The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Subjek: Pengajian Am
Tingkatan 6 Semester 2
Topik 3: Ideologi, Wawasan dan Dasar Pembangunan Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by recentlid, 2021-08-11 22:26:06

Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Pandang Ke Timur Pengajian Am

Subjek: Pengajian Am
Tingkatan 6 Semester 2
Topik 3: Ideologi, Wawasan dan Dasar Pembangunan Negara

TOPIK 3

IDEOLOGI, WAWASAN DAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DAN
DASAR PANDANG KE TIMUR

LIDWINA OLIVIA LAZARUS
6AF 2021

3.2.1.7 SOGOSHOSHA
M A L AY S I A

• SOGOSHOSHA ATAU SYARIKAT
PERDAGANGAN AM ADALAH SATU
KONSEP YANG DIPERKENALKAN
DI NEGARA JEPUN.

• UNTUK MENCAPAI TARAF
SOGOSHOSHA, SESBUAH
SYARIKAT PERDAGANGAN
MESTILAH MEMPUNYAI TIGA CIRI
PENTING.

Tiga Ciri Penting Sogoshosha

Ø Mempunyai rangkaian antarabangsa
Ø Mengendali barang dagangan yang banyak
Ø Memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar

• Penubuhan sogoshosha adalah diharapkan sebagai
satu daripada strategi membantu negara dalam
pemasaran barang eksport.

• Sogoshosha juga akan menjadi alat untuk mendapat
maklumat strategik mengenai pasaran-pasaran
eksport dan kotrak kerja di luar negeri menerusi
rangkaian antarabangsa.

Objektif Sogoshosha Malaysia

• Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional dan juga
kepada pengguna-pengguna baru termasuk di pasaran tradisional.
• Menggalakkan eksport bukan tradisional.

• Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa dari segi menggalakkan
pelaburan secara usaha sama di sektor industri di Malaysia untuk
keperluan pasaran dalam dan luar negeri.
• Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru.

• Menggalakkan eksport tak ketara (invisible) Malaysia di luar negeri.

Strategi Pelaksanaan Sogoshosha Malaysia

• Galakan Kredit • Galakan Cukai

- Diberikan kepada syarikat tempatan - Misalnya elaun galakan eksport dan
yang menghadapi masalah kewangan lain-lain pengecualian cukai di bawah
untuk menyelesaikan kegiatan eksport Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta
di luar negeri. Kastam 1977, dan Akta Eksais 1976.

• Lain-lain Galakan Serta Khidmat Sokongan

- Misalnya penglibatan Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia di luar negeri
dan sebagainya.

DASAR PANDANG
KE TIMUR

LATAR BELAKANG

§ Telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir
Mohamad pada 8 Februari 1982 selaku Perdana Menteri Malaysia keempat pada
ketika itu.

§ Dimumkan semasa Persidangan “5th Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di
Hilton, Kuala Lumpur.

§ Dasar ini bermakna, pihak kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan
pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun
dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.

§ Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa
sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktikkan di Malaysia dan mengenepikan
teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.

RASIONAL DASAR
PANDANG KE TIMUR

• Negara Jepun dan Korea adalah
merupakan dua buah negara yang
begitu pesat membangun.

• Di beberapa bidang, mereka adalah
lebih maju dari beberapa negara
Barat sendiri.

• Kejayaan kedua-dua negara ini
boleh dijadikan contoh dan teladan
kepada Malaysia dan seterusnya
dipraktikkan bagi mencapai
matlamat pembangunan negara
dengan meninggikan prestasi
pengurusan dan pembangunan
sektor awam dan swasta.

OBJEKTIF UTAMA DASAR PANDANG KE TIMUR

• Untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini
serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-
nilai dan etika kerja yang positif untuk mengutamakan kemajuan negara.

