KERJA KURSUS SEJARAH
TINGKATAN 1
SENI BINA ISLAM
NAMA : VHARSHA A/P CHELLADURAI
KELAS : 1 ALPHA
GURU SUBJEK : CIKGU NORASHIMAH
TARIKH HANTAR : 10/12/2021
1.0 JADUAL KERJA
Bil. Perkara Tarikh
1. Mendengar taklimat pelaksanaan kerja 30/11/21
kursus Sejarah daripada guru subjek
iaitu Puan Norashimah bt Bujang
2. Menyiapkan jadual kerja, objektif 1/12/21
kajian dan kaedah kajian
3. Mencari bahan / sumber dari buku / 6/12/21
internet
4. Menyediakan proses awal kerja kursus 6/12/21
5. Menyiapkan laporan akhir 7/12/21
- Pengenalan / Latar belakang 8/12/21
bangunan 9/12/21
- Fungsi bangunan 9/12/21
6. Menyiapkan Laporan akhir
- Struktur / Bahan binaan bangunan
- Keistimewaan bangunan
7. Menyiapkan Laporan akhir
- Kepentingan memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah
- Rumusan
8. Menyiapkan rujukan
9. Penghantaran kerja kursus kepada 10/12/21
guru subjek
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN SAYA ADALAH SEPERTI
BERIKUT :
Mengenal pasti fungsi dan
keistimewaan bangunan seni bina
Islam
Menghuraikan kepentingan
memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah di negara kita
LAPORAN
3.0 PENGENALAN
SENI BINA ISLAM
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan
bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina
oleh manusia. Seni bina bangunan Islam boleh dilihat
pada masjid dan beberapa bangunan bercorak Islam
dengan mempunyai ciri-ciri tertentu.
Dari sudut sejarahnya, seni bina Islam bermula
dengan pembinaan Masjid Quba’ pada zaman Nabi
Muhammad SAW. Pada zaman baginda, masjid
berfungsi sebagai tempat beribadat dan menyampaikan
segala maklumat. Masjid tertua ini menjadi model
pembinaan masjid yang lain sehingga kini.
4.0 LATAR BELAKANG MASJID
MASJID PUTRA
Masjid Putra yang menjadi kebanggaan penduduk
Putrajaya adalah sebuah masjid yang unik dan sangat
cantik binaanya.
Masjid Putra menunjukkan bagaimana reka bentuk
masjid berkembang di Malaysia di mana seni bina Islam
menggabungkan seni reka tradisional dan
melibatkan penggunaan bahan-bahan asli dan
seni pertukangan tempatan.
Masjid yang menghadap ke Tasik Putrajaya ini
menjadi salah satu masjid yang paling moden di
dunia.
FUNGSI MASJID :
Masjid ini berfungsi bagi merancang dan
melaksanakan pengurusan Masjid Putra
dalam perkara-perkara seperti berikut :
URUSAN FARDHU ‘ AIN
URUSAN FARDHU KIFAYAH
5.0 STRUKTUR / BAHAN
BINAAN BANGUNAN
Pintu masuk utama Masjid Putra adalah seperti pintu
gerbang awam di Parsi Muslim dan reka bentuk ini
adalah hasil gabungan seni bina Parsi dan Arab-
Islam, dan Malaysia. Ia juga mengikut seni bina
Islam Parsi pada zaman Safavid dengan unsur-unsur
yang berasal dari budaya Muslim yang lain.
Selain itu, Masjid Putra juga mempunyai dinding bawah
tanah yang menyerupai masjid Raja Hassan di
Casablanca, Maghribi. Manakala, menaranya yang
setinggi 116 meter dipengaruhi oleh reka bentuk
Masjid Sheikh Omar di Bahgdad.
Di samping itu, Masjid ini memiliki warna merah jambu
gurun yang mengimbangi kayu cengal pada pintu,
tingkap dan panel. Warna ini terhasil daripada bahan
binaanya iaitu granit berwarna mawar.
12 tiang yang menopang kubah utama berdiameter 36
meter menyokong dewan solat yang sederhana dan
elegan. Selain itu, khat atau kaligrafi Islam
menghiasi mimbar dan mehrab, iaitu ceruk
yang menunjukkan arah Mekah.
Tambahan pula, Masjid Putra juga mempunyai
kompleks masjid yang digunakan untuk mengadakan
persidangan, seminar dan symposium serta dapat
memuatkan 10,000 jemaah. Di depan ruang solat
pula, dibina halaman berturap sahna untuk para jemaah
yang mampu memuatkan tambahan 5,000 orang.
Selain itu, pembesar suara lemparan depan
digunakan untuk membuat kesan semua bunyi yang
berasal dari arah imam. Ini adalah satu lagi keunikan
Masjid Putra yang terdapat pada sistem suara masjid.
6.0 KEISTIMEWAAN BANGUNAN
Masjid Putra ini melambangkan mercu
tanda yang paling istimewa di Putrajaya.
Dari arah Jambatan Putra, masjid ini
kelihatan terapung-apung di permukaan
tasik kerana kedudukannya yang unik di
pinggir Tasik Putrajaya. Sementara seni
bina tradisional dikekalkan bagi
mengharmonikan perubahan bentuk segi
empat terutama dewan solat kepada bentuk
bulat yang terdapat di kubah utama dengan
memperkenalkan segi lapan sebagai
bentuk perantaraannya.
7.0 KEPENTINGAN
MEMELIHARA DAN
MEMULIHARA BANGUNAN
BERSEJARAH
Dengan memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah, perkara ini dapat
menjadi bukti kepada generasi yang akan
datang bagi peristiwa-peristiwa yang
terjadi pada masa lalu.
Kegiatan ini dapat menjadi contoh dan
pengajaran kepada masyarakat khususnya
kepada remaja yang mempunyai semangat
patriotisme yang lemah. Walaupun,
sebahagian bangunan lama hanya
menunjukkan peristiwa hitam, akan tetapi
jika kita menghargai sejarah di sebalik
bangunan itu dan mengambil pengajaran
daripada peristiwa hitam yang telah
berlaku, kita akan lebih maju kehadapan
tanpa mengulangi kesilapan yang telah
dilakukan oleh masyarakat dahulu.
Perkara bersejarah dari hasil tinggalan ini
dapat menjadi sumber pelajaran kepada
masyarakat terutamanya kepada golongan
yang sedang belajar. Hal ini dapat
menambahkan ilmu dan pengetahuan
individu.
Perkara ini dapat menjadi sumber tarikan
kepada pelancong dan akan membuatkan
mereka ingin tahu dengan lebih dalam lagi
tentang hasil tinggalan tersebut.
8.0 RUMUSAN
Saya dapat memahami dan mengenali
tentang kepentingan memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah dengan
lebih mendalam. Hal ini juga memupuk
kesedaran saya tentang betapa pentingnya
untuk kita menjaga hasil tinggalan di
negara kita. Selain itu, dengan
menghasilkan kerja kursus ini saya dapat
mengenali tentang maksud seni bina Islam
di Malaysia.
9.0 KAEDAH KAJIAN
MELAYARI INTERNET
Saya telah melayari
https://www.ceriasihat.com/kenali-masjid-putrajaya-
yang-unik-masjid-putra/
Saya telah melayari
https://k10.upm.edu.my/artikel/kepentingan_memelih
ara_bangunan_bersejarah-60616
SUMBER RUJUKAN :
BUKU TEKS
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Mohd Bin Samsudin,
Dewan Bahasa dan Pustaka
LAMPIRAN 1