The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanmasshakirah, 2021-02-16 08:29:00

SENI CATAN

SENI CATAN

Tajuk 3 : SENI CATAN
Tonton video tentang seni catan dan cuba fahamkan

TAJUK 3 : SENI CATAN

DEFINISI CATAN
•Proses menggambarkan dengan menggunakan media basah yang disapu ke atas
pelbagai permukaan dua dimensi (2D) seperti kanvas, kertas atau kayu.

PELUKIS CAT AIR TEMPATAN
•Seni catan dalam tajuk ini merangkumi jangka masa antara tahun 1930-an hingga
1950-an.
•Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang menjadi perintis kepada seni catan moden
Malaysia.
•Pelukis cat air tempatan terawal ialah Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping,
Khaw Sia dan Ibrahim [email protected] Ibrahim.
•Karya mereka memperlihatkan kepakaran dalam mengolah cat air yang mampu
merakamkan kesan cahaya dan bayang.

ABDULLAH ARIFF
•Karya-karya cat air beliau banyak menampilkan tema landskap hasil penghayatan dan
pemerhatian beliau terhadap persekitaran.
•Tema karya beliau juga menyentuh kekayaan hasil bumi Malaysia seperti karya 'Bumi
Bahagia-Lombong Bijeh Timah Malaya', 1960.

YONG MUN SEN
•Gemar menampilkan tema alam dan manusia dalam karya cat air beliau.
•Menggunakan sapuan berus kaligrafi Cina yang halus.
•Terpengaruh dengan gaya aliran impresionisme Eropah khususnya Paul Gauguin yang
merujuk kepada olahan subjek figura beliau.

IBRAHIM [email protected]. IBRAHIM
•Pelukis didikan sendiri yang menyara hidup dengan melukis.
•Mahir menghasilkan karya cat air bertemakan landskap dengan suasana yang nostalgik.
•Karya cat air beliau pernah diterbitkan dalam majalah seperti Mastika (1957, 1959, 1967, 1969)
dan Dewan Sastera (1971, 1972).

KHAW SIA
•Pernah menerima bimbingan daripada Sir Russel Flint di England tahun 1933 dalam karya cat
air.
•Menggemari tema bunga seperti orkid dan canna dalam karyanya kerana minat dan juga
menjadi ahli Persatuan Orkid Amerika.
•Memaparkan tema keindahan landskap dan bangunan hasil pemerhatian beliau di negara-
negara yang pernah dilawati.
•Terpengaruh dengan gaya aliran impresionisme.

KARYA CATAN PELUKIS TEMPATAN

•Syed Ahmad Jamal
•Tay Hooi Keat
•Kemunculan pelukis-pelukis tanah air telah merancakkan lagi perkembangan seni
catan di negara ini.
•Mereka tidak mengehadkan penggunaan cat air semata-mata, sebaliknya
menggunakan bahan lain seperti cat minyak, fresko, cat tempera, cat akrilik dan
media campuran.
•Chuah Thean Teng
•Zakariah Noor

LATIHAN
1. Kebanyakan pelukis awal cat air terpengaruh dengan aliran
_______________.
A. Realisme
B. Kubisme
C. Impresionisme
D. Ekspresionisme

2. Siapakah pelukis cat air yang gemar menjadikan bunga
orkid sebagai tema karyanya?
A. Khaw Sia
B. Kuo Ju Ping
C. Yong Mun Sen
D. Abdullah Ariff

3. Apakah itu cat akrilik?
A. Cat yang dicampur dengan air
B. Cat sintetik yang berasaskan air
C. Cat daripada sumber alam semula jadi
D. Cat yang dihasilkan daripada minyak

4. Apakah teknik cat air yang menghasilkan kesan lut
sinar dan sukar dikawal sapuan warnanya?
A. Basah atas basah
B. Kering atas kering
C. Basah atas kering
D. Kering atas basah

Sila siapkan latihan formatif (rujuk buku teks muka surat 30)
Banding dan bezakan seni catan dengan seni lukisan


Click to View FlipBook Version