The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzmyie2710, 2023-10-23 22:59:34

Terima Kasih Ayah BM

Terima Kasih Ayah BM

Terima Kasih, Ayah


Terbitan 2022 ©Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 - 8, Blok E9, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA. dengan kerjasama: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kementerian Perpaduan Negara Early Childhood Care & Education Council Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, 6 - 8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya


2 Hari ini hari minggu, Amin ingin bermain permainan baharunya.


4 Encik Adam mengajak Amin untuk membersihkan halaman. “Amin, mari tolong ayah bersihkan kawasan di luar rumah,” kata ayahnya.


6 “Hmmm… Kalau Amin tolong ayah, boleh ayah belikan permainan baharu?” tanya Amin.


8 “Amin, kalau kita tolong orang, janganlah kita mengharapkan balasan pula,” nasihat ayahnya.


10 “Hmm…, Tapi ayah... cikgu selalu memberi hadiah jika Amin menolong cikgu,” kata Amin.


X


12 “Betul, cikgu suka memberi hadiah tetapi janganlah Amin meminta pula. Memberi itu lebih baik daripada meminta. Tuhan akan memberi balasan jika kita selalu berbuat baik,” nasihat ayahnya.


14 “Maafkan Amin ayah. Mulai hari ini, Amin berjanji akan menolong sesiapa sahaja. Amin tidak akan meminta hadiah lagi. Tuhan sayang orang yang berbuat baik. Amin akan ingat pesan ayah sampai bila-bila. Terima kasih ayah,” kata Amin.


Penulis Encik Adlan Hidayah Halim Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, KPM Dr. Siti Rohana Salleh Kolej Vokasional Kuala Kangsar Ilustrator Encik Ahmad Bustamam Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Grafik www.freepik.com Panduan Guru


Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, 6 - 8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E 62604 Putrajaya Tel:03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917


Click to View FlipBook Version