PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PERAHU KM 29, JALAN KODIANG, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMANTEL : 04-9291677 FAX : 04-9291676Ruj : SKPP-100-13/1/5()Tarikh : 11 MEI 2024Ibu Bapa / Penjaga / Waris Sekolah Kebangsaan Padang Perahu Tuan, NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK PADANG PERAHUKALI KE-49SESI 2023 / 2024 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat AgungPersatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-49 bagi tahun 2024 seperti ketetapan berikut: Tarikh / Hari : 21 MEI 2024 / SELASA Masa : 2:00 petang Tempat : Dewan Seri Maharaja , SK Padang Perahu 3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut : 3.1 Ucapan Aluan YDP PIBG, Encik Zainudin b. Talib 3.2 Ucapan Aluan Guru Besar , Puan Abudah binti Hashim 3.3 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali - 48 20233.4 Perkara berbangkit 3.5 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG 3.6 Laporan Aktiviti 2024 3.7 Perbincangan usul 3.8 Penetapan Sumbangan PIBG bagi sesi 2024/2025 3.9 Hal-hal lain 3.10 Pelantikan Jawatankuasa Baharu sesi 2024-2026 4. Sehubungan itu , tuan dijemput hadir. Usul boleh dikemukakan melalui pautanhttps://forms.gle/vKaTFgB5aA8LcEa27 selewatnya pada hari AHAD (19 MEI 2023). 5. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan dalam hal ini sangatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah ( ZAINUDIN BIN TALIB ) YANG DIPERTUA PIBG 2022 - 2024 S. K. PADANG PERAHU 06000 JITRA, KEDAH.