The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Subjek: Bahasa Melayu
Tingkatan 6 Semester 2
Bab 12: Frasa Keterangan/Frasa Adverba

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by recentlid, 2021-08-11 03:51:57

Frasa Keterangan/ Frasa Adverba Bahasa Melayu

Subjek: Bahasa Melayu
Tingkatan 6 Semester 2
Bab 12: Frasa Keterangan/Frasa Adverba

BAB 12

FRASA KETERANGAN / FRASA ADVERBA

12.0 PENGENALAN

FRASA KETERANGAN = frasa yang memberikan keterangan tentang
frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam ayat.

memberikan keterangan tentang masa, cara, hal/keadaan, dan tempat
tentang unsur yang hendak diterangkannya itu.

merupakan bahagian daripada predikat dan frasa ini terletak pada ajung
atau akhir ayat.

bukan frasa utama dalam ayat; frasa ini boleh digugurkan.

12.1 JENIS-JENIS BINAAN YANG BOLEH MENJADI FRASA KETERANGAN

FRASA KETERANGAN BOLEH
TERDIRI DARIPADA:

FRASA NAMA FRASA SENDI
NAMA

1 2 34

FRASA ADJEKTIF FRASA ADVERBA/FRASA
KETERANGAN

FRASA NAMA
SEBAGAI FRASA
KETERANGAN

contoh:
Mereka bertolak petang semalam.
Kakak akan sampai hari Isnin depan.

*frasa nama digunakan sebagai keterangan bagi konteks berhuruf condong
berwarna kuning.

FRASA ADJEKTIF
SEBAGAI FRASA
KETERANGAN

contoh:
Dia di rumah saya agak lama.
Pesawat mendarat lancar sekali.

*frasa adjektif digunakan sebagai keterangan bagi konteks berhuruf
condong berwarna kuning.

FRASA SENDI NAMA
SEBAGAI FRASA
KETERANGAN

contoh:
Abang tidur sejak petang tadi.
Mereka menonton konsert di bandar Batu Pahat.
Kami ke Melaka pada minggu lalu dan pulang pada hari ini.

*frasa sendi nama digunakan sebagai keterangan bagi konteks berhuruf
condong berwarna kuning.

FRASA ADVERBA/FRASA
KETERANGAN SEBAGAI
KETERANGAN

contoh:
Orang itu kerap kali tidur siang.
Dia datang ke sini pertama kali.
Datuk kadang-kadang berjalan berdengkit-dengkit.
Saya sampai kemudian, mereka sampai serentak.

*frasa adverba digunakan sebagai keterangan bagi konteks berhuruf condong
berwarna kuning.

Musabab Waktu/ Tempat
masa

Cara Tujuan

Perhinggaan 12.2 Bandingan
Kesungguhan 14 jenis-jenis Alat
frasa keterangan

Durasi/ Hal
tempoh

Kekerapan Emotif Penyertaan

Jenis keterangan Contoh dalam ayat
(a) cara Mereka membaca buku itu secara
(b) musabab bergilir-gilir.
(c) waktu/masa Lelaki itu berhijrah lantaran kemahuan
(d) tempat tunangnya.
(e) tujuan Pengetua meminta kami hadir di
(f) bandingan pejabatnya esok.
Kenderaan itu bergerak ke arah lapangan
terbang.
Kucing itu dididiknya khusus untuk
khidmat terapi pesakit.
Bentuk buah duku langsat hampir sama
dengan buah dukong.

(g) alat Mereka memeriksa kertas jawapan dengan
(h) hal pen dakwat merah.
(i) penyertaan Asmah belajar tentang cara pengurusan
(j) emotif restoran.
(k) kekerapan Pemuda itu berjalan bersama-sama harimau
(l) durasi/tempoh peliharaanya.
(m) kesungguhan Kami amat sayang akan anaknya itu.
Dia jarang-jarang membaca suratkhabar.
(n) perhinggaan Mereka tidak boleh tidur sepanjang malam.

Saya tidak tahu langsung akan kejadian itu.

Kami diberikan tempoh hingga akhir bulan.

12.3 POSISI FRASA KETERANGAN DALAM AYAT

(i)
Ø Menduduki bahagian akhir ayat; selepas frasa yang hendak

diterangkannya

Ø selepas frasa kerja atau selepas frasa adjektif, atau frasa
sendi nama.

Ø boleh mengalami pendepanan dalam ayat susunan songsang.

CONTOH FRASA
KETERANGAN DALAM
KEDUDUKAN SELEPAS
FRASA KERJA

Kami menyeberangi sungai dengan perahu kecil.
Lelaki itu keluar dengan terburu-buru.
*frasa kerja- putih, frasa keterangan- kuning

CONTOH FRASA
KETERANGAN DALAM
KEDUDUKAN SELEPAS
FRASA ADJEKTIF

Dermawan muda itu amat terkenal di bandar itu.
Dia cekap dalam semua permainan padang.
*frasa adjektif- putih, frasa keterangan- kuning

CONTOH FRASA
KETERANGAN DALAM
KEDUDUKAN SELEPAS
FRASA SENDI NAMA

Wang itu di dalam beg tangan di atas meja solek.
Adik ke rumah nenek sekali-sekala.
*frasa sendi nama- putih, frasa keterangan- kuning

(ii) frasa keterangan boleh mengalami pendepanan dalam ayat susunan
songsang

ayat susunan songsang ayat asal
Kami ke pekan pada petang semalam.
Pada petang semalam kami ke pekan. Keretanya remuk pada bahagian
hadapan.
Pada bahagian hadapan, keretanya Kami ke rumahnya minggu lalu
remuk. bersama-sama ibu.
Minggu lalu, bersama-sama ibu kami ke
rumahnya.

*frasa keterangan- merah

(iii) Frasa keterangan juga boleh mendahului unsur yang hendak
diterangkannya.

contoh:
Dia selalu sangat lewat.
Sekarang mereka ditempatkan di dewan sekolah.
Ibunya sentiasa sihat wal-afiat.
Ayah tadi pergi memancing ikan.
Mereka itu pertama kali datanng.
*frasa keterangan- kuning

FRASA KETERANGAN
MENERANGKAN FRASA
KETERANGAN

• Frasa keterangan juga boleh menerangkan frasa keterangan (frasa adverba)
yang hadir sebelumnya = ayat itu mengandungi dua frasa keterangan.

• contoh:
Abang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Amerika
Syarikat.

• frasa di Amerika Syarikat = keterangan bagi frasa keterangan yang sebelumnya,
iaitu ke universiti terkemuka

• maksud = universiti terkemuka yang dicita-citakannya ialah universiti terkemuka di
Amerika Syarikat, bukan di tempat lain.


Click to View FlipBook Version