KONSEP KEBUDAYAAN PENGENALAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA EDUP2102 - SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN DISUNTING OLEH: MUHAMAD ZAFRAN BIN JAAFAR (D24045055) MUHAMMAD NUR AIMAN (D24045846) AHMAD FIRDAUS BIN AZIZ (D24045842) sB IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP BIDANG PENDIDIKAN KHUSUSNYA DI SEKOLAH PERANAN GURU DALAM MEMBERI IMPAK TERHADAP IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
KONSEP SOSIOBUDAYA Pengenalan Konsep Kepelbagaian Sosiobudaya 2 3-5 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP BIDANG PENDIDIKAN KHUSUSNYA DI SEKOLAH Implikasi Terhadap Murid Implikasi Terhadap Guru Implikasi Terhadap Komuniti Sekolah ISI KANDUNGAN HALAMAN 01 MUKA SURAT PERANAN GURU DALAM MEMBERI IMPAK TERHADAP IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Mengamalkan Pedagogi Responsif Budaya Menganjurkan Aktiviti atau Program Kebudayaan di Sekolah Guru Sebagai Ejen Sosialisasi Mempersiapkan Diri Dengan Pengetahuan Dan Kefahaman Mengenai Kepelbagaian Sosiobudaya RUJUKAN 6 7-8 9 10 11 12 13 14 15 16-18 KANDUNGAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sosiobudaya dedifinisikan sebagai hubungan masyarakat dan budaya seperti gaya hidup, adat istiadat dan lain-lain (Dewan Bahasa Dan Pustaka, n.d). HALAMAN 02 KONSEP SOSIOBUDAYA Sosiobudaya dedifinisikan sebagai satu amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan (Abd Rahman, 2019). Sosiobudaya juga meliputi aspek amalan yang memberi pengaruh yang amat besar dalam gaya hidup kelompok masyarakat sejagat. Menurut Zaaba (2000), sosiobudaya membawa definisi hubungan yang terjalin antara masyarakat dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat dan lain-lain (Mohd Zubir, n.d). DEFINISI SOSIOBUDAYA Menurut Mustafa Omar (2009), aspek sosiobudaya adalah berkenaan dengan adat resam dan ritual, pantang larang, makanan, hubungan sosial dan identiti dan simbol (Mohd Sam & Seow Ta Wee, 2013)
PENGENALAN KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Kepelbagaian kaum di Malaysia melahirkan panaroma sosiobudaya yang kaya dan unik dalam kalangan kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dan etnik. Bangsa dan negara merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam konteks kesatuan fitrah. Bangsa merujuk kepada entiti sosiobudaya yang mencerminkan identiti dan warisan sesuatu kelompok, manakala negara adalah kesatuan kawasan yang merujuk kepada geografi politik. kedua-dua elemen ini berpadu dalam membentuk keunggulan serta kehebatan sesebuah negara dan rakyatnya, menjadikan perpaduan sebagai tunjang kegemilangan tamadun (Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh, 2015). Agama rasmi Malaysia ialah Islam, tetapi agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian, dan kepercayaan animisme juga diamalkan secara harmoni. Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, yang membolehkan semua rakyat mengamalkan kepercayaan masing-masing. Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama: Melayu, Cina, dan India, serta etnik pribumi seperti Iban, KadazanDusun, Bajau, Melanau, Bidayuh, dan Orang Asli. Setiap kaum mempunyai bahasa, pakaian tradisional, seni budaya, dan adat resam yang unik. 1.KEPELBAGAIAN ETNIK DAN BUDAYA 2. KEPELBAGAIAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN HALAMAN 03 DALIL
Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat resam tersendiri dalam perkahwinan, kelahiran, kematian, dan perayaan. Contoh: Melayu – Adat bersanding dalam perkahwinan. Cina – Sambutan Tahun Baru Cina dengan angpau dan tarian naga. India – Perayaan Deepavali dengan tradisi kolam dan nyalaan pelita. Bidayuh - Ketika sam-sam dilaksanakan, penduduk tidak dibenarkan keluar dari rumah dan tidak dibenarkan untuk menonton televisyen dan radio dengan volume yang kuat. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, tetapi bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan-Dusun, dan pelbagai dialek masih digunakan secara meluas. 