The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

persaudaraan jamin keamanan negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidil akmal, 2019-09-23 08:39:11

PERSAUDARAAN

persaudaraan jamin keamanan negara

DUA6022: Penyiaran Komunikasi Dalam Islam
Sesi Jun 2019

E-Majalah : Persaudaraan

Disediakan oleh;

Ahmad Nazhif bin Rosli
(01DEM17F1105)

Mohamad Najib Bin Mahani
(01DEM17F1093)

Mohammad Khairulhadi Bin Anuar
(01DEM17F1106)

Mohamad Syazmin Bin Mohamad Fuad
(01DEM17F1095)

Mohammad Aidil Akmal Bin Azmin
(01DEM17F1108)

Seindah Bicara

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah,tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
,tuhan yang maha pemurah,lagi maha pengasih,Tuhan yang menguasai hari
pembalasan KepadaMulah kami memohon pertolongan .Tunjukkanlah kami ke
jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang engkau beri nikmat kepada
mereka,bukan jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan orang-
orang yang sesat.

Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugas
berkumpulan yang diamanahkan kepada kami.Tugasan yang diberikan
oleh Ustazah Ramniza Binti Abd Rahman dan Ustazah Siti Musleha Binti
Mokter.

PERSAUDARAAN

Dari segi bahasa :
– Terjemahan daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang berasal dari akar
kata Akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan
sebagainya.

Dari segi istilah :
– Persaudaraan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong menolong,
bantu membantu, bertolak ansur, bermesra dan cinta mencintai antara umat
islam tanpa berkecuali. ( AL-QURAN )
– Persaudaraan diertikan lebih kurang sama maksudnya seperti yang dinyatakan
dalam Al-Quran. Rasulullah SAW menghuraikan konsep persaudaraan itu
sebenarnya merupakan tubuh badan, darah daging, dan roh umat islam sendiri
pada keseluruhannya.

( HADITH )
– Terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar golongan yang mengatakan
bahawa konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum iaitu persaudaraan tanpa
mengira akidah, bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Golongan kedua
pula menerangkan tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada
Nabi Adam a.s itu bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk
mengeratkan persaudaraan dan kemakmuran manusia sejagat. ( PANDANGAN
ULAMA ISLAM )

DALIL DAN HADIS TENTANG KONSEP
PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

Persaudaraan (ukhuwwah) dalam Islam dimaksudkan bukan sebatas hubungan
kekerabatan karena faktor keturunan, tetapi yang dimaksud dengan

persaudaraan dalam Islam adalah persaudaraan yang diikat oleh tali aqidah
(sesama muslim) dan persaudaraan karena fungsi kemanusiaan (sesama manusia

makhluk Allah Swt.). Kedua persaudaraan tersebut sangat jelas dicontohkan
oleh Rasulullah Saw., yaitu mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan
kaum Anshar, serta menjalin hubungan persaudaraan dengan suku-suku lain

yang tidak seiman dan melakukan kerja sama dengan mereka .

Allah Swt berfirman tentang persaudaraan,

‫إِنَّ َما ا ْل ُم ْؤ ِمنُو َن إِ ْخ َوة َفأَ ْص ِل ُحوا بَ ْي َن أَ َخ َو ْي ُك ْم ۚ َواتَّقُوا ّل َّلاَ لَ َع َّلكُ ْم‬

‫تُ ْر َح ُمو َن‬

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah

antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar

kamu mendapat rahmat.” (QS. al-Hujurat:10)

Pada ayat di atas :
Allah Swt. menegaskan dua hal pokok. Pertama, bahwa sesungguhnya orang-
orang mukmin itu bersaudara. Kedua, jika terdapat perselisihan antarsaudara, kita
diperintahkan oleh Allah Swt. untuk melakukan iślah (upaya perbaikan atau
perdamaian).

Apa indikasi dari suatu persaudaraan?

