I
LENCANA SEKOLAH
II
III
LAGU SEKOLAH
IV
PERUTUSAN
1
PERUTUSAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia dan Salam
Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. "Fly Kenyalang Fly, Fly High"
Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah atas kejayaan menerbitkan majalah
sekolah yang sentiasa ditunggu-tunggu penerbitannya oleh warga sekolah. Bagi pihak Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak segala usaha dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.
Usaha pihak sekolah dalam penerbitan kali ini diharapkan akan menggiatkan lagi usaha mendokumentasi
aktiviti-aktiviti, inovasi dan kejayaan sekolah sebagai rujukan generasi masa akan datang. Di samping itu, dapat
meningkatkan pencapaian sekolah dalam akademik, sukan dan kokurikulum.
Demi menyokong kejayaan ke arah matlamat sekolah yang berkualiti, konsep amalan Sekolahku
SEJAHTERA telah diperkenalkan menerusi penerapan 14 elemen nilai iaitu "Selamat, Seronok, Sihat,
Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Terampil, Eksplorasi, Rasional, Artikulasi" dalam
kehidupan secara semula iadi kepada murid semasa sesipengajaran dan pembelajaran. Penerapan elemen
konsep ini dalam kalangan murid juga akandilaksanakan secara holistik di dalam dan luar sekolah bagi
kesejahteraan murid. lanya bertujuanuntuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai keseiahteraan masyarakat. Bagi merealisasikan
Sekolahku SEJAHTERA ini, kerjasama secara meluas dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta haruslah
dipertingkatkan. Dalam masa yang sama juga, amalan inovasi melalui perkembangan era digital turut
meniadi pemacu pendidikan abad ke-21 dalam mendepani revolusi Industrial Revolution (IR) 4.0. selari
dengan PPPM (2013-2025).
Sebagai nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan holistik dan cemerlang serta bakal pewaris
negara masa hadapan, Jabatan Pendidikan akan terus berusaha untuk menggarap potensi murid secara
menyeluruh dalam akademik serta pelbagai bidang lain. Marilah kita bersama-sama berganding bahu
menggemblengkan tenaga, berusaha seta memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan kecemerlangan
pendidikan khususnya negeri Sarawak akan berterusan. Oleh yang demikian, kita jadikan majalah ini sebagai
wadah pengantara sekolah dengan masyarakat dalam menyampaikan maklumat serta infomasi pelaksanaan
program pendidikan. Coretan, karya dan paparan sejarah yang bermakna ini akan menjadi tanda aras dan
teladan kepada masyarakat dalam memartabatkan ilmu pendidikan.
2
Akhir kata, kepada semua warga pendidikan seluruh bumi kenyalang walau di mana saja berada, di kota
ataupun di desa agar sentiasa berusaha bersama-sama mencapai kecemerlangan selari dengan Hasrat Kerajaan
bagi memenuhi kehendak semasa. Usaha-usaha bekerja dalam satu pasukan waiar diteruskan agar mendapat
penghasilan yang optimum dan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh masyarakat serta warga pendidikan khu-
susnya.
Berpandukan Pelan Strategik Organisasi (PSO) jabatan, kita perlu mengamalkan budaya kerja berkonsepkan
Profesional, Integriti dan Mesra (PIM). Dari masa ke semasa penerapan PIM ini, haruslah seiring dengan
budaya kerja 3C (Comunication, Collaboration and Creativity) selaras dengan keperluan dan kehendak
semasa. Justeru, dalam mendepani dunia mencabar ini, kita perlu berusaha untuk memastikan kerja buat
kita berpegang kepada prinsip 4S (Stay Focused, Stay Positive, Stay Strong dan Stay United.) agar apa yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selamat maju jaya, teruskan usaha-usaha baik untuk manfaat
bersama-sama.
Sekian, terima kasih.
"FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH"
(DATUK Dr. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD)
Pengarah Pendidikan Sarawak
3
PERUTUSAN YDP PIBG SMK PETRA JAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saudara dan saudari yang saya kasihi, alhamdulilah dengan rahmat Allah kita berjayameneruskan penerbitan
majalah Sinar Petra dengan jayanya. Setinggi tahniah kepada pentadbir sekolah khususnya sidang redaksi atas
usaha yang murni ini. Majalah sekolah bolehlah dianggap sebagai diari utama untuk merekod dan
memaparkan aktiviti dan pencapaian kita sepanjang tahun. Ianya bukan sekadar untuk memenuhi kriteria
biasa namunmestilah dijadikan rujukan agar pencapaian kita lebih baik pada tahun berikutnya.
Sebagai institusi ilmu yang mencorak generasi masa depan keluarga dan negara sudah pasti
kecemerlangan akademik dan keterampilan sahsiah menjadi penanda aras yang akan dinilai oleh masyarakat.
Untuk merealisasikan hasrat tersebut penglibatan semua khususnya ibubapa dan penjaga amatlah penting
seiring dengan tag line kita, “We Care, We Love, We Do”. Setiap pemegang taruh (stakeholder) mestilah
mempunyai sifat "Ownership Sense" dengan menganggap sekolah milik komuniti, keperluannya
tanggungjawap bersama dan kecemerlangannya kebanggaan semua. Jika ispirasi ini boleh diterjemahkan
dengan tindakan hakiki, insyallah kejayaan sekolah dan para pelajar kita menjadi realiti.
Para pendidik semua, saya bagi pihak ibubapa/penjaga dengan ini merakamkan setinggi
penghargaan & terimakasih atas usaha gigih tuan/puan dalam tugas mendidik anakbangsa. Para pelajar yang
dikasihi teruskan belajar dengan tekun kerana hanya dengan ilmu dan pengetahuan baik saja mampu
merubah nasib diri dan keluarga. Ingatlah orang yang bijaksana akan terus belajar walau dalam situasi apa
sekalipin. Ilmu tidak memilih sesiapa cuma kita tidak sedar mencari ilmu serta mendapatkan pendidikan
sempurna adalah hak semua orang.
Saya mendoakan agar SMK Petra Jaya akan terus melakarkan kejayaan dalam semua aspek.
Teruskan usaha gigih kita dengan penuh keikhlasan insyallah Allah merahmati kita semua.
Sekian, terima kasih.
BAKRI BIN DAEE
YDP PIBG SMK PETRA JAYA 2022
4
PERUTUSAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUCHING
Assalamualaikum WBT dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah tahun 2022.
Majalah sekolah merupakan sebuah dokumen penting kerana memaparkan peristiwa-peristiwa bermakna dan
signifikan kepada kualiti sekolah berkesan dan kemenjadian murid. Penerbitan majalah yang juga merupakan
dokumen bersifat arkib ini seharusnya lebih tuntas memperlihat kesantunan sidang redaksi dalam mendepani
cabaran dengan lebih terancang dan berkesan. Justeru, komitmen dan iltizam yang tinggi diperlukan untuk
merealisasikan sebuah majalah yang berkualiti dan berkarakter.
Kehidupan di sekolah sering menjadi detik indah diingati oleh anak didik mengharungi mengharungi zaman
persekolahan. Mereka mengimbau kenangan manis mahupun mencabar dengan penuh rasa bangga dan haru.
Segala-galanya mengarah kepada pembentukan karakter seseorang individu berkenaan insan yang mampu
memanfaatkan tempoh persekolahan secara positif pasti akan mengecapi hasilnya dalam kehidupan masa
depan. Itulah sebenarnya pendidikan, ada yang mengalami pembangunan diri dalam tempoh yang lebih
singkat dan tidak dinafikan juga ada yang akan mengambil tempoh yang lebih paniang membangunkan diri.
Rakaman episod-episod kehidupan persekolahan kebiasaannya dimuatkan dalam dokumen majalah sekolah.
Sepanjang penghasilan naskah ini sudah pasti menuntut komitmen dan disiplin yang amat tinggi pelbagai
pihak. Namun yang lebih penting, dalam proses penghasilan karya ini memberi pengalaman kepada murid
dan menyuntik semangat untuk terus berkarya pada masa akan datang.
