The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2 BUKU PERATURAN AM dis 2019 T (1)-asa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farid_hafidz, 2020-08-03 21:27:26

BUKU PERATURAN AM POLIMAS

2 BUKU PERATURAN AM dis 2019 T (1)-asa

Keywords: PERATURAN AM

ISI KANDUNGAN Halaman
Dari Meja Editor 2
Kata Aluan Ketua Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar 3

BAHAGIAN A : PANDUAN DAN MAKLUMAT AM 4
1. Pengenalan Kepada POLIMAS 5
2. Kemudahan Asas di POLIMAS 6
3. Kedai Koperasi POLIMAS 7
4. Perpustakaan 10
5. Sistem Kualiti 12
6. Unit Biasiswa 13
7. Tabung Kebajikan Pelajar 14
8. Insuran Pelajar 15
9. Tanggungjawab Pelajar 15
10. Unit Peperiksaan 16
11. Unit Psikologi, Kaunseling & Kerjaya 17
12. Kokurikulum 18
13. Unit Perhubungan & Latihan Industri 23
14. Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) 24
15. Unit Kamsis POLIMAS 31
16. Unit Jawatan Kuasa Disiplin

BAHAGIAN B : BORANG OAL SELIDIK MSK DAN AKU JANJI 41
1. Borang Soal Selidik MSK 42

2. Borang Aku Janji 43

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 1

DARI MEJA EDITOR

Buku ini adalah sebagai rujukan dan panduan am kepada siswa dan siswi
baru bagi memastikan anda mengetahui apa yang ada di persekitaran
Polimas.

Apabila melangkah masuk ke Politeknik , membuat pengesahan kehadiran di
kaunter daftar dan menandatangani borang aku janji, maka siswa dan siswi
telah pun terikat dengan peraturan akta 174 secara serta merta. Sebarang
perlakuan yang meyalahi akta ini maka anda boleh dikenakan tindakan
mengikut peraturan yang sedia ada.

Akta 174 yang telah digubal merupakan arahan kepada siswa dan siswi
supaya MEMATUHI PERATURAN DAN TATA TERTIB merujuk akta 174.
Pelanggaran kepada akta akan menyebabkan tindakan boleh diambil seperti
diberi amaran, didenda, digantung pengajian atau dilarang memasuki
kampus dan akhir sekali boleh disingkirkan daripada pusat pengajian.

Selamat datang untuk menjadi sebahagian dari warga Polimas dan jadilah
siswa dan siswi yang sentiasa menjaga sahsiah diri dan tekun dalam
menuntut ilmu sehingga menggenggam segulung kejayaan.

Penyusun :
NS Rahim Muda Bin Meh
Mohd Saad Bin Mohd Said
Abdul Rahman Bin Mahamad

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 2

KATA ALUAN
KETUA JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR

Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia ini disediakan kepada semua pelajar Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan
kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh
pengajian di Politeknik.

Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku panduan ini
termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa
serta apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang
dikeluarkan oleh politeknik atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke
semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di
Politeknik.

Pendidikan yang sempurna baik dari segi fizikal mahupun kerohanian akan
menjadi obor kepada pelajar-pelajar untuk mengharungi masa depan yang cerah.
Kawalan disiplin akan menjadikannya sebagai satu kebebasan yang tiada
batasnya.

Saya amat mengharapkan pelajar dapat mematuhi segala peraturan yang
terkandung di dalam buku ini. Kepatuhan terhadap peraturan akan mewujudkan
suatu suasana yang aman damai dan harmonis, menjadikan Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai suatu tempat yang seronok untuk menimba
ilmu.

Selamat maju jaya.

AHMAD WALID B MD YUSUF
Ketua Jabatan Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Bandar Darulaman Jitra Kedah.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 3

BAHAGIAN A : PANDUAN DAN MAKLUMAT AM

1 PENGENALAN KEPADA POLIMAS

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) terletak di Bandar Darulaman Jitra, Kedah,
kira-kira 25 kilometer dari Bandar Alor Setar. Ia ditubuhkan pada bulan Februari 1984. Politeknik pada
masa itu dikenali sebagai nama Politeknik Alor Setar, ditumpangkan di bangunan asrama Sekolah
Menengah Teknik Alor Setar. Pelajar perintisnya ialah seramai 120 orang dengan sesi pengajian Julai
1984.

Tujuan penubuhan POLIMAS ialah untuk melatih pelajar lepasan SPM dan SPMV untuk menjadi tenaga
kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Kini POLIMAS mempunyai lebih
kurang seramai 6000 orang pelajar, 47 orang Bahagian Pengurusan, 404 orang Pensyarah dan 121
orang kakitangan pentadbiran.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
POLIMAS menawarkan kursus-kursus sepenuh masa di peringkat Diploma dalam bidang-bidang berikut:

PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN
Diploma Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah
Diploma Seni Bina
Diploma Ukur Bahan
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Komunikasi )
Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Diploma Teknologi Maklumat ( Teknologi Digital )
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Diploma Akauntansi
Diploma Pemasaran

PROGRAM PRA DIPLOMA YANG DITAWARKAN
Pra Diploma Sains -- ( Ditawarkan pada sesi Disember sahaja )

Bagi memperkemaskan program-program yang dijalankan, Latihan Industri selama satu semester
diwajibkan ke atas semua pelajar Diploma Lulusan SPM/SPM(V). Pelajar-pelajar akan ditempatkan oleh
POLIMAS di firma-firma, badan-badan berkanun dan jabatan-jabatan kerajaan. Selain daripada modul
Teknikal dan Perdagangan, pelajar-pelajar juga dikehendaki mempelajari Bahasa Inggeris, Tamadun
Islam serta pendidikan Islam/Moral.

YURAN
Yuran pengajian untuk satu semester ialah RM 200.00. Jumlah ini hendaklah dijelaskan sebelum
mendaftar diri untuk setiap semester . Bagi mereka yang mendapat kemudahan asrama, tambahan
yuran yang perlu dibayar ialah sebanyak RM60.00 untuk satu semester.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 4

2 KEMUDAHAN ASAS DI POLIMAS

POLIMAS berkeluasan 277,683,5806 meter persegi. Antara kemudahan yang sedia ada kepada pelajar
dan staf ialah :

1 ) KEMUDAHAN AKADEMIK 5 Studio Perancang Bandar Dan Wilayah
5 Studio Ukur Bahan
87 Bilik Kuliah 6 Bilik Lukisan Kejuruteraan
3 Dewan Kuliah Besar (300 Orang) 4 Makmal Bahasa
3 Dewan Kuliah Kecil (140 Orang) 2 Makmal Sains Kejuruteraan
4 Dewan Kuliah Mini (80 Orang) 1 Perpustakaan
7 Makmal Komputer Am Bengkel / Makmal Kejuruteraan Awam
6 Makmal Autocad Bengkel / Makmal Kejuruteraan Elektrik
4 Makmal Teknologi Maklumat Bengkel / Makmal Kejuruteraan Makanikal
1 Makmal Hypermedia Bilik Seminar
2 Makmal Komunikasi Data
5 Studio Senibina
1 Makmal TECC

2) KEMUDAHAN BUKAN AKADEMIK 1 Dewan Serbaguna
(1200 Orang / Gelanggang Badminton)
6 Blok Kamsis (1500 Orang) 4 Gelanggang Tenis
1 Kafeteria 3 Gelanggang Squasy
2 Kantin 3 Gelanggang Bola Jaring
1 Surau 2 Gelanggang Bola Keranjang
2 Kedai Koperasi 2 Gelanggang Bola Tampar
Student Mall 2 Gelanggang Badminton
1 Padang Bola Sepak 1 Gelanggang Softball
1 Padang Ragbi Sri Mas Inn
Jogging Track (1.6 KM) Pentaq
Bilik Gerakan Pelajar (MPP) Paintball
SebuahRumah Tamu

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 5

3 KEDAI KOPERASI POLIMAS

Koperasi POLIMAS Kedah Berhad (KOPMAS) merupakan koperasi yang ditubuhkan untuk
menyediakan satu rangkaian hubungan sesama Anggota bagi menikmati kemudahan yang
disediakan dalam pelbagai bentuk seperti peruncitan, perkhidmatan dan kebajikan. Selain itu,
penubuhan ini juga bertujuan untuk membantu warga POLIMAS menganggotai koperasi. Ianya
berlokasi di dalam Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah Darulaman.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH KOPMAS

KEDAI KOPERASI
o Menjual keperluan harian dan keperluan pembelajaran pelajar
o 2 kedai disediakan iaitu :

Bangunan Kuliah ( berhampiran perpustakaan)
(beroperasi Ahad – Khamis : Jam 7.45 pagi – 5.30 ptg)

Bangunan Asrama
(beroperasi setiap hari : Ahad – Sabtu : Jam 7.30 pagi – 11.00 malam)

PERKHIDMATAN FOTOSTAT ( Kedai Koperasi & Perpustakaan)
PERKHIDMATAN CYBER CAFE ( Bangunan Asrama)
PERKHIDMATAN DOBI ( Bangunan Asrama)
MESIN PERUNCITAN ( Bangunan Asrama, Student Mall, Bangunan 7 tingkat)

KELEBIHAN MENJADI AHLI KOPMAS

PERKONGSIAN KEUNTUNGAN tahunan dalam bentuk dividen yang tidak pernah kurang
dari 10% setahun.
Kelayakan menerima SUMBANGAN KEBAJIKAN dan SUMBANGAN untuk program-
program pendidikan pelajar beserta BANTUAN kepada yang memerlukan.
Kelayakan menerima sumbangan Khairat kematian di atas kematian Anggota,
Pasangan, Anak, Ibu atau ayah Anggota.
Mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh KOPMAS

LANGKAH MUDAH UNTUK MEMOHON KEAHLIAN KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD
(KOPMAS)

1. Lengkapkan BORANG KEAHLIAN RASMI KOPMAS, borang keahlian boleh diperolehi di
Pejabat Koperasi KOPMAS

Pelajar – RM5 + SYER RM15 = RM 20.00
Staf – RM 5 + SYER ( MIN RM 100 – RM1000)

2. Kembalikan borang keahlian bersama bayaran keahlian di Pejabat Koperasi POLIMAS
Kedah Berhad,Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Bandar Darulaman,06000
Jitra, Kedah Darulaman

Tel / faks : 04- 9173612

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 6

4 PERPUSTAKAAN

PENGENALAN
Bangunan Perpustakaan POLIMAS mempunyai 2 aras dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Walaubagaimanapun, ianya hanya dapat menampung seramai 360 pengguna pada satu masa
dibandingankan bilangan pelajar yang berada dalam kampus seramai 5086 pelajar. Oleh itu, kemudahan
perpustakaan amat perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk memberi keselesaan kepada
pembelajaran pelajar serta ketersediaan bangunan sebagai pusat pencarian sumber ilmu dan platform
diskusi ilmu dalam kalangan pelajar.

Perpustakaan POLIMAS juga perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dalam
menyediakan perkhidmatan rujukan berbentuk fizikal (hardcopy) dan digital. Bersesuaian dengan
perkembangan semasa, bahan bacaan berbentuk elektronik seperti e-book, e-jurnal, e-majalah dan
sebagainya membolehkan pelajar mendapat pelbagai informasi dengan muda, cepat dan di mana sahaja
berada.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN
Perpustakaan politeknik amat komited dalam menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan
yang efisien dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan misi, visi dan objektif
Kementerian Pendidikan Malaysia.

