiap tahun mengikut
kalendar Hijrah. Ianya
ditentukan berdasarkan
Hisab dan Rukyah iaitu
perkiraan kitaran bulan
dan terlihatnya anak
bulan Syawal
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Umat Islam digalak
memperbanyakkan Takbir
dan Tahmid di Hari Raya;
bermula selepas
terbenamnya matahari
hari terakhir Ramadhan
sehinggalah bermulanya
solat Hari Raya Aidilfitri
pada 1 Syawal
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Bayaran Zakat Fitrah adalah
kewajipan bagi umat Islam
sebelum tibanya Aidilfitri.
Waktu yang diwajibkan
berzakat bermula apabila
terbenamnya matahari pada
akhir Ramadhan sehingga
terbit matahari pada 1 Syawal.
Zakat Fitrah bertujuan
membantu golongan fakir
membuat persediaan
menyambut Syawal
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Mandi Sunat Aidilfitri. Niat
'Sahaja aku mandi sunat
Aidilfitri kerana Allah Taala.
Menjamah sedikit makanan
sebelum menunaikan solat di
masjid.
Berpakaian terbaik, menutup
aurat dan berwangian.
Memberi ucapan dan saling
mendoakan dalam kebaikan.
'Taqabballlahu minna wa
minkum' (Semoga Allah menerima
semua amalan kita)
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Menunaikan solat Sunat
Aidilfitri dan mendengar
Khutbah.
Menggunakan jalan yang
berbeza sewaktu pergi dan
balik dari menunaikan solat
Aidilfitri
Berkunjung dan menziarahi
saudara-mara atau jiran
tetangga
Digalakkan berpuasa sunat
Syawal selama 6 hari bermula
pada 2 Syawal hinggalah
penghujung bulan Syawal
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
PULANG KE KAMPUNG
-menjadi satu amalan anak-
anak di perantauan pulang ke
kampung untuk meraikan 1
Syawal & berkumpul bersama
keluarga tersayang
BERTAKBIR RUMAH KE RUMAH DI
MALAM RAYA
-bagi sesetengah negeri di
Malaysia, amalan bertakbir
dilakukan pada malam Raya
dengan persetujuan kariah
surau/masjid dan masyarakat
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
MENZIARAHI KUBUR
-menziarahi kubur ahli
keluarga yang telah
meninggal dunia selepas
solat Hari Raya Aidilfitri
RUMAH TERBUKA
-mengadakan rumah terbuka
untuk keluarga dan sahabat
handai bagi mengeratkan
silaturrahim
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
KETUPAT
-terdapat beberapa jenis
ketupat seperti ketupat nasi
(berbentuk segi empat),
ketupat palas (berbentuk
segitiga) dan ketupat dakap
(menggunakan daun pisang).
-ketupat nasi menggunakan
beras biasa atau beras
wangi manakala ketupat
palas dan dakap
menggunakan beras pulut.
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
RENDANG
-rendang ayam dan daging
menjadi pilihan untuk
dimakan bersama ketupat
dan lemang.
-rendang dimasak bersama
santan dan dimasak di atas
api yang perlahan dan
mengambil masa yang lama
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
LEMANG
-lemang dihasilkan
menggunakan pulut dan
santan yang dimasak di
dalam buluh dan dibakar
menggunakan kayu api
-mempunyai rasa lemak dan
sesuai dimakan bersama
rendang
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
WAJIK & DODOL
-manisan tradisi turun
temurun Hari Raya.
- dodol dibuat dengan
menggunakan santan, gula
kabung dan tepung beras
manakala wajik dihasilkan
dari pulut, gula kabung dan
santan
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
SATE
-sate merupakan hidangan pilihan
untuk rumah terbuka.
-sate dibuat dengan membakar
daging dan ayam yang dicucuk pada
lidi dan dibakar di atas api dan
dimakan bersama kuah kacang.
-juadah ini dilengkapkan dengan
hidangan bersama timun, ketupat
nasi dan hirisan bawang
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
KUAH LODEH
-kuah lodeh merupakan antara menu
wajib di Hari Raya.
-rasanya berlemak dengan
dimasukkan sayur kacang panjang,
lobak, kobis, tahu tempe dan suhun
bersama fucuk.
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota
Bagi lelaki berbaju melayu,
bersongket dan bersongkok. Dua jenis
baju melayu iaitu dengan potongan
teluk belanga dan baju melayu
cekak musang
Pakaian perempuan pula berbaju
kurung dan kebaya. Terdapat
beberapa jenis baju kurung masa kini
hasil kemajuan fesyen.
Namun begitu, berpakaian menutup
aurat adalah dituntut dalam Islam
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta Za'aba &
Panitia PAIBA
SK Bandar Bukit Mahkota