The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI HAJAR BINTI ABDUL HALIM Moe, 2020-04-22 10:13:44

Buku Teks RBT Tingkatan 3

Buku Teks RBT Tingkatan 3

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Demonstrasi Info Bestari

Iklan menunjukkan Kaedah reka bentuk
kelebihan dan cara pengiklanan bagi
pengendalian produk demonstrasi,
dalam keadaan yang perbandingan, kiasan
sebenar. Lazimnya, kaedah atau ibarat dan
iklan ini disampaikan kenyataan merangsang
melalui rakaman yang merupakan jenis bagi
ditayangkan di media iklan memujuk. Iklan
massa atau secara langsung memujuk ialah iklan
di hadapan pengguna. yang menonjolkan
kelebihan sesuatu
produk dengan tujuan
untuk memujuk dan
mempengaruhi para
pengguna supaya
membeli produk
tersebut.
Perbandingan

Iklan menggunakan
perbandingan antara produk baharu dengan
XY produk yang telah lama berada di pasaran.

Perbandingan boleh dibuat berdasarkan kualiti,
masa, reka bentuk, rasa dan fungsi berbanding
produk lain.

Kiasan atau ibarat Kenyataan merangsang
Iklan menggunakan kiasan atau ibarat Iklan menggunakan kenyataan
bertujuan untuk menegaskan kelebihan merangsang supaya pelanggan berfikir
yang akan diperoleh pengguna sekiranya dan tertarik dengan produk. Iklan ini
menggunakan produk mereka. Iklan ini biasanya digunakan untuk memujuk
boleh mempengaruhi pengguna pengguna membeli produk tersebut.
secara psikologi.

BAB 3

141

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan Info Bestari

Gambar pegun Kaedah reka bentuk
Iklan menggunakan gambar pegun sebagai titik fokus atau pengiklanan bagi gambar
tumpuan pada bahagian tertentu produk. Iklan lazimnya pegun merupakan jenis
dipaparkan dalam media cetak. bagi iklan mengingat.
Iklan mengingat ialah
iklan yang mengingatkan
pengguna tentang
sesuatu produk agar
pengguna peka dengan
kewujudan produk
tersebut.

BAB 3

142

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

B Media pengiklanan
Media pengiklanan ialah saluran, cara, atau perantaraan yang digunakan untuk
menyampaikan iklan kepada pengguna. Setiap pengeluar atau peniaga akan
menggunakan cara tersendiri dengan memilih kaedah pengiklanan yang sesuai untuk
memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Media pengiklanan boleh disampaikan
melalui media massa, iaitu media cetak, media elektronik dan media sosial.
Media cetak
Media cetak sering menjadi pilihan pengeluar sebagai saluran pengiklanan. Hal ini
demikian kerana pengiklanan media cetak sesuai untuk pelbagai jenis produk dan
pelbagai peringkat umur. Pengiklanan melalui media cetak dilakukan melalui
surat khabar, majalah, brosur, katalog, poster dan lain-lain.

Surat khabar dan majalah
• Terdapat tiga jenis iklan di dalam

surat khabar, iaitu iklan kecil, iklan
muka surat dan iklan ruangan.
• Setiap jenis majalah yang berada
di pasaran mempunyai kumpulan
sasaran tertentu.

Brosur, helaian edaran dan katalog BAB 3
• Brosur ialah kepingan kertas berlipat

yang dicetak dengan maklumat
terperinci mengenai sesuatu produk.
• Helaian edaran ialah kepingan kertas
yang mengandungi maklumat produk.
• Katalog ialah lembaran yang
mengandungi maklumat secara
terperinci dan diedarkan oleh agen
syarikat yang mengeluarkan produk
tersebut untuk disampaikan
kepada pengguna.

143

BAB 3 BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Media elektronik
Pengiklanan melalui media elektronik merupakan salah satu pengiklanan yang mendapat
sambutan dalam kalangan pengeluar. Cara ini merupakan cara yang paling menarik
dan berkesan bagi mempromosikan barang atau perkhidmatan. Media elektronik
menggunakan lakonan, gambar, perkataan, suara dan muzik untuk menjadikan iklan
tersebut lebih menarik. Iklan jenis ini disampaikan melalui alat komunikasi massa seperti
televisyen, radio dan papan digital.

Televisyen
• Televisyen menyampaikan

iklan melalui visual dan audio,
dengan unsur-unsur kreativiti
yang tinggi, penuh aksi,
berwarna-warni dan menarik.

Radio
• Radio menyampaikan iklan

menerusi audio. Iklan di radio
lazimnya diselitkan ketika
rancangan radio ke udara dan
pengguna pula akan mendengar
semasa memandu atau bersantai
di rumah.

Papan digital
• Papan digital merupakan salah satu

produk hasil evolusi media elektronik
terkini. Keunikan papan digital
mampu menyampaikan maklumat
penting kepada kumpulan sasaran
dari semasa ke semasa.
144

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Media sosial Nilai Murni
Pengiklanan melalui media sosial merupakan salah satu Beretika dalam
strategi pemasaran yang amat berkesan. Kemudahan penggunaan bahasa dan
Internet di hujung jari membolehkan pengeluar muat naik gambar di
menggunakan media sosial sebagai platform untuk media sosial.
memperkenalkan produk mereka di serata dunia. Antara
aplikasi media sosial yang sering digunakan ialah
Facebook, Instagram, blog dan lain-lain.

KAFEYAHANANA Lemang sushi sejuk beku.
Rasanya enak dan mudah
disediakan. Hanya perlu
kukus selama 15-20 minit
sebelum dihidang. Berikut
adalah senarai harga
lemang sushi.

GERAI ,
KAFE RAFFLESIA

xxx.blogspot.com BAB 3

Songket sulam kasih
Tenun penuh
4 meter bidang 45 inci
Tidak perlu lining
Tidak perlu dry cleaning
Sesuai dipakai dalam semua majlis

Jangan fikir lama-lama. Dapatkan
songket ini sebelum kehabisan stok.

