ISI KANDUNGAN
SIDANG REDAKSI M/S 3
PENGHARGAAN M/S 4
PENGENALAN M/S 5
JENIS-JENIS TULISAN KHAT M/S 6-10
KESIMPULAN M/S 11
RUJUKAN M/S 12
PENASIHAT
EN PISOL BIN NASIR
KETUA EDITOR
MUHAMMAD SAFFUAN BIN
SHAFARIDI
18DHF19F2072
Dalam melaksanakan tugasan kami ini, kami telah menerima pertolongan dan
panduan daripada beberapa orang yang amat kami hormati dan mereka
sangat berhak mendapat penghargaan kami. Kami merasa gembira dengan
selesainya tugasan ini. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada En Pisol bin Nasir kerana telah memberikan kami banyak
panduan serta nasihat yang baik untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga
ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak
yang telah membimbing kami secara langsung dan tidak langsung dalam
menulis tugasan ini.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang,
terutamanya ibu dan bapa kami, rakan sekelas dan ahli kumpulan kami
sendiri yang telah memberikan pelbagai cadangan serta kritikan yang telah
menjadi sumber inspirasi kepada kami untuk memperbaiki tugasan ini.
Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang
atas pertolongan mereka secara langsung dan tidak langsung untuk
menyelesaikan tugasan ini dan terakhir kami ingin mengucapkan tahniah
kepada diri sendiri kerana telah membuat kajian dan menyelesaikan tugas ini
dengan jayanya.
Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini
lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang lingkup
peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki tahap
perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan kedua Hijrah, khat
merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu penulisan. Melalui khat,
sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi unsur penting daripada
cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud garisan
indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang
terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka
yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan
kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi. Seni khat bukan sekadar wacana
penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan
kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan
sebagainya.
Kufi ialah skrip yang berunsur geometri iaitu bergaris dan bersudut, lazimnya dengan
garis tegak dan melintang serta memanjang.
Bentuknya yang berunsur geometri amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu
pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Selanjutnya Kufi berubah
menjadi seni yang berdiri sendiri sebagai alat ekspresi para seniman kaligrafi. Setiap
huruf dilukis seringkas yang mungkin untuk membentuk karakter asal dan dalam
masa yang sama mudah difahami dan dibaca meskipun oleh orang yang tidak terlibat
dengan bidang seni khat. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai
ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai tetapi masih menunjukkan sifat-sifat
huruf yang asli. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut
kedudukan yang sesuai dalam teks.
Contoh tulisan tangan khat kufi pelajar
MUHAMMAD SAFFUAN BIN SHAFARIDI 18DHF19F2072
Contoh khat riqáh
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta
khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di
kalangan kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas
yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah
ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam
masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat
Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah
dan akhbar. Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah
dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian,
seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta
dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.
Contoh tulisan tangan khat pelajar
MUHAMMAD SAFFUAN BIN SHAFARIDI
18DHF19F2072
- Khat thuluth dinamakan sebegini kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen
khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu mestilah mempunyai kelebaran sebanyak
1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa ingin menulisnya. Selain nama khat thuluth, ia
juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan). Seseorang penulis khat itu tidak akan
digelar sebagai penulis khat yang handal selagi dia tidak betul-betul menguasai
penulisan khat thuluth ini.
-Ciri-ciri khat ini ialah hurufnya lembut, mudah dibentuk dan mudah dibaca kerana
mempunyai baris.ia juga bersifat dekoratif dan mempunyai seniseni tersendiri. Khat ini
amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda dan
sebagainya kerana tulisannya sangat cantik dan unik.
Contoh tulisan tangan pelajar
MUHAMMAD SAFFUAN BIN SHAFARIDI
18DHF19F2072
Naskh juga dikenali sebagai Naskhi atau nama Turkinya Nesih) ialah gaya skrip khat
Islam. Berkemungkinan besar ia dicipta oleh ahli seni khat Parsi Ibn Muqlah Shirazi
Akar kata Arab ( )نسخbermaksud "menyalin". Ia merujuk sama ada kepada fakta yang
skrip gaya ini mengganti skrip Kufi, atau skrip ini membolehkan salinan teks dibuat
dengan lebih pantas. Dengan sedikit perubahan, ia merupakan gaya yang paling sering
digunakan untuk percetakan dalam bahasa Arab, Parsi, Pashto dan lain-lain.
Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang Menteri dari kerajaan Abbasiah -
Alibin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan
tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat
Nasakh.
Contoh tulisan tangan pelajar
MUHAMMAD SAFFUAN BIN SHAFARIDI
18DHF19F2072
Nasta'liq ialah satu gaya utama dalam tulisan skrip Abjad Parsi, dan secara
tradisionalnya ialah skrip utama dalam seni khat Parsi.[1] Ia dibangunkan di negeri
Parsi (kini Iran) dalam abad kelapan dan kesembilan. Ia juga dikenali sabagai Ta'liq
dan digunakan secara meluas bagi menulis puisi dan sebagai bentuk seni di Iran,
Pakistan dan Afghanistan.
Versi yang lebih ringkas lebih digemari bagi penulisan dalam bahasa Parsi, Kashmiri,
Punjabi dan Urdu; dan sering digandingkan dengan skrip Naskh dalam Pashto. Dalam
sejarah, Nasta'liq digunakan dalam penulisan Turki Uthmaniyyah was di mana ia
dikenali sebagai taalik (tidak seharusnya dikelirukan dengan gaya Parsi berlainan yang
juga disebut ta'liq. Untuk membezakannya, Turki Uthmaniyah memanggil ta'liq
sebagai ta'liq-i qadim ("ta'liq tua") ).
Contoh tulisan tangan pelajar
MUHAMMAD SAFFUAN BIN SHAFARIDI
18DHF19F2072
Sebagai kesimpulannya, seni khat merupakan salah satu lambang
kemajuan tamadun umatIslam dalam dunia ilmu dan seni kerana ia
merupakan keindahan tulisan yang tercetus dari kelembutan jari dan
kehalusan pemikiran serta cita rasa penulisnya. Di dalam kajian ini, kami
mendapati bahawa tulisan khat dapat terbahagi kepada enam jenis khat
iaitu khat thuluth, khat nasakh, khat kufi, khat riq’ah, khat diwani dan
khat muhaqqaq. Walaupun terdapat banyak tulisanseni khat di tengah-
tengah masyarakat Islam, namun yang paling terawal dikenal umum
ialahjenis khat nasakh dan khat kufi. Selain itu, kami mendapati bahawa
seni khat telah berkembang di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi di
mana khat Arab telah terpahat di lupuk hati masyarakat Melayu.
Kehebatan seni khat ini telah berkembang sehingga ke hari ini yang tidak
pernah pudar dan hampir seluruh dunia Islam kini kekal
menggunakannya untuk pelbagai tujuan.
1. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fkaligrafi--
islam.blogspot.com%2F2015%2F01%2Fjenis-jenis-kaligrafi-
islam.html&psig=AOvVaw3s5VxKv-
JGR94yvJaz0quo&ust=1623873882442000&source=images&cd=vfe
&ved=0CAIQjRxqFwoTCPjA_-K3mvECFQAAAAAdAAAAABAD
2. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fkaligrafi--
islam.blogspot.com%2F2015%2F02%2Fkaidah-khat-farisi-
nastaliq.html&psig=AOvVaw2IQzkAejuU3Sfi1KtdRoRz&ust=16238
73317912000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNj
Wwcy6mvECFQAAAAAdAAAAABAD
3. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fnilaisejati
.wordpress.com%2Fbismillah%2F&psig=AOvVaw2G_2aTNrPIvkP
9A8jVK0L4&ust=1623871949290000&source=images&cd=vfe&ved=
0CAIQjRxqFwoTCNjR-Na6mvECFQAAAAAdAAAAABAD
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_khat_Islam
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Naskh_(seni_khat)
6. https://www.facebook.com/681739281935291/posts/pengenalan-khat-
nasakhkhat-nasakh-merupakan-satu-kaedah-penulisan-khat-yang-
pali/692241687551717/