Rasulullah saw. bersabda, “Demi Allah yang menguasai diriku! Seseorang di
antara kalian tidak dianggap beriman kecuali jika dia menyayangi saudaranya
sesama mukmin sama seperti dia menyayangi dirinya sendiri.” (HR. Bukhari)

Selain itu Rasulullah Saw. juga menegaskan, “Seorang muslim adalah orang yang
lidah dan tangannya tidak menyakiti muslim lain, dan orang yang berhijrah
adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah.” (HR. Bukhari)

Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir ra. Bahwa Rasulullah saw. Bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling mencintai, saling mengasihi,
dan saling menyayangi, seperti satu tubuh. Apabila satu organ tubuh merasa sakit,
akan menjalar kepada semua organ tubuh, yaitu tidak dapat tidur dan merasa
demam.” (HR. Muslim)

ASAS PERSAUDARAAN ISLAM.

1)Akhlak yang mulia.
Tidak dapat dinafikan lagi tentang betapa pentingnya akhlak dijadikan sebagai
asas persaudaraan Islam. Akhlak boleh ditakrifkan di dalam ungkapan yang
paling singkat sepertimana yang dikemukakan oleh Al-Ghazali sebagai segala
laku perbuatan yang mulia yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

Akhlak Umum :
Apabila memperkatakan akhlak yang umum, Al-Quran telah
mempersembahkannya di dalam beberapa bentuk yang disenaraikan di bawah
ini. :

a. Bercakap benar, tidak dusta adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam
yang disarankan oleh Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa
dan tempat di dalam mengeratkan ikatan persaudaraan tiada siapa yang
meraguinya. Kerana ia merupakan perkara yang dapat menimbulkan perasaan
percaya mempercayai dan kasih sayang. Sedangkan dusta adalah merupakan
pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih dan menimbulkan kebencian.

b. Menjauhkan diri daripada melakukan segala yang mungkar dan keji adalah ciri
akhlak umum Islam yang selanjutnya. Tidak dapat dinafikan terhapusnya amalan
keji ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan. Kerana ia sentiasa menggalakkan
berkembang perasaan kasih sayang, kebajikan, persefahaman dan menyuburkan
perasaan saling hormat-menghormati.

c. Akhlak umum yang disarankan oleh Al-Quran selanjutnya ialah menggalakkan
meluasnya perkara kebajikan dan berusaha menghapuskan kemungkaran.
Tentang peranan kedua-dua unsur akhlak ini tadi di dalam pemupukan kasih
sayang dan persaudaraan umat menonjol sekali. Kerana tiada manusia yang tidak
suka kepada kebajikan. Setiap kali kebaikan yang diterimanya pasti ia
merasagembira dan senang hati. Kebajikan yang berkekalan bertanggungjawab
mencetuskan keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, persaudaraan da perpaduan
di kalangan umat Islam. Sedangkan ke semua unsure ini tidak saling bantu-
membantu menuju ke arah kemesraan dan kasih sayang.

d. Perlaksanaan ibadat samada ibadat khusus atau ibadat umum. Manusia yang
menyedari hakikat matlamat penciptaan dirinya iaitu untuk patuh menyembah
dan menyerah diri kepada Allah SWT pasti akan terus sujud dan mengikut
perintah-Nya dan meninggalkan segal larangan-Nya.

Akhlak Khusus :

a. Menekankan pentingnya penunaian janji. Kenyataan ini amatlah penting dan
tepat sekali, di mana penunaian janji dapat mencetuskan perasaan kasih sayang

dan terhutang budi. Perasaan inilah yang memainkan peranan yang agak penting
di dalam menyemai, menyubur dan menghasilkan ikatan persaudaraan yang
unggul.

b. Sifat tolong-menolong, bantu-membantu, bekerjasama dan sempurna
menyempurnakan. Akhlak ini amatlah mustahak di dalam pengukuhan ikatan
persaudaraan kerana tiada manusia yang dapat menyempurnakan keperluan hidup
secara sendirian. Jester itu dengan wujud perasaan saling bantu-membantu dapat
menyuburkan perasaan persaudaraan.

c. Akhlak khusus selanjutnya dijelaskan oleh Allah SWT sebagai merendah diri.
Tawaduq dan hidup dalam keadaan sederhana (zuhud). Sebaliknya Allah SWT
melarang daripada sifat bongkak, sombong, takbur, riak dan lain-lain. Sifat
merendah diri tentu dapat menjadi tenaga yang kuat untuk mengeratkan
perpaduan apabila orang yang merendahkan diri itu disukai dan tidak
menimbulkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain.