Berminat, hubungi saya.

1 set balang kuih bersaiz 500 ml
RM150 termasuk kos penghantaran

145

BAB 3 BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

C Faktor pemilihan media pengiklanan
Selain mengetahui kaedah reka bentuk pengiklanan, pengeluar perlu mengetahui
beberapa faktor semasa memilih media pengiklanan yang sesuai untuk produk mereka.
Proses ini penting bagi memastikan maklumat produk sampai kepada sasaran pengguna
yang betul. Faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memilih media pengiklanan ialah
jenis dan sifat produk, kos pengiklanan, luas pasaran, sasaran pengguna dan
saiz perniagaan.

Jenis dan sifat produk
Setiap produk yang akan diiklankan perlu sesuai dengan media
pengiklanannya. Contohnya, produk yang memerlukan tunjuk cara dan
khidmat nasihat tentang cara penggunaan dan penjagaan, sesuai diiklankan
melalui media elektronik atau media sosial yang berunsurkan demonstrasi.
Produk barangan makanan, pakaian atau buku pula sesuai diiklankan sama
ada melalui media cetak, media elektronik atau media sosial.

Kos pengiklanan
Pengeluar perlu mengetahui jumlah keseluruhan kos pengiklanan
yang dipilih supaya sesuai dengan kemampuan dan saiz operasi
perniagaan mereka. Contohnya, perniagaan yang bersaiz
kecil perlu memilih media yang berkos rendah, tetapi boleh
memberikan pulangan yang menguntungkan seperti media sosial
dan media cetak, iaitu brosur dan helaian edaran.

Luas pasaran
Luas pasaran sesuatu produk akan mempengaruhi jenis media yang
akan dipilih. Jika produk bertujuan untuk dipasarkan ke seluruh
negara, maka penggunaan media pengiklanan yang mempunyai
liputan meluas seperti radio, televisyen, papan digital dan media
sosial adalah paling tepat.
146

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Sasaran pengguna
Pengeluar perlu memastikan media pengiklanan yang betul untuk
menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasarannya. Contohnya, alat
solek dan pakaian wanita sesuai diiklankan di media sosial dan media cetak
seperti majalah wanita. Manakala, barangan yang berkaitan dengan sukan,
sesuai diiklankan melalui media sosial dan media cetak seperti majalah
sukan. Barangan permainan yang disasarkan kepada kanak-kanak pula
sesuai diiklankan di media sosial dan media elektronik seperti televisyen.

Saiz perniagaan
Pengeluar yang mempunyai perniagaan bersaiz besar mampu memilih media
pengiklanan yang lebih berkesan dan mahal seperti media elektronik, iaitu
televisyen dan papan digital, berbanding dengan perniagaan yang bersaiz kecil.

Aktiviti Mengenal pasti kaedah reka bentuk PAK-21
pengiklanan produk
Mix and

Match

1. Guru mengedarkan pelbagai contoh iklan produk kepada semua murid.
2. Semua murid perlu bergerak dan mencari iklan yang mempunyai kaedah reka bentuk

pengiklanan yang sama.
3. Murid akan berkumpul dan berbincang bersama-sama ahli kumpulan untuk menganalisis

kaedah reka bentuk pengiklanan yang mereka peroleh.
4. Kemudian, wakil daripada setiap kumpulan perlu mencatatkan hasil perbincangan dan

tampal hasil kerja di bahagian ruangan kelas untuk dilihat oleh kumpulan lain.

Praktis Formatif BAB 3
1. Senaraikan tiga jenis media pengiklanan yang sering digunakan dalam pemasaran.
2. Senaraikan tiga kaedah reka bentuk pengiklanan produk yang digunakan oleh pengeluar

dan nyatakan contoh iklan bagi setiap kaedah yang anda senaraikan.
147

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

3.1.4 Memilih Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang Sesuai untuk
Memasarkan Produk yang Dihasilkan

Setiap pengeluar akan berusaha untuk memastikan Imbas Semula
produk yang telah dihasilkan mampu bersaing di pasaran.
Pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai perlu Elemen dan prinsip reka
diberikan perhatian bagi memastikan maklumat sampai bentuk diaplikasikan
kepada pengguna. Bagi jenama atau produk yang baharu, untuk menghasilkan
pengiklanan penting untuk menghasilkan reka bentuk imej reka bentuk pengiklanan
baharu yang tersendiri. Hal ini demikian kerana produk yang berkesan.
tersebut dapat dibezakan dengan produk pesaing yang lain.

A Penggilap Kasut Magik

Jadual 3.2 Contoh jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan bagi produk
Penggilap Kasut Magik

No. Kaedah Penerangan Justifikasi

1 Kenyataan merangsang Kaedah ini dipilih untuk Slogan ‘Berkilat Tanpa
menarik minat pengguna Penat’ menyebabkan
untuk mengetahui dengan pengguna tertarik untuk
lebih lanjut tentang produk. mengetahui lebih lanjut
tentang produk Penggilap
Kasut Magik.

2 Matlamat produk Kaedah ini dipilih untuk Menyatakan fungsi atau
memberitahu pengguna matlamat Penggilap Kasut
matlamat produk yang Magik yang boleh membantu
dihasilkan. pengguna menggilap kasut
dengan cepat dan juga
membersihkan kasut.

3 Penyampaian fakta Kaedah ini dipilih untuk Maklumat mengenai cara
menyampaikan fakta tentang penggunaan dan kelebihan
produk dengan tepat kepada produk Penggilap Kasut Magik
pengguna. dapat disampaikan dengan
lebih jelas.