PERKARA-PERKARA YANG HARUS DITUMPUKAN
MELALUI DASAR PANDANG KE TIMUR

• Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di bawah perlu
diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang
dijalankan.

kerajinan dan kesetiaan keutamaan pengurangan
disiplin kepada kepada perbezaan dan
bekerja negara dan perpisahan antara
perusahaan kumpulan dan eksekutif dan
tidak diri sendiri pekerja am sistem
atau pengurusan yang
organisasi di tekanan daya menitikberatkan
mana pekerja pengeluaran kejayaan jangka
(productivity) dan panjang dan tidak
bekerja mutu yang tinggi semata-mata
peningkatan dividen
(quality) atau pendapatan
kakitangan dalam
jangka pendek

DASAR PANDANG KE TIMUR INI
TIDAK BERMAKNA BAHAWA
MALAYSIA MENGURANGKAN

HUBUNGAN DAGANGANNYA DENGAN
RAKAN-RAKAN YANG ADA SEKARANG.
SEBALIKNYA KERAJAAN AKAN TERUS

MEMPERLUASKAN LAGI
PERDAGANGANNYA DENGAN
MENGADAKAN HUBUNGAN DENGAN
RAKAN-RAKAN BUKAN TRADISIONAL
DI SAMPING TERUS MENGEKALKAN
DAN MEMAJUKAN HUBUNGAN
PERDAGANGAN YANG SETIA
SELARAS DENGAN KEPENTINGAN

NEGARA.

PERUBAHAN
SIKAP

PERUBAHAN LATIHAN DAN
STRUKTUR KURSUS

STRATEGI
PELAKSANAAN DASAR

PANDANG KE TIMUR

Perubahan Struktur Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)

Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)

Konsep Pejabat Terbuka

Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan
Pembayaran Bil Setempat
Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

Perkhidmatan Cemerlang Keimpinan Melalui Teladan

Konsep Bersih, Cekap dan
Amanah (BCA)

PERUBAHAN SIKAP

Latihan Program Program
Perindustrian dan Pengajian Pengajian
Akedemik Teknikal
Teknikal
LATIHAN DAN KURSUS Skim Latihan
Program Pembangunan
Kemajuan Hubungan di
Eksekutif antara Institusi- Usahawan

institusi

LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN TEKNIKAL

Ø Tujuan program ini adalah untuk melatih pekerja di bidang teknikal dan usaha
meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan
Korea dalam meninggikan penghasilan kerja.

PROGRAM PENGAJIAN AKADEMIK

ØTujuan program ini adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk
menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan
Republik Korea

PROGRAM PENGAJIAN TEKNIKAL

ØProgram ini adalah menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan
pada pelajar-pelajar lepasan SPVM dan Politeknik

PROGRAM KEMAJUAN EKSEKUTIF

ØObjektif program ini adalah untuk menyediakan latihan
kepada eksekutif-eksekutif dalam mempelajari kaedah
pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun
dan Korea. Mereka akan ditempatkan di beberapa firma dan
agansi Kerajaan di Jepun dan Korea. Penekanan-penekanan
yang diberikan dalam program ini ialah latihan latihan dalam
bidang pengurusan Sogoshosha, Perjawatan, Q.C.C (quality
control circle) dan pengurusan am.

HUBUNGAN DI ANTARA INSTITUSI-INSTITUSI

ØProgram ini bertujuan untuk menyalurkan
permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia
kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea.

SKIM LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Ø Program yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana
Menteri memberi peluang dan pendedahan, usahawan-usahwan bumiputera terhadap
idea baru dan teknologi luar pengetahuan-pengetahuan ini untuk memajukan urusniaga
mereka. Program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan peluang
‘business contracts’ dengan rakan-rakan perniagaan di sana.

§ Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari
Pihak Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi
pengurusan dan pembangunan di negara ini. Melalui kajian yang
telah dibuat oleh pihak INTAN, dasar in telah memberi kesan yang
besar terhadap usaha-usaha kerajaan untuk meninggikan prestasi
dan daya pengeluaran negara ini. Di samping itu, ianya boleh
menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan
progresif.

KESIMPULAN

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version