2)Ikhlas.
Dari segi bahasa, perkataan ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan,
kejernihan, kesucian dan kemurnian. Oleh itu laku perbuatan yang dilaksanakan
dengan penuh keikhlasan niat di hati ialah laku perbuatan yang bersih, jernih, suci
dan murni.
Ikhlas dari segi istilah ialah pembersihan dan penyucian niat dari sebarang
kekotoran dan penyakit yang menodai keikhlasan untuk taqarrub atau

menghampirkan diri kepada Alla SWT semata-mata, dalam segala laku perbuat
yang telah sedang dan akan dilaksakan.

3)Belas Kasihan.
Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia
menjadi masyrakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan
apabila ia berkuasa melakukannya. Allah SWT sememangnya mewajibkan agar
umat Islam menghayati dan mengamalkan segala sifat-sifat kesempurnaan Allah
SWT sepertimana yang terkandung dalam Asma ul-Husna. Digalakkan umat
Islam menjiwai sebanyak dan sedalam yang mungkin. Kerana sifat belas kasihan
sentiasa menuju ke arah peningkatan iman, taqwa dan amal soleh yang sekali gus
berfungsi sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan. Dijelaskan oleh Allah SWT
sesiapa sahaja yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang serta menaruh
belas kasihan kepada makhluknya, diampuni oleh Allah SWT Mereka juga
dipelihara oleh Allah SWT daripada azab api neraka

Jaga Silaturahim Tanda Kesempurnaan Iman

Ikatan persaudaraan sesama Muslim umpama sebuah bangunan yang saling
menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan
itu terus terpelihara. Begitu juga diibaratkan silaturahim sesama Muslim yang
harus dipelihara supaya dapat menguatkan perpaduan umat Islam.

Program Tarbiah bersama Ustazah Muzayyanah Abdullah yang pernah bersiaran
setiap Jumaat, jam 10.15 pagi di radio IKIMfm, membicarakan mengenai

kepentingan menjaga silaturahim kerana hubungan baik sesama manusia
mendatangkan barakah serta rahmat Allah SWT.

Katanya, walaupun secara zahirnya manusia akan kembali menemui Allah SWT
dalam keadaan keseorangan, tetapi seorang Mukmin tetap bergantung kepada doa
daripada saudara Islam untuk mendapat tempat yang baik di akhirat nanti.

Islam juga mendidik umatnya untuk saling menyayangi antara satu sama lain
kerana dengan persaudaraan itulah yang akan menguatkan hubungan ukhuwah
umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya
atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan
silaturahim (hubungan kasih sayang)." (Riwayat Bukhari).

Peroleh Rezeki Berkat

Pentingnya seorang Mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana
kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang
murah. Justeru, umat Islam yang memandang remeh hubungan silaturahim
pastinya tidak mendapat keberkatan rezeki yang baik.

Bahkan, orang yang tidak mengendahkan menjaga hubungan sesama manusia
umpama tidak mengendahkan seruan Nabi Muhammad SAW dan suruhan Allah
SWT.

Sebagai seorang Islam, menjadi tuntutan untuk kita mengeratkan hubungan
persaudaraan kerana apa sahaja perbuatan dan perlakuan di dunia ini ada
kaitannya dengan akhirat. Seorang yang membina persaudaraan kerana Allah
SWT juga akan dipelihara hubungan kesatuan sesama manusia di akhirat.

Hubungan persaudaraan sesama Muslim hakikatnya bukan hanya berlaku di
dunia, ia juga berterusan hingga ke akhirat. Manusia yang memutuskan

silaturahim bukan hanya berada terasing di dunia, malah berseorangan di akhirat
kelak.