BAB 3

148

Percambahan idea Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran
Kenyataan merangsang
Warna latar belakang melalui slogan yang
yang sesuai dan menarik perhatian
dapat menonjolkan (catchy) pengguna.
produk.
Penyampaian fakta
melalui ilustrasi yang
menunjukkan cara
menggunakan produk
dalam situasi sebenar.

Matlamat produk Kenyataan merangsang BAB 3
disampaikan melalui yang bertujuan menarik
tajuk yang membantu dan memujuk pengguna.
ilustrasi.

Rajah 3.12 Reka Bentuk Iklan 1

149

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan Matlamat produk
Kenyataan merangsang disampaikan melalui
yang bertujuan menarik tajuk yang dapat
minat pengguna. membantu ilustrasi.

BAB 3 Warna pada latar Kenyataan merangsang yang Maklumat yang
belakang yang bertujuan menarik minat lengkap mengenai
sesuai dan dapat dan memujuk pengguna. tarikh dan lokasi
menonjolkan produk. Rajah 3.13 Reka Bentuk Iklan 2 demonstrasi produk.
150

Matlamat produk Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran
disampaikan melalui Penyampaian fakta melalui
tajuk yang dapat gambar foto kasut dan
membantu ilustrasi. produk sebagai objek
utama dalam reka bentuk.

Warna pada latar Kenyataan merangsang yang Penyampaian fakta BAB 3
belakang yang bertujuan menarik minat melalui penggunaan
sesuai dan dapat dan memujuk pengguna. simbol.
menonjolkan produk. Rajah 3.14 Reka Bentuk Iklan 3
151

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

B Pengagih Makanan Ikan Automatik

Jadual 3.3 Contoh jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan bagi produk
Pengagih Makanan Ikan Automatik

No. Kaedah Penerangan Justifikasi

1 Kiasan atau ibarat Kaedah ini dipilih untuk Penggunaan gambar foto pada
menarik minat pengguna latar belakang sebagai kiasan
untuk mengetahui dengan atau ibarat menyebabkan
lebih jelas tentang produk. pengguna tertarik untuk
mengetahui keistimewaan
produk Pengagih Makanan
Ikan Automatik.

2 Perbandingan Kaedah ini dipilih untuk Memaparkan perbezaan
membuatkan pengguna gambar foto di antara tapak
menilai kelebihan dan semaian, akuarium dan
keistimewaan produk. produk Pengagih Makanan
Ikan Automatik.

3 Penyampaian fakta Kaedah ini dipilih untuk Memaparkan
menyampaikan fakta tentang bahagian-bahagian dan cara
produk dengan tepat kepada produk Pengagih Makanan
pengguna. Ikan Automatik berfungsi.

BAB 3

152

Percambahan idea Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran
Kiasan atau ibarat melalui gambar foto
Matlamat produk disampaikan pada latar belakang yang bertujuan
melalui tajuk yang dapat menarik perhatian pengguna.
membantu ilustrasi.

BAB 3

Slogan yang bertujuan
menarik minat pengguna.

Rajah 3.15 Reka Bentuk Iklan 1

153

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan Matlamat produk disampaikan
Perbandingan dijelaskan melalui gambar melalui tajuk yang dapat
foto pada ilustrasi yang menunjukkan membantu ilustrasi.
kelebihan produk kepada pengguna.

BAB 3 Kenyataan merangsang Slogan yang bertujuan Warna pada latar belakang
yang bertujuan menarik menarik minat pengguna. yang sesuai dan dapat
dan memujuk pengguna. menonjolkan produk.
154
Rajah 3.16 Reka Bentuk Iklan 2

Matlamat produk disampaikan Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran
melalui tajuk yang dapat Warna pada latar belakang
membantu ilustrasi. yang sesuai dan dapat
menonjolkan produk.

Penyampaian fakta melalui Slogan yang bertujuan BAB 3
penggunaan simbol. menarik minat pengguna.

Rajah 3.17 Reka Bentuk Iklan 3

155

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

C Beg Jean

Jadual 3.4 Contoh jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan bagi produk
Beg Jean

No. Kaedah Penerangan Justifikasi

1 Kenyataan Kaedah ini dipilih untuk Penggunaan perkataan ‘WOW,
merangsang menarik minat pengguna murah, menarik, menawan’
untuk mengetahui dengan sebagai ilustrasi menyebabkan
lebih lanjut tentang produk. pengguna tertarik untuk
mengetahui dan ingin
memiliki produk Beg Jean.

2 Gambar pegun Kaedah ini dipilih untuk Gambar foto beg yang
menunjukkan kepada dipaparkan dalam
pengguna tentang reka iklan bertujuan untuk
bentuk produk. memperkenalkan produk
Beg Jean kepada pengguna.

3 Penyampaian fakta Kaedah ini dipilih untuk Maklumat atau fakta
menyampaikan fakta tentang mengenai kelebihan produk
produk dengan tepat kepada Beg Jean dapat disampaikan
pengguna. dengan lebih jelas.

BAB 3

156

Percambahan idea Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran
Penyampaian fakta melalui
Kenyataan merangsang melalui gambar foto yang menunjukkan
penggunaan perkataan sebagai cara untuk menggunakan
ilustrasi yang bertujuan menarik produk dalam situasi sebenar.
minat pengguna.

Maklumat untuk Penyampaian fakta melalui Kenyataan merangsang BAB 3
dihubungi oleh maklumat yang menyatakan yang bertujuan menarik dan
pengguna. kelebihan produk. memujuk pengguna.

Rajah 3.18 Reka Bentuk Iklan 1

157

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Warna latar belakang
yang sesuai dan dapat
menonjolkan produk.
Gambar pegun
disampaikan melalui
gambar foto pada
ilustrasi yang
bertujuan untuk
memperkenalkan
produk kepada
pengguna.
Matlamat produk
disampaikan melalui
tajuk yang membantu
ilustrasi.