4. NORMA SOSIAL DAN ADAT RESAM Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan yang mencerminkan sosiobudaya pelbagai kaum. Contoh: Nasi Lemak (Melayu) Char Kuey Teow (Cina) Roti Canai dan Tosai (India) Hinava (Kadazan-Dusun) Konsep makanan merapatkan hubungan jelas di Malaysia, di mana semua kaum menikmati hidangan dari pelbagai etnik. 5. MAKANAN SEBAGAI IDENTITI SOSIOBUDAYA "Bahasa Melayu kini menjadi bahasa kebangsaan Malaysia dan ia merupakan simbol perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa, agama dan budaya. "Namun, kita juga tidak boleh melupakan pentingnya bahasa-bahasa lain yang menjadi bahagian integraldaripada kehidupan masyarakat kita seperti bahasa Cina, Tamil, Iban dan lain-lain, yang mewakili kepelbagaian etnik yang wujud di negara ini," -Datuk Aaron Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara) 3. KEPELBAGAIAN BAHASA HALAMAN 04 Kepelbagaian makanan menjadi pemangkin kepada perpaduan dan mencerminkan kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik -Maureen Tidal (Pengerusi Pertubuhan Inspirasi Wanita Labuan)
Konsep "Bangsa Malaysia" menekankan kesepaduan sosial dan integrasi kaum walaupun rakyat Malaysia berlainan etnik dan agama. Konsep ini mengakui dan menghargai perbezaan yang wujud dalam masyarakat. Ia bukan bermaksud menghapuskan perbezaan, tetapi mencari titik persamaan yang boleh menyatukan semua pihak. Program seperti Rumah Terbuka, Rukun Negara, Sekolah Wawasan, dan Rukun Tetangga membantu memupuk keharmonian antara kaum. Seni muzik, tarian, dan seni bina di Malaysia mempunyai pengaruh pelbagai budaya, seperti: Gamelan dan Wayang Kulit (Melayu) Opera Cina dan Tarian Singa (Cina) Bharatanatyam dan Kollywood (India) Sape dan Ngajat (Sarawak) 7. KONSEP PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan khazanah warisan budaya, mempersembahkan kepada dunia sebuah simfoni kehidupan yang merdu, di mana setiap nota mewakili identiti unik setiap kaum dan agama. Melalui lensa budaya, kita dapat menyelami jiwa masyarakat Malaysia, memahami aspirasi mereka, dan menghayati keindahan perpaduan yang telah lama berakar umbi di bumi bertuah ini. Ini membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar sebuah negara, malah sebuah paradigma perpaduan yang patut dicontohi oleh seantero jagat. Kepelbagaian seni dan hiburan memaparkan kekayaan warisan budaya negara di samping menampilkan keharmonian sosial dan identiti nasional yang murni. Datuk Musa Yusof Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia 6. SENI DAN HIBURAN YANG PELBAGAI HALAMAN 05 Konsep "Faham, Hormat, Terima" merupakan konsep perpaduan dalam kepelbagaian yang diamalkan sejak dahulu kala dalam memastikan kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk mencipta satu negara harmoni Dr. Halimah Ali Ahli Parlimen Kapar
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP BIDANG PENDIDIKAN KHUSUSNYA DI SEKOLAH Maka Implikasi Terhadap Bidang Pendidikan terbahagi kepada 3 aspek iaitu: 1. Murid 2. Guru 3. Komuniti Sekolah Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum menghadapi cabaran dan peluang dalam memastikan sistem pendidikan yang terbuka dan adil kepada semua lapisan masyarakat. Sekolah sebagai institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk kesepaduan sosial dan membangunkan murid yang menghormati perbezaan budaya. Kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks pendidikan merujuk kepada kehadiran pelajar dan guru daripada pelbagai latar belakang budaya, etnik, agama, dan sosioekonomi dalam persekitaran sekolah. Situasi ini membawa implikasi yang signifikan terhadap pelbagai aspek pendidikan, termasuk peranan guru, pengalaman murid, dan pengurusan sekolah. APAKAH IMPLIKASINYA TERHADAP BIDANG PENDIDIKAN? Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka implikasi bermaksud kesan (kemungkinan dan sebagainya) yg terbit atau dapat ditakrif daripada sesuatu. Ia juga sinonim dengan dengan kesan atau akibat daripada sesuatu. HALAMAN 06
IMPLIKASI TERHADAP MURID HALAMAN 07
