1 1.0 Adab berpakaian dalam majlis rasmi Penampilan seseorang individu lazimnya dilihat dan dinilai dari segi mereka berpakaian. Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap individu mengenakan pakaian yang sesuai mengikut urusan yang akan dilakukan samada rasmi mahupun tidak. Lazimnya, seseorang individu itu akan mengenakan pakaian yang tertentu untuk melakukan sesuatu urusan yang rasmi bertujuan untuk menjaga imej peribadi individu itu sendiri ataupun menjaga imej sesuatu organisasi dimana individu itu berkhidmat. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya cara mengenakan pakaian telah diangkat untuk dijadikan protokol di dalam sesuatu majlis rasmi. Hal ini kerana, melalui cara seseorang individu itu mengenakan pakaian di dalam satu-satu majlis rasmi membawa erti individu itu memberi penghormatan dan berbesar hati menerima pihak yang satu lagi. Adapun cara mengenakan pakaian untuk menghadiri sesuatu majlis yang rasmi bagi lelaki dan perempuan telah ditetapkan seperti berikut: Pakaian Lelaki Pakaian Perempuan Pakaian Istiadat Siang (Jaket Putih) Pakaian Istiadat Malam (Mess Kit) Pakaian Black Tie Pakaian Kebangsaan Rasmi Pakaian Kebangsaan Lounge Suit Pakaian Kerja Pakaian Batik Lengan Panjang Pakaian Kasual Pakaian Istiadat Siang (Jaket Putih) Pakaian Istiadat Malam (Mess Kit) Pakaian Kerja Pakaian Baju Kurung Pakaian Baju Kebaya Labuh Jadual 1: Pakaian lelaki dan perempuan untuk majlis rasmi Selain daripada itu juga, terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh pihak lelaki dan perempuan bagi memastikan kesesuaian pakaian dalam sesuatu majlis rasmi. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut: 1
2 Kesesuaian Pakaian Lelaki Kesesuaian Pakaian Wanita Jangan memakai kasut sukan Jangan memakai tali leher sekiranya memakai kemeja lengan pendek Sematkan semua butang baju kemeja lengan pendek (kecuali butang kolar) Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang Tali leher mestilah dipakai sekiranya memakai kemeja lengan panjang Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang Warna tali leher mestilah sesuai dengan warna baju kemeja lengan panjang Memakai pakaian dalam (singlet) Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar Kasut mestilah bersih dan berkilat Gunakan deodoron yang lembut Elakkan memakai pakaian yang boleh menyulitkan pergerakan (ketat) Tidak memakai seluar yang terlalu labuh hingga mencecah lantai ataupun singkat sehingga kelihatan tergantung Elakkan daripada memakai kain berkilat atau berkilau pada siang hari Elakkan daripada memakai satu warna sahaja Jangan melebihi empat warna pada satu masa Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan Jangan terikut dengan fesyen yang mungkin tidak sesuai Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap namun tidak jarang Jangan keterlaluan mengenakan alat solek Rambut hendaklah tersisir rapi Gunakan bedak yang tidak terlalu kuat baunya Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung Jika memakai mini telekong, warna tudung mestilah bertentangan dengan warna baju Memilih warna “skin colour” sekiranya menggunakan sarung kaki Meminimakan penggunaan barang-barang perhiasan Corak fabrik tidak melebihi 2
3 daripada empat warna Tidak memakai anting-anting labuh ataupun rantai tangan yang berloceng yang akan mengeluarkan bunyi apabila berjalan Elakkan memakain baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar Jangan memakai jam tangan dan gelang di tangan yang sama Jadual 2: Kesesuaian pakaian lelaki dan perempuan untuk ke majlis rasmi 2.0 Carta minda pakaian lelaki dan perempuan untuk ke majlis rasmi 2.1 Pakaian lelaki ke majlis rasmi = JPM 4K 2B 1L Akronim Maksud Akronim JP Jaket Putih (istiadat siang) Rajah 1: Jaket Putih Lelaki M Mess Kit (istiadat malam) 3
4 Rajah 2: Mess Kit Lelaki Akronim Maksud Akronim K Baju Kebangsaan Rasmi Rajah 3: Baju Kebangsaan Rasmi K Baju Kebangsaan 4