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Hari Waktu Perkhidmatan Biasa Waktu Perkhidmatan
Minggu Peperiksaan
Ahad – Rabu 8.30 pagi – 5.00 petang 8.30 pagi – 6.00 petang
Khamis 8.30 pagi – 3.30 petang 8.30 pagi – 5.30 petang

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum Tutup Tutup

*Sebarang perubahan waktu perkhidmatan bergantung dari masa ke semasa.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 7

KOLEKSI PERPUSTAKAAN KOLEKSI PERPUSTAKAAN
(BAHAN BERCETAK) (BAHAN BUKAN BERCETAK)

Koleksi Pinjaman Koleksi Sumber Media
Koleksi Rujukan  CD-ROM
Koleksi Red-Spot  VCD / CD
Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Terkebelakang  Kaset
Koleksi Fiksyen
Koleksi Latihan Industri Pangkalan Data Perpustakaan Digital
Koleksi Terbitan POLIMAS
 Encyclopedia Britannica Online (EBO)
 Buku Konvokesyen  World e-Book Library
 Laporan Tahunan POLIMAS  Credo Reference
Koleksi Surat Khabar  EBSCO Host
 Utusan Malaysia  EBrary
 Berita Harian  BLIS (Bernama)
 New Straits Time  Overdrive (e-book)
 Zinio (e-Majalah terbitan luar negara)
Koleksi Penerbitan Perpustakaan  Emerald Management Xtra
Prospektus IPT, Agensi-agensi Kerajaan & Swasta  iG Library
Koleksi Terbitan Bersiri  Library PRESSDISPLAY
 World Almanac Online/ World Almanac
 Majalah
 Jurnal for Kids
 Buletin & Risalah  Score A

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

 Perkhidmatan Sirkulasi - Pinjaman dan Pemulangan
 Ruang Bacaan
 Sudut IT
 Bilik Koleksi Latihan Industri
 Bilik TECC
 Bilik Bacaan Ringan
 Sudut Perbincangan
 Ruang Santai
 Sudut WebOpac
 Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL)
 Perkhidmatan Khidmat Nasihat

Kemudahan-kemudahan lain:
 Kemudahan Salinan Fotokopi dan Mencetak
 Kemudahan Book Drop & Book Bank
 Rak Penyimpanan
 Barang
 Tv Pendidikan (Smart Tv)
 CCTV

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 8

PROSEDUR PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN RUJUKAN PERPUSTAKAAN

1. Untuk membuat pinjaman, pengguna perlu menunjukkan kad matrik POLIMAS.
2. Jumlah / kelayakan dan tempoh pinjaman ahli perpustakaan adalah berdasarkan kategori

pinjaman dan mengikut jenis bahan / koleksi.
3. Peminjam bertanggungjawab ke atas semua bahan yang dipinjam atas namanya.
4. Bahan yang hilang atau rosak perlu dilaporkan di kaunter sirkulasi. Tempoh 2 minggu

diberikan kepada peminjam untuk mencari atau menggantikan bahan tersebut.
5. Setiap bahan perpustakaan yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan mestilah dipinjam

secara sah. atau dimaklumkan kepada pegawai bertugas terlebih dahulu.
6. Untuk bahan yang hilang, denda kelewatan pemulangan bahan akan dikenakan dan dikira

mulai tarikh bahan itu dilaporkan hilang.

POLISI PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN RUJUKAN PERPUSTAKAAN

Pengguna layak meminjam buku daripada koleksi pinjaman dan koleksi pinjaman terhad. Cara
meminjam adalah seperti berikut:

Jumlah Bahan Rujukan dan Tempoh Pinjaman

KATEGORI JUMLAH TEMPOH PINJAMAN
BAHAN RUJUKAN

Koleksi Pinjaman 4 Buah 2 Minggu
(Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini perlu
menunjukan kad matrik dan buku kepada petugas di
kaunter)

Koleksi Pinjaman Terhad 1 Buah 1 Hari
(Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini, sama seperti
pinjaman biasa cuma tempoh pinjaman adalah lebih
singkat)

Tempahan
Pengguna boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pengguna lain dengan mengisi borang
tempahan.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 9

DENDA LEWAT PULANG BAHAN RUJUKAN

Pemulangan buku yang lewat dari tarikh yang ditetapkan akan dikenakan denda sebanyak RM0.10
sehari -
*Akta Perpustakaan Negara 1972 – Bayaran dan Denda

Bahan rujukan perpustakaan yang hilang/rosak perlu diganti berdasarkan edisi sama jenis atau
dikenakan denda mengikut harga buku beserta bayaran proses sebanyak RM25.00 bagi sebuah buku.

ARAHAN AM DAN PERATURAN PERPUSTAKAAN

1. Berpakaian kemas dan memakai kad pelajar.
2. Kembalikan bahan bacaan ke tempat asal @ sila letakkan bahan di atas troli yang disediakan.
3. Kemas semula susunan kerusi di tempat selepas digunakan.
4. Dilarang merosakkan harta benda perpustakaan.
5. Urusan di kaunter tamat 5 minit sebelum perpustakaan ditutup.
6. Makan dan minum di dalam perpustakaan adalah dilarang
7. Jangan tinggalkan barang berharga di rak penyimpanan barang. Keselamatan barang adalah

tanggungjawab sendiri.
8. Petugas berhak menegur keluar sesiapa yang melanggar peraturan.
9. Tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya melanggar mana-mana arahan tertera.

5 SISTEM KUALITI

PERSIJILAN MS ISO 9000

Pada 11 Julai 1996, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran (PKPA) Bilangan 2 tahun 1996 – Garis panduan
Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan awam telah dilancarkan oleh ketua Setiausaha
Negara. Mengikut Pekeliling tersebut, agensi-agensi kerajaan perlu melaksanakan MS ISO 9000 di
agensi masing-masing sebelum akhir tahun 2000. Bahagian Pengurusan Politeknik telah membuat
perancangan teliti untuk memastikan perlaksanaan MS ISO 9000 di semua politeknik.

Sehubungan itu POLIMAS telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan inspirasi ini
dapat dicapai selaras dengan politeknik-politeknik lain di Malaysia. Setelah menghadapi beberapa
proses penilaian dan pengauditan, maka pada 14 Disember 2000, pihak MAMPU yang
bertanggungjawab dalam Pensijilan MS ISO 9002 telah meluluskan serta menganugerahkan Sijil
tersebut kepada bahagian Pengurusan Politeknik dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia, termasuk Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pada 13 Januari 2004, Bahagian Pengurusan Politeknik dan 15 buah Politeknik KPTM telah
dianugerahkan Sijil MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam berasaskan standard baru MS ISO 9001 : 2008
oleh pihak MAMPU pada 5 Oktober 2007.

Bermula sesi Januari 2007, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mula memperkenalkan
Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan melalui pensijilan oleh

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 10

SIRIM. Pada 17 Oktober 2018, POLIMAS telah berjaya mendapatkan persijilan standard baru iaitu MS
ISO 9001:2015.

SKOP PELAKSANAAN SISTEM KUALITI

POLIMAS melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan
di peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Maklumat untuk lulusan
SPM/SPM(V) bagi memenuhi ciri dan misi penubuhan politeknik dan memenuhi kehendak negara yang
berasaskan Piawaian MS ISO 9001 : 2015.

VISI POLIMAS

Menjadi Institusi TVET Yang Unggul

MISI POLIMAS

Menyediakan Akses Kepada ProgramTVET Berkualiti Dan Diiktiraf
Memanfaat Sepenuhnya Perkongsian Pintar Dengan Pihak Berkepentingan
Melahirkan Graduan Yang Holistik Dan Seimbang Serta Berciri Keusahawanan

DASAR KUALITI

Dasar kualiti Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah membangunkan potensi pelajar ke
arah kecemerlangan di dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Maklumat melalui
penambahbaikan yang meyeluruh secara berterusan. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif- objektif kualiti
yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk
difahami oleh semua peringkat kakitangan.

OBJEKTIF KUALITI

Kecemerlangan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

a. Kecemerlangan Akademik
1. Memastikaan kadar kelulusan bagi setiap kursus tidak kurang daripada 90% bagi setiap

semester.
2. Berusaha memastikan sekurang – kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM

3.00 atau lebih untuk setiap kursus bagi setiap semester.

b. Kecemerlangan Staf
1. Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 7 hari setahun.
2. Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang – kurangnya 85% dalam

tempoh setahun

c. Kecemerlangan Proses
Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/mencapai pentujuk prestasi yang
ditetapkan.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 11

6 UNIT BIASISWA

1. Pelajar Kursus Diploma : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Permohonan melalui online : www.ptptn.gov.my. Taraf : Pinjaman Pendidikan (Sebanyak RM 15,000)
Dokumen sokongan yang diperlukan :

a) Maklumat permohonan pembiayaan online
b) Satu Salinan Kad Pengenalan
c) Satu Salinan Sijil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran SPM/SPMV
d) Satu Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Politeknik
e) Salinan buku akaun BIMB pelajar

f) Satu Salinan Penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga iaitu :
i) Slip gaji terkini atau borang J (yang bermajikan) iaitu :
ii) Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip gaji atau borang J
bagi yang bekerja sendiri.

g) Surat kelulusan cuti pelajar dan akuan ketua jabatan jika kakitangan kerajaan. (jika
berkaitan)

h) Satu salinan Sijil Kematian ibu/bapa (sekiranya berkaitan)

2. Maklumat Penaja Pinjaman Pendidikan Lain.

Selain daripada PTPTN sebagai penaja utama pinjaman pendidikan. Pelajar-pelajar juga boleh
memohon pinjaman/biasiswa pendidikan daripada pelbagai pihak seperti badan berkanun
meliputi agensi kerajaan persekutuan (contoh JPA, JHEOA) kerajaan negeri (contoh yayasan
Selangor, Lembaga biasiswa negeri Kedah) dan syarikat-syarikat swasta ( contoh Kuok Foundation)
tetapi bilangannya adalah terhad.

Pelajar–pelajar dinasihatkan menghubungi pensyarah–pensyarah berkenaan di jabatan masing-masing
sekiranya memerlukan bantuan dan nasihat. Berikut ialah Jawatankuasa Kecil Biasiswa POLIMAS :

Pegawai Biasiswa POLIMAS : Rosnita Bt. Harun
Pegawai Biasiswa JKA : Pn. Nasiroh Bt. Siran
Pegawai Biasiswa JKE : Pn. Zurida Bt. Khatim
Pegawai Biasiswa JKM : En. Rozi B. Abas
Pegawai Biasiswa JP : En. Hazran B. Othman
Pegawai Biasiswa JTMK : En. Wan Mohd Yusof

*tertakluk kepada pindahan dari masa ke semasa

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 12

7 TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

SUMBER TABUNG
Sumber utama tabung ini adalah peruntukan yang diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal dan Pelajar dan
Pembangunan Pelajar (JHEPP) POLIMAS.
SYARAT PERMOHONAN

1. Keutamaan diberi kepada pelajar yang menghadapi kesempitan wang yang tidak dijangkakan
bagi mengatasi keperluan penting seperti bayaran yuran pengajian atau ditimpa sesuatu
musibah.