Penyampaian fakta
melalui maklumat
yang menyatakan
kelebihan produk.
Maklumat untuk
dihubungi oleh
pengguna.
Rajah 3.19 Reka Bentuk Iklan 2

Aktiviti Memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai
untuk memasarkan produk

BAB 3 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. EM K

2. Setiap kumpulan akan memilih satu produk yang terdapat di pasaran. Kreativiti dan
3. Setiap kumpulan perlu berbincang bersama-sama ahli kumpulan untuk Inovasi

memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai digunakan sekiranya mereka
memasarkan produk tersebut.
4. Seterusnya, wakil daripada setiap kumpulan perlu mencatatkan hasil perbincangan dan
bentangkan di hadapan kelas.

158

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran BAB 3
Matlamat produk
disampaikan melalui
tajuk yang membantu
ilustrasi.

Penyampaian fakta
melalui maklumat
yang menyatakan
kelebihan produk.
Warna latar belakang
yang sesuai dan dapat
menonjolkan produk.

Maklumat untuk
dihubungi oleh
pengguna.
Rajah 3.20 Reka Bentuk Iklan 3

Praktis Formatif
1. Adakah sesuatu produk hanya boleh menggunakan satu kaedah reka bentuk pengiklanan

sahaja? Berikan penjelasan anda.
159

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

3.1.5 Menganalisis Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang Dipilih

Kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih perlu dianalisis untuk menghasilkan reka
bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk. Analisis yang dilakukan perlu mengambil
kira ciri-ciri pengiklanan yang berkesan, seperti yang diterangkan pada Rajah 3.21.

Kreatif builds strong teeth
• Mengaplikasikan prinsip reka bentuk

yang berkesan.
• Gabungan ilustrasi dan perkataan menghasilkan daya

penarik yang memberikan kesan psikologi kepada
pengguna seperti tertarik, teruja, ingin mencuba dan
ingin memiliki produk yang diiklankan. Contohnya,
iklan yang menunjukkan kekuatan gigi apabila
menggunakan sesuatu produk ubat gigi.

Memberikan impak
• Mempunyai reka bentuk yang membuat

pengguna terpukau dan teruja untuk
mengetahui lebih lanjut tentang produk
yang diiklankan. Contohnya, iklan mengenai
semburan yang mampu membersihkan
kotoran pada pakaian.

BAB 3 Mesej yang jelas
• Mesej yang hendak disampaikan

kepada pengguna mestilah jelas
supaya pengguna sasaran lebih
tertarik dengan produk. Contohnya,
iklan produk keluaran ‘Dettol’ yang
memberikan perlindungan dan
kesegaran yang tahan lama.

160

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Maklumat yang tepat
• Mempunyai maklumat yang tepat dan telus untuk

mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap
produk. Contohnya, maklumat berkenaan khasiat
pengambilan beras perang.

Mudah diingati Malaysia Boleh
• Gabungan ilustrasi, tema dan slogan

yang sesuai akan menghasilkan visual
yang menarik, mudah diingati dan
dikenali oleh pengguna.

Unsur unik dan tersendiri BAB 3
• Unsur unik dan tersendiri amat penting

bagi iklan sesuatu produk untuk menarik
perhatian pengguna. Identiti sesuatu
produk akan lebih terserlah dengan adanya
unsur ini. Contohnya, logo bagi
‘Malaysia Airlines’ menggunakan bentuk
permainan tradisional, iaitu wau.
Rajah 3.21 Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan

161

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3

Jadual 3.6 Analisis kaedah reka bentuk pengiklanan Pengagih Makanan Ikan Automatik

Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan Reka Bentuk Reka Bentuk Reka Bentuk
Iklan 1 Iklan 2 Iklan 3
Kreatif 3 3 3
Memberikan impak 7 3 7
Mesej yang jelas 3 3 3
Maklumat yang tepat 7 3 7
Mudah diingati 3 3 7
Unsur unik dan tersendiri 3 3 7

Jumlah 4 6 2

BAB 3

Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3
162

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Jadual 3.5 Analisis kaedah reka bentuk pengiklanan Penggilap Kasut Magik

Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan Reka Bentuk Reka Bentuk Reka Bentuk
Iklan 1 Iklan 2 Iklan 3
Kreatif 3 7 3
Memberikan impak 3 7 7
Mesej yang jelas 3 3 3
Maklumat yang tepat 7 3 3
Mudah diingati 3 7 7
Unsur unik dan tersendiri 3 7 7
5 2 3
Jumlah

Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3

Jadual 3.7 Analisis kaedah reka bentuk pengiklanan Beg Jean

Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan Reka Bentuk Reka Bentuk Reka Bentuk BAB 3
Iklan 1 Iklan 2 Iklan 3
Kreatif 3 3 3
Memberikan impak 7 7 3
Mesej yang jelas
Maklumat yang tepat 3 3 3
Mudah diingati 7 3 3
Unsur unik dan tersendiri 3 3 3
3 3 3
Jumlah 4 5 6

163

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Aktiviti Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang PAK-21
dipilih dengan menggunakan jadual analisis
Gallery

Walk

1. Secara berkumpulan, bincangkan dan analisis kaedah reka bentuk pengiklanan EM K

yang telah dipilih dengan menggunakan jadual analisis. Kreativiti dan
2. Setiap kumpulan perlu menyediakan jadual analisis dalam masa 15 minit. Inovasi

Tampalkan jadual analisis kumpulan di sudut yang disediakan.
3. Seorang ahli kumpulan akan memberikan penerangan manakala ahli yang lain akan
bergerak ke setiap stesen untuk melihat bahan daripada kumpulan lain dalam masa
15 minit (lihat-bincang-catat).
4. Murid-murid berkumpul semula untuk memulakan sesi soal jawab (murid mencatat
perkara yang tidak difahami semasa sesi ‘Gallery Walk’ dan akan dikemukakan kepada
kumpulan yang membina jadual analisis).

