The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TING 2
IFFAH NABILAH 2UPM
BAB 6 : TELEKOMUNIKASI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iffahnablh_, 2022-02-12 02:57:39

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TING 2

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TING 2
IFFAH NABILAH 2UPM
BAB 6 : TELEKOMUNIKASI

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BALUNG

GEOGRAFI TINGKATAN 2

TAJUK : TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA

Disediakan oleh:

IFFAH NABILAH BINTI HAIRI
2UPM

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF KAJIAN 2
KAEDAH KAJIAN 3
HASIL KAJIAN 4 -16
RUMUSAN 17
RUJUKAN 18

PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat

serta nikmat yang dianugerahkan kepada saya, dapat saya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dedikasi diucapkan

penghargaan ini kepada guru mata pelajaran Geografi iaitu Cikgu

Suderajat kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan

kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk

menyiapkan kerja.


Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan

yang banyak memberi idea dalam pembikinan kerja lapangan ini.

1

PENDAHULUAN
Tajuk kajian ialah "Telekomunikasi Yang Ada di Malaysia". Saya memilih
tajuk ini kerana ingin mengkaji perkembangan sistem perhubungan
telekomunikasi di Malaysia. Kajian ini dijalankan selama 2 hari pada
awal bulan Februari. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan
sewaktu cuti atas pelaksanaan peperiksaan ujian lisan bertutur untuk
Tingkatan 5.

OBJEKTIF KAJIAN
(a) Mentakrifkan dan menghuraikan konsep telekomunikasi.
(b) Menyatakan dan menghuraikan kemajuan alat telekomunikasi di

Malaysia.
(c) Menghuraikan kepentingan alat telekomunikasi di Malaysia.
(d) Menghuraikan kesan penggunaan telekomunikasi terhadap

pembangunan negara.
(e) Menyatakan penggunaan alat telekomunikasi secara beretika.

2

KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini menggunakan kaedah tersebut ;

1. Pemerhatian
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis


telekomunikasi yang digunakan oleh ahli keluarga/ ibu bapa

dan daripada gambar gambar.

2. Rujukan
Saya merujuk buku teks tingakatan 2 dan Internet untuk
mengetahui lebih banyak tentang alat telekomunikasi di
Malaysia.

3

HASIL KAJIAN

Konsep Telekomunikasi

Telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud
“sangat jauh” manakala komunikasi bermaksud proses untuk
menghantar informasi yang melibatkan masyarakat. Oleh itu,
telekomunikasi bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak
yang jauh antara penyampai dengan penerima. Ini termasuklah
komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon atau komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi
termasuk suara, muzik, gambar boleh bergerak, fail komputer dan
aplikasi-aplikasi lain.

4

Alat telekomunikasi di Malaysia

Alat telegraf diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1876
untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu. Telefon talian
tetap mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun 1891 dan
menjadi sangat penting kerana permintaan yang semakin
meningkat. Seterusnya adalah mesin teleks, jaringan
teleprinter mirip dengan jaringan telefon yang berfungsi
mengirim pesanan dalam bentuk teks.

Mesin faks disambungkan dengan rangkaian telefon untuk
memindahkan salinan dokumen. Telefon juga dikenali sebagai
telefon selular atau telefon tanpa wayar yang mula
diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an.

5

Ahir sekali telefon pintar yang merangkumi
perisian komputer seperti GPS, kamera digital,
bluetooth, Internet dan juga aplikasi-aplikasi
media sosial seperti Facebook, Instagram,
Twitter, WeChat, WhatsApp, Telegram dan
permainan maya.

5

Jenis Kemajuan Alat Telekomunikasi

Penerokaan dalam sistem telekomunikasi memasuki satu
dimensi baharu dengan pembinaan stesen satelit bumi
pertama di Kuantan (Pahang) pada 6 April 1970. Hal ini
diikuti dengan pembinaan satelit bumi di Alor Gajah
(Melaka) Semantan (Sarawak) Wilayah Perseketuan
Labuan dan Cyberjaya (Selangor). Terdapat beberapa
jenis satelit yang telah dilancarkan dari Malaysia,
contohnya seperti TiungSAT-1 yang dilancarkan pada 26
September 2000, RazakSAT yang dilancarkan pada 14 Julai
2009. TiuangSAT dan RazakSAT adalah satelit mikro. .

6

Selain itu terdapat juga pelancaran satelit Asia Timur Malaysia
(MEASAT) seperti MEASAT-1, MEASAT-2 MEASAT-3, MEASAT-3a
dan MEASAT-3b

• Kabel Fiber Optik
Merupakan kabel berkapasiti tinggi kerana diperbuat daripada
serat kaca atau plastik yang sangat halus dan diguanakan untuk
menyalur informasi dan memindahkan arus data dalam dunia
jaringan komputer.
• Telefon pintar
Mempunyai banyak kemudahan seperti kamera beresolasi
tinggi, capaian Internet, menerima dan membalas e-mel,
perkhidmatan pesanan ringkas, perbualan video, telesidang dan
pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun.