2. Taraf pencapaian akademik ditahap yang baik.
3. Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib atau ada rekod perlanggaran tatatertib tidak layak

memohon.
4. Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari Pejabat Hal Ehwal

dan pembangunan Pelajar. Set borang permohonan adalah mengandungi borang
permohoman, sokongan ketua jabatan dan borang persetujuan serta jaminan penjamin.
BENTUK BANTUAN
Bantuan yang akan diberikan adalah didalam bentuk pinjaman atau bantuan kewangan.
KADAR PINJAMAN
Nilai yang ditetapkan adalah sebanyak RM 300.00. walaubagaimanapun, kadar ini adalah tertakluk
kepada persetujuan ahli mensyuarat Tabung Kebajikan Pelajar dan kedudukan kewangan sesama
tabung.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 13

8 INSURAN / TAKAFUL PELAJAR

Adalah dimaklumkan semua pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dilindungi oleh
insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Premium insuran diuruskan semasa pendaftaran oleh Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
(JHEPP) pada kadar RM 36.70 [Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Lima Sahaja] bagi setiap tahun pengajian
saudara & saudari di POLIMAS.

Sekiranya pelajar mengalami kemalangan, sila berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal dan
Pembangunan Pelajar (JHEPP) secepat mungkin untuk tujuan tuntutan insuran. Pihak Takaful perlu
dimaklumkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh berlakunya kemalangan.

MANFAAT PERLINDUNGAN INSURAN TAKAFUL POLITEKNIK MALAYSIA

Bil MANFAAT PERLINDUNGAN KEMALANGAN RM

1 Kematian 40,000.00

2 Keilatan kekal menyeluruh 40,000.00

3 Keilatan kekal separa 40,000.00

4 Khairat kematian 750.00

5 Perbelanjaan perubatan 1,500.00

6 Elaun Harian Hospital (RM 50 x 30 hari (max) 1,500.00

MANFAAT PERLINDUNGAN BIASA/PENYAKIT 5,000.00
7 Kematian

8 Keilatan kekal menyeluruh 5,000.00

9 Khairat kematian 3000.00

Catatan : Sumbangan setahun setiap pelajar Politeknik Malaysia : RM 36.70

Untuk melicinkan tuntutan, dokumen-dokumen berikut diperlukan:

 Salinan Kad Pengenalan Pelajar
 Salinan Kad Matrik Pelajar
 Laporan Polis
 Bil/resit perubatan (Pembelian ubat luar hospital perlu surat arahan doktor)
 Sijil keluar Wad (Discharge Note)
 Penyata Bank
 Salinan Lesen
 Sijil cuti Sakit
 Sijil Kematian : bagi kes melibatkan kematian
 Permit pengkebumian : bagi kes melibatkan kematian
 Foto pemohon sebelum & selepas Kemalangan : bagi kemalangan yang melibatkan kecacatan

kekal (memfokuskan bahagian keilatan kekal berkenaan)

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 14

Sekiranya pelajar tergolong dalam kategori berikut :
1) Mengulang semester
2) Menangguh Pengajian
3) Bertukar dari Politeknik lain ke POLIMAS

Sila maklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (JHEPP) secepatnya mungkin untuk
menambah atau memperbaharui perlindungan insuran pelajar.

9 TANGGUNGJAWAB PELAJAR

KECEMASAN KEMALANGAN / KEMATIAN
Sekiranya berlaku kemalangan atau kematian yang melibatkan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah, sila laporkan melalui telefon :

Waktu Pejabat: 04 – 9146131 @ 04 – 9146140

Luar Waktu Pejabat - 019-5718608 (Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin)
-013-6295506 (Pegawai Kebajikan)
-Ketua Felo (Pelajar yang menginap di KAMSIS POLIMAS)
-Pegawai Keselamatan di Balai Pengawal

KEMAS KINI MAKLUMAT PERIBADI
Pelajar perlu mengemaskini maklumat peribadi sekiranya berlaku sebarang perubahan maklumat
khususnya dari segi :

1. Pertukaran alamat tetap dan alamat semasa pengajian
2. Nama, alamat dan nombor telefon waris/penjaga

Perkara ini perlu bagi pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah memberikan bantuan jika
berlaku sesuatu kemalangan atau kematian sama ada pelajar sendiri atau ibu bapa / kaum keuarga.

10 UNIT PEPERIKSAAN

KAEDAH PENILAIAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN

Maklumat sistem dan kaedah penilaian yang digunakan di Politeknik-Politeknik Malaysia adalah seperti
dalam buku ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN (DIPLOMA) EDISI 6 yang
berkuatkuasa JUN 2019.

Pelajar boleh merujuk kepada buku arahan ini sebagai panduan memahami sistem dan kaedah penilaian
di POLIMAS. Buku ini juga dimuatturun di dalam. Http:/ /politeknik.gov.my/webjpp2/index.php (>
eDokumen) atau http://www.cidos.edu.my/ (< Assessment > Dasar dan Prinsip).

Ketua Pegawai Peperiksaan : EN. FAIDZULI BIN ISMAIL

Pegawai Peperiksaan 1 : PN RAJA SHARMI BINTI RAJA HUSIN

Pegawai Peperiksaan 11 : EN SHAHZARIL FADZLIN BIN SHAFIE

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 15

11 UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan yang disediakan kepada ANDA, membantu menghadapi persoalan berkenaan:-
 Peribadi dan Emosi
 Perkembangan potensi diri
 Belajar dengan lebih berkesan
 Hala tuju kerjaya
 Perlakuan tidak selaras, sukar bergaul, mempunyai pandangan yang negatif
 Keluarga dan rakan-rakan
 Mengenal personaliti.

MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
 Supaya ANDA memahami tentang diri sendiri
 Supaya ANDA dapat menerima diri ANDA dan mempunyai pandangan yang realistic
 Supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan diri ANDA
 Supaya ANDA dapat membuat perancangan hidup yang berkesan

BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN

i. KAUNSELING INDIVIDU (Pertemuan ANDA dengan Pegawai Psikologi)
ii. KAUNSELING KELOMPOK (Pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan Pegawai Psikologi)
iii. BIMBINGAN & KERJAYA
iv. PENTADBIRAN UJIAN / INVENTORI PSIKOLOGI (Inventori Personaliti, Minat Kerjaya, Tahap

Stres, Gaya Pembelajaran, Gaya Bercinta dan lain-lain
v. PERBINCANGAN berkenaan topic yang diminati
vi. PEMBANGUNAN program dan aktiviti-aktiviti pelajar dan kakitangan POLIMAS dan pihak luar

DI MANA DAN BILA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN

Pertemuan akan diadakan di Unit Pengurusan Psikologi. Pada setiap hari AHAD hingga RABU (8.00
pagi – 5.00 petang) KHAMIS (8.00pagi – 3.30 petang)

SEGALA PERBINCANGAN DAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN
BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN INI?

Datang seorang atau dengan rakan ANDA berjumpa Pegawai Psikologi, telefon, e-mail atau mengisi
borang temujanji yang boleh didapati di Unit Pengurusan Psikologi atau melalui rujukan Penyelaras
Psikologi Jabatan :

JABATAN NAMA PEGAWAI / PENSYARAH
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM EN. WAN MOHD ZAKWAN BIN WAN ZIN
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL EN. MOHD YAHYA BIN SAAD
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK PN AFIDAH BT ABDUL MALEK
JABATAN PERDAGANGAN PN. HARLINDA BT AHMAD
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PN. NOR MIZA BT TAJUDIN

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 16

12 KO-KURIKULUM

KO-KURIKULUM

Semua pelajar semester 1 diwajibkan untuk memilih antara Laluan 1 atau Laluan 2 kokurikulum bagi
memenuhi syarat-syarat penganugerahan diploma*.

SEMESTER LALUAN 1 LALUAN 2
1 (SUKAN DAN KELAB/PERSATUAN) (UNIT BERUNIFORM)

Pengenalan kepada Pengenalan kepada Badan Beruniform 1
Sukan / Kelab / Persatuan ( * - 1 kredit )

( * - 1 kredit )

2 Mengikut Silibus Mengikuti Silibus Unit Beruniform 2

Sukan / Kelab / Persatuan ( 1 Kredit )

( 1 kredit )

3 Tiada Mengikuti silibus Unit Beruniform 3

( Tiada Kredit)

4 Tiada Mengikuti silibus Unit Beruniform 4

( Tiada Kredit )

5 Tiada Mengikuti silibus Unit Beruniform

( Tiada Kredit )

6 Latihan Industri Latihan Industri

Jadual : Perjalanan Laluan 1 dan Laluan 2 Kokurikulum

Jenis-jenis Sukan, Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan akan ditawarkan mengikut keperluan dan
keupayaan Jabatan Sukan, Kokurikulum, Dan Kebudayaan (JSKK) POLIMAS. Senarai kursus Sukan,
Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan yang ditawarkan boleh dirujuk di JSKK pada semester yang
berkenaan.

Penutup

Adalah menjadi harapan USKK agar semua pelajar membuat pendaftaran dan pemilihan kokurikulum
pada masa yang telah ditetapkan oleh USKK. Pelajar-pelajar juga hendaklah mengikuti kursus
kokurikulum yang diambil sepenuhnya kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan para
pelajar terpaksa melanjutkan pengajian ke semester tambahan.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 17

13 UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

1.0 PENGENALAN

Latihan Industri bermaksud satu kursus yang dilaksanakan melalui pendekatan experiential learning
dengan menempatkan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia
dalam industri yang dipilih, sama ada di luar atau di dalam negara, dalam jangkamasa yang ditetapkan
sebelum mereka dianugerahkan persijilan.

Latihan Industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua
peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja
para graduan, kursus LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI
memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal
supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi,
komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan,
perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif
dalam kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang
cemerlang.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN

Selepas melengkapkan kursus Latihan Industri, pelajar seharusnya mampu:
2.1 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
2.2 Berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai peringkat.
2.3 Mengamalkan kerja berpasukan.
2.4 Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di
dalam organisasi.
2.5 Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan.

3.0 SYARAT KELAYAKAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 Telah mendaftar kursus LI.
3.2 Pelajar perlu lulus semua kursus yang diambil seperti disyaratkan dalam struktur

program berkenaan dengan mendapat HPNM 2.0 dan ke atas.
3.3 Dilindungi insurans.
3.4 Memenuhi lain-lain arahan yang ditetapkan oleh politeknik.

