BPearmteerman aTemNpaetgBerei rdsieMjaraalahySsieatiap
Anjuran
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
KeluaranDISEDIAKAN OLEH
iZDIHAR mOHAMED
Julai 2021gURU pERPUSTAKAAN &
mEDIA sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
•Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on the
cake’ untuk bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam
indah di hadapan Dataran Merdeka, anda boleh bersantai untuk
menikmati pemandangannya yang lebih-lebih lagi memukau jiwa
pada waktu malam sambil menikmati angin bandar.
•Dibina pada abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893, bangunan
ini memiliki reka bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh
Islam berdasarkan 3 buah kubah yang terdapat padanya.
•Pada awalnya bangunan ini dikenali sebagai Pejabat Baru
Kerajaan, namun, pada tahun 1948, setelah Persekutuan Tanah
Melayu terbentuk, Bangunan Sultan Abdul Samad dinamakan
sebagai Sekretariat Persekutuan.
•Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan Negeri
Selangor telah dipindahkan ke Shah Alam, dan sejak dari itu,
bangunan ini telah diberikan nama yang baru bersempena
dengan nama Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857
ke 1898, Sultan Abdul Samad.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
SELANGOR
ISTANA BANDAR (ALAEDDIN)
•Dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun 1905,
Istana Bandar (Alaeddin) adalah sebuah peninggalan antik yang
memiliki seni binaan yang unik. Sewaktu pembinaan istana,
tukang-tukang Cina yang mahir turut terlibat dimana mereka
menghasilkan ragam hiasan serta ukiran dengan pengaruh Cina
sendiri. Secara keseluruhannya, istana ini memiliki pengaruh
Islam dari Timur Tengah dan juga India.
•Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat keindahan
lanskapnya yang dipercantikkan dengan kehadiran kolam-kolam
di hadapan istana.
•Untuk pengetahuan anda, istana ini pernah menjadi tempat
bersemayam Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah dan permaisuri
baginda sehingga baginda mangkat pada 1889. Bangunan ini
kemudiannya menjadi tempat pertabalan sultan Selangor ke-7.
•Selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, istana ini telah
tidak digunakan lagi kerana pusat pemerintahan mula
dipindahkan ke KL.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
PERAK
KELLIE'S CASTLE
•Beraura misteri, Kellie’s Castle adalah sebuah
bangunan bersejarah yang dibina oleh seorang
pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie
Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan sebagai
lambang cinta kepada isterinya serta untuk
mengembalikan kenangan kepada rumah yang jauh
di Scotland.
•Namun, sedihnya, pembinaan istana ini terpaksa
dihentikan secara serta-merta kerana Kellie telah
mati secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun
tidak 100% siap, istana ini dikatakan memiliki
banyak ruang rahsia yang termasuklah terowong-
terowong bawah tanah.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
MELAKA
KOTA A FAMOSA
•Kota A Famosa boleh dikatakan yang selalu menjadi
sebutan ramai. Kota A Famosa adalah sebuah kota yang
telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh
paksaan sewaktu dibawah taklukan Portugis.
•Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam
keadaan yang sempurna, kerana satu-satunya struktur
yang masih dalam bentuk asal hanyalah pintu gerbang
kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago. Dikatakan bahawa
pintu gerbang ini adalah struktur Eropah yang tertua di
rantau Asia.
•Bangunan yang telah pun berusia lebih daripada 500
tahun ini masih teguh berdiri kerana menggunakan
antara jenis batuan yang paling kukuh iaitu Batu Lada
ataupun Batu Letrik yang agak sukar untuk dicari.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
JOHOR
MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR
•Muzium Diraja Abu Bakar terletak di dalam sebuah
bangunan yang dahulunya adalah Istana Besar Johor.
Istana yang siap dibina pada tahun 1866 ini telah dibina
dengan pengaruh reka bentuk Resaissance di bawah
seliaan arkitek Eropah.
•Perabot-perabot yang terdapat di dalam istana ini telah
ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dari negara
England.
•Bangunan ini kemudiannya telah dibaikpulih untuk
dijadikan muzium pada tahun 1982. Di dalam muzium ini
anda dapat melihat pameran barangan yang diperbuat
daripada perak, cenderahati dan barang-barang kemas.