Ustazah Muzayyanah berkata, setiap manusia tidak pernah lari daripada
melakukan salah dan silap, pertelingkahan dan perbezaan pendapat.
Pertelingkahan dan permusuhan itu biarlah yang boleh mendatangkan muhasabah
diri kepada manusia untuk memperbaiki kesilapannya.

Pergaduhan sesama manusia biarlah berlaku hanya sementara sahaja, bukan
mendatangkan mudarat seperti hasad dengki, amarah dan lebih parah lagi
permusuhan yang boleh mendatangkan dendam membara dalam diri.

Beliau juga mengingatkan umat Islam sentiasa mengukur kekurangan diri dengan
selalu melakukan tarbiah supaya dapat memperbaiki kekurangan. Seorang yang
hidup mewah di dunia, tetapi penuh permusuhan dan pergaduhan, dibimbangi
menjadi manusia paling 'miskin' di akhirat nanti.

Katanya, jangan dibiarkan kehidupan dilingkari api kebencian kerana setiap
perasaan benci tidak akan membawa manusia ke mana melainkan ia menjadi
penyakit hati yang akan memusnahkan. Perasaan benci dalam hati akan
memusnahkan diri dan merosakkan ibadah selain hubungan sesama manusia.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling
dengki, menipu, marah dan memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian
menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba Allah
yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya,
(dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak
menghinanya. Takwa itu di sini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali).
Cukuplah seorang Muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang

Muslim. Setiap Muslim atas Muslim yang lain, haram darahnya, hartanya dan
kehormatannya." (Riwayat Muslim)

PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu)."
Surah Al-Hujurat ayat 13

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara
dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat."
Surah Al-Hujurat ayat 10

MAAFNYA RASULULLAH S.A.W , MUSUH YANG AKAN
MEMBUNUHNYA BERAKHIR MENJADI PERSAUDARAAN

Seorang lelaki Arab bernama Tsumamah bin Itsal dari Kabilah Al
Yamamah pergi ke Madinah dengan tujuan hendak membunuh

Nabi Shalallahu alaihi wa sallam.
Segala persiapan telah matang, persenjataan sudah disandangnya, dan ia pun
sudah memasuki ke kota suci tempat Rasulullah
tinggal itu.Dengan semangat meluap-luap ia mencari majlis
Rasulullah, langsung didatanginya untuk melaksanakan maksud tujuannya.
Tatkala Tsumamah datang, Umar bin Khattab ra. segera menghadangnya yang
melihat gelagat buruk pada penampilan orang tersebut. Umar bertanya, “Apa
tujuan kedatanganmu ke Madinah? Bukankah engkau seorang musyrik?”
Dengan terang
terangan Tsumamah menjawab, “Aku datang ke negeri ini hanya untuk
membunuh Muhammad!”. Mendengar ucapannya, dengan sigap Umar langsung
memberangusnya. Tsumamah tak sanggup melawan Umar yang perkasa, ia tak
mampu mengadakan perlawanan. Umar berhasil merampas senjatanya dan
mengikat tangannya kemudian dibawa ke masjid. Setelah mengikat Tsumamah
di salah satu tiang masjid Umar segera melaporkan kejadian ini pada
Rasulullah.

Rasulullah segera keluar menemui orang yang bermaksud membunuhnya it
u. Setibanya di tempat pengikatannya, beliau mengamati wajah Tsumamah
baik-baik, kemudian berkata pada para sahabatnya, “Apakah ada di antara
kalian yang sudah memberinya makan?”. Para shahabat Rasul yang ada disitu
tentu saja kaget dengan pertanyaan Nabi. Umar yang sejak tadi menunggu
perintah Rasulullah untuk membunuh orang ini seakan tidak

percaya dengan apa yang didengarnya dari Rasulullah.
Maka Umar memberanikan diri bertanya, “Makanan apa yang anda maksud
wahai Rasulullah? Orang ini datang ke sini ingin membunuh bukan ingin
masuk Islam!” Namun Rasulullah tidak menghiraukan sanggahan
Umar. Beliau berkata, “Tolong ambilkan segelas susu dari rumahku, dan
buka tali pengikat orang itu”.