Akhir kata, saya berharap setiap pendidik akan terus komited dan berusaha gigih untuk memacu
kemenjadian setiap anak didiknya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Saya turut mendoakan agar setiap
murid sedar akan kepentingan pendidikan sebagai asas kehidupan dan sentiasa berusaha untuk mencapai
prestasi yang terbaik, tanpa mengorbankan maruah, nilai dan jati diri.
Sekian, terima kasih.
HAJAH SHIRINI MASTURA BINTI MOHAMED ZULKEFLI
Pegawai Pendidikan Daerah Kuching
5
PERUTUSAN PENGETUA SMK PETRA JAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, sekali lagi saya diberi kesempatan untuk
menitipkan sepatah dua kata dalam Majalah Sidang Redaksi ke - 41. Setinggi-tinggi tahniah kepada
Sidang Redaksi dan semua yang terlibat kerana telah bertungkus lumus dalam penerbitan majalah
ini. Majalah Sidang Redaksi merakamkan pelbagai renteran peristiwa yang berlaku sepanjang dua
tahun ini.
Murid merupakan aset yang berharga kepada negara. Oleh itu, 6 aspirasi yang perlu
diterapkan kepada murid adalah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Pihak sekolah telah
menganjurkan pelbagai aktiviti bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi,
kreatif dan inovatif malah menjadikan murid yang dapat menjaga tatasusila serta berbudi bahasa
bagi mencapai 6 aspirasi tersebut. Sekolah merupakan sebuah institusi pembelajaran yang
berperanan untuk membangun dan mengembangkan potensi murid melalui proses pengajaran. dan
pembelajaran
Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah dalam mengukir kejayaan sama ada dalam
bidang kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah dan jati diri pelajar. Kejayaan yang dicapai oleh
SMK Petra Jaya bukanlah hasil usaha individu tertentu tetapi hasil kerja sepasukan yang jitu
daripada semua warga SMKPJ, ibu bapa, staf sokongan dan agensi-agensi yang berkaitan. Kejayaan
yang digapai pula, bukanlah sesuatu yang datang bergolek tetapi hasil daripada perancangan,
kepemimpinan, organisasi tersusun dan pemantauan yang berterusan. Budaya kerja sekolah amat
mementingkan pengurusan kerja yang strategik dan berjalan atas landasan ke arah matlamat yang
sama. Keberhasilan majalah ini juga merupakan satu tanda kerja sepasukan dan pengurusan
strategik. Justeru, warga SMK Petra Jaya perlu terus merangka strategi, perancangan dan
pelaksanaan agar sekolah sentiasa dapat menjana kejayaan untuk semua pelajar dalam pelbagai
bidang.
Tahniah juga kepada murid-murid yang telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia di sini. Semoga kalian dapat membawa diri dan mengharungi kehidupan
selepas persekolahan dengan jayanya. Teruslah hubungi sekolah serta maklumkan kepada kami
perkembangan dan kejayaan kalian supaya kami dapat terus mengikuti cerita tentang mantan murid-
murid kami. Datanglah melawat sekolah ini dan kongsikan pengalaman kejayaan anda supaya ia
boleh memberi motivasi kepada murid-murid di sini. Selamat Maju jaya.
Sekian, terima kasih
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
KHASIM BIN BRAHIM
Pengetua SMK Petra Jaya
6
UTUSAN
PENYELARAS MAJALAH
Selamat sejahtera.
Terlebih dahulu, selaku Ketua Penyelaras Majalah SINAR PETRA Edisi
Ke-41 , saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru, ahli-
ahli Sidang Redaksi (2021-2022) serta semua pihak yang bersama-sama bekerja keras
dalam menjayakan dan menerbitkan majalah yang sentiasa berada di hati para
pelajar SMK Petra Jaya.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung atas bantuan dan dorongan
sehingga Majalah SINAR PETRA ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Tujuan
majalah ini dihasilkan adalah untuk memaparkan dengan lebih jelas tentang segala
aktiviti yang berlaku sepanjang tahun di sekolah ini. Penerbitan majalah ini turut
memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah bakat masing-masing dan
menghasilkan karya-karya yang bermutu.