Kepelbagaian budaya dalam kalangan murid mendorong mereka untuk memahami dan menghormati kepercayaan, adat, dan nilai budaya rakan-rakan mereka yang berbeza latar belakang. Kajian oleh Zawawi Ibrahim (2010) menyatakan bahawa pendedahan kepada kepelbagaian budaya membantu mengurangkan stereotaip dan prejudis di kalangan pelajar. Kajian ini mencadangkan bahawa pengalaman berinteraksi dengan orang yang berbeza membantu murid membangunkan keupayaan untuk memahami dan menghargai perspektif dan perasaan orang lain, satu kemahiran yang penting untuk membina hubungan yang positif dalam masyarakat berbilang budaya. IMPLIKASI TERHADAP MURID MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN TOLERANSI ANTARA KAUM HALAMAN 08 Pemupukan budaya dalam kalangan sejak di bangku persekolahan menjadikan mereka memahami perbezaan budaya yang wujud serta menjadikan mereka menghayati dan mengamalkan kesepakatan dan muhibah dalam kalangan mereka sekaligus menjamin kestabilan dan keharmonian ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih mampan. Tan Sri Muhyiddin Yassin Mantan Perdana Menteri Kelemahan dalam sistem pendidikan dalam memupuk kepelbagaian budaya mewujudkan jurang yang besar dalam mengeratkan hubungan antara kaum serta menjadikan ia bertambah rumit seperti masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di kalangan etnik justeru perasaan tidak puas hati di antara etnik akan wujud Datuk Seri Nazri Aziz Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
IMPLIKASI TERHADAP GURU Guru perlu mengadaptasi pendekatan pengajaran mereka untuk memenuhi keperluan pelajar dari latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Ladson-Billings (2014) mengatakan bahawa pedagogi responsif budaya yang mengintegrasikan perspektif dan pengalaman budaya pelajar ke dalam kurikulum meningkatkan penglibatan dan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi pelajar apabila guru mengintegrasikan elemen budaya pelajar dalam pengajaran. 1) ADAPTASI PEDAGOGI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR PELBAGAI BUDAYA Mohd Faisal Kasmani (2021) mendedahkan bahawa guruguru di sekolah berbilang budaya di Malaysia menjalin hubungan yang lebih kuat dengan pelbagai komuniti. Mereka menjadi jambatan antara sekolah dan komuniti yang pelbagai, membangunkan program penglibatan ibu bapa yang lebih inklusif, dan mewujudkan peluang pembelajaran yang merangkumi sumber dan pengalaman dari pelbagai komuniti. 2) PENGLIBATAN KOMUNITI YANG LEBIH LUAS Guru memainkan peranan penting dalam membentuk sikap murid terhadap kepelbagaian dengan menjadi model peranan dalam perpaduan melalui sikap adil dan menghormati perbezaan budaya. Selain itu, guru dapat memperkenalkan pendidikan inklusif dengan menerapkan nilai perpaduan melalui aktiviti pembelajaran seperti kerja berkumpulan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan budaya. Pendedahan kepada kepelbagaian ini juga membantu guru mengurangkan jurang perbezaan budaya serta memahami bahawa kepelbagaian adalah aset yang boleh mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah. 3) MEMUPUK SIKAP TOLERANSI DAN PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN HALAMAN 09
IMPLIKASI TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH Kepelbagaian sosiobudaya di sekolah di Malaysia memberi impak positif kepada komuniti sekolah, termasuk hubungan yang lebih erat antara warga sekolah, peningkatan kualiti pendidikan, dan pembangunan nilai perpaduan. HALAMAN 10
PERANAN GURU DALAM MEMBERI IMPAK TERHADAP IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Kepelbagaian budaya, ibarat simfoni agung yang kaya dengan harmoni, mampu diolah oleh guru yang berjiwa besar menjadi melodi pendidikan yang memukau. Guru diibaratkan sebagai konduktor ulung perlu bijak untuk menyelaraskan setiap instrumen budaya agar simfoni pendidikan berpadu indah, memacu kecemerlangan anak bangsa (Abdul Rahim, 2009; Omar et al. 2017). GURU: KONDUKTOR ULUNG SIMFONI BUDAYA Negara kita, ibarat mozek yang indah, terbentuk daripada kepingankepingan budaya dan latar belakang yang pelbagai telah mewujudkan jurang pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid. Ini secara tidak langsung memberi cabaran kepada guru untuk memahami latar sosiobudaya yang berbeza dalam memenuhi keperluan pembelajaran murid (Rahman, Malek & Mansor, 2021) HALAMAN 11