4.0 PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI

4.1 Struktur penilaian LI
4.1.1 Penilaian oleh Organisasi

- Penilaian Organisasi (40%)
- Penilaian Jurnal Refleksi LI (20%)

NOTA: Kedua-dua penilaian oleh organisasi latihan dilakukan oleh Penyelia Industri bermula minggu ke-
18 pelajar menjalani LI. Borang penilaian ini dilampirkan dalam Jurnal Refleksi, atau boleh dimuatturun
dari web/portal politeknik. Pelajar dinasihatkan untuk memaklumkan kepada Penyelia Industri berkenaan
borang penilaian ini. Borang yang lengkap perlu dihantar ke politeknik melalui pos/faksimili/emel atau
boleh juga diserahkan kepada pelajar sebelum tamat menjalani LI untuk dibawa ke politeknik semasa
Pengesahan Tamat LI.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 18

4.1.2 Penilaian oleh Politeknik
- Penilaian Pensyarah Mentor/Pensyarah Pemantau (10%)
Penilaian Pensyarah Mentor/Pensyarah Pemantau akan dibuat semasa pemantauan. Semasa
pemantauan, pelajar mesti membawa bersama Jurnal Refleksi dan draf awal Laporan Akhir
Latihan Industri (Dokumen-dokumen lain sekiranya perlu akan dimaklumkan oleh Pensyarah
Mentor/Pensyarah Pemantau)

- Pembentangan (10%)
Sesi pembentangan akan dibuat oleh pelajar pada minggu ke-21 dan 22. Pelajar perlu
berhubung dengan panel penilai (senarai panel penilai akan dimaklumkan oleh UPLI) bagi
menentukan tarikh dan masa penilaian setelah mendapat persetujuan antara pelajar dengan
panel penilai. Pelajar juga digalakkan untuk emel salinan Laporan Akhir Latihan Industri
kepada panel penilai sebelum pelajar mendaftar tamat LI bagi bacaan awal panel penilai.

- Laporan Akhir Latihan Industri (20%)
Laporan akhir ini perlu dibuat mengikut format yang telah ditetapkan dan akan dinilai oleh
Pensyarah Penilai.

NOTA:
Pelajar WAJIB untuk mengikuti SEMUA bentuk penilaian sebagai memenuhi SYARAT
LULUS LI.

4.2 Keputusan Latihan Industri

MARKAH KEPUTUSAN STATUS

80 – 100 Cemerlang Lulus
65 – 79 Kepujian Gagal
40 – 64
0 – 39 Lulus
Gagal

Jadual 1: Keputusan Latihan Industri (mulai Sesi Jun 2012)

Perlaksanaan Kaedah Penilaian dan Peraturan Latihan Industri adalah terikat kepada:

 Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian edisi semasa yang
dikeluarkan oleh Bahagian Pentaksiran dan Penilaian JPP, DAN

 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi yang dikeluarkan oleh Sektor
Pengajian Tinggi

Keputusan LI pelajar akan diumumkan setelah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa
Peperiksaan Politeknik pada semester berkenaan. Bagi pelajar yang GAGAL kursus LI,
pelajar perlu mengulang semula LI pada semester berikutnya dan perlu memohon
penempatan semula seperti pelajar lain.

5.0 RAYUAN
Pelajar berhak untuk merayu keputusan penilaian LI dengan merujuk kepada Arahan-arahan
Peperiksaan dan Kaedah Penilaian yang sedang berkuatkuasa.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 19

6.0 PERATURAN, DISIPLIN DAN HUKUMAN

Semua pelajar politeknik adalah tertakluk kepada Akta 174 - Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)
1976 –seperti penyataan berikut:

AKTA 174: Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

PERINTAH INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (JADUAL PERTAMA) PINDAAN 1997.
Kaedah Baru 5 & 6

2. Kaedah-kaedah itu adalah dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 4, kaedah-kaedah berikut:
Latihan Amali
5.(1) Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran lain
berhubung dengan kursus pengajiannya, pelajar itu hendaklah menghadiri latihan amali atau pengajaran-
pengajaran itu, melainkan jika mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan di
mana latihan itu dijalankan dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan pelajar itu untuk mendapat
kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab atau ada alasan yang munasabah kerana tidak hadir dan dalam
hal yang demikian dia hendaklah, dengan secara bertulis kepada Ketua Jabatan itu dengan memuaskan hati
Ketua Jabatan, sebab-sebab dia tidak hadir dan mendapat kelulusan secara bertulis mengenainya

5.(2) Semasa menjalani latihan amali, seseorang pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan atau
arahan tempat di mana latihan itu dijalankan dan juga peraturan-peraturan dan arahan-arahan institusi

5.(3) Jika sekiranya ada apa-apa yang berlawanan atau bercanggah antara peraturan Institusi dengan
peraturan tempat di mana latihan dijalankan, maka peraturan institusi hendaklah dipakai.

6.1 Peraturan Am Politeknik

Pelajar mesti menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan berkelakuan yang melambangkan
sebagai seorang pelajar politeknik samada di tempat latihan atau di luar tempat latihan dengan
mematuhi peraturan am politeknik.

6.2 Peraturan Sebelum LI

6.2.1 Mendaftar kursus LI.
6.2.2 Menghadiri semua taklimat LI.

6.2.2.1 Memohon dan mendapat tempat LI mengikut kesesuaian
bidang pengajian.

6.2.2.2 Membuat pembatalan secara rasmi dengan persetujuan UPLI
bagi pelajar yang mendapat lebih dari satu tempat latihan.

6.2.2.3 Tidak menukar atau menolak tawaran organisasi latihan tanpa
kelulusan UPLI.

6.2.2.4 Tidak memalsukan sebarang maklumat yang dihantar ke UPLI.

6.2.3 Peraturan Semasa LI
6.2.3.1 Mematuhi segala peraturan politeknik dan organisasi.
6.2.3.2 Melapor diri di organisasi pada tarikh dan masa ditetapkan.
6.2.3.3 Menjalani latihan di organisasi berkenaan sehingga tarikh tamat
latihan.
6.2.3.4 Tidak menukar tempat latihan tanpa kelulusan bertulis UPLI.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 20

6.2.3.5 Mengisi dan menghantar semua borang atau dokumen yang
berkaitan kepada UPLI dalam tempoh yang ditetapkan tanpa
6.2.3.6 sebarang pemalsuan.
6.2.3.7 Sentiasa memaklumkan perubahan maklumat peribadi kepada
pihak UPLI.
Sentiasa menjaga kerahsiaan organisasi.

6.3 Peraturan Selepas LI

6.3.1 Pelajar mesti membuat pengesahan tamat LI pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan
mengemukakan dokumen- dokumen berikut:
6.3.1.1.1 Laporan Akhir Latihan Industri
6.3.1.1.2 Jurnal Refleksi
6.3.1.1.3 Borang Penilaian Prestasi oleh organisasi
a) Borang Practical Task
b) Borang Reflective Journal

6.3.1.1.4 Surat Pengesahan Tamat Latihan

6.3.1.1.5 Menghantar dokumen-dokumen di atas tanpa
sebarang pemalsuan.

6.3.1.1.6 Menghadiri sesi pembentangan pada tarikh dan masa
yang ditetapkan.

6.4 Disiplin
Dalam tempoh latihan, pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada organisasi di
mana pelajar ditempatkan. Ini bermakna bahawa pelajar mestilah mematuhi masa bekerja dan
segala peraturan di organisasi sama seperti kakitangan yang lain sepanjang masa menjalani
LI. Pelajar tidak boleh merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta benda kepunyaan
organisasi.

6.5 Menjaga Kerahsiaan Organisasi
Pelajar DITEGAH dari membocorkan rahsia atau memberi sebarang maklumat atau sebarang
perkara berkaitan urusniaga pihak organisasi atau pelanggan-pelanggannya atau maklumat
lain yang diperolehi semasa menjalani latihan tersebut atau sesudahnya.

6.6 Tindakan/Hukuman
Jika seseorang pelajar didapati melanggar mana-mana peraturan atau mengabaikan tugasnya
atau melakukan kesalahan tatatertib, maka tindakan berikut boleh dikenakan ( Rujuk Jadual )

6.6.1.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan
oleh politeknik mengikut Garis Panduan Pengurusan dan
Kaedah Penilaian Latihan Industri Politeknik, Kementerian
Pendidikan Tinggi.

Nota: Pelajar yang tidak memenuhi syarat lulus LI boleh memohon penangguhan LI

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 21

Ketidakhadiran Tindakan/Hukuman

Tidak hadir 3 hari bekerja berturut-turut tanpa sebab Amaran
Tidak hadir 6 hari bekerja berturut-turut tanpa sebab Gagal LI
Jumlah tidak hadir keseluruhan 7 hari bekerja tanpa
sebab Amaran
Jumlah tidak hadir keseluruhan melebihi 7 hari bekerja
tanpa sebab Gagal LI
Diberhentikan oleh organisasi dengan sebab
Jumlah tidak hadir keseluruhan melebihi 20 % daripada Gagal LI
tempoh latihan dengan sebab Tidak memenuhi
syarat lulus LI*

Kesalahan lain Tindakan/Hukuman

Tidak mendaftar kursus LI Tidak Layak LI dan diberikan status GAGAL
Tidak melapor diri di Organisasi Latihan Gagal LI
Tidak melapor diri di politeknik (Pengesahan Tamat LI) Gagal LI
Memohon tempat LI lebih dari satu dalam satu-satu
masa Amaran
Tidak menghadiri taklimat LI
Tidak memenuhi SEMUA kriteria penilaian LI Amaran
Menukar tempat LI tanpa kebenaran Politeknik Gagal LI
Terdapat unsur peniruan/ciplak/penipuan Gagal LI
(Laporan Akhir Latihan Industri/Jurnal Refleksi)
Gagal LI

Nota:
 Sekiranya pelajar didapati menerima tindakan/hukuman AMARAN sebanyak dua (2) kali

dari kesalahan yang sama atau berlainan, pelajar boleh DIGAGALKAN kursus LI.
 Pelajar yang didapati GAGAL kursus LI, perlu mengulang semula LI pada semester

berikutnya.

6.6.2Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Bahagian V
Acara Tatatertib, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

6.7 Rayuan Ke atas Tindakan
Pelajar berhak mengemukakan rayuan ke atas tindakan yang dikenakan. Rayuan secara
bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Politeknik dalam tempoh 14 hari dari tarikh
surat tindakan dikeluarkan.

Nota:

 Sekiranya pelajar didapati menerima tindakan/hukuman AMARAN sebanyak dua (2) kali
dari kesalahan yang sama atau berlainan, pelajar boleh DIGAGALKAN kursus LI.

 Pelajar yang didapati GAGAL kursus LI, perlu mengulang semula LI pada semester
berikutnya.

6.7.1 Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Bahagian V
Acara Tatatertib, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 22

6.8 Rayuan Ke atas Tindakan
Pelajar berhak mengemukakan rayuan ke atas tindakan yang dikenakan. Rayuan secara
bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Politeknik dalam tempoh 14 hari dari tarikh
surat tindakan dikeluarkan.

14 UNIT LATIHAN & PENDIDIKAN LANJUTAN (ULPL)

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) atau Continuing Education & Training Unit (CETU)
ditubuhkan dengan rasminya pada 16 Oktober 1991 susulan daripada seminar “Establishing POLIMAS
as A Resources Centre” yang diadakan pada 26 Julai 1990 dan Carrer Fest yang diadakan pada 2 – 4
Mac 1991.

 Menjadikan POLIMAS sebagai salah sebuah pusat latihan dan pembangunan sumber

manusia yang diiktiraf.

 Menjadikan ULPL sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan utama POLIMAS

dengan melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.

 Fungsi utama ULPL ialah mengendalikan program-program latihan dan peningkatan

kemahiran yang sesuai bagi memenuhi kehendak dan keperluan staf polimas dan agensi luar.

Di samping mengendalikan program latihan, ULPL juga berperanan menyediakan kemudahan latihan
seperti billik seminar dan makmal komputer untuk kegunaan pihak luar.