Dengan ini, saya mewakili Sidang Redaksi Majalah SINAR PETRA memohon
maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam kandungan majalah ini. Saya
amat berharap agar semua pembaca akan berpuas hati dengan hasil majalah ini.
Sekian. Terima kasih.
Tan Kin Choo
Penyelaras Malajah SINAR PETRA 2021 - 2022
7
Assalamulaikum dan Salam sejahtera
Alhamdulillah, berkat usaha semua ahli sidang redaksi, majalah ini
dapat disiapkan jua akhirnya. Walaupun dengan tugas kerja yang begitu
berat, saya bersyukur kerana mempunyai barisan guru dan ahli sidang
redaksi Sinar Petra yang sanggup bersama-sama menghadapi onak dan
duri dalam proses penerbitan majalah ini. Justeru, saya mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Encik Khasim Bin Brahim (Pengerusi Sinar Petra), Puan Tan Kin
Choo (Penyelaras Sinar Petra) serta semua ahli sidang redaksi di bawah
pimpinannya
Sekalung terima kasih juga saya tujukan kepada pihak pentadbir
atas pimpinan mereka, guru-guru AJK majalah atas komitmen mereka,
dan kepada semua guru serta staf sokongan atas kerjasama mereka. Tanpa ada bantuan daripada
kalian, majalah ini tidak dapat diterbitkan sebagai tatapan semua warga sekolah ini. Moga-moga
majalah ini dapat menjadi memori indah untuk semua warga SMK Petra Jaya pada masa depan.
Tugas menyempurnakan majalah yang merupakan rakaman peristiwa sepanjang tahun dan
dokumentasi sekolah ini bukanlah mudah tetapi telah saya terima dengan hati yang redha. Semua
perit getir semasa penyempurnaan majalah mulai dilupakan apabila majalah ini dapat disiapkan
dan perasaan gembira terpancar di muka setiap ahli sidang redaksi kerana telah dapat
melaksanakan tanggungjawab yang diamanatkan kepada mereka. Moga-moga segala pengalaman
dan cabaran dalam menyempurnakan majalah ini akan menjadikan ahli-ahli sidang redaksi Sinar
Petra lebih matang dan tabah menghadapi pelbagai rintangan dalam era globalisasi yang semakin
mencabar.
Adalah menjadi harapan saya, agar semua anak didik sekolah ini dapat menanam perasaan
cinta akan sekolah dan bangga menjadi warganya. Dengan kecintaan dan kebanggaan terhadap
SMK Petra Jaya akan membolehkan kita bersama-sama berusaha mengharumkan nama sekolah
dan membolehkan sekolah ini tetap berdiri megah di seantero dunia walaupun usia saya di
sekolah ini baru setahun jagung.
Akhir sekali, saya Timbalan sidang redaksi memohon maaf jika terdapat apa-apa kesilapan
dalam penerbitan majalah Sinar Petra tahun ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT
tetapi yang kurang itu adalah daripada kelemahan saya sendiri.
Salam hormat daripada saya. Sekian.
NUR FATIN AMILIA BINTI HASNI
Timbalan Penyelaras Sidang Redaksi 2022
8
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGAWAS
Asalamualaikum & Salam Sejahtera kami ucapkan. Syabas
dan terima kasih kepada pembaca dan semua ahli Majalah Sinar Petra
Edisi 2022 kerana berjaya dalam pernebitan buku majalah sekolah
edisi 2022. Syukur kepada illahi dengan limpah kurnia-NYA kerana
telah berjaya menerbitkan majalah edisi 2022 dengan lancar dan
sebaiknya.Kami ingin berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk
menyampaikan ucapan dalam ruangan istimewa ini.