Walaupun merasa heran, Umar mematuhi perintah Rasulullah.
Setelah memberi minum Tsumamah, Rasulullah dengan sopan berkata
kepadanya, “Ucapkanlah Laa ilaha illa- Llah (Tiada ilah selain Allah).” Si
musyrik itu menjawab dengan ketus, “Aku tidak akan mengucapkannya!”.
Rasulullah membujuk lagi, “Katakanlah, Aku bersaksi tiada ilah selain Allah
dan Muhammad itu Rasul Allah.” Namun Tsumamah tetap berkata dengan nada
keras, “Aku tidak akan mengucapkannya!” Para sahabat Rasul yang turut
menyaksikan tentu saja menjadi geram terhadap orang yang tak tahu untung
itu. Tetapi Rasulullah malah membebaskan dan menyuruhnya pergi. Tsumamah
yang musyrik itu bangkit seolah-olah hendak pulang ke negerinya. Tetapi belum
berapa jauh dari masjid, dia kembali kepada Rasulullah dengan wajah ramah
berseri. Ia berkata, “Ya Rasulullah, aku bersaksi tiada ilah selain Allah dan
engkau Muhammad..adalah Rasul Allah.”
Rasulullah tersenyum dan bertanya, “Mengapa engkau tidak mengucapkannya
ketika aku memerintahkan kepadamu?” Tsumamah menjawab, “Aku tidak
mengucapkannya ketika masih belum kau bebaskan karena khawatir ada yang
menganggap aku masuk Islam karena takut kepadamu. Namun setelah engkau
bebaskan, aku masuk Islam semata-mata karena mengharap keredhaan Allah
Robbul Alamin.”

Pada suatu kesempatan, Tsumamah bin Itsal berkata, “Ketika aku memasuki
kota Madinah, tiada yang lebih kubenci dari Muhammad. Tetapi setelah aku
meninggalkan kota itu, tiada seorang pun di muka bumi yang lebih kucintai
selain Muhammad Rasulullah.”

Salam ’alaika ya Rasulullah…

‫ َم ِج ْيد َح ِم ْيدُ إِنَّ َك إِ ْب َرا ِه ْي َم َوآ ِل إِ ْب َرا ِه ْي َم َع َلى َصلَّ ْي َت َك َما ُم َح َّمد آ ِل َو َع َلى ُم َح َّمد َعلَى َص ِل اَللَّ ُه َّم‬، ‫َوبَا ِر ْك‬
‫َم ِج ْيد َح ِم ْيدُ إِ َّن َك ِإ ْب َرا ِه ْي َم َوآ ِل إِ ْب َرا ِه ْي َم َعلَى بَا َر ْك َت َك َما ُم َح َّمد آ ِل َو َع َلى ُم َح َّمد َع َلى‬

“Ya Allah berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah memberikanrahmat kepada Ibrahim dan keluarga
Ibrahim, sesungguhnya Engkau Mahaterpuji lagi Mahaagung. Dan berikanlah
karunia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau
telah memberikan karunia kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Mahaterpuji lagi Mahaagung”.

Subhanallah...
Betapa mulia akhlak Rasulullah S.A.W.
Patut di jadikan teladan oleh kita semua..

HIKMAH PERSAUDARAAN

Apabila memperkatakan tentang hikmat, kelebihan atua faedah daripada
persaudaraan, ia boleh dihuraikan melalui al-Quran dan al-Hadith.