Praktis Formatif
1. Namakan satu iklan yang menarik perhatian anda di televisyen. Buat jadual analisis

terhadap iklan tersebut.
2. Senaraikan tiga ciri-ciri pengiklanan yang berkesan.

3.1.6 Membuat Rumusan Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang Sesuai
dengan Produk

Rumusan bagi kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih perlu dilakukan agar
penambahbaikan dapat dilaksanakan sebelum reka bentuk pengiklanan dihasilkan.
Melalui analisis yang telah dilakukan, Rajah 3.22 menunjukkan contoh reka bentuk
pengiklanan yang sesuai untuk ketiga-tiga produk.

BAB 3

Rajah 3.22 Contoh reka bentuk pengiklanan yang telah dipilih
164

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

A Penggilap Kasut Magik

Kreatif
Slogan yang menarik minat
pengguna
Cadangan penambahbaikan
Tiada

Memberikan impak
Reka letak tajuk kurang
memberikan impak
Cadangan penambahbaikan
Reka letak tajuk dibaiki agar
kelihatan lebih menarik

Mesej yang jelas
Kekurangan mesej yang jelas
Cadangan penambahbaikan
Mesej berkenaan kelebihan
produk perlu ditambah

Maklumat yang tepat Unsur unik dan BAB 3
Tidak terdapat maklumat tersendiri
tentang spesifikasi produk
Cadangan penambahbaikan Penggunaan bahan untuk
Tambahan maklumat seperti menghasilkan produk daripada
bilangan bateri diperlukan. kayu adalah mesra alam
Cadangan penambahbaikan
Mudah diingati Tiada
Tiada ciri yang mudah diingati
oleh pengguna 165
Cadangan penambahbaikan
Perubahan pada reka bentuk
nama produk agar mudah
diingati oleh pengguna

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

B Pengagih Makanan Ikan Automatik

Kreatif
Reka bentuk yang
kurang kreatif
Cadangan penambahbaikan
Penekanan pada reka bentuk
latar belakang agar
tampak kreatif

Memberikan impak

Reka bentuk kurang
memberikan impak
Cadangan penambahbaikan
Penambahbaikan latar
belakang yang menunjukkan
jenis-jenis sayuran yang
boleh ditanam.

Mesej yang jelas
Kekurangan mesej yang jelas
Cadangan penambahbaikan
Mesej berkenaan kelebihan
produk perlu ditambah

Maklumat yang tepat Mudah diingati Unsur unik dan
Kekurangan maklumat Tiada ciri yang mudah tersendiri
tentang kaedah pemasangan diingati oleh pengguna
produk Cadangan penambahbaikan Kekurangan unsur unik
Cadangan penambahbaikan Perubahan kepada reka dan tersendiri
Tambahan maklumat tentang bentuk dan warna agar
kaedah pemasangan produk mudah diingati oleh Cadangan penambahbaikan
dan jenis-jenis tanaman pengguna Perubahan kepada gambar
yang sesuai foto tumbuhan dan ikan
seperti idea Reka Bentuk
BAB 3 Iklan 1

166

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

C Beg Jean

Kreatif
Penyampaian maklumat yang
santai
Cadangan penambahbaikan
Tiada

Memberikan impak
Reka bentuk tajuk yang
kurang memberikan impak
Cadangan penambahbaikan
Baiki reka bentuk tajuk seperti
idea Reka Bentuk Iklan 2

Mesej yang jelas
Kekurangan mesej yang jelas
Cadangan penambahbaikan
Mesej berkenaan cara
penggunaan produk melalui
gambar foto perlu ditambah

Maklumat yang tepat Unsur unik dan BAB 3
Penggunaan maklumat yang tersendiri
tepat seperti jenis material
yang digunakan Menggunakan bahan
Cadangan penambahbaikan yang dikitar semula untuk
Tiada menghasilkan produk
Cadangan penambahbaikan
Mudah diingati Tiada
Tiada ciri yang mudah diingati
oleh pengguna 167
Cadangan penambahbaikan
Penekanan kepada reka
bentuk latar belakang agar
mudah diingati oleh pengguna

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

3.1.7 Menghasilkan Reka Bentuk Pengiklanan

Rajah 3.23 Contoh reka bentuk pengiklanan bagi produk
Penggilap Kasut Magik yang telah dihasilkan

Aktiviti Menghasilkan reka bentuk pengiklanan EM K

Kreativiti dan
Inovasi
1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Secara berkumpulan, bincangkan reka bentuk pengiklanan bagi produk Pengagih Makanan
Ikan Automatik dan Beg Jean berpandukan rumusan yang dijalankan pada subtopik 3.1.6.
3. Kemudian, setiap kumpulan perlu menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang sesuai bagi
kedua-dua produk tersebut.
4. Wakil daripada setiap kumpulan perlu membuat pembentangan berkenaan hasil reka bentuk
pengiklanan di hadapan kelas.

BAB 3 Praktis Formatif
1. Namakan tiga produk yang telah lama menguasai pasaran hasil daripada reka bentuk

pengiklanan yang berkesan.
168

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

R UMU S A N KUIZ Interaktif
goo.gl/b7DPPn
Reka Bentuk dalam Perniagaan
Reka Bentuk sebagai
Instrumen Pemasaran

Menyatakan maksud Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan
pemasaran perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

Menerangkan peranan • Keperluan dan kehendak pengguna
reka bentuk dalam • Saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna
pemasaran • Pengukuhan penjenamaan sesuatu produk

Mengenal pasti kaedah • Kaedah reka bentuk pengiklanan
reka bentuk pengiklanan • Media pengiklanan
Memilih kaedah reka • Faktor pemilihan media pengiklanan
bentuk pengiklanan • Jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan
yang sesuai untuk • Percambahan idea
memasarkan produk • Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan
yang dihasilkan • Jadual analisis kaedah reka bentuk pengiklanan
Menganalisis kaedah • Rumusan reka bentuk pengiklanan
reka bentuk pengiklanan
yang dipilih
Membuat rumusan
kaedah reka bentuk
pengiklanan yang sesuai
dengan produk

Menghasilkan reka • Penghasilan iklan produk BAB 3
bentuk pengiklanan

169

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Latihan Pengukuhan Semak JAWAPAN

Bahagian A goo.gl/hZY37D
Jawab semua soalan.