5 Rajah 4: Baju Kebangsaan Akronim Maksud Akronim K Pakaian Kerja Rajah 5: Pakaian Kerja K Pakaian Kasual 5
6 Rajah 6: Pakaian Kasual Akronim Maksud Akronim B Pakaian Batik Lengan Panjang Rajah 7: Pakaian Batik Lengan Panjang B Pakaian Black Tie 6
7 Rajah 8: Pakaian Black Tie Akronim Maksud Akronim L Lounge Suit 7
8 Rajah 9: Pakaian Lounge Suit 2.2 Pakaian Perempuan untuk ke majlis rasmi = JPM 3K 8
9 Akronim Maksud Akronim JP Jaket Putih (istiadat siang) Rajah 10: Jaket Putih Wanita (kanan) M Mess Kit (istiadat malam) Rajah 11: Mess Kit Wanita (kiri) Akronim Maksud Akronim K Pakaian Kerja 9
10 Rajah 12: Pakaian Kerja K Pakaian Baju Kurung Rajah 13: Pakaian Baju Kurung Akronim Maksud Akronim K Pakaian Kebaya Labuh 10
11 Rajah 14: Pakaian Kebaya Labuh (Tengah) 3.0 Jadual banding beza pakaian lelaki dan perempuan untuk ke majlis rasmi istana, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan sekolah 11
12 3.1 Jenis-jenis pakaian untuk ke majlis rasmi di istana Jenis Majlis Pakaian Lelaki Pakaian Perempuan Istiadat Pertabalan Pakaian Istiadat Baju Kebangsaan Rasmi Baju Kurung atau Kebaya labuh, berselendang dan tidak sedondon Mengadap Tuanku Pakaian Istiadat Baju Kebangsaan Rasmi Baju Kurung atau Kebaya labuh, berselendang dan tidak sedondon Pengurniaan Darjah Kebesaran Baju Batik Lengan Panjang Lounge Suit Pakaian Kerja Baju Kurung atau Kebaya labuh, berselendang dan tidak sedondon Pengebumian Baju Kebangsaan Baju Batik Lengan Panjang Lain-lain pakaian yang sesuai Baju Kurung atau Kebaya labuh, berselendang dan tidak sedondon Jadual 3: Jenis-jenis pakaian untuk ke majlis rasmi di istana 12
13 3.2 Jenis-jenis pakaian untuk ke majlis rasmi persekutuan Jenis Majlis Pakaian Lelaki Pakaian Perempuan Bankuet Negara Mess Kit/White Tie/Baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran Baju Kurung atau Kebaya labuh, berselendang dan tidak sedondon Jamuan Makan Malam Rasmi oleh Ketua Kerajaan Baju Kebangsaan Hitam Black Tie Baju Kurung Berselendang Baju Kebaya Labuh Berselendang Jamuan Makan Tengahari Rasmi Baju Batik Lengan Panjang Lounge Suit Pakaian kerja Baju Kurung Baju Kebaya Jamuan Teh Rasmi Baju Batik Lengan Panjang Lounge Suit Pakaian Kerja Baju Kurung Baju Kebaya Labuh Jadual 4: Jenis-jenis pakaian untuk ke majlis rasmi persekutuan 13
14 3.3 Jenis-jenis pakaian untuk ke majlis rasmi kerajaan negeri Jenis Majlis Pakaian Lelaki Pakaian Perempuan Bankuet Negeri Mess Kit/White Tie/Baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran Baju Kurung atau Kebaya labuh, berselendang dan tidak sedondon Jamuan Makan Malam Formal Baju Kebangsaan Lounge Suit Baju Kurung Baju Kebaya Labuh Jamuan Makan Tengahari Rasmi Baju Batik Lengan Panjang Lounge Suit Pakaian Kerja Baju Kurung Baju Kebaya Jamuan Teh Rasmi Baju Batik Lengan Panjang Lounge Suit Pakaian Kerja Baju Kurung Baju Kebaya Labuh Jadual 5: Jenis-jenis pakaian untuk ke majlis rasmi kerajaan negeri 3.4 Jenis-jenis pakaian untuk ke majlis rasmi sekolah Jenis Majlis Pakaian Lelaki Pakaian Perempuan Jamuan Makan Baju Batik Lengan Baju Kurung 14
15 Tengahari Rasmi Panjang Lounge Suit Pakaian Kerja Baju Kebaya Labuh Pakaian Kebangsaan masing-masing Perasmian Sukan Tahunan Sekolah Pakaian Sukan Pakaian Sukan Mesyuarat Agung PIBG Baju Batik Lengan Panjang Pakaian Kerja Baju Kurung Baju Kebaya Labuh Pakaian Kebangsaan masing-masing Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Baju Batik Lengan Panjang Pakaian Kerja Baju Kurung Baju Kebaya Labuh Pakaian Kebangsaan masing-masing Majlis Graduasi Pelajar Baju Batik Lengan Panjang Pakaian Kerja Baju Kurung Baju Kebaya Labuh Pakaian Kebangsaan masing-masing Sambutan Hari Guru Baju Batik Lengan Panjang Pakaian Kerja Baju Kurung Baju Kebaya 15
16 Labuh Pakaian Kebangsaan masing-masing Jadual 6: Jenis-jenis pakaian untuk ke majlis rasmi di sekolah 4.0 Refleksi 16
