The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Rashedah Mustaffa, 2021-07-28 02:31:25

Kata Seru

Bahasa Melayu

Khamis 29 Julai 2021

Tajuk : Ayat Seruan

Definisi Ayat Seruan
1. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan

dengan intonasi seruan untuk tujuan
melahirkan perasaan.

2. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan
dengan tanda seru (!) yang terletak di akhir
ayat.

3. Contoh:
a. Aduh:-

Menunjukkan perasaan sakit.
 Aduh, sakitnya kakiku!

b. Cis:-
Menunjukkan perasaan marah/tidak suka.
 Cis, berani kau datang ke sini lagi!

c. Aduhai:-
Menunjukkan perasaan sedih/simpati.
 Aduhai, malangnya nasibku ini!

d. Ah:-
Menunjukkan perasaan tidak setuju.
 Ah, itu semua alasan kau!

e. Nah:-
Menunujukkan perasaan geram/marah.
 Nah, ambillah semula buku kamu ini!

f. Amboi:-
Menunujukkan perasaan kagum/hairan.
 Amboi, cantik kamu hari ini!

g. Eh:-
Menunjukkan perasaan terkejut/hairan.
 Eh, murahnya rantai leher ini!

h. Syabas:-
Menunjukkan perasaan gembira,pujian dan
ucapan tahniah.
 Syabas, kamu berjaya!

i. Oh:-
Menunjukkan perasaan terkejut/hairan/
kecewa.
 Oh, sanggup kamu menipu saya!

j. Wahai:-
Menunjukkan perasaan sedih/menarik
perhatian.
 Wahai anakku, ingatlah pesanan ibu!

k. Hai:-
Menunjukkan perasaan menegur seseorang.
 Hai, selamat berkenalan!

l. Ceh:-
Menunjukkan perasaan mengejek.
 Ceh, itu pun kamu tidak tahu!

m. Wah:-
Menunjukkan perasaan kagum/hairan.
 Wah,besarnya rumah itu!


Click to View FlipBook Version