7

• Syarikat telekomunikasi
Telekom Malaysia (TM) telah memainkan peranan penting
dalam usaha menyediakan telefon talian tetap dan memajukan
industri telekomunikasi negara.

• Komputer
Dilengkapi dengan perisian untuk kerja-kerja seperti mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Kewujudan jaringan Internet dan perisian komputer seperti
pelayar laman web Google Chrome, Mozilla, dan Internet Explorer
yang berperanan besar dalam teknologi maklumat dan
komunikasi ( ICT ).

8

• Koridor Raya Multimedia (MSC)
MSC bertujuan menarik syarikat-syarikat beteknologi tinggi
dengan menawarkan pengecualian cukai serta kemudahan-
kemudahan lain untuk memajukan industri ICT tempatan.
MSC berpusat di Cyberjaya.

• Rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi
Jalur lebar adalah medium penghantaran maklumat digital
yang mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3 000
hertz. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) bertanggungjawab untuk meluaskan jalur lebar ke
serata pelosok negara.

9

Kepentingan-Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan
inovasi digital melambangkan satu revolusi digital yang telah dan
akan mengubah cara manusia berfikir, berhubung dan bekerja.
Berikut adalah kepentingan telekomunikasi di Malaysia :

• Dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan

mudah.

• Pengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur.

• Peluang pendidikan lebih luas dan menjimatkan kos melalui

e-pembelajaran.

• Data dapat disimpan dengan segera dan selamat.

• Urusan kewangan dan perkhidmatan perbankan atas talian

membolehkan kita menguruskan wang di seluruh dunia dengan

mudah dan lancar.

10

• Pelbagai maklumat dari seluruh dunia dapat dipercayai
dengan melayari Internet.

• Siaran langsung melalui aplikasi satelit membolehkan
penonton menyaksikan siaran secara langsung di
televisyen.

• Satelit cuaca dapat memberi data ramalan cuaca dan
fenomena alam dengan lebih tepat serta terperici.

• Segala urusan kerajaan dan swasta menjadi cepat dan
efisien.

• Mengeratkan silaturahim.
• Meningkatkan integrasi dan perpaduan negara.

11

Kesan Penggunaan Alat Telekomunikasi terhadap
Pembangunan Negara

Perkembangan telekomunikasi merupakan suatu perkara yang amat
baik dan membawa faedah kepada taraf hidup masyarakat dan
pembangunan ekonomi negara. Kemajuan dalam teknologi
telekomunikasi telah membawa kepada pelbagai kesan positif dan
negetif.

Kesan Positif Telekomunikasi

e-perbankan

Urusan perbankan boleh dijalankan di mana-mana

sahaja.

Multimedia interaktif

Memudahkan sistem pembelajaran.

Telesidang

Interaksi maya. 12

Perkhidmatan telekesihatan
Pesakit boleh diperiksa oleh doktor pakar secara jarak jauh
menggunakan teknologi komunikasi.
e-kerajaan
Rakyat dapat berurusan dengan agensi secara lebih mudah.
e-dagang
Perkhidmatandan jual beli atas talian.
Peluang pekerjaan
Perkembangan pesat dalam pelbagai sektor mewujudkan
banyak peluang pekerjaan.
Dunia tanpa sempadan
Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat melalui
Internet.

13

Kesan Negetif Telekomunikasi

Maklumat berunsur negetif seperti keganasan, hasutan
dan khabar angin sukar ditapis.

Isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem
pangkalan data secara atas talian.

Terdapat maklumat yang tersebar di laman sesawang
yang tidak tepat.

14

Etika Penggunaan Alat Telekomunikasi

o Menggunakan kemudahan telekomunikasi untuk hal-hal
yang bermanfaat.

o Hargai hasil karya orang lain dan tidak melakukan aktiviti
plagiat.

o Bersopan santun dan berhemah sewaktu berkomunikasi.

o Tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada
umum.

o Kenal pasti kebenaran dan kesahihan sesuatu berita dalam
Internet.
15

o Elakkan daripada mengganggu dan merosakkan sistem
komunikasi orang lain.
o Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
o Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar
undang-undang dan norma.

16

Rumusan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai maklumat tentang
telekomunikasi di Malaysia yang boleh kita pelajari. Saya
bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap
dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan saya. Dengan ini
kita dapat mengetahui lebih bayak tentang telekomunikasi di
Malaysia. Kita juga dapat mengetahui kepentingan, kesan-kesan
dan alat alat telekomunikasi yang pernah digunakan dan

sedang digunakan di Malaysia.

17

Rujukan:


i) Buku Teks Geografi Tingkatan 2 :

Bab 6
Muka surat 90 hingga 101



ii) Internet
https://anyflip.com/ruvqg/nfjj/basic
https://anyflip.com/zfcgt/lvgu/basic

18


Click to View FlipBook Version