1 10
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana keizinan dan limpah kurnia-Nya saya diberikan peluang bagi merakamkan sepatah dua kata sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan (P.O.P) Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bil. 60, Siri 2/2023 pada hari ini. Bagi siri ini, saya telah dimaklumkan seramai 200 Pelatih Konstabel telah menjalani latihan selama enam bulan dengan jayanya. Semoga dengan latihan dan ilmu yang diberikan itu, berupaya menjadi pemangkin ke arah peningkatan kualiti kerja dan dapat menzahirkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Saya mengalualukan kerjasama kita semua dalam memperkasakan lagi pasukan dan menjadikan pasukan PDRM kita lebih proaktif, progresif dan berinovatif dalam menghulurkan khidmat bakti kepada masyarakat, bangsa dan negara. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Komandan PULAPOL Kota Kinabalu di atas komitmen keseluruhan dalam menjayakan latihan ini. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua jawatankuasa yang telah mempamerkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan majlis perbarisan ini. Sekian terima kasih. (DATO’ NERITA BINTI YAACOB) CP TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN (LATIHAN) BUKIT AMAN 9 2
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan saya peluang bagi merakamkan sepatah dua kata dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan (P.O.P) Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bil. 60, Siri 2/2023 pada hari ini. Jabatan Pengurusan di Bahagian Latihan melihat bahawasanya aset terpenting dalam pasukan adalah pekerja. Justeru itu, Program PLAK telah direka khas untuk memastikan para pelatih memperoleh pengetahuan asas undang- undang dan prosedur kerja serta kaedah- kaedah dalam penguatkuasaan undang- undang. Selain itu, program PLAK ini juga fokus kepada pembentukan jati diri untuk menjadi anggota polis yang berdisiplin, tegas, adil dan berintegriti bagi melahirkan anggota polis yang berkompeten tinggi. Bagi siri ini, saya telah dimaklumkan seramai 200 Pelatih Konstabel telah menjalani latihan selama enam bulan dengan jayanya. Akhir kata, syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah mempamerkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan majlis konvokesyen ini. Sekian, terima kasih. (MOHD MARZUKHI BIN MOHD MOKHTAR) SAC KETUA PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN ( LATIHAN/PEPERIKSAAN/KOMPETENSI ) BUKIT AMAN Seluruh warga PULAPOL Kota Kinabalu serta pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bil. 60 Siri 2/2023 merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian Timbalan pengarah pengurusan Latihan Bukit aman Atas penyempurnaan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bil. 60 Siri 2/2023 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Pada 27 oktober 2023 3 8
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana di atas rahmat dan izin-Nya, Majlis Perbarisan Tamat Latihan (P.O.P) Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bil. 60, Siri 2/2023 bagi Konstabel berlangsung dengan jayanya. Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Ydh CP Dato’ Nerita Binti Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia . Kehadiran Ydh Dato’ amatlah dialu-alukan dan jutaan terima kasih dan penghargaan saya ucapkan atas kesudian Ydh Dato’ kerana dapat meluangkan masa dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelatih PLAK Bil. 60 Siri 2/2023 yang berjaya menamatkan latihan asas ini. Adalah harapan saya mereka berjaya memahami dan menghayati apakah ertinya menjadi seorang pegawai polis, dan dapat memenuhi ekspektasi pasukan dan masyarakat kepada mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada panel urusetia kerana berjaya menzahirkan majlis perbarisan tamat latihan buat kali ini. Sekian, terima kasih. (AHMAD SAHRIN BIN HUSSAIN) SUPT. KOMANDAN PUSAT LATIHAN POLIS KOTA KINABALU Pengerusi YDH. SUPT. Ahmad Sahrin Bin Hussain Komandan PULAPOL KOTA KINABALU Timbalan Pengerusi YDH. DSP Nor Hafiza Binti Mat Nor Timbalan Komandan PULAPOL KOTA KINABALU Setiausaha ASP Mohamed Nasar Bin C. Ciyamu AJK Sistem Siaraya (P.A System) SJN Harry Bin Samuel Bendahari INSP. Rafidah Binti Guriaman AJK Keselamatan Senjata Api / Gimik S/INSP Hanafiah Bin Ali AJK Penyelaras P.O.P ASP Kosnaliza Binti Hj. Wasli INSP. Suhardin Bin Simun AJK Pemandu Kereta Istiadat SJN Mohd Seri Bin Ambo AJK Jamuan Makan VVIP / Petugas / Keluarga Pelatih DSP Hj. Ku Azam Bin Hj. Ku Abdullah AJK Juruvideo / Jurugambar KPL Gismar Bin Mizbar L/KPL Marvin Anak David AJK Persiapan Tempat / Guard Turn Out INSP. Anwar Bin Johari AJK Pembaca Doa Ustaz Mohammad Sobiyan Bin Khailudin AJK Backdrop / Banner / Bunting ASP Dr. Mohd Razali Bin Hj.Alias AJK Tagging Astaka / Kerusi Makan ASP Rosdianah Binti Rashindin AJK Buku Aturcara / Penginapan ASP Dr. Mohd Razali Bin Hj.Alias AJK Pancaragam & Kombo / Quintet ASP Mohamed Nasar Bin C. Ciyamu AJK Hadiah / Cenderahati / Sijil / Sidang Media / Buku Lawatan / Pen Merah / Plat Kereta ASP Rose Binti Omar ASP Zulfakar Bin Abdul Aziz AJK Kawalan Lalu Lintas / Rider / Penunjuk Arah / Parkir ASP Mohamed Nasar Bin C. Ciyamu AJK Gerai PERKEP INSP Rafidah Bin Guriaman AJK Pertolongan Cemas / Fitik S/INSP Suhaili Bin Sidin AJK Teks Ucapan / Sekapur Sireh En. Mohamad Firdaus Bin Daim 7 4
MASA ATURCARA 7.00 pagi : Anggota Perbarisan mengambil tempat. 7.10 pagi : Ketibaan Pegawai Kanan dan Dif-Dif Jemputan. 7.15 pagi : Pancaragam ambil tempat di Dataran Kawad. 7.20 pagi : Kawalan Kehormatan mengambil tempat di Dataran Kawad. 7.50 pagi : Ketibaan YDH. Supt. Ahmad Sahrin Bin Hussain, ( Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu ) bersama isteri Puan Nurul Huda Binti Salleh. Hormat oleh PP Baris. 7.55 pagi : Ketibaan YDH. CP Datuk Jauteh Bin Dikun, ( Pesuruhjaya Polis Sabah ) bersama isteri YBHG. Datin Nurhayatie Farhana Bt Abdullah. Hormat Panglima. 8.00 pagi : Ketibaan YDH. CP Dato’ Nerita Binti Yaacob, ( Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman ) Hormat Panglima. PP Baris lapor perbarisan. : Pemeriksaan Perbarisan ( Berkenderaan ). : Nyanyian tiga buah lagu “Negaraku”, “Sabah Tanah Airku” & “Sang Saka Biru”. : Bacaan Doa. : Perbarisan Lintas Hormat dalam perlahan dan cepat masa. : Penyampaian hadiah kepada peserta terbaik. - Terbaik Akademik - Terbaik Latihan Luar - Terbaik Keseluruhan : Ucapan oleh YDH. CP Dato’ Nerita Binti Yaacob, ( Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman ) : Ikrar Taat Setia dan Rukun Negara diketuai oleh Presiden (PLAK) Konstabel Bil. 60 Siri 2/2023. : Tiga kali sorak ‘Khidmat Mesra Kepada Masyarakat Dan Negara’. : Nyanyian lagu “Sedia Berkhidmat” : Perbarisan mara kehadapan untuk diperhatikan semula. : Hormat Panglima. : PP Baris lapor mohon bersurai. : Kawalan Kehormatan keluar dari Dataran Kawad. : Menandatangani Buku Melawat : Sesi Bergambar. : Jamuan makan. 11.30 pagi : Bersurai PELATIH TERBAIK KESELURUHAN Nama : Konst/P 228349 Alvin Thien Kit Lung Platun : 7 Umur : 23 Tahun Kelulusan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) PELATIH TERBAIK LATIHAN LUAR Nama : Konst/P 228293 Reindy Joe Molukin Platun : 4 Umur : 21 Tahun Kelulusan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) PELATIH TERBAIK AKADEMIK Nama : Konst/P 228382 Mohamad Irfan Bin Ahmad Platun : 8 Umur : 22 Tahun Kelulusan : Diploma In Aquaculture 5 6