18.2.3
AYAT MAJMUK
KETERANGAN
LIDWINA OLIVIA LAZARUS
6AF (2021)
01 Ayat majmuk keterangan
bermaksud
• Ayat majmuk yang terbina daripada satu
klausa bebas dan satu atau lebih klausa
tak bebas.
• Klausa tak bebas memberikan
keterangan tentang maklumat dalam
klausa bebas, misalnya tentang sebab,
tujuan, syarat, dan sebagainya.
02 • Klausa yang menjadi keterangan itu boleh hadir
selepas klausa bebas atau sebelum klausa bebas.
• Dengan kata lain, ayat majmuk keterangan boleh
mengalami penyongsangan.
• contoh:
(a) mereka bekerjasama dengan kami supaya projek itu cepat selesai.
→ Supaya projek itu cepat selesai, mereka bekerjasama dengan kami
(b) Saya akan menghantar anak saya belajar di luar negara jika anak saya mendapat keputusan
cemerlang.
→ Jika anak saya mendapat keputusan cemerlang, saya akan menghantar anak saya di luar
negara.
(c) Dia menjual rumahnya itu kerana kesempitan wang.
→ Kerana kesempitan wang, dia menjual rumahnya itu.
03 Bahagian klausa bebas yang kata
kerjanya merupakan kata kerja aktif
transitif juga boleh dipasifkan.
• contoh
(a) Anak saya akan saya hantar belajar di luar
negara jika anak saya mendapat keputusan
cemerlang.
(b) Rumahnya itu dijualnya kerana kesempitan
wang.
04 Jenis ayat majmuk
keterangan
• Jenis keterangan dalam ayat majmuk keterangan bergantung
pada fungsi kata hubung keterangan yang digunakan dalam
ayat itu.
• Antara jenis keterangan bagi ayat majmuk keterangan adalah
seperti berikut:
(a) Ayat majmuk keterangan waktu (g) Ayat majmuk keterangan akibat
(b) Ayat majmuk keterangan syarat (h) Ayat majmuk keterangan perbandingan
(c) Ayat majmuk keterangan tujuan (i) Ayat majmuk keterangan cara
(d) Ayat majmuk keterangan musabab
(e) Ayat majmuk keterangan harapan
(f) Ayat majmuk keterangan pertentangan
1. Kata majmuk keterangan waktu setelah, sebelum, ketika, apabila,
sejak, semasa, sewaktu, tatkala,
Contoh kata hubung sehingga, sementara.
Contoh ayat • Dia mendiamkan diri apabila ditanya
tentang perkara itu.
• Dia tinggal di kampung setelah
bersara dua tahun yang lalu.
• Ketika kami sampai, ayah tidak ada
di rumah
2. Kata majmuk keterangan syarat sekiranya, kalau, jika, jikalau,
andainya, asalkan.
Contoh kata hubung • Andaikan dia berjaya dalam
Contoh ayat
perniagaan itu, dia akan
memperoleh keuntungan yang besar.
• Kita melancong ke mana-mana
sahaja asalkan kita ada wang.
• Jika saya berjaya dalam temu
duga itu, saya akan mengadakan
kenduri kesyukuran.
3. Kata majmuk keterangan tujuan untuk, bagi, demi.
Contoh • Ayah menyimpan wang sejak muda
Contoh ayat bagi menjamin kesenangan kami.
• Kakak menabung dengan
secukupnya untuk menampung kos
pengajian anak-anaknya pada
masa akan datang.
• Demi mempertahankan kedaulatan
negara, askar berjuang mati-matian.
4. Ayat majmuk keterangan musabab kerana, oleh sebab, lantaran
• Sekarang dia benar-benar berjimat
Contoh kata hubung
Contoh ayat oleh sebab dia telah diberhentikan
kerja hampir enam bulan yang lalu.
• Dia berpindah dari rumah itu kerana
sewanya mahal.
• Lantaran takut bersendirian, dia
selalu mengajak saya ke rumahnya.
5. Ayat majmuk keterangan harapan agar, supaya, kalau-kalau, semoga,
mudah-mudahan, moga-moga.
Contoh kata hubung • Setiap pagi saya bersenam agar
Contoh ayat
saya sentiasa mempunyai stamina.
• Pak Abu selalu berdoa semoga ank-
anaknya berjaya.
• Hari-hari dia menunggu posman dan
berharap kalau-kalau ada surat
istimewa untuknya.
6. Ayat majmuk keterangan pertentangan walaupun, namun, walhal, sekalipun,
Contoh kata hubung meskipun, begitupun, sungguhpun,
sedangkan, sebaliknya.
Contoh ayat
• Askar itu terus lari untuk
menyelamatkan diri meskipun dia
telah tertembak.
• Pada hari itu dia ke pejabat dengan
kereta sedangkan selalunya dia
menaiki bas.
• Walaupun dia kerap kekurangan
wang, dia tetap menyekolahkan
anak-anaknya.
7. Ayat majmuk keterangan akibat hingga, sehingga
• Hingga hangus ikan itu
Contoh kata hubung
Contoh ayat dibiarkannya di atas pemanggang.
• Nenek berjalan begitu lama
sehinnga kedua-dua kakinya
bengkak.
• Ia menjerit kegembiraan hingga
serak suaranya.
8. Ayat majmuk keterangan perbandingan bagai, seperti, umpama,
Contoh kata hubung lebih...daripada..., seakan-akan,
Contoh ayat seolah-olah, bak, ibarat, laksana,
semacam.
• Lama sungguh dia menunggu
tunangnya pulang, bagai menanti
kucing bertanduk.
• Lebih baik kamu melanjutkan
pengajian daripada duduk di rumah
sahaja.
• Nampaknya, tindakan yang
diambilnya itu seperti dia mahu
membalas dendam.
9. Ayat majmuk keterangan cara dengan
Contoh kata hubung • Mereka menyelesaikan masalah
Contoh ayat mereka dengan membawanya ke
mahkamah.
• Nelayan menangkap ikan dengan
menggunakan jala.
• Dengan menggunakan telefon
selular, kami kerap menghubunginya
ketika dia di luar negara.