1. Salah satu peranan reka bentuk dalam pemasaran adalah sebagai saluran komunikasi
pengeluar kepada pengguna. Berdasarkan logo di bawah, nyatakan organisasi bagi
setiap logo tersebut.

2. Nyatakan fungsi yang sesuai bagi reka bentuk meja yang ditunjukkan di bawah.



(a) (b) (c)

3. Tandakan (3) pada kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai bagi produk kek batik.
(a) Kenyataan merangsang
(b) Demonstrasi
(c) Gambar pegun
(d) Perbandingan
(e) Fungsi produk
(f) Kiasan atau ibarat

170

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

4. Nyatakan tiga media sosial yang sering digunakan untuk memasarkan produk.
(a)
(b)
(c)
5. Namakan tiga contoh media cetak yang boleh digunakan untuk memperkenalkan

suatu produk.
(a)
(b)
(c)
Bahagian B
Jawab semua soalan.
1. Berdasarkan situasi yang diberikan di bawah, jawab soalan yang berikut.

Kelab Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah anda akan mengadakan
jualan sempena Hari Guru. Objektif jualan ini adalah untuk mengumpul dana
bagi kelab tersebut. Ahli jawatankuasa kelab telah memutuskan untuk menjual
bekas alat tulis yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
(a) Fikirkan bagaimana bekas alat tulis yang telah dihasilkan oleh ahli kelab akan

dibeli oleh pengguna? Kaitkan dengan aliran pemasaran.
(b) Apakah yang akan berlaku sekiranya aliran pemasaran bekas alat tulis kelab anda

dilakukan tanpa promosi?
(c) Andaikan anda sebagai ketua promosi projek jualan tersebut. Apakah kaedah reka

bentuk pengiklanan yang akan anda gunakan untuk meluaskan pasaran hingga ke
sekolah yang berdekatan? Nyatakan justifikasi pemilihan anda.
(d) Reka satu cogan kata yang sesuai untuk mempromosikan bekas alat tulis anda
sempena Hari Guru.

171

Glosari

A F
Analisis berantai punca-kesan − penelitian Futuristik − idea yang mengarah (menuju) ke

untuk memahami dan mengesahkan rantaian masa depan
punca dan kesan bagi sesuatu masalah
Arus ulang-alik − bentuk arus elektrik yang G
alirannya berulang-alik Gambar pegun − gambar kaku sebagai titik fokus
Asimetri − keadaan bentuk yang tidak simetri
atau tumpuan pada bahagian tertentu
B Gambar rajah blok − suatu lukisan yang
Bajet − belanjawan
Brosur − kepingan kertas berlipat yang dicetak mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam
bentuk blok
dengan maklumat terperinci mengenai sesuatu
produk H
Helaian edaran − kepingan kertas yang
C
Carta Gantt − carta pengurusan projek yang mengandungi maklumat produk

menggunakan bar masa dan garis dengan anak I
panah untuk menggambarkan jadual kegiatan Identiti − sifat-sifat yang terdapat pada seseorang
Cogan kata − frasa yang mudah diingat dan
mempunyai maksud tertentu yang digunakan atau sesuatu yang memperkenalkannya atau
untuk mengiklan atau menyatakan tujuan mengasingkannya daripada yang lain
sesuatu organisasi Inovasi − sesuatu idea, barang atau kaedah yang
diubah suai menjadi lebih baik dan berguna
D Integrasi − perihal menggabungkan
Demonstrasi − kaedah melakukan sesuatu untuk bahagian-bahagian menjadi satu kesatuan

menunjukkan kelebihan dan cara pengendalian J
sesuatu dalam keadaan yang sebenar Jenama − jenis barang yang memakai nama khas
Dimensi − ukuran saiz sesuatu atau garis pusat
yang dikeluarkan oleh pengeluar
E Justifikasi − hujah yang dikemukakan sebagai
Eksklusif − karya reka yang lebih halus dan indah
alasan bagi sesuatu
yang menggambarkan keunikan
Elektronik − cabang fizik dan teknologi yang K
Kajian keperluan pelanggan − kajian yang
berkaitan gerak laku, pembangunan dan
aplikasi litar atau peranti elektronik dijalankan untuk memastikan idea reka bentuk
Elemen reka bentuk − perkara yang dapat produk yang akan dihasilkan memenuhi
menzahirkan idea seseorang dalam bentuk keperluan dan kehendak pelanggan
lukisan atau lakaran Kapasitor − peranti yang dapat menyimpan
Ergonomik − kajian tentang hubungan antara tenaga elektrik dalam bentuk cas elektrik
pekerja dengan persekitaran tempat kerja, Komersial − sesuatu barang yang boleh
seperti aspek-aspek kejenteraan, peralatan dan dipasarkan atau diperdagangkan
keadaan kerja Kos overhed − kos bahan dan perkhidmatan yang
Estetika − ciri kecantikan atau kesenian yang diperlukan dalam pengeluaran barang atau
terkandung dalam sesuatu reka bentuk perkhidmatan tetapi tidak boleh dikesan
secara langsung