17 Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Sekalian Alam kerana dengan limpah kurniaNya masih diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus dengan penuh jayanya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Razali Bin Hashim kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. Seterusnya saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang sentiasa memberi sepenuh komitmen dan komited dalam menjalankan tugas dan tidak lupa juga kepada keluarga saya di kampung tidak pernah putus menyokong dan memberi dorongan kepada saya agar sentiasa teguh dan bersemangat dalam meneruskan pengajian di IPG Kampus Tun Hussein Onn. Sebelum menyiapkan tugasan ini,saya mengalami beberapa masalah yang terus mengganggu emosi saya. Pertama, tugasan ini diberi agak lewat dan harus disiapkan serentak dengan tugasan lain. Pada mulanya, saya tidak bersemangat dan lesu melihat bebanan kerja yang terlalu banyak sehinggakan timbul perasaan malas untuk memulakannya. Perkara ini menyebabkan emosi saya tidak stabil dan tidak dapat berfikir secara rasional namum dengan nasihat dan bantuan rakan-rakan saya kuatkan diri, berfikir secara positif dan memulakan dengan jiwa yang tenang. Semasa menjalankan tugasan ini, saya tidak mengalami banyak masalah namun rasa letih dan lesu tetap menghimpit lantaran bebanan kerja. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah cuba perbaiki cara saya belajar iaitu mendengar radio sambil menyiapkan tugasan ini. Hal ini dapat menimbulkan rasa segar didalam diri sekaligus memberi nafas baru kepada saya. Perkara ini membuatkan saya menjalankan tugas dengan gembira dan ceria tanpa rasa jemu dan letih. Selain itu, saya juga turut mengambil waktu rehat selama beberapa minit untuk merehatkan minda dari kepenatan mencerna idea. Hal ini membolehkan saya berfikir dengan lebih rasional dan positif. Tambahan pula, idea-idea yang dikeluarkan lebih bernas dan bertetapan dengan tajuk yang dikaji. Disamping itu, pembahagian masa juga agak tidak teratur pada permulaannya lantaran terlalu banyak tugasan yang diterima. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah mengatur waktu dengan efektif. Pembahagian waktu seimbang dan tepat dengan kehendak yang sepatutnya. Namun, tidak semua waktu dan perkara yang dapat saya ikut sepenuhnya mungkin kerana sikap lalai dan alpa saya sendiri. Justeru itu, saya terpaksa menyiapkan tugasan ini dengan segera dan 17
18 cepat walaupun terpaksa mengorbankan masa rehat dan waktu tidur. Walaupun begitu, perasaan lega dan gembira pasti akan tiba apabila segala tugasan selesai. Bak kata pepatah “ Berakit-rakitlah dahulu, berenang-renang kemudian”. Setelah siap segala tugasan ini, saya dapat membuat beberapa kesimpulan terhadap diri sendiri. Topic yang diberikan sangat berguna sekaligus menambah ilmu pengetahuan kepada diri saya. Selain itu, saya dapat tingkatkan kemahiran membina buku skrap ini. Akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini mahupun secara langsung mahupun tidak langsung. Sagala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi pastinya saya akan amalkan dan sampaikan kepada murid-murid saya pada masa akan datang. Tugasan ini sangat releven dan mencabar para guru pelatih untuk bersikap kreatif, mengawal emosi, dan berfikir terbuka. Diharapkan agar tugasan ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan membuat beberapa tambahan baikkan. Pada pendapat saya, tugasan ini perlu diberikan tempoh masa yang lebih panjang memandangkan tugasan ini agak sukar. Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsi didalam refleksi saya ini, segala kesulitan dan kesalahan mohon dimaafkan. Dan segala usaha saya ini diberkati oleh Allah s.w.t. 18
19 5.0 Rujukan 1. Mohd Hanafiah Bin Mokhtar, Pengurusan dan Pengendalian Majlis Rasmi Kerajaan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. 2. Protokol dan Etiket, Institut Tadbiran Awam Negara Intan. 3. http://pabm.com.my/ 19