KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN SIDAM KIRI 09400 PADANG SERAI KEDAH DARUL AMAN Kod Sekolah: KBA3032 No.Telefon: +601165735303 No Faksimile: tiada Alamat Emel: [email protected] ________________________________________________________ ____ KBA3032 ___@_____________________________ moe.edu.my MINIT MESYUARAT PPKI BIL 1 / 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SIDAM KIRI Hari : Khamis Tarikh : 18 Mei 2023 Masa : 12.30 Tengahari Tempat: Kelas Pendidikan Khas AGENDA 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 2.0 Ucapan Aluan Pentadbir 3.0 Perbincangan Profesionalisme 3.1 Carta Organisasi PPKI 3.2 Unjuran Guru dan PPM PPKI 3.3 Enrolmen Murid PPKI 3.4 Jadual Waktu Kelas 3.5 Jadual Waktu Guru 3.6 Jadual Tugasan PPM 3.7 Penggunaan DSKP dalam penyediaan RPT 3.7.1 Penetapan format penulisan RPH 3.8 Program Pendidikan Inklusif (PPI) 3.9 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 3.9.1 Elemen dalam RPI 3.10 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 3.11 Pengurusan HEM 3.11.1 Elaun Murid Khas (EMK) 3.11.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) 3.11.3 Penempatan Murid PPKI ke Sekolah Menengah 3.12 Pengurusan Kokurikulum 4.0 Hal-hal lain 5.0 Penutup KEHADIRAN 1. En. Zakir bin Abdullah (Guru Besar) 2. En. Azahari bin Hamid ( Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Pn. Fazila Asma binti Mat (PK HEM) 4. Pn. Irniyati binti Ismail (PK KOKO) 5. Pn. Norismawati binti A Razak (Penyelaras PPKI) 6. Pn. Siti Mawarni binti Murat 7. Pn. Ishatul Haryati binti Iskhak 8. Pn. Noor Hidayah binti Azmi 9. Pn. Mashitah binti Musa 10. Pn Faridah binti Ahmad
1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru dan ppm kerana dapat hadir ke mesyuarat pada kali ini. 1.2 Berharap agar dapat meningkatkan lagi pencapaian PPKI pada tahun ini dari pelbagai segi Tindakan: Makluman 2.0 UCAPAN ALUAN PENTADBIR 2.1 Encik Zakir bin Abdullah selaku wakil pentadbir mengucapkan tahniah atas kerja buat guru dan pembantu pengurusan murid PPKI bagi tahun 2022. 2.2 Beliau berharap agar Program Pendidikan Khas SK Sidam Kiri pada tahun 2023 ini akan menjadi lebih cemerlang. 2.3 Beliau juga berharap agar budaya kerja secara berpasukan akan menjadi amalan 3.0 PERBINCANGAN PROFESIONALISME 3.1 Carta Organisasi PPKI a. Pembentangan oleh Puan Norismawati binti A Razak tentang tugas-tugas ahli panitia berdasarkan bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Ahli panitia diharap dapat melaksanakan tugas dengan dedikasi dan professional sepanjang tahun 2023 ini. 3.2 Unjuran Guru dan PPM PPKI a . Puan Norismawati memaklumakan enrolmen guru dan pembantu pengurusan murid SK Sidam Kiri bagi tahun 2023 adalah sebanyak 3 orang guru akademik, 1 orang guru pendidikan islam dan 2 orang pembantu pengurusan murid. 3.3 Enrolmen Murid PPKI a. Enrolmen semasa murid PPKI SK Sidam Kiri bagi tahun 2023/2024 adalah seperti berikut: KELAS BIL MURID MELAYU CINA INDIA JANTINA L P L P L P L P CERIA 10 6 3 - - - 1 6 4 BESTARI 9 8 1 - - - - 8 1 JUMLAH 19 13 4 - - - 1 14 5
3.4 Jadual Waktu Kelas a. Puan Norismawati memaklumkan penetapan jadual waktu kelas Ceria dan Bestari adalah berdasarkan peruntukan masa minimum jam setahun KSSR Pendidikan Khas (semakan 2017) masalah pembelajaran tahap 1 yang merangkumi 10 matapelajaran. b. Waktu pulang murid pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis adalah pada pukul 12.15 tengahari manakala pada hari Rabu murid akan pulang pada pukul 2.15 petang kerana terlibat dengan aktiviti Kokurikulum. 3.5 Jadual Waktu Guru a. Penyelaras memaklumkan jadual waktu guru disediakan berdasarkan 40 minggu pembelajaran. Jadual waktu guru yang disediakan tertakluk kepada perubahan semasa. b. Seorang guru agama dari aliran perdana ditugaskan untuk mengajar murid PPKI. 3.6 Jadual Tugasan PPM a. Skop tugasan kerja PPM adalah berdasarkan pekeliling perkhidmatan yang terkini. b. Penyelaras mengingatkan semula tugas bagi PPM di mana PPM perlu sampai di sekolah sebelum jam 7:30 pagi dan waktu pulang PPM ialah pada jam 4:00 petang. 3.7 Penggunaan DSKP dalam penyediaan RPT a. Guru-guru diingatkan agar merujuk DSKP untuk penyediaan RPT. Ini untuk memastikan segala pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta keberkesanan PdP dapat dilaksanakan. 3.7.1 Penetapan format penulisan RPH a. Penyelaras juga memaklumkan bahawa penulisan RPH yang terkini haruslah merangkumi 3 elemen wajib iaitu objektif, langkah pengajaran dan refleksi. b. Penulisan RPH adalah seragam bagi semua guru PPKI. Refleksi wajib ditulis tangan menggunakan pen dakwat warna biru. 3.8 Program Pendidikan Inklusif (PPI) a. Puan Norismawati menerangkan bahawa Program Inklusif merupakan satu program iaitu menempatkan murid-murid PPKI belajar dengan murid-murid arus perdana.
