________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
SEKOLAH KEBANGSAAN GANTISAN
KERTAS KERJA
Ta’Pau KO-AKADEMIK
2021
TEMPAT:
FLATFORM GOOGLE MEET
CADANGAN TARIKH :
2 OGOS 2021 – 20 SEPTEMBER 2021
ANJURAN:
SEMUA PANITIA
DENGAN KERJASAMA :
• PANITIA MATA PELAJARAN TERAS DAN BUKAN TERAS
• PANITIA BAHASA MELAYU
• PANITIA BAHASA INGGERIS
• PANITIA SAINS
• PANITIA MATEMATIK
• PANITIA PENDIDKAN ISLAM
• PANITIA BAHASA ARAB
• PANITIA PENDIDIKAN MORAL
• PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
• PANITIA SEJARAH
• PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
• PANTIA REKA BENTUK TEKNOLOGI MAKLUMAT
• PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
• KELAS PEMULIHAN
• PRA SEKOLAH
• UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
1 PENGENALAN
KARNIVAL Ta’Pau KO-AKADEMIK SK GANTISAN 2O21 adalah pertandingan ko-
akademik yang melibatkan semua panitia matapelajaran SK Gantisan. Program Ta’Pau
Ko-akademik ini diharap dapat meningkatkan pendedahan kepada murid tentang teknik
persembahan terbaik bagi setiap acara yang disertai serta membolehkan murid
menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan secara maya dalam situasi Pendemik
Covid 19 secara Pembelajaran dan Pengajaran Di rumah(PdPR). Program ini adalah satu
usaha kolektif panitia untuk menyediakan platform kepada semua murid bagi
menonjolkan kebolehan mereka selain dapat mencungkil bakat terpendam dan
keyakinan murid untuk memberikan persembahan terbaik walaupun bertanding secara
maya.
Cetusan idea untuk mengadakan karnival Ta”Pau Ko-Akademik ini timbul di bawah
agenda ke 2 Mesyuarat Pengurusan Sekolah bil. 2/2021 bertarikh 16 Julai 2021.
Sesungguhnya Unit Kurikulum berasa amat yakin program ini dapat meningkatkan
produktiviti dan kelancaran program panitia di peringkat sekolah secara lebih efisien
untuk menggabungkan semua pertandingan ko-akademik dalam satu program
pertandingan tunggal sahaja. Hal ini dapat menyelaraskan pelbagai aspek pelaksanaan
program dengan lebih efektif dan berkesan.
Program ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang wujud untuk melaksanakan
rancangan aktiviti panitia khasnya aktiviti yang membabitkan pertandingan, kerana
semua tenaga kerja dapat berfungsi secara maksimum berbanding pelaksanaan aktiviti
panitia yang diadakan secara berasingan. Oleh itu, dengan terlaksananya program ini,
ianya dapat mengatasi kesukaran penyelarasan dan pemantauan program daripada
pihak pentadbir sekolah.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berkehendakkan kepada usaha
untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi
dan sosial, penganjuran Karnival Ta’Pau Ko-Akademik SK Gantisan diharap dapat
memenuhi misi dan visi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang
cemerlang demi masa depan negara yang gemilang.
2. MATLAMAT
Menjadikan aktiviti Kurikulum satu program yang sentiasa memberi ilmu
pengetahuan kepada setiap lapisan murid samada dalam bidang akademik, ko-akademik
dan didik hibur.
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
3. OBJEKTIF
i. Meningkatkan keyakinan murid terhadap potensi diri melalui pertandingan
yang dijalankan.
ii. Mendedahkan semua murid tentang suasana pertandingan ko-akademik.
iii. Meningkatkan keberanian murid untuk memberikan persembahan terbaik
secara maya.
iv. Meningkatkan penyertaan dan persaingan sihat antara murid untuk
memenangi sesuatu pertandingan yang dianjurkan.
4. ANJURAN/KELOLAAN : Unit Kurikulm dan Ko-Kurikulum serta Hal Ehwal Murid
5. TARIKH DAN TEMPOH PERTANDINGAN : 2 0gos -31 Ogos 2021
6. ATURCARA PERTANDINGAN : Rujuk Lampiran 1
7. PERATURAN PERTANDINGAN : Rujuk Lampiran 2
8. ANGGARAN BAJET PERTANDINGAN : Rujuk Lampiran 3
9. KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua murid SK Gantisan
TENTATIF CADANGAN PROGRAM DAN KEWANGAN.
