Perjuangan
Tok Janggut
Latar belakang
Latar Belakang Haji Mat Hassan bin Munas, juga dikenali sebagai
Tok Janggut. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung
Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Haji Mat Hassan mendapat pendidikan
pondok di Kelantan dan Meca. Beliau menyimpan janggut hingga ke
paras dada dan sebab itulah beliau dikenali sebagai Tok Janggut.
Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan.
Beliau menetap di Kampung Nering, bekerja sebagai petani dan
peniaga. Beliau merupakan salah seorang pejuang tanah air di
Kelantan yang terkorban semasa pendudukan British.
Faktor Penentangan
Terdapat beberapa faktor penentangan Tok Janggut semasa
pendudukan British di Tanah Melayu seperti yang berikut :
(i) Peraturan Tanah : Tok Janggut menentang peraturan cukai yang
diperkenalkan pada tahun 1915. Peraturan itu mewajibkan petani
membayar cukai tanah.
(ii) Pengenalan Cukai Yang Membebankan : Petani juga dikehendaki
membayar cukai pokok kelapa berbuah sebanyak tiga sen
sepokok, pokok pinang satu sen sepokok, sirih lima sen
sejunjung dan kerbau serta lembu 20 sen seekor. Peraturan baru
ini membebankan rakyat.
Faktor penentangan
(iii) Perasaan Anti-British : Sentimen anti-British meningkat apabila Britain
menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada
tahun 1914. Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia
supaya berjihad menentang penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan
menentang British di Pasir Puteh.
(iv) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan : Penduduk tempatan menghadapi
masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di
Bandar. Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi
gagal. Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda.
Sikap biadap pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan
penduduk tempatan terhadap British.
Kematian Tok Janggut
Serangan ke atas Tok Janggut
dilancarkan pada 25 Mei 1915 di
Kampung Merbuk dan Kampung
Pupuh. Di Kampung Pupuh lah Tok
Janggut terbunuh dan mayatnya
dibawa ke Kota Bharu. Setelah
digantung beberapa hari, di
Padang Bank (Padang Merdeka)
mayatnya dikebumikan di Pasir
Pekan.
Tok Janggut @ Haji Mat Hassan bin
Munas dilahirkan pada tahun 1853,
seorang pahlawan melayu yang
menentang campurtangan British
di Negeri Kelantan pada tahun
1909.
Pertempuran pada 24 Mei 1915,
Tok Janggut terbunuh dan jenazah
beliau dibawa dan dikebumikan
berhampiran Sungai Kelantan
yang kini dikenali sebagai
Kampung Tok Janggut, Pasir
Pekan.
TAMAT…