CARTA ORGANISASI : Pegawai Latihan Pendidikan Lanjutan
Pegawai Latihan Pendidikan Lanjutan
1. FAUZIH BINTI AYOB
2. SUFIAN BIN AHMAD
3. NOR AZILA BT MD. ZAIN
4. MOHD FAUZI BIN SAAD

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 23

15 UNIT PENGURUSAN ASRAMA / KAMSIS POLIMAS

1 PENDAHULUAN

Asrama/Kamsis POLIMAS mula beroperasi sejak awal penubuhannya dan kini mampu menempatkan
kapasiti pengisian pelajar asrama serama 1,394 orang dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun,
kemudahan asrama adalah terhad berbanding dengan jumlah keseluruhan pelajar POLIMAS bagi setiap
semester yang menjangkau hampir 6,000 pelajar. Oleh itu, kemudahan asrama ini diberikan keutamaan
kepada pelajar semester satu dahulu dan kemudahan asrama ini akan ditawarkan kepada pelajar
‘Senior’ sekiranya masih terdapat kekosongan bilik asrama.

Tujuan dan kepentingan asrama/kamsis disediakan adalah untuk :

1. Memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar yang tinggal jauh dan luar kawasan serta
juga kepada pelajar yang tidak berkemampuan dari segi kewangan.

2. Menjaga keselamatan pelajar daripada terbabit dengan masalah sosial yang menyebabkan
berlakunya keruntuhan akhlak.

3. Melatih pelajar mendisiplinkan diri sendiri dari segi mental dan fizikal serta menyemai sikap
berdikari dan bertolak ansur.

4. Memupuk sikap bekerjasama dan saling tolong menolong di antara pelajar-pelajar Politeknik.

2 VISI ASRAMA / KAMSIS

Menyediakan Asrama sebagai pusat penginapan yang kondusif dalam melahirkan pelajar yang efisien
dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

3 MISI ASRAMA / KAMSIS

Berusaha bersama mewujudkan suasana asrama/kamsis yang selamat, tenteram dan selesa sebagai
tempat rehat dan penginapan serta tempat belajar yang harmoni.

4 KAPASITI PENGHUNI ASRAMA / KAMSIS

Asrama/Kamsis POLIMAS menyediakan enam blok asrama yang dikenali sebagai Blok A, Blok B, Blok
C, Blok D, Blok E dan Blok F yang boleh menampung kapisiti pelajar asrama seramai 1,394 orang.
Asrama/Kamsis Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D adalah untuk pelajar perempuan dengan kapasiti
pengisian 944 orang, manakala Blok E dan Blok F adalah untuk pelajar lelaki dengan kapasiti pengisian
450 orang.

Setiap bilik asrama ditetapkan untuk dua orang pelajar sahaja dan bagi setiap pelajar berdaftar asrama
dibekalkan satu set kunci bilik asrama, katil bujang, tilam, meja belajar termasuk kerusi dan almari
pakaian.

5 PENGURUSAN PEJABAT ASRAMA / KAMSIS

Pengurusan Pejabat Asrama/Kamsis terbahagi kepada dua urusan iaitu Pejabat Pentadbiran Penyelia
Asrama dan Pejabat Felo.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 24

Pejabat Pentadbiran Penyelia Asrama beroperasi mengikut waktu pejabat iaitu dari jam 8.00 pagi hingga
5.00 petang bagi hari Ahad hingga hari Rabu, manakala bagi hari Khamis ianya beroperasi dari jam 8.00
pagi hingga 3.30 petang. Tugasan rasmi Pejabat Pentadbiran Penyelia Asrama ialah kerja-kerja
pentadbiran am, memantau keseluruhan kawasan dan blok bangunan asrama berkaitan tahap
kebersihan dan pemeriksaan atas kerosakan kemudahan asrama termasuk memastikan semua aset dan
inventori asrama berada dalam keadaan baik dan selamat digunapakai. Pelajar asrama dipinta
berurusan pada waktu pejabat di Pejabat Pentadbiran Penyelia Asrama terutama berkaitan melaporkan
kerosakan kemudahan asrama dan lain-lain mengenai pentadbiran asrama.

Pejabat Felo beroperasi setiap hari dari jam 9.00 malam sehingga 11.30 malam. Tugasan rasmi Felo
ialah mengurus kebajikan pelajar asrama, aktiviti ko-kurikulum pelajar asrama dan juga menguatkuasa
disiplin di asrama. Semua Felo boleh dihubungi pada setiap masa oleh pelajar asrama melalui telefon
bimbit sekiranya terdapat kes-kes kecemasan atau hal-hal tertentu terutama dari segi kebajikan pelajar.

PEGAWAI-PEGAWAI UTAMA UNIT ASRAMA / KAMSIS

Pengurus Asrama : Puan Siti Fatimah Binti Adnan

Ketua Felo : Encik Saiful Nizam Bin Sa”ari

Penolong Ketua Felo :

:
6. PERATURAN KAMSIS / ASRAMA

6.1 PENEMPATAN PELAJAR DI ASRAMA / KAMSIS POLITEKNIK

6.1.1 Politeknik menyediakan kemudahan kamsis / asrama yang terhad kepada pelajarnya. Pelajar
yang ditawarkan tempat di kamsis/asrama akan ditempatkan sepertimana yang ditentukan
6.1.2 oleh pengarah atau wakil kuasanya.
6.1.3 Keputusan pemilihan pelajar ke kamsis / asrama adalah muktamad.
6.1.4 Pengarah mempunyai hak mutlak untuk memilih mana-mana pelajar atau orang perseorangan
atau berkumpulan bagi mendiami kamsis/asrama politeknik.
6.1.5 Proses penempatan pelajar ke kamsis/asrama dibuat setiap semester. Permohonan boleh
dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di pejabat warden atau
penyelia asrama.
Pengarah atau wakil kuasanya boleh menarik balik tawaran tempat tinggal di kamsis /asrama
atas sebab-sebab kepentingan politeknik pada bila-bila masa.

6.2 TATATERTIB AM ASRAMA / KAMSIS

6.2.1 Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya lengkap dan
sempurna semasa mula menduduki bilik. Sebarang kekurangan atau kerosakan perlu
6.2.2 dilaporkan kepada pihak pengurusan kamsis/asrama dengan segera.
Penghuni hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah sentiasa
6.2.3 memelihara suasana harmoni di kamsis/asrama.
Hanya penghuni yang berdaftar sahaja yang dibenarkan tinggal di bilik kamsis/asrama dengar
6.2.4 segera.
Semua peralatan yang terdapat di bilik kamsis/asrama TIDAK boleh di ubah kedudukannya
6.2.5 atau diubahsuai tanpa kebenaran daripada pengarah atau wakil kuasanya.
Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuni. Penggunaan cadar dan sarung bantal
6.2.6 DIMESTIKAN.
6.2.7 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri. Bilik hendaklah sentiasa
kunci bagi tujuan keselamatan.
6.2.8 Bertukar bilik tanpa kebenaran daripada pengarah atau wakil kuasanya adalah TIDAK
6.2.9 dibenarkan.
6.2.10 Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik, aras dan blok mereka secara berkumpulan.
6.2.11 Penghuni TIDAK dibenarkan membawa sebarang jenis senjata ke dalam k amsis/asrama.
Sebarang bentuk ‘ragging’ TIDAK dibenarkan.
Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan Kamsis/asrama perempuan atau sebaliknya.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 25

6.2.12 Seorang penghuni TIDAK boleh melakukan sesuatu untuk menghalang atau menahan
6.2.13 seseorang pegawai, pekerja atau wakil politeknik daripada memasuki bilik penghuni menetap
6.2.14 itu untuk menjalankan tugas- tugas dan kewajipan.
6.2.15 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat tinggal atau
6.2.16 berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa.
6.2.17 Selepas jam 11.00 malam, hanya penghuni kamsis/asrama sahaja yang boleh berada di
dalam kawasan kamsis/asrama sahaja yang boleh berada di dalam kamsis/asrama.
6.2.18 Penghuni TIDAK dibenarkan menghadiri atau mengelola apa-apa jenis perjumpaan atau
6.2.19 perhimpunan di kawasan kamsis/asrama kecuali dengan kebenaran bertulis daripada
pengarah atau wakil kuasanya.
6.2.20 Penghuni hendaklah sentiasa membawa/ada di bawah kawalannya kad kamsis/asrama
6.2.21 semasa berada di kawasan kamsis/asrama.
6.2.22 Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik kamsis/asrama hendaklah dengan mendapat
6.2.23 kebenaran pihak berkuasa kamsis/asrama terlebih dahulu. Penggunaan radio, cakera padat
dan pemain kaset adalah dibenarkan dengan syarat tidak mengganggu ketenteraman
penghuni lain. Penggunaan fon telinga adalah digalakkan.
Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau
bertulis apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu dan sesuai untuk memelihara
ketenteraman atau tatatertib di dalam kamsis/asrama.
Sebarang bentuk penyambungan / pendawaian elektrik (wiring) di dalam kamsis/asrama
adalah DILARANG sama sekali. Mana-mana penghuni yang melakukan
penyambungan/pendawaian elektrik adalah dianggap merosakkan harta benda atau bangunan
politeknik dan pihak politeknik berhak menuntut ganti rugi dan mengenakan tindakan
tatatertib.
Penghuni DILARANG memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali dengan kebenaran
pengarah atau wakil kuasanya.
Harta benda kamsis/asrama yang dirosakkan atau dihilangkan oleh penghuni/sekumpulan
penghuni berkenaan dengan segera apabila diarahkan oleh pengarah atau wakil kuasanya.
Harta benda kamsis/asrama yang dirosakkan atau dihilangkan oleh penghuni/sekumpulan
penghuni hendaklah diganti oleh penghunu/sekumpulan penghuni berkenaan dengan segera
apabila diarahkan oleh pengarah atau wakil kuasanya.
Kadar bayaran ganti rugi dan sebagainya adalah tertakluk kepada penetapan pengarah.

6.3 PERATURAN MENGOSONGKAN BILIK ASRAMA / KAMSIS

6.3.1 Penghuni hendaklah mengosongkan biliknya apabila di arah, pada masa yang telah ditetapkan
6.3.2 oleh pihak politeknik.
Sebelum keluar bilik, bilik hendaklah dibersihkan terlebih dahulu oleh penghuninya. Sekiranya
6.3.3 berlaku kerosakan, kekotoran, pencemaran atau kehilanganpealatan serta kemudahannya,
penghuni akan diminta membayar ganti rugi.
6.3.4 Penghuni hendaklah memindahkan ke semua barang miliknya daripada bilik. Sebarang
6.3.5 peralatan dan barang-barang yang ditinggalkan disifatkan sebagai tidak diperlukan dan pihak
kamsis/asrama boleh membuangnya.
Penghuni hendaklah menutup suis lampu, kipas, tingkap dan mengunci pintu sebelum
meninggalkan bilik.
Kunci hendaklah diserahkan sendiri ke pejabat penyelia kamsis /asrama selewat-lewatnya
pada hari terakhir mengosongkan atau notis pengosongan bilik pada waktu pejabat.