Nama Aktiviti “Karnival Ta’Pau Ko-Akademik SK Gantisan 2021”
Penyelaras Pn.Suriati HJ Habir
aktiviti
Tempat : SK Gantisan
Tempat dan Kumpulan Sasaran : Ketua Panitia, guru dan semua murid
kumpulan
sasaran
Jangkamasa
aktiviti 7.00 pagi – 12.45 tengah hari
PIBG RM 220.00
Bajet aktiviti Tajaan & sumbangan RM 1000.00 Jumlah Keseluruhan RM 1220.00
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
Cadangan Penasihat Pengerusi 1 Pengerusi
jawatankuasa (Nama & Jawatan) (Nama & Jawatan) (Nama & Jawatan)
Pn.Asmah Ahmad Pn.Saimah Zainal Pn.Suriah Abd,Samad
Guru Besar GPK Pentadbiran GPK Petang
SK Gantisan SK Gantisan SK Gantisan
Penyelaras 1 Penyelaras 2 Bendahari
Pn.Suriati HJ Habir Cik Marianne Abu Ujum Pn.Rozina Ahmad
Setiusaha Kurikulum Nb.Setiusaha Kurikulum Ketua Panitia Matematik
SK Gantisan SK Gantisan SK Gantisan
Diisi oleh Ulasan: Tarikh:
Penyelaras Nama & Tandatangan : Tarikh:
Ulasan
Program
Cop & tandatangan:
Diisi oleh
Pentadbir
Sekolah
AHLI JAWATANKUASA
Justifikasi Ahli Jawatankuasa (Sila rujuk bahagian lampiran)
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
Penasihat Jawatankuasa Induk
Pengerusi i
Pengerusi ii : Puan Asmah Binti Ahmad
Guru Besar SK Gantisan
: Puan Saimah Binti Zainal
GPK Pentadbiran SK Gantisan
: Puan Suriah Binti Abd.Samad
GPK Petang SK Gantisan
Pengerusi Bersama i ; En.Musa Bin Omar
GPK Ko Kurikulum
Pengerusi Bersama ii ; Puan Fatimah Binti Ahmad
GPK Hal Ehwal Murid SK Gantisan
Setiausaha i : Puan Suriati Hj Habir
Setiausaha ii Setiusaha Kurikulum SK Gantisan
: Cik Marianne Abu Ujum
Nb. Setiusaha Kurikulum SK Gantisan
Bendahari : Puan Rozina Binti Ahmad
Ketua Panitia Matematik SK Gantisan
Pengacara Majlis Ahli Jawatankuasa Pelaksana
: Pn.Nur Hidayah Binti Shahrom
Pn. Siti Aini Wasnin
Penyelaras ; Pn,Suriati
Program Marianne
Penjaga Masa
Persiapan Pentas : En.Harith Asraf Bin Lamdin
: Pn.Susana Binti Jhonny (K)
1 Hellen Ining
2 Angeline Au
3 Jamaluddin Ahmad
4 Abd Razak
5. Shafinas Husin
Hakim Ketua Hakim 1 : Pn.Saimah Binti Zainal
Ketua Hakim 2 : Pn.Suriah Abd Samad
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
Hakim Public SpeakingLevel I/Public Speaking Level II/Story
Telling
1. Pn.Nelly Mindir@Surai
2. Pn.Hilda Robert
Hakim Bercerita
1. Pn.D.Jamilah Ag.Jalil
2. Encik Salim Baharom
Hakim Science
1. Cik Nor’Alia Binti Zainaddin
2. Rosmah Leonardo Panes
Hakim deklamasi sajak/pantun/menyanyi lagu patriotik
1. Pn.Nurul Izyana
2. Pn.Juraidah Kumar
Hakim Pertandingan Melukis dan Mewarna
1.Pn.Fauziah Binti Tarip
2.Pn.Hellen Ining @ James
Hakim Pertandingan Daie Cilik
1.Pn.Sarinah@sari Binti Sabli
2.Cik Mariam Razwani Binti Md.Nor
Cenderahati/Hadiah Pn.Nor Aida Binti Mohd. Baharuddin (Ketua)
1.Pn. Melor Binti Biddara
2. Pn. Winarsih
3 Pn. Norhaslinda
Sijil : Cik Nourizmah Awang Zaini ( Ketua)
Makanan 1. Pn.Nasihah
2.Pn.Devora
Publisiti dan ; Pn.Bibi Nazianah Binti Nazir (Ketua)
tajaan : 1.Pn.Harisah@Mariati Binti Lajim
3 Pn.Haisa Binti Basir
4 Pn. Rubainah Binti Majid
: En.Jamaluddin Bin Ahmad
En. Liau Su Leong
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
Dokumentasi dan : En.Dzulkifli Bin Mohd.Japar (Ketua)
Pelaporan
Program Suriati Hj Habir