172

LR

Lakaran 2D − lakaran yang menunjukkan objek Rakan strategik perniagaan − kerjasama antara
dalam dua pandangan dua unit atau lebih dalam usaha menyediakan
Lakaran 3D − lakaran yang menunjukkan objek perkhidmatan yang menyeluruh untuk
dalam tiga pandangan, iaitu pandangan pelan, membantu perkembangan perniagaan
pandangan hadapan dan pandangan sisi Risalah − surat edaran (siaran); karangan
Lukisan isometrik− lukisan piktorial yang dapat (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara;
memberikan maklumat dan gambaran objek yang diutuskan, yang dikirimkan, menyebarkan
dengan lebih jelas Robot berautonomi − sistem pelaksanaan tugas
Lukisan kerja− lukisan yang menerangkan menggunakan robot secara automatik
dengan terperinci bentuk komponen-komponen
produk yang akan dihasilkan
S

Lukisan skematik− lukisan yang menunjukkan Simulasi − perbuatan yang direka atau
kedudukan komponen elektronik dalam dibuat-buat tetapi mirip dengan yang sebenar
bentuk simbol
Sistem − cara atau kaedah untuk melakukan
sesuatu, aturan
M Sintetik − sesuatu yang disediakan daripada

Mekanikal − berhubung dengan jentera; secara bahan kimia atau bahan tiruan, iaitu bukan
atau seperti gerakan mesin atau jentera (tidak daripada sumber semula jadi
menggunakan fikiran)
Mekatronik − teknologi yang menggabungkan
T

ilmu kejuruteraan mekanikal dengan elektronik Teknologi − aktiviti atau kajian yang
dalam pembangunan teknik pembuatan baharu menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan
Mikropemproses− litar bersepadu yang berfungsi praktis dalam industri, perubatan dan lain-lain
sebagai unit pemprosesan pusat dalam
mikrokomputer Trend − arah aliran (gerakan dan sebagainya),
Mikropengawal − peranti kawalan yang perkembangan rentetan kejadian (amalan
menggunakan mikropemproses sebagai dan lain-lain) yang seolah-olah menuju ke
CPU-nya suatu arah

P U
Panel kawalan − bentuk kawalan kekunci untuk Unjuran ortografik − kaedah melukis unjuran

memudahkan perhubungan sistem untuk menunjukkan bentuk sebenar sesuatu
Pemasaran − aktiviti perniagaan yang objek pada satah yang bersudut tepat dengan
arah pandangan
menyalurkan barang dan perkhidmatan Urus niaga − urusan yang berkaitan dengan
daripada pengeluar kepada pengguna perniagaan atau perdagangan
Penderia− alat yang dapat mengesan perubahan
sinar cahaya, haba, tekanan dan sebagainya V
Pengaturcaraan − bahasa komputer yang Visual − sesuatu yang dapat dilihat
memberikan arahan atau perintah kepada
mikropengawal untuk menjalankan W
sesuatu tugas Warna primer − warna asas kepada semua warna
Prinsip reka bentuk− konsep atau aturan yang Warna sekunder − warna yang terhasil daripada
digunakan pada elemen reka bentuk bagi
memudahkan pembinaan sesuatu objek dua warna primer
Warna tertier − warna yang terhasil daripada

campuran warna sekunder

173

Senarai Rujukan

Abdul Hamid, M. I. (1990). Pemasaran Keluaran Pertanian, Unit Penerbitan Akademik, UTM Skudai
Alciatore, D. G. & Histand, M. B. (2009). Pengenalan kepada Mekatronik dan Sistem Pengukuran.

Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Alciatore, D. G. & Histand, M. B. (2012). Introduction to Mechatronics and Measurement System.

New York: McGraw-Hill
Cheong, P. K. (2014). KHIND Dari Lokal Ke Global. Kuala Lumpur: Cetak Rapi Sdn Bhd.
Hafizah, H., Nasharuddin, Z., Rizauddin, R., Noorfazila, K., Iskandar, Y., Mohd Faisal, I. (2017). Inovasi

Melalui Arduino. Kuala Lumpur: Telaga Biru Education
Hasni, R. & Jamil, A.B. (2006). Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Istilah Kejuruteraan: Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka
Jamil, A.B. & Azra, O. (2017). Reka Cipta Tingkatan 5. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Kaharruddin, I., Azmi, M.Y., Ramli, A. (2002). Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Loch. C. (2008). Handbook of New Product Management. United Kingdom: Elsevier Ltd
Maizatul Azura, Y., Ainal Akmar, A., Noor Aida, M., Nasihah, H. Slogan Iklan Alam Majalah: Yang

Tersurat dan Tersirat , International Seminar On Generating Knowledge Through Research, UUM-
UMSIDA, 25-27 October 2016.
Mohd Zukhairi, A.R., Mohd Ismail, A.R., Noorazzima, M.N., Sarifah, A.R., Zuraini, A.R. (2017). Reka
Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Noor Wahyuni, A. & Azra, O. (2016). Reka Cipta Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Salmiah, J., Rahimah, J., Mohd Shukri, M.R., Abd Samad, H., Zamri, S. (2016) Reka Bentuk dan
Teknologi Tingkatan 1, Selangor: Pustaka Pepada Jaya Sdn. Bhd
Schenek, B. F. Small Business Marketing For Dummies 2nd Edition, Wiley Publishing.Inc
Shanti, S. & Kiet, M.B. (2008). Teks & Rujukan Lengkap Pengajian Perniagaan 1. Shah Alam : Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.
Sim, T. S., Zainal, S., Zainul Abidin, M.I. (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1.
Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Bhd.
Siti Amnah, S., Rosiah, N., Farid, H., Johari, A.A. (2004). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3.
Melaka: Percetakan Surya Sdn. Bhd.
Ulrich, K. T. (2012). Product Design and Development. New York: McGraw-Hill
Zafir, M.M. & Faziah, M.H. (2003). Menjadi Usahawan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Zainuddin, Z. & Ziadatul Hidayah, Z. (2008). Tip Menawan Hati Pelanggan. PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Zulkifli, M.S., Zulkifly, T., Tuslah, A., Suriani, A. (2004). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2.
Selangor: Cerdik Publication Sdn. Bhd.