Di samping itu, turut dapat dilihat adalah foto-foto
keluarga Diraja sejak pemerintahan Sultan Abu Bakar
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
NEGERI
SEMBILAN
ISTANA LAMA SERI MENANTI
•Pernah tak anda tertanya-tanya, apa maksud‘Seri Menanti’ tu
sebenarnya? Untuk pengetahuan anda, Seri Menanti adalah nama 3
batang padi yang tumbuh di kawasan sekitar yang dinamakan
sebagai Padi Menanti ataupun‘semangat padi yang menanti.‘Seri
pula bermaksud‘padi di dalam bahasa Jawa. Baru tahu kan?
•Istana Lama Seri Menanti ini adalah sebuah istana 4 tingkat yang
dibina untuk menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar
sewaktu Perang Bukit Putus.
•Istana ini telah direka oleh dua orang tukang iaitu Taib dan
Kahar dengan arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahu istana ini
dibina dengan reka bentuk alam Minangkabau.
•Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa
menggunakan walaupun satu batang paku besi! Macam mana tu?
Untuk menyambung dari satu bahagian dengan bahagian yang lain,
mereka menggunakan sambungan kayu yang dinamakan pasak.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
PAHANG
MASJID NEGERI (MADRASATUL FIRDAUS)
•Masjid yang comel berwarna terang ini, Masjid Negeri
ataupun Madrasathul Firdaus adalah sebuah bangunan
yang tertua yang terletak di bandar Kuala Lipis.
•Bayangkanlah, bagaimana sebuah masjid yang tidaklah
segah bangunan-bangunan kolonial lain ini mampu berdiri
dengan teguh sejak tahun 1888 lagi.
•Sangat menakjubkan bukan? Lagi satu sebab kenapa
masjid ini sangat istimewa adalah kerana ia tidak pernah
ditenggelami banjir walaupun ketika banjir besar melanda
pada tahun 1971, yang peliknya, masjid ini terletak di
tebing Sungai Jelai. Wow!
•Untuk pengetahuan anda, masjid ini telah dibina pada
abad ke-19 oleh seorang saudagar Arab dari Yemen yang
bernama Habib Hassan. Jangan lepaskan peluang untuk
bersolat di sini ya?
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
KEDAH
RUMAH KELAHIRAN
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
•Alor Setar Kedah adalah daerah dimana Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad telah dilahirkan iaitu pada 20
Disember, 1925.
•Daripada seorang rakyat biasa yang dibesarkan
di dalam rumah papan yang hanyalah
berbumbungkan daun nipah, beliau telah
membesar menjadi seorang doktor dan
seterusnya sebagai pemimpin negara.
•Rumah satu bilik ini telah dipulihara oleh Arkib
Negara sejak tahun 1992.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
KELANTAN
MASJID KAMPUNG LAUT
•Nak lihat masjid yang tersangatlah tua usianya di Malaysia ni?
Datanglah ke Masjid Kampung Laut. Jangan terkejut jika dikatakan
bahawa masjid ini telah berusia sekitar 300 ke 400 tahun kerana
dibina pada tahun 1730. Tua ya amat bukan?
•Masjid ini telah dibina oleh para mubaligh yang sewaktu
pelayaran meraka di sepanjang Kepulauan Melayu mengalami nasib
yang malang di mana kapal mereka bocor. Namun begitu, mereka
berjaya mendarat dengan selamat di kawasan pantai yang terdekat.
Masjid ini kemudiannya dibina untuk memperingati peristiwa
tersebut.
•Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat ciri reka bentuk Jawa
dan teknik binaan klasiknya yang tidak langsung menggunakan
paku. Lokasinya, hanyalah dalam 10 km dari bandar Kota Bharu.
•Namanya, Masjid Kampung Laut adalah bersempena dengan nama
lokasi asal masjid ini yang terletak di kawasan Jajahan Tumpat
iaitu Kampung Laut. Kini, ianya terletak di dalam kawasan Pusat
Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
TERENGGANU
KOTA LAMA DUYUNG
•Terletak hanyalah 7 km dari bandaraya Kuala
Terengganu di Pulau Duyung, Kota Lama Duyung
telah dibina pada tahun 1919 oleh pegawai
kanan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’
Biji Sura.
•Rumah ini digelar sebagai Kota Lama kerana ia
turut dikelilingi oleh tembok batu. Yang
menariknya tentang rumah ini, ia merupakan
rumah yang dibina menggunakan batu-bata yang
satu-satunya terdapat di daerah ini pada ketika
itu. Reka bentuknya diinspirasikan daripada seni
bina Melayu Terengganu pada zaman 1920-an.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
PERLIS
MUZIUM KOTA KAYANG (RUMAH TETAMU KANGAR)
•Muzium Negeri Kangar berdiri di atas tanah berkeluasan 4.84 ekar
yang suatu ketika dahulunya diberikan Raja Syed Alwi kepada adik
lelaki baginda Syed Salim yang menjadi ketua menteri kepada Raja.
