The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaharee01, 2021-12-15 22:43:31

PERISTIWA BUKIT KEPONG

projek etika

MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: LAPORAN FILEM (BUKIT KEPONG)

NAMA PENSYARAH: PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD
NAMA AHLI KUMPULAN:

1) MOHD SHAHAREE BIN ARMAN (33DPC19F1096)
2) MUHAMMAD AMIR SYAHIRAN BIN MOHD TUKIMIN (33DPC19F1119)
3) MUHAMMAD HARITH BIN MOHD HUSNI (33DEI19F1119)
4) MUHMAAD HANIF SUFYAN BIN KAMARUDIN (33DEI19F1123)
5) MUHAMMAD AIZAT BIN MOHD YATIM (33DEI19F1128)

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 3
PENGENALAN 3
OBJEKTIF 4
SINOPSIS 5
NILAI DAN PENGAJARAN 6
ULASAN 6
CADANGAN 7
PENUTUP

2

PENGENALAN

Kumpulan kami telah memilih filem Bukit Kepong sebagai tajuk projek kami. Filem
Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh Jins
Shamsudin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussien Abu Hassan.
Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan Komunis di Bukit Kepong. Filem ini
memenangi 8 anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, termasuk Filem Terbaik.
Filem ini telah ditayang kepada umum pada tahun 1981. Filem ini merupakan filem
termahal dalam delan 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM 1.3 Juta.

Filem ini kemudiannya telah disunting semula oleh United Studio (syarikat
pengedar dan pemasaran dibawah KRU International), yang melabur dalam
pemulihan dan penigkatan HD dengan kos berjumlah RM100,000. Kerja teknikal
sebenar dilakukan oleh Prodigital Lab (milik KRU Malaysia)

OBJEKTIF

Objektif untuk projek ini adalah untuk mengkaji nilai-nilai dan pengajaran yang
terdapat dalam filem Bukit Kepong. Kami mendapati nilai sikap memupuk semangat
patriotisma dan Kerjasama yang dibawa bagi setiap watak dalam filem tersebut.
Selain itu, kami juga ingin mengenalpasti sumbangan tamadun-tamadun dan impak
daripada filem ini kepada masyarakat masa kini.

3

SINOPSIS

Balai Polis Bukit Kepong terletak lebih kurang 37 batu dari Bandar Muar dan hanya dapat
dihubungi dengan bot melalui jalan sungai. Balai polis ini mempunyai kekuatan anggota
seramai 18 orang dan dibantu oleh lima orang Auxiliary Police (AP). Tarikh 23 Februari 1950
merupakan hari kedua Tahun Baru Cina.

Pengganas komunis telah merancang untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Ini
dilakukan bertujuan untuk menaikkan semula semangat mereka yang sudah luntur akibat
kekalahan demi kekalahan yang mereka alami dalam pertempuran. Mereka mensasarkan
Balai Polis Bukit Kepong kerana menyangka akan memperoleh kemenangan yang mudah.
Balai ini terletak jauh di pedalaman dan sukar mendapat bantuan sekiranya di serang.

Tambahan pula, pengganas komunis baru sahaja mengalami kekalahan teruk di Labis yang
telah mengakibatkan kematian 25 orang pengganas komunis dan mencederakan 17 yang
lain. Serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong telah dilakukan pada awal pagi. Pengganas
komunis yang dianggarkan seramai 180 orang telah mengepung dan melancarkan serangan
terhadap balai.

Pengganas komunis yang semakin tertekan telah menggunakan taktik kotor dengan
membunuh wanita-wanita serta kanak-kanak.“Berpantang ajal sebelum maut,” itulah kata-
kata azimat yang telah dilaungkan oleh Sjn. Jamil, Ketua Polis Balai kepada kesemua
anggotanya bagi menaikkan semangat mereka.

Sewaktu bertahan di dalam kubu, Sjn. Jamil cuba mengenal pasti anggota-angotanya yang
terkorban. Dengan tak semena-mena peluru musuh berjaya mengenai sasaran dan Sjn. Jamil
rebah di perut kubu. Pihak polis telah berjuang habis-habisan demi mempertahankan balai
serta keluarga. Isteri-isteri turut mengangkat senjata berganding bahu membalas serangan
musuh. Namun satu persatu anggota polis gugur di tempat kejadian.

Pengganas komunis akhirnya berjaya masuk dan melontarkan bom-bom tangan di sekitar
balai. Anggota polis yang cedera semakin lemah. Dalam kepayahan, mereka berjaya keluar
dari kubu dan bergerak perlahan-lahan bimbang dikesan musuh. Pertempuran ini telah
mengorbankan 25 nyawa terdiri daripada 14 orang anggota polis, lima anggota Auxiliary
Police (AP), dua orang isteri, dua orang kanak-kanak serta dua orang kampung. Manakala
empat orang anggota telah mendapat cedera parah.

Pengganas komunis telah membakar balai polis, berek polis serta anggota-anggota polis
yang terkorban. Peristiwa ini terus menjadi lipatan sejarah negara kita kerana peristiwa ini
antara peristiwa serangan terhadap polis dan memperlihatkan pengorbanan yang dilakukan
oleh setiap anggota dan keluarga dalam mempertahankan maruah, agama dan bangsa. Al-
Fatihah.