Setiusaha Kurikulum SK Gantisan
: Cik Marianne Abu Ujum
Nb. Setiusaha Kurikulum SK Gantisan
Tugas-tugas khas : Hellen Ining @ James ( Ketua)
1. Salim Baharom
2. Liau Su Leong
PENUTUP
Dengan terlaksananya KARNIVAL Ta’Pau KO-AKADEMIK SK Gantisan 2021, diharap
program ini mampu meningkatkan kualiti murid dan melahirkan modal insan cemerlang
dalam usaha sekolah memenuhi aspirasi Pendidikan Negara. Selain itu, dalam misi untuk
menjadi sebuah sekolah yang berkesan, program sebegini tidak sesekali boleh
dipinggirkan begitu sahaja. Peranan dan komitmen pihak pentadbir sekolah serta guru-
guru adalah sangat besar dalam misi memacu perkembangan murid menjadi modal insan
produktif ke arah kegemilangan masa depan negara. Sesungguhnya usaha murni ini
memerlukan kerjasama semua pihak.. Syabas dan tahniah atas semua komitmen ini,
Semoga usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan jaya. Selamat Maju Jaya.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
_________
SURIATI HJ HABIR
Setiausaha kurikulum,
Sk.Gantisan,
Kota Kinabalu,
Sabah.
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
LAMPIRAN:
JUSTIFIKASI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGERUSI
1. Mempengerusikan mesyuarat
2. Membuat keputusan mesyuarat.
3. Bertanggungjawab dalam menyemak perjalanan program dan tugas AJK.
4. Memastikan segala kerja yang dirancang berjalan mengikut jadual yang
ditetapkan.
5. Membuat pengesahan terhadap laporan akhir aktiviti.
6. Memantau hal ehwal kesetiausahaan dan kewangan.
7. Mengetuai dan merancang hal ehwal protokol.
PENYELARAS
1. Bertanggungjawab sebagai menyelaras aktiviti/program yang dirancang dan
ditetapkan.
2. Membuat keputusan bersama dengan Pengerusi terhadap sesuatu perkara yang
dirasakan sukar diputuskan dengan AJK Pelaksana yang lain.
3. Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan sempurna seperti
mana yang telah dirancang.
4. Mengadakan perbincangan dengan pihak luar (sekiranya aktiviti melibatkan
pihak luar)
5. Sebagai rujukan dan pemudah kepada AJK pelaksana dalam melaksanakan
aktiviti yang ditetapkan.
SETIAUSAHA
1. Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.
2. Memaklumkan kepada ahli tentang panggilan mesyuarat.
3. Menyediakan kertas kerja dan surat-surat rasmi yang berkaitan.
4. Menyediakan laporan akhir aktiviti untuk dihantar kepada Guru Besar.
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
BENDAHARI
1. Merangka dan merancang belanjawan program
2. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada setiap jawatankuasa terlibat.
3. Mengawal, menyimpan dan merekod kemasukan dan pengeluaran wang (setiap
pengeluaran wang disertakan dengan resit rasmi)
4. Menyediakan dan membentangkan laporan kewangan program setiap kali
mesyuarat program diadakan.
5. Menyediakan laporan kewangan akhir program untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Audit Dalaman Sekolah.
6. Memastikan sebarang tuntutan yang dibuat oleh AJK menggunakan borang khas
beserta resit.
7. Menyimpan dokumen-dokumen / resit kewangan.
8. Menyerahkan 2 salinan laporan kewangan akhir program yang telah disahkan
oleh Jawatankuasa Audit Dalaman kepada Guru Besar.