•Pada sekitar kurun ke-19, Syed Salim telah mendirikan rumahnya di
atas tanah yang luas ini untuk didiami bersama keluarganya sebelum
dijual kepada Kerajaan Negeri selepas Perjanjian Bangkok
ditandatangani.
•Bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi Penasihat British yang
pertama, Meadow Frost serta pewarisnya sehinggalah Perang Dunia
Kedua (1941) yang memperlihatkan rumah ini diambil alih oleh
tentera Jepun. Dari tahun 1943 ke 1945 pula ia digunakan oleh
tentera Thai.
•Setelah negara mencapai kemerdekaan, bangunan ini dijadikan
sebagai kediaman rasmi Ketua Menteri Perlis. Sedihnya, bangunan
asal di atas tanah ini dirobohkan pada tahun 1991 dan digantikan
dengan replika bangunan yang sama yang berfungsi sebagai Muzium
Negeri.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
SARAWAK
KUBU MARGERITHA
•Kalau dilihat reka bentuk Kubu Margherita ni
terasa macam melancong ke negara Eropah. Kubu
yang berwarna putih ini telah siap dibina dengan
reka bentuk istana lama Inggeris pada tahun 1879
oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama
sempena nama isterinya, Margaret Brooke.
•Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan
pemandangan yang seluas pandangan mata ke
semua arah di kawasan sekitarnya. Kubu ini dibina
untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan
kekuatannya.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
SABAH
AGNES KEITH HOUSE
•Siapa sangka rumah kayu yang kelihatan begitu terpancar ciri
tradisional tempatan ini sebenarnya merupakan milik keluarga mat
saleh daripada Amerika, Agnes Keith. Kalau anda gemar membaca
sastera lama, mungkin anda pernah dengar nama ini, kerana Agnes
Keith telah membukukan pengalamannya-pengalamannya sewaktu
menetap di Sabah.
•Rumahnya sebelum ini pernah menjadi kuarters kerajaan Inggeris
yang dipanggil sebagai Newlands. Agnes dan keluarganya tinggal di
sini sehingga tahun 1942 dan kembali lagi selepas Perang Dunia
Ke-2.
•Namun, sekembalinya ke sini, rumah ini dilihat telah musnah
terbakar dek kerana perang. Oleh itu, mereka telah membina rumah
ini sekali lagi dengan reka bentuk yang sama. Mereka tinggal di sini
sehinggalah tahun 1952.
•Bangunan ini dibaikpulih 50 tahun kemudian dan dibuka kepada
orang awam mulai tahun 2004. Di dalamnya terdapat perabot-
perabot dengan ciri-ciri kolonial dan barangan antik yang lain.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BertemaPameran
TemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
PULAU PINANG
FORT CORNWALLIS, PADANG KOTA LAMA
•Fort Convalis antara tempat bersejarah yang paling terkenal di Pulau
Pinang. Kubu Cornwallis ini terletak di Jalan Tun Syed Sheh
Barakbah, Georgetown dan merupakan sebuah kubu lama bersejarah
yang telah dibina sekitar tahun 1876 oleh Syarikat Hindia Timur
Inggeris.
•Tahukah anda, Fort Cornwallis ini dibina sebagai benteng
pertahanan? Ia adalah kerana kedudukan Pulau Pinang dan Kota
Cornwallis yang berhampiran dengan laut maka ia mudah terdedah
kepada serangan musuh dan ancaman dari kuasa-kuasa luar. Kubu ini
merupakan kubu terbesar yang masih wujud di Malaysia sehingga
kini.
•Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang lain di sini seperti van
tentera, bilik simpanan serbuk senjata api, penjara dan juga rumah
api. Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini dipelihara dengan sangat
baik sebagai satu kesan sejarah dan warisan budaya yang penting
sehingga kini. Ia mampu menarik minat para pelancong untuk
berkunjung tidak kira pengunjung dari luar mahupun dalam negara.
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita
BPeamretreanmaTemNpaetgBereirdsieMjaraalahySsieatiap
SUMBER-SUMBER
•https://www.maisinggah.com/
bangunan-bersejarah-di-
malaysia/
•https://www.ammboi.com/tem
pat-bersejarah-di-pulau-
pinang/
Anjuran KJuelluaai r2a0n21
Pusat Sumber Pendeta
Za'aba & Panitia Sejarah
sekita