Sepanjang tempoh kami berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengawas sesi 2022, kami berusaha bagi
memastikan disiplin pelajar dalam tahap yang memuaskan dan sebaik mungkin.Setiap satu insan memiliki
perwatakan yang berbeza, oleh itu untuk memastikan pelajar “sebegini” haruslah memerlukan cara yang
berbeza dan unik untuk berdepan dengan mereka dan untuk “”BERUBAH” memerlukan masa yang lama dan
bukan dalam sekelip mata sahaja. Kami juga ingin berterima kasih kepada setiap guru guru disiplin SMK
PETRA JAYA dan amat berterima kasih kepada Cikgu Halimah Binti Bohari dan Cikgu Shahnizam Bin
Salabadin selaku Ketua dan Penolong Guru Lembaga Disiplin SMK Petra Jaya. Segala tunjuk ajar dan nasihat
daripada guru Lembaga Disiplin amat memanfaatkan kepada kami untuk membina kepimpinan dalam diri kita
dan juga menjadi manusia yang baik. Tambahan lagi, kami juga ingin berterima kasih kepada setiap satu
pengawas terutama penolong ketua pengawas iaitu Noor Shahira Amira Binti Morshidi dan Mohamad Nu’aim
Nukman Bin Mohamad Rizal yang telah banyak membantu kami dalam segala urusan dan harap semangat
mereka menjadi pengawas diteruskan kerana mereka yang sanggupmembantu dalam memastikan disiplin
pelajar sentiasa terpelihara . Oleh itu , setinggi-tinggi terima kasih kami tujukan kepada guru Lembaga Disiplin
dan setiap pengawas SMK Petra Jaya.
Seterusnya,setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir dan guru-guru SMK Petra Jaya kerana
memberi kepercayaan kepada kami untuk mendapatkan jawatan sebagai Ketua Pengawas bagi tahun
2022.Segala Kerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung amat dihargai daripada semua pihak
termasuk para pelajar SMK Petra Jaya kepada Lembaga Pengawas. Kerjasama,Perpaduan,Saling Memahami
adalah aspek aspek yang penting bagi mencapai objektif Lembaga Pengawas sekaligus dengan misi sekolah.
Kepada para pembaca,kami mengharapkan dan menggalakan anda untuk mencapai dan mengejar sasaran dan
cita cita yang diinginkan supaya ia bukan sahaja menjadi satu bayangan bahkan reality juga . Para pelajar harus-
lah berusaha kerana bak kata pepatah “usaha tangga kejayaan” dan jangan sesekali berputus asa kerana “Lebih
bagus gagal mencuba daripada gagal dan tak membuat apa apa”. Para pelajar harus ingat gagal sekali tidak
semestinya gagal seumur hidup dan haruslah bangkit dan BERUSAHA untuk mengubah nasib.Oleh itu, “all
the best and keep trying and don’t let people words let you down, your future in your control.”
Akhir sekali,kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kelemahan kami dan
kesilapan kami sepanjang tempoh kami berkhidmat sebagai pengawas di SMK Petra Jaya. kerana kami juga
ialah manusia yang biasa juga dan manusia tidak akan lari dari kesilapan. Kami juga berdoa agar warga SMK
Petra Jaya sentiasa berjuang untuk mencapai sasaran visi dan misi sekolah yang telah ditetapkan. Semoga
Tuhan merahmati keikhlasan dan kejujuran yang kalian sumbangkan . Yang baik datang daripada Tuhan dan
kekurangan datang dari diri kami sendiri , Sekian terima kasih.