174

Indeks

A G
Analisis berantai punca-kesan 23, 33, 41, Gambar pegun 139, 142, 156, 170
Gambar rajah blok 2, 18-25, 32, 33, 35
42, 109
Arus ulang-alik 7, 15, 34 H
Arus terus 7, 34 Helaian edaran 143, 146
Asimetri 56
I
B Identiti 134, 136, 161
Bajet 38, 73, 75, 77-79, 119 Ilustrasi 64, 149, 150, 151, 153-161
Bentuk mengikut fungsi 46, 52 Inovasi 45, 46, 103, 108, 110
Brosur 105, 143, 146 Integrasi 2, 3

C J
Carta Gantt 73, 74, 104 Jenama 39, 134-138, 148
Cogan kata 171 Justifikasi 27, 47, 51, 119, 148, 152,

D 156, 171
Demonstrasi 139, 141, 146, 150, 170
Dikenali 11, 122, 134, 136, K
Kajian keperluan pelanggan 38-41,47, 74,
138, 161
Dimensi 55 104, 107, 108, 113, 119, 120
Kapasitor 9, 16
E Kefungsian 30-34, 74, 80, 81, 95, 97, 98, 99,
Eksklusif 130, 135
Elemen reka bentuk 45, 46, 53, 54, 63, 64, 101, 105, 113, 115, 116, 119, 133
Kehendak 28, 36, 38, 39, 47, 48, 51, 52, 72,
72, 107, 111, 113
Ergonomik 49, 69, 97-99, 101, 105, 116 77, 81, 82, 95, 98, 99, 119, 124-132, 136,
Estetika 26, 31, 90, 94, 97, 98, 99, 105, 116 140, 169
Keperluan 28, 36, 38-41, 44, 45, 47, 48, 69,
F 72, 74, 81, 98, 99, 104, 107, 108, 113,
Futuristik 101 117, 119, 120, 124-133, 136, 140, 169
Fungsi 2, 11, 12-18, 22-24, 28, 30, 32-35, Kesetiaan 134, 136
Kejuruteraan 7, 10, 76
41, 42, 44-50, 52, 63, 68, 69, 73, 75, 76, Kemasan 29, 74, 76, 79, 82, 90, 98, 99, 101,
81, 107, 109, 111, 128, 129, 130, 131, 105, 113, 115
136, 140, 141, 148, 170 Komponen 2, 8, 9, 14-18, 23, 24, 27, 29, 32,
34, 35, 41-43, 50, 51, 64, 68-70, 76, 80,
81, 84, 86, 87, 98, 99, 101, 111, 114
Kontras 53, 56, 72, 113
Konsep SMART 77, 78, 104, 114
Kos overhed 77, 79, 114

175

L Prinsip reka bentuk 25, 28, 46, 52, 53, 56,
Lakaran 3D 64-67, 73 59, 64, 72, 104, 107, 110, 111, 113, 119,
Lukisan kerja 68, 70, 76, 119 121, 131, 148, 160
Lukisan isometrik 68, 70, 105, 118
Produk berfungsi 2, 6, 8, 27, 38, 80-82, 90,
M 94, 95, 104, 119, 121
Masalah inventif 24, 38, 41-43, 104,
Produk berfungsi sebahagian 27, 80, 81, 94,
107-109, 120 119, 120, 121
Media elektronik 122, 143, 144, 146, 147
Media massa 141, 143 Projek brief 38, 39, 43-47, 52, 59, 74, 95,
Media sosial 122, 143, 145-147, 171 104, 107, 109, 110, 113, 119, 120
Media cetak 122, 142, 143, 146, 147, 171
Media pengiklanan 143, 146, 147, 169 R
Mekatronik 1-7, 9-22, 32-35, 47 Rakan strategik perniagaan 128, 137, 138
Mikropengawal 10, 13, 17, 19-21, 23, 24, 28 Revolusi industri 4-6
Mock-up 46, 74, 80, 81, 102, 103, 110, 113
Model fungsi 23, 41, 42, 109 S
Simulasi 5
P Sintetik 40, 46
Penilaian kefungsian 30-34, 74, 95, 113, 119 Sistem elektrik 7, 8, 13, 15, 17, 33, 34
Pemasaran 122, 124, 125, 127, 128, 137, Sistem elektronik 7, 9, 12, 14, 16, 17, 33, 34
Sistem kawalan dan pengaturcaraan 2, 7, 9,
138, 145, 147, 169-171
Pendokumentasian 36, 38, 102, 103, 119 13, 15, 17, 33, 34
Pengaturcaraan 2, 3, 7, 9, 10, 13, 15, 17, 18, Sistem mekanikal 3, 7, 8, 12, 14, 16, 17,

27, 28, 33, 34 33, 34
Pengeluar 39, 79, 122, 124-126, 128, 130, Spesifikasi 80, 165

131, 134, 137-140, 143, 145-148, T
169, 170 Teknologi 2-4, 27, 33, 38, 47, 48, 50, 51,
Pengguna 3, 16, 26, 28, 29, 31, 44-46, 49,
50, 69, 77, 78, 81, 96-101, 104-106, 108, 92-94, 104, 106, 107, 110, 111, 119, 128,
117, 122, 124-132, 134, 136, 138-161, 133, 137, 171
165-171
Pengiklanan 122, 124, 127, 139-148, 152, U
156, 158-164, 168-171 Unjuran ortografik 38, 46, 70, 71, 82,
Penjenamaan 128, 134, 135, 137, 138, 169
Poster 143 105, 118
Urus niaga 125

176

Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya

serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah

Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh
Terima

Nombor Perolehan:
Tarikh Penerimaan:

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL

RM7.25

ISBN 978-983-092-444-1

9 789830 924441
FT273001


Click to View FlipBook Version