6.4 PERATURAN KELUAR MASUK HARIAN, HUJUNG MINGGU DAN CUTI PENDEK

6.4.1 Semua penghuni kamsis/ asrama yang keluar daripada kawasan kampus politeknik atas
urusan harian dihendaki masuk semula ke kamsis / asrama tidak lewat dari jam 11.00 malam
pada hari yang sama kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh warden setiap penghuni
kamsis / asrama hendaklah melaporkan diri di pondok pengawal ketika keluar dan masuk ke
kamsis/asrama.

6.4.2 Penghuni kamsis/asrama TIDAK dibenarkan bermalam di luar kamsis/asrama kecuali
mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pengarah atau wakil kuasanya.
Penghuni DIMESTIKAN merekodkan maklumat yang dikehendaki di pondok pengawai dan
melaporkan semula apabila kembali ke kamsis/asrama.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 26

6.4.3 Semua penghuni kamsis/asrama yang bermalam di luar kampus pada hujung minggu, cuti
umum atau cuti pendek dihendaki masuk semula ke kampus tidak lewat dari jam 11.00 malam
hari terakhir cuti.

6.5 PERATURAN MENERIMA TETAMU

6.5.1 Tetamu penghuni kamsis/asrama hendaklah dilayan di cafeteria atau di tempat yang
6.5.2 disediakan sahaja.
Pelawat yang bukan pelajar politeknik dikehendaki mengambil pas pelawat yang boleh
diperolehi di pondok pengawal keselamatan semasa memasuki kawasan
politeknik.13.5.3masa melawat adalah seperti berikut :

Hari Kuliah - 4.00 ptg hingga jam 7.00 mlm
Cuti Hujung Minggu/Umum - 8.00 pg hingga jam 7.00 mlm

6.6 MEMASAK DAN MAKANAN

6.6.1 Penghuni kamsis/asrama DILARANG memasak.
6.6.2 Penghuni DILARANG menggunakan pemanas air (immersion heater). Air panas boleh
didapati dengan memasak menggunakan cerek yang disediakan atau dari “wayer dispenser”
6.6.3 Hanya bahan-bahan makanan yang halal di sisi Agama sahaja yang dibenarkan dibawa
masuk ke kamsis/asrama.
6.6.4 Penghuni DILARANG menggunakan bilik kamsis/asrama sebagai tempat makan makanan
yang mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan salur air dan elektrik dan juga
menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penghuni lain.

6.7 PERATURAN PEMAKAIAN

6.7.1 Setiap penghuni yang masuk ke kafeteria hendaklah berpakaian kemas dan bersesuai.
Pakaian sukan (seluar pendek) yang lusuh dan berpeluh, pakaian tidur atau baju singlet
6.7.2 TIDAK dibenarkan di dalam kafeteria.
6.7.3 Pelajar lelaki DILARANG berkain pelekat/sarong dalam kafeteria.
6.7.4 Pakaian TIDAK boleh sangkut pada tingkap atau tempat-tempat lain melainkan ampaian yang
6.7.5 disediakan.
6.7.6 Pakaian hendaklah disimpan dalam almari yang telah disediakan.
6.7.7 Penghuni yang hendak menggosok pakaian mereka hendaklah membuat demikian di bilik
yang telah dikhaskan.
6.7.8 Penghuni adalah dinasihatkan supaya berpakaian kemas tidak menjolok mata pada setiap
6.7.9 masa di kawasan kamsis/asrama.
6.7.10 Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju yang tidak
berlengan atau pakaian yang bertulis kata-kata yang hina, logo parti politik atau mempunyai
gambar atau lukisan yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran TIDAK dibenarkan.
Rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang mengerbang atau rambut yang beraneka
fesyen adalah tidak dibenarkan.
Pelajar perempuan TIDAK digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan.
Pelajar lelaki DILARANG memakai sebarang perhiasan diri.

6.8 LARANGAN MEMELIHARA BINATANG

6.8.1 Penghuni DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di dalam bilik atau
6.8.2 kawasan kamsis/asrama.
Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan kamsis/asrama hendaklah
diserahkan atau dilaporkan kepada warden.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 27

6.9 IKLAN, NOTIS, MAKLUMAT, RISALAH DAN LAIN – LAIN

6.9.1 Iklan dan notis hanya boleh ditampal dengan kebenaran pengarah atau wakil kuasanya di
6.9.2 papan notis yang disediakan sahaja.
6.9.3 Semua iklan dan notis yang ditampal hendaklah ditanggalkan semula setelah tamat tempoh
pemberitahuan.
6.9.4 Semua poster atau hiasan dinding bilik TIDAK boleh menggunakan paku kecuali alat
penyangkut gambar atau “poster hanger” yang sesuai yang mana gamnya tidak merosakkan
dinding.
Penghuni DILARANG mengotorkan dinding atau mana-mana bahagian bangunan

kamsis/asrama dengan apa cara sekalipun.

6.10 KESELAMATAN HARTA BENDA

6.10.1 Untuk mengelakkan kecurian, penghuni hendaklah memastikan biliknya sentiasa dikunci
6.10.2 Penghuni TIDAK digalakkan menyimpan wang berlebihan dan peralatan berharga di dalam bilik.
6.10.3 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri.
6.10.4 Kes kecurian hendaklah dilaporkan dengan segera kepada warden.

6.11 LARANGAN BERNIAGA DI ASRAMA / KAMSIS

6.11.1 Penghuni TIDAK dibenarkan berniaga di mana-mana kawasan kamsis/asrama kecuali dengan
6.11.2 kebenaran pengarah atau wakil kuasanya.
Semua penghuni yang membeli makanan atau barang di kafeteria atau kedai koperasi adalah
tanggungjawab ke atas diri sendiri.

6.12 KESELAMATAN, KEBAKARAN DAN BANTUAN KECEMASAN

6.12.1 Penghuni yang Nampak punca api hendaklah bertindak dengan bijaksana untuk
memadamkannya atau berhubung terus dengan warden atau jabatan Bomba dan Penyelamat.
6.12.2 Penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan pantas dan berkumpul di satu tempat yang
6.12.3 selamat.
6.12.4 Pekara-pekara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaanubat myamuk, pelita, lilin
6.12.5 atau sebarang pembuatan yang boleh mengakibatkan kebakaran berlaku TIDAK dibenarkan.
Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera. Jika warden tiada hendaklah
menghubungi mana – mana wakil aras, penyarah atau pengawal keselamatan.
Jika penghuni sakit, rakan sebilik atau searasnya bertanggungjawab melaporkannya kepada
warden dengan segera.
Pelajar yang menerima ,mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman atau ugutan
hendaklah melaporkan dengan segera kepada pengarah atau wakil kuasanya.

6.13 LALULINTAS DI KAWASAN ASRAMA / KAMSIS

6.13.1 Pelajar yang dibenarkan membawa kenderaan bermotor ke kamsis/asrama adalah tertakluk
kepada peraturan Am lalulintas politeknik.

6.13.2 Tempat-tempat kemudahan

6.13.3 Penghuni hendaklah menggunakan semua tempat kemudahahan dengan cermat dan
6.13.4 bertanggungjawab.
Penghuni bagi sesuatu aras bagi sesuatu blok itu adalah tanggungjawab ke atas kebersihan
6.13.5 bilik air, tempat lalu lalang, bilik membasuh, tangga atau apa-apa sahaja tempat kemudahan
bagi aras atau blok tersebut.
Penghuni yang menggunakan tempat kemudahan atau peralatan hendaklah setiasa bersihkan
timbang rasa kepada mereka yang ingin menggunakan kemudahan tersebut atau kepada
orang lain

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 28

6.14 SURAT-SURAT PELAJAR

6.14.1 Surat akan diedarkan melalui peti edaran surat kecuali surat berdaftar.
6.14.1 Surat berdaftar dan bungkusan adalah di bawah urusan pejabat Am politeknik.
6.14.3 Telegram yang diterima akan terus disampaikan kepada penerima.
6.14.4 Semua pertanyaan berkenaan dengan surat hendaklah dibuat di pejabat pentadbiran
politeknik.

6.15 BERKEMPEN

6.15.1 Sebarang kempen bagi tujuan apa sekali pun hendaklah mendapat kebenaran dari pengarah
6.15.2 atau wakil kuasanya.
Jika dibenarkan oleh pengarah atau wakil kuasanya untuk berkempen, pengarah atau wakil
kuasanya boleh mengenakan had dan syarat.

6.16 BILIK MANDI DAN BILIK BASUH

6.16.1 Penghuni kamsis/asrama adalah bertanggungjawab secara berkumpulan ke atas kebersihan
6.16.2 bilik mandi dan bilik basuh pelajar serta laluan aras masing-masing dan memastikan
6.16.3 kebersihannya dijaga.
Pembaziran adalah ditegah dan penghuni hendaklah mempunyai rasa bertanggungjawab ke
atas penggunaan air dan elektrik. Segala kerosakkan atau kebocoran hendaklah dilaporkan
segera kepada pihak pengurusan kamsis/asrama.
Penghuni kamsis/asrama TIDAK dibenarkan membuang sampah atau sebarang jenis bahan
asing ke dalam tandas. Penghuni aras akan dipertanggungjawabkan ke atas kes-kes
tersumbat yang disebabkan oleh kecuiaan atau salah guna oleh penghuni aras berkenaan.

6.17 AKTIVITI SOSIAL, PERHIMPUNAN, TAKLIMAT, KULIAH DAN CERAMAH

6.17.1 Penghuni kamsis/asrama yang berkenaan adalah dikehendaki menghadiri, mengikuti dan
mengambil bahagian dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-
6.17.2 lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak berkuasa kamsis/asrama dan politeknik.
Sebarang bentuk aktiviti sosial di kamsis/asrama dan persekitarannya adalah TIDAK
6.17.3 dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis pengarah atau wakil kuasanya terlebih
6.17.4 dahulu.
6.17.5 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima(5) orang di kamsis/asrama atau
6.17.6 persekitarannya tanpa kebenaranpihak berkuasa kamsis/asrama TIDAK dibenarkan.
6.17.7 Sebarang bentuk ceramah atau apa jua kegiatan yang melibatkan kakitangan politeknik atau
orang luar dari kamsis/asrama mestilah mendapat kebenaran pengarah atau wakil kuasanya.
Sebarang perlakuan pelajar politeknik yang boleh mencemarkan nama baik politeknik adalah
DILARANG.
Penghuni kamsis/asrama TIDAK dibenarkan bergiat, berkecimpung, melibatkan diri atau
member sokongan kepada mana-mana parti politik atau kumpulan haram.
Pelajar yang berdua -duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan mencurigakan dengan
pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan kampus politeknik adalah DILARANG

6.18 KAWASAN LARANGAN

6.18.1 Kawasan blok kediaman pelajar perempuan adalah kawasan larangan pelajar atau pelawat
6.18.2 lelaki dan sebaliknya.
Sebarang bentuk perbincangan yang berhubung dengan hal-hal akademik atau aktiviti
6.18.3 kokurikulum di antara pelajar lelaki dan perampuan secara berkumpulan perlu dibuat dalam
keadaan yang sopan di cafeteria/mana-mana tempat yang disediakan sahaja sehingga jam
11.00 malam.
Pelajar-pelajar dibenarkan masuk ke bilik warden dan penyelia kamsis/asrama atas urusan
rasmi sahaja.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 29

6.18.4 Pelajar TIDAK dibenarkan naik ke mana-mana kawasan berbumbung kamsis/asrama atau
6.18.5 masuk ke dalam mana-mana bilik pengagihan elektrik atau mana-mana bilik di kawasan
kamsis/asrama yang diisytihar atau ditanda sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran pihak
berkuasa asrama.
Kawasan kafeteria yang meliputi kaunter pengurusan, dapur, bilik-bilik penginapan kakitangan
kafeteria adalah kawasan larangan bagi semua pelajar.