Al-Quran

Al-Quran secara khusus telah menyenaraikan beberapa hikmat persaudaraan
yang di antaranya ialah :

Al-Quran menjelaskan bahawa pengukuhan perasaan persaudaraan di di kalangan
umat Islam dan berbaik-baik dengan yang bukan Islam adalah semata-mata untuk
mengwujudkan perpaduan sejagat. Apabila terburainya ikatan itu tadi, bumi
Allah s.w.t ini akan dibasahi oleh darah manusia. Punca utama pertumpahan
darah itu adalah disebabkan hilangnya ikatan perasaan persaudaraan sesame
manusia. Jesteru kerana itu, persaudaraan dan perpaduan menurut Al-Quran
adalah merupakan jembatan emas yang menuju ke arah pencapaian keamanan,
dan kesejahteraan yang dimimpikan oleh setiap manusia dan penghalangan
perpecahan. Selain daripada itu, walaupun perpaduan diwajibkan oleh Allah
s.w.t, mereka yang bersatu-padu berasas kepada iman dan taqwa iaitu berasaskan
persaudaraan Islam adalah merupakan golongan yang paling dimuliakan oleh
Allah s.w.t.

Melalui persaudaraanlah seseorang itu memperolehi kekuatan dan kekuasaan, hal
ini amat benar sekali. Di mana sesuatu golongan yang bersatu-padu itu adalah
merupakan golongan yang kuat dan gagah yang disegani rakan dan lawan. Inilah
di antara faedah atau kelebihan persaudaraan. Tamadun yang dicapai oleh sesuatu
bangsa itu adalah disebabkan ketinggian prestasi perpaduan, persefahaman dan
persaudaraan di kalangan setiap ahli bangsa itu sendiri dari golongan pemerintah
hinggalah golongan rakyat jelata.

Al-Hadith

Rasulullah s.a.w menyarankan bahawa persaudaraan yang digalakkan oleh
Rasulullah s.a.w mempunyai kesan dari segi psikologi atau kerohanian yang
cukup besar. Ini disebabkan persaudaraan dan perpaduan itu tidak dapat
dilaksanakan melainkan setelah wujudnya perasaan, semangat dan keinginan
yang cukup tinggi. Jesteru kerana itu Rasulullah s.a.w beranggapan persaudaraan
itu memerlukan kepada semangat dan cita-cita untuk bersatu-padu dan
bekerjasama.

Hikmah persaudaraan yang berasaskan kepada Hadith Rasulullah s.a.w
selanjutnya dijelaskan oleh baginda sebagai satu cara bagaimana seseorang itu
mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t di hari akhirat kelak. Di man di
Padang Mahsyar kelak tiada siapa yang dapat memberi perlindungan daripada
azab sengsara melainkan Allah s.w.t juga yang berkuasa lagi maha memberi
pengampunan.

Dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa orang yang mengeratkan hubungan
persaudaraan adalah di antara mereka yang akan diberikan oleh Allah s.w.t di
Padang Mahsyar.

Kesan-Kesan Persaudaraan

-Persaudaraan dapat memupuk ke arah pengukuhan perpaduan dan
Keamanan.
Perpaduan dan keamanan yang dinikmati oleh masyarakat Malaysia pada hari in
i
menerusi persaudaraan, perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat y
ang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat mestilah
dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan diwarisi oleh generasi
semasa akan datang. Perkara-perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat
perlu dijauhi.

- Persaudaraan dapat memupuk nilai murni dan etika pergaulan sesama
dunia

Nabi merupakan contoh tauladan yang unggul untuk diikuti oleh manusia sama
ada yang melibatkan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Menyentuh tentang adab dan etika pergaulan sesama manusia, setiap individu
dalam masyarakat mempunyai obligasi yang tertentu untuk dilaksanakan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penerapan nilai murni dan etika persaudaraan sebagaimana
yang dituntut oleh ajaran Islam dapat mengeratkan perpaduan dan keutuhan
dalam komuiniti masyarakat. Perpaduan merupakan paksi utama kepada
kesatuan dan akan melahirkan generasi bersatu padu dalam kelompok
masyarakat yang progresif dan dinamik. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah
berterima kasih kepada pihak kerajaan dalam mengekal dan menjamin
keamanan serta perpaduan di kalangan rakyat.


Click to View FlipBook Version