AJK PUBLISITI DAN TAJAAN
1. Merancang strategi promosi program.
2. Membuat hebahan media cetak dan elektronik dalam dan luar sekolah.
3. Bertindak selaku jurukamera program.
4. Mendapatkan maklumat penaja.
5. Mendapatkan surat dan tandatangan melalui Guru Besar untuk mendapatkan
tajaan dan sumbangan.
6. Menghubungi dan membuat tindakan susulan untuk mendapatkan sumbangan
dan tajaan.
7. Menyediakan laporan akhir AJK Publisiti dan Tajaan.
AJK CENDERAHATI/HADIAH/SIJIL/MAKANAN
1. Merancang dan menyelaras aktiviti
2. Mendapatkan sebut harga bagi memastikan perbelanjaan mengikut bajet yang
diluluskan.
3. Menyediakan rawatan kecemasan kepada peserta dan AJK program (jika
diperlukan)
4. Menyediakan laporan akhir AJK terlibat
AJK TUGAS-TUGAS KHAS
1. Membantu AJK-AJK lain yang memerlukan bantuan.
2. Melaksanakan tugas mengikut keperluan program dari masa ke semasa
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
Lampiran
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DISEDIAKAN OLEH SEMUA PANITIA
Senarai semak (sila tandakan √)
Perincian kewangan berdasarkan keperluan program
Justifikasi kerja setiap ahli Jawatankuasa
Komen dan ulasan
Peraturan dan syarat pertandingan
SYARAT ASAS PERTANDINGAN KARNIVAL TA’PAU KO-AKADEMIK SKG 2021
*Teknik persembahan yang menarik
*Kreativiti yang menarik
*Keyakinan diri yang tinggi.
*Kontak mata yang ceria.
*Intonasi dan kelancaran.
*Bahasa dan pertuturan.
*Mimik muka bersahaja dan ceria.
*Sekiranya ada pergerakan:
*Pergerakan tangan yang tidak keterlaluan dibenarkan.
*Pergerakan kaki yang tidak keterlaluan dan boleh selangkah ke-kiri, ke-kanan, ke-
belakang dan ke- hadapan.
*Penggunaan prop dan kesan bunyi dibenarkan.
*Pakaian mestilah bersesuaian dengan tema pertandingan.
*Pakaian mestilah sopan.
*Penghayatan persembahan
*Patuhi masa setiap arahan tugas.
*Patuhi tempoh masa hantaran.
*Ketepatan masa adalah wajib
*Penyertaan lewat akan terbatal.
*Elak sensitiviti agama dan kaum.
KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD.
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
SENARAI SEMAK DRAF PENGURUSAN KERJA KERJA
PROGRAM KARNIVAL TA’PAU KO-AKADEMIK SK.GANTISAN
BIL. PERKARA TINDAKAN CATATAN SEMAKAN
1. DRAF KERTAS KERJA SU. KURIKULUM 21.07.2021 /
2. PERBINCANGAN SU.KRKULUM- GPK1 23.07.2021 /
PELAKSANAAN
3. PEMBENTANGAN 1 GPK1-PENTADBIR 26.07.2021 /
4. PEMBENTANGAN 2 SU. KURIKULUM- 27.07.2021 /
KETUA PANITIA
5. PEMBENTANGAN 3 GPK1-GURU TAHAP 1 29.07.2021 /
6. PEMBENTANGAN 4 GPK1-GURU TAHAP 2 30.07.2021 /
6. DRAF KERTAS KERJA SEMUA KETUA 28.7.2021 - /
KP PANITIA 06.08.2021
7 DRAF K.KERJA KP - KETUA PANITIA- GB 2-6.08.2021 /
GB
8 DRAF K.KERJA KP KP BM,BI,UBK 2.8.2021 /
9. DRAF K.KERJA KP KP BA,PAI,PM 3.8.2021 /
10. DRAF K.KERJA KP KP ,M3.SN.RBT,TMK 4.8.2021 /
11. DRAF K.KERJA KP KP PMZ,PSV,SEJ 5.8.2021 /
12. DRAF K.KERJA KP K.PRA,PJK,PEMULIHAN 6.8.2021 /
13. TEMPOH PELANCARAN DAN 9.8.2021 /
PELAKSANAAN PELAKSANAAN hingga-
PROGRAM 20.9.2021