4

NILAI DAN PENGAJARAN

Antara nilai-nilai dan pengajaran yang terdapat dalam filem Bukit Kepong ialah semangat
Kerjasama. Ini terbukti apabila kerjasam yang diberikan oleh polis dan penduduk Mukim
Bukit Kepong dalam mendepani dakyah dan kejahatan pengganas komunis. Dalam hal ini,
penduduk Mukim Bukit Kepong telah menubuhkan unit pengawal keselamtan kampung dan
unit parang Panjang untuk mendepani karenah komunis. Mereka juga telah berusaha
membantu anggota polis semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

Selain itu, nilai yang terdapat dalam file mini ialah keberanian. Mereka bertempur selama
hamper 4 jam. Walaupun ada anggota polis yang terbunuh atau tercedera, perjuangan tetap
diteruskan. Mereka lebih rela mati berjuang daripada menyerahkalah kepada pengganas
komunis. Leftenan Adnan dan rakan-rakannya yang berjumlah18 orang tetap berani
menghadapi serangan komunis yang berjumlah hamper 200 orang.

Di samping itu, nilai yang diperoleh dalam filem ini ialah nilai menambahkan pengetahuan.
Tentang peristiwa hitam yang bersejarah bagi negara Malaysia, sebagai contoh, prjuangan
dan keberanian sepasukan anggota polis termasuklah Othman Yusof yang cuba
mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis merupakan
peristiwa bersejarah negara.

Akhir sekali, nilai menyemai semangat cinta akan negara. Kita mestilah menyemai
semangat cinta akan negara contohnya, perjuangan Othman Yusof anggota polis yang
sanggup mengadaikan nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Psong
Bukit Kepong Berjaya menimbulkan semangat patriotic dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa memupuk nilai-nilai dan pengajaran yang terdapat
dalam filem Bukit Kepong agar dapat menghidupkan semangat patriotic dalam diri.
Sekiranya nilai tersebut tidak dapat dipupuk dengan baik, masyarakat akan lupa tentang
sejarah kebangkitan negara Malaysia.

5

ULASAN

Secara ringkasnya, filem ini menunjukkan kepada kita semua bahwa semangat patriotik
pada anggota polis sangat kuat di dalam diri mereka. Kejayaan file mini kerana Jins
Shamsudin menggunakan polis sendiri untuk berlakon sebagai anggota polis dan tentera
komunis bagi file mini, dan atas sebab itu ia memberi aura yang bertepatan bagi filem
berkenaan anggota pasukan keselamatan dan tentera musuh. Yang menariknya, anggota-
anggota polis ini melakonkan watak mereka dengan baik.
Tidak dapat dibayangkan bahawa golongan seni akan dapat membawa watak polis sebaik
polis yang sebenar. Bentuk fizikal mereka ialah bentuk fizikal anggota keselamatan yang
sebenar, dan mereka mampu menggambarkan semangat yang tidak luntur. Kesakitan dan
kekecewaan melalui mimic muka dan gerak-geri sewaktu berperang dan sewaktu gugur
dalam file mini.

Filem ini dilakonkan di kampung sekitar Bukit Kepong. Suasana perkampungan yang
ditonjolkan begitu tulen, begitu juga beberapa watak yang dilakonkan oleh orang-orang
kampung. Mungkin kerana mengetahui dan menghayati peristiwa itu mereka berdedikasi
menjayakan file mini.

CADANGAN

Kami sangat mencadangkan rakyat Malaysia agar menonton filem ini dan mengkaji kisah
sejarah Bukit Kepong ini kerana filem ini pernah memenangi 8 anugerah dalam Festival
Filem Malaysia ke-3 termasuk filem terbaik yang ditayangkan kepada umum pada tahun
1981 dan filem ini juga merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengas kos sebanyak
RM 1.5 juta.

Tambahan itu, kita mesti mengambil ikhtibar daripada tindakan kejam dan tidak
berperikemanusiaan ini agar ianya memberi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia
supaya tidak terikut-ikut dengan fenomena neo-komunis dan neo-sosialisis yang semakin
mempengaruhi orang ramai di negara kita khasnya golongan generasi muda tidak boleh
buta sejarah dan melupakan mereka yang telah berjuang hingga titisan darah yang terakhir
untuk mempertahankan negara.

6

PENUTUP

Sebagai penutup, filem Bukit Kepong ini mengajarkan kita semangat perjuangan
patriotisme yang sangat tinggi dalam mempertahankan negara kita daripada ancaman luar
iaitu komunis. Pengorbanan polis-polis Bukit Kepong merupakan semangat patriotisme
dalam diri mereka dan sehingga kini masyarakat sangat menyanjungi jasa mereka dan
memperingati semangat mereka dalam mempertahankan negara. Sebagai bukti, Balai Polis
Bukit Kepong yang hangus dijilat api, dibina semula dan dijadikan tempat peringatan dan
pameran kepada masyarakat supaya tragedi Bukit Kepong sentiasa diingati.

Akhirnya, semangat patriotik merupakan entiti terpenting dalam mengecap kemerdekaan
untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu
yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Saya berharap agar keamanan negara
dapat dikekalkan dan sejarah buruk tidak akan berulang lagi.

7


Click to View FlipBook Version