1) MENGAMALKAN PEDAGOGI RESPONSIF BUDAYA Noriati et al. (2014) dan Tengku Nor Rizan et al. (2014) percaya bahawa pedagogi responsif budaya membolehkan pelajar menggunakan khazanah budaya sebagai batu loncatan untuk melonjakkan kecemerlangan akademik ke mercu kejayaan. Selain itu, membina jambatan komunikasi dalam memperkukuh interaksi positif antara guru dan pelajar dan menyemai benih kebanggaan budaya dalam merangsang kematangan intelek. 1. Kajian empirikal oleh Bank (2007) dan Grant & Sleeter (2007) dengan tegas menggariskan bahawa pengabaian pedagogi responsif budaya berpotensi mencetuskan katalis harmoni yang negatif serta meracuni ekosistem budaya dengan prasangka perkauman dan sikap prejudis terhadap kepelbagaian budaya yang boleh membawa impak negatif kepada Sekolah dan persekitaran pembelajaran. 2. Ladson-Billings (1994) menggariskan ciri-ciri pedagogi responsif budaya termasuklah: i) Pembelajaran Berasaskan Kehidupan – Ilmu bukan sekadar teori, tetapi berakar dari pengalaman harian pelajar. ii) Bebas Prejudis – Kelas perlu steril daripada stereotaip dan diskriminasi kaum. iii) Memupuk Kefahaman Budaya – Pelajar dididik mengenali dan menghormati latar belakang rakan mereka. iv) Penglibatan Aktif – Pembelajaran merentas budaya menggalakkan interaksi yang lebih bermakna. v) Motivasi Bertunjangkan Konteks – Kaedah pengajaran harus dekat dengan realiti pelajar bagi mencetuskan minat dan semangat belajar. CIRI CIRI Guru mengintegrasikan unsur budaya, pengalaman hidup, dan kepelbagaian etnik kanak-kanak dalam kaedah pengajaran dalam menjadikannya sebagai rangsangan dinamik untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih interaktif, bermakna, dan berkesan serta memotivasikan pembelajaran pelajar (Gay, 2000). Ini bermakna budaya itu sendiri perlu dijadikan elemen atau sesuatu yang penting dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). HALAMAN 12 “Guru perlu lebih kreatif serta menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menyusun aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum supaya selaras dengan usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan” (Zanariah, 2010). - Tan Sri Muhyiddin Yassin Bekas Perdana Menteri IMPLIKASI
2) MENGANJURKAN AKTIVITI ATAU PROGRAM KEBUDAYAAN DI SEKOLAH HALAMAN 13 Dalam mendepani lanskap pendidikan yang dinamik, guru berperanan sebagai pengarah pentas perayaan yang mempersembahkan simfoni budaya kepada pelajar dengan PERANAN GURU Dapatan kajian Ariffin (2014) dan Fibiona, Lestari & Budianto (2019) memperlihatkan bahawa penganjuran program dan lawatan kebudayaan sedikit sebanyak memberi peluang kpd IMPLIKASI KEPADA PELAJAR “Penganjuran aktiviti atau program kebudayaan di sekolah menjelma sebagai katalis transformasi yang ampuh. Ia bukan sekadar perayaan budaya yang mempesonakan tetapi wahana integrasi yang membuka jendela kefahaman terhadap mozek kepelbagaian. Melalui pelayaran budaya ini, pelajar bukan sahaja menyelami khazanah warisan malah mengukuhkan jati diri dan menjulang identiti nasional”. pelajar untuk mempelajari dan memahami kepelbagaian budaya, membantu pelajar memahami dan menghargai warisan budaya mereka sendiri sekaligus membentuk identiti nasional yang utuh dan mampan. Hal ini demikian kerana pelajar juga perlu beradaptasi dengan dinamik persekitaran sekolah yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan agama dalam kalangan rakan-rakan di dalam kelas mahupun di Sekolah (Ahmad, 2014). menganjurkan aktiviti atau program kebudayaan dalam kalangan pelajar di sekolah (Hie, Ku Samsu, & Adnan, 2021). Ini termasuk menganjurkan program kebudayaan serta penganjuran lawatan kebudayaan atau Sejarah di muzium, galeri seni, perkambungan budaya, tapak warisan dunia, festival dan acara budaya atau masjid dan tempat ibadah bersejarah dalam membina jambatan kefahaman serta menyemai semangat kebanggaan terhadap warisan budaya dalam kalangan pelajar.
