PEJUANG
WANITA
IBU ZAIN
PENDAHULUAN
Pertama sekali, ingin saya kalungkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada pihak penganjur yang
bertungkus-lumus untuk menjayakan
pertandingan buku skrap ini. Buku skrap
ini saya cipta untuk mengenangkan jasa
pejuang-pejuang negara kita, ke arah
mencapai kemerdekaan.
BIODATA
PELAJAR
Nama: Nor Nadria Binti Abdul
Nadir Nurijil
Umur: 17 Tahun
Kelas: 5 Zamrud
Hobi: Membaca & menulis
Tokoh yang dipilih: Ibu Zain
RASIONALISASI
PEMILIHAN TOKOH
Saya memilih Ibu Zain sebagai
tokoh yang saya ingin
ketengahkan kerana semangat
kental yang dimiliki beliau
untuk memerdekakan dan
memperjuangkan negara kita
amatlah menyentuh hati saya.
Pengorbanan beliau dalam
memastikan wanita mendapat
hak yang sepatutnya juga
mencuri perhatian saya.
BIODATA IBU ZAIN
Nama: Tan Sri Hajah Zainon
Binti Munshi Sulaiman.
Dilahirkan pada 22 Januari
1903 di Kampung Nyalas,
Melaka.
Anak ke-6 dari 8 adik
beradik.
Bersekolah di Methodist
Tengkera Melaka.
Mempunyai kelulusan
Cambridge.
KELEBIHAN
Beliau menyedari nasib kaum
wanita yang acap kali dipinggirkan.
Menubuhkan Kumpulan Ibu
Sepakat pada tahun 1945 ketika
zaman kolonisasi Jepun.
Menceburi bidang politik ketika
berada dalam kumpulannya.
Bergabung dengan Pergerakan
Melayu Semenanjung yang
diketuai oleh Dato' Onn Jaafar
dalam usaha menentang penjajah.
BUKTI
Ibu Zain memberi hadiah kepada Tunku Abdul
Rahman semasa hari ulang tahun beliau yang
ke-80.
Persatuan UMNO yang menjadi saksi
kepimpinan Ibu Zain.
Menjadi pengetua Kolej
Ampuan Mariam, Johor
Bahru.
Menerima anugerah atas
baktinya kepada
masyarakat, terutamanya
ke arah pembangunan
wanita.
JASA & SUMBANGAN
Mendaftar nama sebagai tentera sukarelawan pada
1954.
Membina sebuah sekolah di Negeri Sembilan
menggunakan duitnya sendiri.
Berjaya meyakinkan pentadbir kerajaan Johor untuk
membina lebih banyak sekolah perempuan.
Memainkan peranan aktif dalam pembangunan
wanita dan pembelajaran.
Mencadangkan Hari Wanita untuk disambut pada
setiap 25 Ogos.
PENUTUP
Semasa pembuatan buku skrap digital ini, banyak
yang telah saya pelajari lebih-lebih lagi tentang
pengorbanan pejuang-pejuang negara kita demi
mendaulatkan negara kita. Saya mempunyai rasa
hormat dan bangga kerana dapat merangkum
kronologi salah seorang tokoh kemerdekaan, iaitu
Ibu Zain. Ingin saya berterima kasih kepada pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Saya harap dengan pembuatan buku
skrap digital ini, kisah beliau dapat diteladani.