6.19 SOLAT

6.19.1 Pelajar muslim digalakkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah di surau politeknik
6.19.2 setiap hari.
Khusus di bulan ramadhan,semua pelajar muslim digalakkan menunaikan solat tarawih secara
berjemaah di surau politeknik.

6.20 RIADAH

6.20.1 Semua kakitangan sukan hendaklah bermula selepas waktu asar dan hendaklah berakhir
15minit sebelum waktu maghrib.
6.20.2 Pakaian pada waktu riadah hendaklah bersesuaian dan tidak menjolok mata.
6.20.3 Aktiviti sukan hanya boleh dijalankan di dalam kawasan ditetapkan.

7. PERATURAN PELAJAR LUAR ASRAMA / KAMSIS

7.1 Pelajar mestilah mematuhi semua Peraturan Am Politeknik yang berkuatkuasa sepanjang
tempoh pengajian/kursus/latihan di politeknik.

7.2 Pelajar yang menetap/menyewa di luar kawasan kampus mestilah berkelakuan baik,
berhemah tinggi dan sentiasa memerihara suasana harmoni di kawasan sekeliling rumahnya.

7.3 Sebarang bunyi-bunyian seperti radio/televisyen/gitar yang dipasang/dimainkan hanya
sekadar boleh di dengar dalam rumah sahaja dan tidak menggangu jiran-jiran
sebelah/sekeliling.

7.4 Kebersihan dan keselamatan serta harta benda adalah tanggungjawab bersama penghuni
rumah tersebut.

7.5 Pelajar lelaki dan pelajar perempuan TIDAK dibenarkan tinggal serumah.
7.6 Pelajar lelaki DILARANG memasuki rumah pelajar perempuan dan begitu juga sebaliknya.
7.7 Pelajar TIDAK digalakkan berkumpul di luar kawasan rumah.
7.8 Pelajar TIDAK dibenarkan mempamerkan simbol atau bendera mana-mana parti politik di

kawasan rumahnya.
7.9 Pelajar juga tertakluk kepada peraturan-peraturan politeknik dan peraturan-peraturan

jawatankuasa penduduk setempat.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 30

16 UNIT JAWATAN KUASA DISIPLIN PELAJAR - JKDP

PENGENALAN

JKDP ditubuhkan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang digunapakai di
POLIMAS. JKDP dipengerusikan oleh Pengarah, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin)
dan dibantu oleh pegawai-pegawai dari jabatan akademik yang dilantik oleh pengarah.

Semua pelajar POLIMAS tertakluk kepada peraturan-peraturan di bawah akta 174 ( Akta Institusi-
institusi ) pelajaran (Tatatertib) 1976 dan segala peraturan yang dikeluarkan oleh POLIMAS dari masa ke
semasa.

Buku Panduan dan Peraturan Am Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengandungi
maklumat-maklumat terperinci yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di
POLIMAS diedarkan semasa hari pendaftaran.

Saudara/ri seharusnya memahami bahawa peraturan-peraturan yang sedia ada bertujuan untuk
mewujudkan suasana yang aman lagi harmoni, menjadikan POLIMAS sebagai suatu tempat yang selesa
untuk menimba ilmu.

PERATURAN AM

1. Kad Pelajar WAJIB :

1.1 Sentiasa dipakai semasa berada di dalam kampus.

1.2 Dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya boleh dilihat dengan jelas.

1.3 Dipakai dengan mempamerkan bahagian gambarnya di hadapan.

1.4 TIDAK boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau diubahsuai.

1.6 Jika hilang /rosak /tamat tempoh, perlu diganti dengan mengisi borang gantian kad di pejabat
Hal Ehwal Pelajar dengan bayaran yang telah ditetapkan.

2. RUPA DIRI

Setiap pelajar samada lelaki atau perempuan hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan
sopan. Pelajar Islam hendaklah berpakaian menutup aurat.

2.1 Rupadiri Siswa

2.1.1 Pakaian ke kelas /bengkel /makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
b. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar,

negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK
DIBENARKAN.
c. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
d. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang yang sempurna.
e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin berkasut
dan bersongkok hitam.
f. Berseluar ‘Slack’.
g. Berkasut dan berstokin.
h. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
i. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 31

2.1.2 Rambut

a) Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar
baju, paras tepi tidak melebihi paras depan tidak melebihi paras dahi.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 32

b Rambut berfesyen seperti “afro”,” punk”, berekor dan lain-lain atau diwarnakan TIDAK
DIBENARKAN

.

Rajah 2.1.2 b : Rambut Pelajar Lelaki Yang DiLarang
2.2 Rupadiri Siswi
2.2.1 Pakaian ke Kelas/ Bengkel/ Makmal, pelajar perempuan TIDAK DIBENARKAN

a) Memakai pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah,
nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan.

b) Memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut.
c) Memakai Baju ’T’ yang tidak berkolar atau mempunyai tulisan atau gambar yang membawa

pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik.
d) Memakai seluar yang ketat.
e) Memakai selipar, terompah, kasut bertumit tinggi ( yang runcing) atau kasut yang berladam

logam yang berbunyi.
2.2.2 Rambut

a) Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK
dibenarkan.

b) Pelajar Islam hendaklah memakai tudung.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 33

2.2.3 Perhiasan Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK dibenarkan

Rajah 2.2 : Pakaian Pelajar Perempuan Yang Dibenarkan

Rajah 2.2.1 : Pakaian Pelajar Perempuan Yang DiLarang
BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 34

2.3 PAKAIAN UNTUK RIADAH

Rajah 2.3 : Pakaian Pelajar Untuk Bersukan
2.3.1Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan dan persekitaran.

3.0 KEHADIRAN KULIAH
Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel atau lain-lain pengajaran berhubung dengan
program pengajiannnya dan MESTILAH:
3.1 Kehadirannya tidak kurang 80%
3.2 Berada dalam bilik kuliah/bengkel mengikut jadual yang ditetapkan.
3.3 Mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan untuk tidak hadir.
3.4 Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapatkan kelulusan ketidakhadirannya daripada

pihak politeknik sekiranya perkara (5.3) di atas tidak diperolehi terlebih dahulu.
4. KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN
4.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kampus Politeknik.
4.2 Segala kemudahan yang disediakan oleh politeknik hendaklah digunakan dengan penuh

tanggungjawab, cermat, selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan
bahan-bahan yang digunakan.
4.3 Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di politeknik
supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara.
4.4 Pelajar dipertanggungjawab untuk memastikan semua suis lampu/ kipas/ alat hawa dingin/
komputer/ mesin di ‘offkan’ sebelum meninggalkan kelas/ bengkel/ makmal/ dewan kuliah.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 35

5. HARTA BENDA

Perbuatan merosakkan harta benda politeknik seperti perabot, peralatan dalam bilik/ makmal/
bengkel, kenderaan rasmi politeknik atau menconteng dinding / notis rasmi /pekeliling rasmi atau
merosakkan tanaman di dalam kampus adalah menjadi suatu kesalahan tatatertib.

6. PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN /BADAN /PERTUBUHAN /KUMPULAN DAN
PARTI POLITIK

6.1 Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana politik, kesatuan sekerja atau mana-
mana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada
Menteri atau wakil kuasanya.

6.2 Pelajar TIDAK dibenarkan menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai
menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan, badan
atau kumpulan yang diharamkan.

6.3 Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam atau di luar kampus hendaklah
terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.

7. BAHAN-BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK DAN BERJUDI

Semua pelajar TIDAK DIBENARKAN :

7.1 Melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam atau luar kampus.
7.2 Mengedar, membahagi-bahagi atau mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan

mendapat /tanpa bayaran atau apa-apa balasan lain.
7.3 Memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau

barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan
untuk digunakan bagi memakan dan meminum atau menghisap atau menyedut atau
memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk atau dengan apa-apa jua cara lain
apa-apa dadah atau racun.
7.4 Meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau di
luar kampus.
7.5 Mengurus, menganjur atau menjalankan atau menyertai apa-apa aktiviti erjudian,pertaruhan
atau loteri di dalam atau di luar kampus.

8. GANGGUAN KETENTERAMAN

8.1 Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung
atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah/dewan kuliah/bengkel/makmal/
perpustakaan/pejabat pentadbiran atau berhampiran.

8.2 Pelajar TIDAK dibenarkan menimbulkan suasana kacau-bilau, huru hara atau menghasut
pelajar-pelajar menentang pihak berkuasa politeknik.

8.3 Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran tertentu seperti Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) atau peti cadangan.

9. PENCERAMAH LUAR

Pelajar mestilah mendapat Kebenaran Bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak
luar untuk memberi ceramah/perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar politeknik.
Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.

10. KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN /
PEMBUANGAN PELAJAR DARIPADA POLITEKNIK

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 36

10.1 Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau di luar
kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media
10.2 cetak mahupun elektronik.
10.3 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di politeknik.
10.4 Merosak, mencacat (vandalism) harta benda milik politeknik, kerajaan, awam atau orang
10.5 perseorangan.
Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar politeknik daripada menjalankan
10.6 tugasnya yang sah.
Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji , poster, lambing dan
10.7 lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar
kampus.
10.8 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus dengan tujuan
10.9 untuk menghasut atau memburuk-burukkan politeknik atau pihak lain.
Menjalankan perniagaan /perkhidmatan, kedai, atau gerai di dalam kampus tanpa kebenaran
10.10 bertulis daripada pihak politeknik.
10.11 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis daripada pihak luar mengenai politeknik,
kerajaan atau pelajarnya.
10.12 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak politeknik
10.13 tanpa melalui saluran yang ditetapkan.
10.14 Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau oteri.
10.15 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/bahan kimia
10.16 yang memabukkan/menghayalkan.
10.17 Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabukkan
10.18 atau menghayalkan.
10.19 Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan
10.20 pertunjukan bahan-bahan lucah.
10.21 Memberi atau menyebar maklumat palsu.
10.22 Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan
10.23 politeknik yang diberi kuasa.
Memalsukan tanda tangan atau cop rasmi pihak berkuasa politeknik atau pihak lain yang
10.24 terlibat dengan politeknik.
10.25 Melakukan ugutan atau ‘ragging’ pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar kampus.
10.26 Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar politeknik atau
pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan.
10.27 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan samada di dalam atau di luar kampus.
10.28 Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbu atau berkhalwat dan
10.29 membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar kampus.
10.30 Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang.
Menyambung penyambung elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan
10.31 kampus.
Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan
menculik.
Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata berbahaya
seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain.
Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan jenayah sivil atau jenayah
syariah.
Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau
menjual.
Terlibat dengan pemboikotan / pemulauan aktiviti sah politeknik.
Terlibat dengan demontrasi yang tidak dibenarkan di luar atau di dalam kampus politeknik.
Menimbul/menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana
tegang, perpecahan atau permusuhan.
Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar.
Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang
haram oleh politeknik atau kerajaan.