3) GURU SEBAGAI EJEN SOSIALISASI Fakta Menarik: Hasil kajian Johari dan Nik Selma (2010) mendapati segelintir guru hanya memberi perhatian kepada pelajar yang berasal daripada etnik yang sama, agama, atau pelajar yang memiliki status sosioekonomi tinggi. Guru sebagai ejen sosialisasi memberikan impak dalam memahami dan menyedari kepentingan perpaduan kaum, memupuk identiti nasional yang kukuh dan utuh serta melahirkan insan yang bersifat toleransi, bertimbang rasa, bersemangat kekitaan dan hormatmenghormati (Hie et. al., 2018). 03 IMPLIKASI Hie et. al. (2018) dalam kajian lain menambah seseorang guru bukan sahaja hanya perlu mempersembahkan perlakuan positif dan nilai murni baik dihadapan pelajar, akan tetapi ia merangkumi penyampai ilmu kenegaraan, penyampai ilmu kebudayaan dan juga penyampai ilmu perpaduan. GURU PENYAMPAI ILMU 02 Guru sebagai agen sosialisasi dalam meniup roh perpaduan di sekolah dalam kalangan murid dengan cara sentiasa menonjolkan sikap yang adil dan saksama terhadap semua murid tanpa mengira etnik, latar belakang, status sosioekonomi, kepercayaan agama, serta keupayaan fizikal dan mental (Hie, 2018). GURU MENIUP ROH PERPADUAN 01 HALAMAN 14
4) MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN MENGENAI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Santat & Tan (2023) dalam kajiannya mengatakan “penguasaan pengetahuan, kepekaan, dan kemahiran terhadap sosiobudaya merupakan kunci kejayaan bagi guru dalam mewujudkan ekosistem pembelajaran yang adil, saksama dan berkesan. Tanpa kunci ini, pintu kefahaman akan tertutup dan bayangbayang salah faham serta kabut prasangka akan menyelubungi ekosistem bilik darjah”. MEWUJUDKAN EKOSISTEM PEMBELAJARAN HARMONI Guru sebagai arkitek perpaduan perlu melengkapkan diri dengan perisai pengetahuan agar benih-benih perpaduan yang disemai mekar menjadi pohon kebangsaan yang perkasa (Mohd Majzub, Hashim & Johannes, 2011). Ini termasuk pengetahuan mengenai nilai, kepercayaan, identiti, cara kehidupan, adat resam, dan bahasa yang berbeza. MEMAKSIMUMKAN PELUANG PEMBELAJARAN Manakala menurut Siti Zuraida et al. (2016), pemahaman pelbagai aspek perbezaan individu dan pelbagai latar belakang pelajar dapat membantu guru memaksimumkan peluang pembelajaran, malah mencipta 'pentas keselesaan' di mana setiap pelajar berasa dihargai dan dihormati di dalam kelas. HALAMAN 15 “Kini, guru Bukan sahaja berperanan meningkatkan usaha dalam membentuk keperibadian murid daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya tetapi guru juga perlu ada ilmu untuk mengetahui sosiobudaya” - Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin Menteri Kanan Pendidikan Senator
Abd Rahman, R. (2019). Kesepaduan Sosiobudaya Dalam Keperibadian Masyarakat Majmuk. Jauhar 3(1): 44-50. Kolej Universiti Islam Selangor. Abdul Rahim R. (2009). Hubungan Kaum di Malaysia: Sejarah dan Asas Perpaduan. Selangor: Pusat Penerbitan Universiti UiTM. Ahmad, Y. (2014). Sensitiviti dan Kompetensi Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Malaysia. Tesis Ijazah Kedoktoran : Universiti Sains Malaysia. Ariffin, R. B. (2014). Persepsi Pelajar Dan Guru Terhadap Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan Di Sekolah Menengah, Kuala Lumpur. Ijazah Master Sains: Universiti Putra Malaysia. Bank, J.A. (2007). Educating citizens in a multicultural society. New Yor: Teachers College Press. Fibiona, I., Lestari, S. N., & Budianto, A. (2019). Mengenal Masa Lalu melaui Lawatan Sejarah: Program Internalisasi Sejarah Balai Pelestarian Nilai Budaya (BPNB) untuk Generasi Milineal. In Makalah Dipresentasikan Pada Seminar Nasional Dan Temu Alumni HMPS Pada 12 Oktober 2019. Yogyakarta: Fakultas Ilmu Sosial, Universitas Negeri Yogyakarta. Grant, C. A. & Sleeter, C. E. (2007). Making Choices for Multicultural Education. five approaches to race, class, and gender (5th ed.). New York: Wiley. Hie, Y. H. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. [Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia]. Hie, Y. H., Ku Samsu, K. U., & Adnan, Z. H. (2021). Faktor Penghalang Kepada Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi Politik Di Sekolah Dalam Membentuk Perpaduan Di Daerah Petaling. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, 48(2). HALAMAN 16
Kasmani, M. F., & Che Rose, R. A. (2021). Community engagement practices of teachers in multicultural schools in Malaysia: A qualitative study. Malaysian Journal of Society and Space, 17(3), 238-253. Ladson-Billings, G. (1994). The dream keepers. San Francisco: Jossey-Bass Publishing Co. Ladson-Billings, G. (2014). Culturally Relevant Pedagogy 2.0: a.k.a. the Remix. Harvard Educational Review, 84(1), 74-84. Mohd Majzub, R., Hashim, S. & Elis Johannes, H.S. (2011). “Cultural Awareness Among Preschool Teachers in Selangor, Malaysia”. Mohd Sam, S.A.B & Seow Ta Wee. (2013). Kelestarian Pembangunan Sosiobudaya Komuniti Orang Asli. Mohd Zubir, S. K. (2013). Implikasi Merantau terhadap Perkembangan Sosiobudaya Orang Melayu dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Jurnal Peradaban Melayu. 31-44. Norazila Mohd Yusof & Muhammad Faizal A. Ghani. (2019). Parental Involvement in Multicultural Schools in Malaysia. Journal of Educational Management, 33(4), 289-305. Noriati, A. R., Lee, K.C., Mahayudin, Z. & Noordin, Z. (2014). Falsafah Pendidikan di Malaysia (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Omar, N., Noh, C., & Hamzah, D. M. I. (2015). Amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam berfokuskan kepelbagaian budaya murid: Kajian kes di Negeri Sarawak (Doctoral dissertation, UKM). Rahman, M. N. A., Malek, A. A., & Mansor, M. A. (2021). Pedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak: Culturally Responsive Pedagogy Through Folk Tales for Early Childhood Literacy Skills. Sains Insani, 6(1), 91-98. Rosnani Hashim. (2012). Educational Dualism in Malaysia: Implications for Theory and Practice. Oxford University Press. Santat, S., & Tan, B. P. (2023). Reka bentuk pedagogi responsif budaya dalam pendidikan moral: penilaian inovasi kalendar kebudayaan [Designing a culturally responsive pedagogy in moral education: an evaluation of a cultural calendar innovation]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 111-130. HALAMAN 17
Shamsudin Othman, Azhar Md Sabit & Ghazali Lateh. (2015). Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InjET). 1(2): 1-10. Siti Zuraida Maaruf, Muhamad Azhar Abdullah, Saedah Siraj dan Voviana Zulkifli. (2016). Culturally Responsif Pedagogy: Experience in the Visual Art Education Classroom. dalam Fook C., Sidhu G., Narasuman S., Fong L., Abdul Rahman S. (eds) 7th International Conference on University Learning and Teaching (InCULT 2014) Proceedings. Springer, Singapore. Tengku Nor Rizan, T. M. M., Maarof, N. & Mohd Ali, M. (2014). Addressing student diversity via culturally responsif pedagogy. Procedia - Social and Behavioral Sciences 134,101 – 108. Zanariah Abd Mutalib. (2010). Guru Kena Kreatif Pupuk Perpaduan. Berita Harian. 1 September. Zawawi Ibrahim. (2010). Multiculturalism in Malaysia: Individual Harmony, Group Tension and the Future of National Unity. Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). HALAMAN 18