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
TENTATIF JADUAL PENGURSAN PANITIA KARNIVAL TA'PAU KO-AKADEMIK SKG 2021
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
BULAN
TARIKH/ M.PEL TARIKH / TARIKH / M.PEL TARIKH / M.PEL TARIKH / M.PEL
M.PEL
9 PAI 1 CUTI AWAL 11 PAI 1 PSV 1 PSV
0 MUHARAM 2 3
1 BM 1 BM 18 BM 1 P.KESIHATA 2 P.KESIHATAN
6 SEJARAH 7 25 B.ARAB 9 N 0
OGOS 2 2 SEJARAH 2 P.MUZIK 2
3 4 67
P.MUZIK
3 MATEMATIK 3 CUTI HARI 1 MATEMATIK 2 SAINS 3 SAINS
0 1 MERDEKA
6 BI 7 BI 8 BI 9 P.JASMANI 1 P.JASMANI
0
SEPT 1 RBT 1 TMK 15 UBK 1 UBK 1 PRASEKOLAH
3 4 6 7
2 PENUTUPAN
0
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
TENTATIF PELANCARAN PROGRAM KARNIVAL TA’PAU KO-AKADEMIK SK GANTISAN 2021
TARIKH 9.08.2021 HARI ISNIN
6.30-7.00 – E-HADIR MURID
-Semua murid mengisi google form kehadiran
7.00 pagi
Sesi Motivasi – Pn.Siti Aini Binti M.Wasinin Guru Bimbingan & Kaunseling
7.15 pagi
Pelancaran Karnival Ta’Pau – Pn.Asmah Binti Ahmad Guru Besar SK Gantisan
Tentatif dan Pelancaran Kertas Kerja Karnival Ta’Pau Ko-Akademik SK Gantisan
7.30 pagi
*Aktiviti Panitia Pendidikan Agama Islam
*Aktiviti Panitia Pendidikan Moral
-Aktiviti PdPR diteruskan berdasarkan Program Panitia mengikut giliran jadual
-Semua murid Pra Sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam semua aktiviti sepanjang tempoh
karnival.
-Tugasan akan diberi oleh guru semua guru mengikut jadual kelas PdPR.
-Bimbingan akan dilaksanakan oleh Ketua Panitia. Guru Panitia Mata pelajaran dan guru jadual semasa.
12.45 tengah hari
-Murid menghantar tugasan
-Temoh tugasan berdasarkan arahan yang diberi.
-Keputusan Hakim adalah muktamad.
TAHNIAH ATAS KOMITMEN PADU PELAKSANAAN AKTIVITI KARNIVAL TA’PAU KO-AKADEMIK SKG 2021
________________________________ Karnival Ta’Pau Ko-akademik SK Gantisan
TENTATIF PENUTUPAN PROGRAM KARNIVAL TA’PAU KO-AKADEMIK SK GANTISAN 2021
TARIKH 20.09.2021 HARI ISNIN
6.30-7.00 – E-HADIR MURID
-Semua murid mengisi google form kehadiran
7.00 pagi
Sesi Motivasi – Pn.Siti Aini Binti M.Wasinin Guru Bimbingan & Kaunseling
7.15 pagi
Penutupan Karnival Ta’Pau – Pn.Asmah Binti Ahmad Guru Besar SK Gantisan
Tentatif dan Penutupan Karnival Ta’Pau Ko-Akademik SK Gantisan
7.30 pagi
*Keputusan Pemenang Aktiviti Panitia Pendidikan Agama Islam
* Keputusan Pemenang Aktiviti Panitia Pendidikan Moral
- Keputusan Pemenang Aktiviti semua panitia diteruskan berdasarkan Program Panitia mengikut giliran
jadual
-Semua murid Pra Sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam aktiviti penutupan karnival ini.
-Aktiviti PdPR diteruskan seperti biasa.
-Tugasan PdPR akan diberi oleh guru semua guru mengikut jadual kelas PdPR.
-Bimbingan akan dilaksanakan oleh Ketua Panitia. Guru Panitia Mata pelajaran dan guru jadual semasa.
12.45 tengah hari
-Murid menghantar tugasan
-Temoh tugasan berdasarkan arahan yang diberi.
-Keputusan Hakim adalah muktamad.
TAHNIAH ATAS KOMITMEN PADU PELAKSANAAN AKTIVITI KARNIVAL TA’PAU KO-AKADEMIK SKG 21
SEMOGA TERUS MAJU JAYA