11. LARANGAN MEROKOK : DILARANG merokok di mana-mana juga kawasan dalam kampus
politeknik.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 37

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Pelajar TIDAK boleh terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti
lain, sama ada separuh masa atau sepenuh masa, yang pada pendapat Pengarah adalah
tidak diingini.

12.2 Pelajar politeknik dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej politeknik samada di
dalam atau di luar kampus.

12.3 Pelajar TIDAK boleh menghalang pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau
kakitangan politeknik yang diberi kuasa memasuki mana-mana bahagian permis kediaman
untuk tujuan penguatkuasaan disiplin.

12.4 Pelajar TIDAK boleh menghalang pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau
kakitangan politeknik yang diberi kuasa mengambil contoh air kencing untuk ujian dadah.

12.5 Pelajar digalakkan menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk member cadangan.
12.6 Pelajar yang bukan penghuni asrama TIDAK dibenarkan berada di asrama lelaki atau

perempuan atau menggunakan segala kemudahan yang terdapat di asrama kecuali kafeteria
atau surau.
12.7 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan atau Undang-undang Khas Peperiksaan bengkel,
workshop, makmal, perpustakaa, asrama dan lain-lain yang telah dan akan dikeluarkan oleh
politeknik dari semasa ke semasa.
12.8 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah
mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

13. PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS

13.1 KENDERAAN RASMI POLIMAS

13.1.2 Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan
13.1.3 mendapat kelulusan daripada pengarah.
Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan kemudahan yang
terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

13.2 KENDERAAN PERSENDIRIAN

13.2.1 Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus setelah didaftar dan
mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.
13.2.2 Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah
mempamerkan pelekat kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh politeknik.
13.2.3 Semua kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun
dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di tempat yang
13.2.4 dikhaskan untuk pensyarah/kakitangan politeknik.
Pihak politeknik tidak bertanggung jawab ke atas kenderaan (termasuk/topi keledar) yang
13.2.5 rosak atau hilang di dalam kampus.
Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk
13.2.6 digunakan.
Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-
a) peraturan berikut :
b) mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.
c) mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh politeknik.
menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising dan kuat atau
d) yang diubahsuai.
e) memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.
f) memakai baju pantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal adalah digalakkan
g) bertimbang rasa terhadap pejalan kaki
mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalanraya seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa jabatan pengankutan Jalan.

13.2.7 Penghuni asrama/kamsis tidak dibenarkan membawa kenderaan.
13.2.8 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau menambah
mana- mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 38

13.3 HUKUMAN KESALAHAN LALULINTAS

Pelajar yang didapati melanggar mana- mana peraturan lalulintas boleh dikenakan hukuman secara
pentadbiran.

14. PELANGGARAN PERATURAN

Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini boleh dikenakan
tindakan berikut :

14.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik.
14.2 Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan [(Kaedah 48, akta Institusi –

institusi Pelajaran, Tatatertib 1976, Akta 174 ]

“ Hukuman “seseorang pelajar yang didapati bersalah atau sesuatu kesalahan
Tatatertib” tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman
yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu
“Hukuman” disatukan sekali.

i. Amaran

ii. Denda tidak melebihi daripada lima ratus ringgit(RM
500.00)

iii. Pengantungan daripada menggunakan apa-apa atau
ke semua kemudahan-kemudahan institusi selama
tempoh yang ditentukan.

iv. Pengantungan daripada mengikuti kursus pengajian
di institusi selama tempoh yang ditentukan.

v. Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau
keseluruhan peperiksaan di institusi.

vi. Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi
selama tempoh yang ditentukan.

vii. Pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuasa
tatatertib.

15.KAEDAH BARU 26A: ” HUKUMAN TATATERTIB TERUS OLEH PIHAK BERKUASA
TATATERTIB”

15.1 26A pihak berkuasa tatatertib boleh pada budi bicaranya, sebagai ganti mengambil tindakan
tatatetib dibawah Bahagan V, mengenakan hukuman tatatertib terus, dengan amaran atau denda
tidak melebihi LIMA PULUH RINGGIT ke atas nama-nama pelajar yang melakukan kesalahan
tatatertib dibawah perenggan 3 (i), kaedah-kaedah 6,21,22,23 dan 25 dengan kehadiran atau
pendapat pihak berkuasa tatatertib.

15.2 Dengan syarat bahawa sebelum hukuman dikenakan ke atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib
hendaklah memberitahunya tentang kesalah tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya
peluang untukmembuat rayuan lisan berkenaan dengannya dalam tempoh tidak melebihi 5 hari
kepada pihak berkuasa Tatatertib itu.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 39

15.3 Setelah mengenakan hukuman yang tersebut dalam perenggan (1), pihak berkuasa tatatertib
hendaklah, dengan serta merta menyerahkan kepada pelajar satu notis bertulis mengenai
hukuman yang dikenakan itu dalam satu boring mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh
Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan jika hukuman yang dikenakan itu ialah denda, peruntukan kaedah-
kaedah 63 dan 64 hendaklah terpakai.

Pelajar hendaklah berpakaian secara sopan dan bersesuaian ketika
1 KAEDAH 1 menghadiri kelas , tutorial, peperiksaan, bengkel atau ketika

melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti di dalam atau di luar
kampus.

Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh
2 KAEDAH 21 menjejaskan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorang

pelajar di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan mana-
mana asrama, dewan kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau
kekemasan mana-mana bangunan atau binaan lain di dalam kampus.

Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising,
3 KAEDAH 22 atau menyebabkan diterbitkan apa-apa bising atau bunyi dengan apa-

apa jalan atau dengan apa-apa cara, jika bising atau bunyi itu
menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran atau gangguan
kepada orang-orang lain di dalam kampus.

4 KAEDAH 23 Tidak seorang pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan
digunakan mana-mana bahagian kampus atau mana-mana bahagian
bangunan di dalam kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur,
kecuali tempat yang disediakan baginya dalam asrama dama institusi.

5 KAEDAH 25 Seseorang pelajar hendaklah memakai kad pelajarnya pada masa
yang telah ditetapkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar.

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 40

BAHAGIAN B

Bandar Darulaman, 06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.

Tel : 04-9146100 Fax : 04-9174232

BORANG SOAL SELIDIK
MINGGU SUAI KENAL
DAN
AKU JANJI

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 41

POLIMAS PK PPP-04

BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MSK SESI JUN / DIS ……………………………

ARAHAN : Bagi kenyataan 1 hingga 9, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 5

Jantina : L / P

1.Amat Tidak Setuju 2.Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Amat Setuju

1. MSK dapat memperkenalkan saya kepada kehidupan kampus. 1 2 3 4 5

2. MSK dapat mengeratkan silaturahim di antara pelajar. 1 2 3 45
1 2 3 45
3. MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk
memulakan kehidupan sebagai warga POLIMAS.

4. MSK dapat memperkenalkan saya kepada sistem politeknik. 1 2 3 45
5 MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar . 1 2 3 45
6. Taklimat-taklimat di bawah berkesan :-

a. Taklimat Peraturan Tatatertib Politeknik 1 2 3 45

b. Taklimat Pinjaman/Bantuan Kewangan 1 2 3 45

c. Taklimat Perkhidmatan Kaunseling 1 2 3 45
c. Taklimat Peperiksaan 1 2 3 45

e. Taklimat Ko-Kurikulum 1 2 3 45
f. Taklimat MS ISO 1 2 3 45

7. AJK MSK membantu dan memberi layanan yang baik. 123 45
123 45
8. Makanan dan minuman yang disediakan adalah baik dan 123 45
memuaskan.

9. Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian.

10. Aktiviti kerohanian / moral berkesan. 1 2 3 45

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 42

Bandar Darulaman, 06000 Jitra Kedah Darul Aman.
Tel : 04-9146100 Fax : 04-9174232

AKU JANJI PELAJAR

NAMA PELAJAR
NO.PENDAFTARAN
NOMBOR KAD PENGENALAN

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 43

AKU JANJI PELAJAR

Saya
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………. ……………………………………………………………

No. Kad Pengenalan : …………………………………………………… dengan sesungguhnya
dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang – undang, kaedah –
kaedah, peraturan dan apa – apa arahan yang terpakai kepada pelajar –pelajar Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang kemudian disebut juga sebagai “institusi” yang di
buat dari semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain :

 Akan mematuhi subseksyen 10 (1) Akta institusi – institusi Pelajaran (Tatatertib)
1976 [Akta 174], untuk tidak munjadi ahli atau dengan mana-mana cara bersekutu
dengan mana – mana persekutuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana –
mana jua pernubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak
ianya ditubuhkan di bawah mana – mana undang – undang, sama ada ianya di
dalan institusi atau di luar institusi dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di
luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta
institusi – institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, atau kecuali sebagaimana yang
diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

 Akan mematuhi subseksyen 10 (3) Akta institusi – institusi Pelajaran (Tatatertib)
1976untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai
menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik
atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan
mana – mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

 Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib sebagaimana yang
dinyatakan dalam kaeda – kaedah institusi Pelajaran (tatatertib pelajar – pelajar)
1976 termasuk :-

d. Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan – larangan
am, yang antara lain termasuk :-

3. Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada
kepentingan, kesentosaan dan nama baik institusi, mana – mana
pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja institusi.

4. Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada
ketenteraman atau keselamatan awam, akhlak, kesopanan atau
tatatertib.

5. Tidak akan melangar mana – mana peruntukan mana – mana undang
– undang bertulis, sama ada di dalam atau di luar kampus.

e. Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali,
pakaian dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai
penggunaan teks kuliah.
BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 44

f. Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasi perhimpunan, penggunaan
pembesar suara, panji-panji dan plakad -plakad.

g. Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran
dokumen-dokumen.

h. Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan
penglibatan pelajar dalam apa – apa pekerjaan.

i. Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minuman keras memiliki
bahan lucah, memilikui dan menggunakan dadah dan racun.

j. Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan
larangan dank ad pelajar.

 Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama sebagaimana
yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah institusi Pelajar (Tatatertib pelajar - pelajar)
1976.

 Akan mematuhi peraturan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan
sebagaimana yang dinyatakan dalan kaedah – kaedah institusi Pelajaran
(Tatatertib pelar - pelajar) 1976.

Sesungguhnya saya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana – mana
peruntukan dalam undang – undang, kaedah – kaedah, peraturan – peraturan atau
arahan tersebut, maka tindakan boleh di ambil ke atas saya menurut peruntukan
undang – undang, kaedah – kaedahm, peraturan – peraturan atau arahan berkenaan,
termasuk disingkirkan daripada institusi.

…………………………… Tarikh:…………………………
Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar :…………………………………………………………………………
No. Pendaftaran :…………………………………………………………………………
Jurusan :…………………………………………………………………………

……………………………….

Tandatangan Saksi Pelajar Tarikh:…………………………

Nama Saksi :………………………………………………………………………….

Jawatan Saksi :………………………………………………………………………….

BUKU PANDUAN PERATURAN AM
Halaman 45


Click to View FlipBook Version
Previous Book
e-Mahabbah MBKPG 2020
Next Book
GARIS PANDUAN PDP