b. 100% murid PPKI perlu diinklusifkan secara separa bagi subjek pendidikan jasmani iaitu melibatkan 19 orang murid kelas ceria dan bestari yang akan belajar bersama dengan murid kelas 3UKM dan 1UUM. 3.9 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) a. Puan Norismawati memaklumkan format penulisan rancangan pendidikan individu (RPI) bagi tahun 2023 adalah mengikut format baru. b. Penulisan rpi di peringkat sekolah rendah adalah lebih berfokus kepada tingkahlaku dan akademik. Keutamaan dilihat pada tingkahlaku murid. c. Isu major bagi setiap murid akan ditampal pada setiap kelas supaya guru mudah mengenalpasti masalah bagi setiap murid. d. Jadual pelaksanaan rpi adalah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 3.9.1 Elemen dalam RPI a. Surat persetujuan ibu bapa, borang rumusan pra-sidang dan borang rpi perlu ada bagi setiap murid ppki dan disediakan mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan. 3.10 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) a. Penyelaras memaklumkan bahawa rekod pelaksanaan PBD bagi MBPK dijalankan sama seperti aliran perdana iaitu sebanyak 2 kali iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun. b. Beliau juga memaklumkan penilaian PBD ialah penilaian guru secara berterusan terhadap setiap murid sepanjang tahun. 3.11 Pengurusan HEM a. Puan Norismawati menerangkan tentang aktiviti hal ehwal murid untuk tahun 2023 3.11.1 Elaun Murid Khas (EMK) a. Murid PPKI akan menerima elaun sebanyak 2 kali dalam tempoh setahun. b. Elaun murid khas fasa 1 telah diterima oleh semua murid sebanyak RM900 pada April yang lalu. c. Jumlah bayaran EMK untuk setahun adalah sebanyak RM1800. Guru penyelaras EMK akan membuat permohonan setiap tahun.
3.11.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) a. Semua murid PPKI layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan susu sekolah yang melibatkan seramai 19 orang murid. 3.11.3 Penempatan Murid PPKI ke Sekolah Menengah a. Penyelaras memaklumkan penempatan murid ppki ke sekolah menengah adalah berdasarkan had umur layak ke sekolah menengah iaitu berumur 13 tahun. 3.12 Pengurusan Kokurikulum a. Penyelaras memaklumkan PPKI juga mempunyai pengurusan unit beruniform kelab persatuan dan 1M1S yang tersendiri iaitu guru penasihat bagi pengakap PPKI diketuai Puan Siti Mawarni binti Murat, kelab seni kebudayaan Puan Ishatul Haryati binti Iskhak dan pétanque Puan Norismawati binti A Razak. b. Sasaran dan KPI kokurikulum pada tahun 2023 adalah penglibatan semua murid dalam aktiviti atau program sekolah mengikut keupayaan dan kekuatan setiap murid. Perlawanan Persahabatan Futsal Suaian dengan PPKI lain dan penglibatan murid dan mendapat pingat di Peringkat Daerah. 4.0 HAL HAL LAIN 4.1 Puan Norismawati memaklumkan bahawa projek mini kebun PPKI akan dijalankan bermula pada Jun ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang asas berkebun. 4.2 Projek menghias pondok di hadapan kelas PPKI akan dilaksanakan selaras dengan hasrat sekolah kearah menjadikan kelas PPKI dan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik. 4.3 Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan guru PPKI akan dilaksanakan pada bulan Jun 2023 bagi membincangkan perihal anak masing-masing meliputi semua aspek pembelajaran dan juga untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas ibu bapa berkaitan anak-anak mereka dan sekolah.
5.0 PENUTUP 5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas Kerjasama dan kehadiran guru pada hari ini. Beliau berharap segala perancangan yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari. Disediakan oleh: …………………………………. SITI MAWARNI BINTI MURAT SETIAUSAHA PPKI SESI 2023/2024 SK SIDAM KIRI Disemak oleh: ………………………………….. AZAHARI BIN HAMID PK PENTADBIRAN SK SIDAM KIRI Disahkan oleh, …………………………………. ZAKIR BIN ABDULLAH GURU BESAR SK SIDAM KIRI