GREG MARTHIUS ANAK GAWING & NARISHA NATASHA BINTI TUAH
KETUA PENGAWAS
SMK PETRA JAYA
9
10
11
12
13
14
15
MAJLIS INSENTIF KECEMERLANGAN
16
17
18
19
20
21
22
23
24
ANALISIS KEPUTUSAN
SPM 2020
MATA PELAJARAN LULUS 100%
KIMIA CALON LAYAK
PENDIDIKAN SENI VISUAL MENDAPAT SIJIL
REKA CIPTA
FIZIK
BIOLOGI
BAHASA CINA
ANALISIS KEPUTUSAN STPM 2020
SUBJEK % LULUS GPMP
PENUH
PENGAJIAN AM 86.49 2.47
BAHASA MELAYU 94.59 2.52
SEJARAH 88.46 2.47
EKONOMI 72.73 2.36
SENI VISUAL 100.0 3.05
GPS
2.62
25
PELAJAR CEMERLANG SPM
THOO JIA HUI ( 5S1 )
8A+, 1A, 1A-
WENDY LEE CHIN WEN( 5S1 ) SHERINA BONG HUI CHENG ( 5B ) KENNY PHANG HAN HONG ( 5S1 )
4A+, 4A, 2A-
6A, 3A- 3A+, 5A, 1A-,1B+
BRIAN LEONG WEN CONG ( 5S1 ) STEFAN AMOS ANAK CHARLES ( 5B ) YEOH SHU JING ( 5B )
1A+, 3A, 3A-, 2B+
2A+, 4A, 3A-,1B+ 4A, 4A-, 1B
ABDULLAH NUR’AIN BIN MUHAMMAD AD’DIN MUHAMMAD ZAWAWI BIN
ABDUL MALIK KARIM ( 5A ) FATHANAH BIN ZAKARIA ( 5A ) ZUHARDI ( 5S1 ) 1A+, 3A, 2A-, 3B+
2A, 5A-, 1C+, 1D 1A, 6A-, 2B+
26
PELAJAR CEMERLANG SPM
MATTHEW LAI TZE HOU( 5S1 )
1A+, 2A, 3A-,3B+, 1B
MOHAMAD AKHMAL DENNIS LIEW CHU AMANDA BONG YI CHING ALISTER HII SIENG
AZHWAN BIN MOHAMAD SIAN ( 5B ) ( 5S1 ) LOONG( 5B )
SAFTUAN ( 5A ) 3A, 3A-,1B+,1B, 1A+, 1A, 3A-,2B+, 3B 5A, 3B+, 1B
5A, 1A-,2B+, 1C 1C+
GENNEVIE JENTYIA UMI HUZIERIAH BINTI DAYANG DIANA KHIROOLAMIRIN BIN
ANAK CHARLES MULING ISNANI ( 5S1 ) SAFIAH ( 5S2 ) BADROON ( 5S1 )
( 5S1 ) 3A, 2A-,1B+, 1B, 5A, 1A-,2B+, 1C 1A, 4A-, 2C+, 1C, 1E
3A, 2A-,1B, 1C+, 1C
1C+, 1C
27
PELAJAR CEMERLANG STPM
AMIRA NATASHA INTAN NABILLA BINTI NURUL EFFA MASZLYANA
BINTI AHMAD ASZMI BINTI MIZAM@ HALMI
STPM PNGK 3.25 STPM PNGK 3.17 STPM PNGK 3.08
MOHAMMAD
NAZARRUDDIN BIN
ZULKIFLI
STPM PNGK 3.50
LIEW CHAI SIO SHAHRIZAT BIN SALBI EMMANUEL RONAN
STPM PNGK 3.25 STPM PNGK 3.17 ANAK CHARLES
MUET BAND 4
ELLVA CASSENDRA CHAI FARAHIYATUS NURIZZATI BINTI ABDUL DYLAN CHAN WEE YANG
STPM PNGK 3.42 SYAZWANI BINTI TALIB MUET BAND 4
MOHAMMAD JASNI
STPM PNGK 3.08
STPM PNGK 3.17
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
PANITIA DAN KELAB
BAHASA CINA
39
PENCAPAIAN KO-
KURIKULUM TINGKATAN 6,
2021
40
PERTANDINGAN CATUR CINA
Ryan Ranggau, 1B
41
42
43
44
Guru Bersara
JASAMU DIKENANG, TERIMA KASIH CIKGU.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang
perkhidmatan di SMK Petra Jaya”.
IKHLAS DARIPADA:
Seluruh warga SMK Petra Jaya
GURU BARU 2021