PENERANGAN RINGKAS KAEDAH MEMBINA MODEL 3D MENGGUNAKAN
PERISIAN SKETCHUP
DISEDIAKAN OLEH :
NOR EZAN BINTI YUSOF
GRAFIK SENIBINA 2
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
PENERANGAN RINGKAS KAEDAH MEMBINA MODEL 3D MENGGUNAKAN
PERISIAN SKETCHUP
Abstrak
Penulisan ini ialah perkongsian secara ringkas bagi penghasilan model 3d menggunakan
perisian sketchup sebuah pondok pengawal. Penerangan ini adalah bagi mereka yang telah
mengetahui secara asas kegunaan arahan di dalam perisian sketchup. Ia adalah penerangan
dan langkah-demi langkah bagi menghasilkan sebuah pondok pengawal. Langkah-langkah ini
diterangkan secara ringkas sehingga terhasilnya sebuah pondok pengawal lengkap dengan
kemasan dan cara mengimport model 3d daripada 3D warehouse. Dengan adanya penjelasan
yang ringkas ini diharapkan dapat membantu bagi membina sebuah bangunan yang ringkas
dan mudah.
MEMBINA PONDOK PENGAWAL MENGGUNAKAN PERISIAN SKETCHUP
Sketchup ialah sebuah aplikasi 3D yang banyak digunakan terutama di dalam bidang senibina
dan pembuatan model 3D. Dengan menggunakan perisian Sketchup, kita akan lebih mudah
memahami dan mengenali bangunan yang akan dibina dengan lebih jelas lagi. Setelah kita
memulakan perisian sketchup, langkah pertama akan dilakukan ialah melukis ukuran
keseluruhan apron atau kaki lima bangunan tersebut mengikut ukuran sebenar. Setelah siap,
dengan gunakan arahan pull/push untuk membina ketebalan apron atau kaki lima bangunan
terbabit.
Rajah 1 Membina apron atau kaki lima mengikut ukuran sebenar
Rajah 2 Menggunakan arah push/ pull untuk membina ketebalan apron
Setelah siap untuk ketebalan apron terbabit, gunakan arahan offset sebanyak ukuran dinding
dari apron pondok pengawal terbabit. Kemudian, offsetkan pula untuk ketebalan dinding
pondok pengawal terbabit. Seterusnya, bolehlah dibina ruang-ruang di dalam bangunan
terbabit mengikut ukuran ruang yang dikehendaki.
Rajah 3 membina dinding bangunan mengikut ukuran setiap ruang yang dikehendaki
Setelah selesai ukuran ketebalan dinding, naikkan ketinggian dinding mengikut ketinggian
bangunan terbabit sehingga paras bumbung.
Rajah 4 menaikkan ketinggian dinding bangunan
Proses seterusnya ialah menebuk dinding di kawasan pintu tingkap yang diperlukan mengikut
ukuran yang sepatutnya. Lakukan ukuran pada dinding dalam bangunan tersebut. Dengan
menggunakan tape, bolehlah dibina garisan panduan untuk kawasan pintu dan tingkap yang
akan ditebuk.
Rajah 5 membuat garisan panduan kawasan pintu
Setelah siap garisan panduan dilukis, bolehlah dibina segiempat tepat mengikut ukuran saiz
pintu yang telah diukur menggunakan garisan panduan tadi.
Rajah 6 membina garisan pada kawasan pintu untuk ditebuk
Kemudian, dengan menggunakan arahan push, klik kawasan pintu dan tolak sehingga
kesemua kawasan dinding tersebut terbuka (mengikut ketebalan dinding).
Rajah 7 menebuk kawasan bukaan untuk pintu
Ulang semula langkah ini bagi setiap kawasan pintu dan tingkap yang akan dibina nanti.
Rajah 8 kesemua kawasan pintu dan tingkap telah ditebuk
Untuk langkah seterusnya, menggunakan 3D warehouse, kita boleh mengimport pintu
tingkap yang telah sedia ada. Untuk mengimport model 3D yang sedia ada, perlulah
menggunakan talian internet untuk memuatturunnya.
Rajah 9 ikon 3D warehouse pada sketchup
Klik arahan 3D warehouse, gunakan enjin carian pintu atau tingkap untuk mencari model 3D
yang dikehendaki.
Rajah 10 contoh model yang telah siap dibina pada 3D warehouse
Kemudian klik anak panah download pada model 3D yang dipilih. Arahan untuk
penghantaran model 3D akan dikeluarkan untuk muat turun pada fail sedia ada. Klik ok untuk
muat turun model 3D terbabit.
Rajah 11 arahan yang dipaparkan selepas muat turun
Setelah bersetuju untuk muat turun dokumen terbabit, aakan dipaparkan model 3D terbabit
pada fail sketchup yang sedang dibina. Bolehkan meletakkan pintu dan tingkap yang telah
dimuat turun mengikut tempat yang dikehendaki.
Rajah 12 pintu telah dimuat turun
Sekiranya model 3D yang dimuat turun adalah terlebar, terkecil atau terpendek, gunakan
skala untuk mengecilkan atau membesarkan model 3D terbabit. Setelah siap bolehlah
meletakkannya di kawasan yang sepatutnya.
Rajah 13 menggunakan arahan skala untuk mengecil atau membesarkan objek
Ulang langkah berikut bagi kesemua pintu dan tingkap yang diperlukan.
Rajah 14 pintu dan tingkap telah siap dimuatturun dan diletakkan di kawasan yang sepatutnya
Bagi membina bumbung limas pula, salin tapak bangunan tersebut di kawasan lain. Pada
hujung apron, bina segitiga tegak menggunakan sudut bumbung bagi separuh bukaan pada
salah satu kawasan lebar bukaan bangunan tersebut seperti gambar disertakan.
Rajah 15 langkah-langkah membina bumbung
Rajah 16 hanya tinggalkan segitiga tegak pada tapak bumbung
Setelah siap setigiga tersebut, klik pada tapak bangunan, klik arahan follow me dan klik
segitiga yang baru dibina. Hasil akan menjadi seperti rajah berikut.
Rajah 17 bentuk bumbung yang terhasil selepas menggunakan arahan follow me
Bagi kawasan bumbung yang tidak tertutup, bolehlah dibina sambungan bumbung sehingga
tertutup, manakala bagi permukaan atau garisan yang tidak diperlukan, bolehlah dibuang
permukaan atau garisan berkenaan.
Rajah 18 bumbung tertutup sepenuhnya
Di bahagian bawah bumbung, tutupkan keseluruhan bawah bumbung sehingga tertutup
sepenuhnya.
Rajah 19 tutup keseluruhan kawasan di bawah bumbung
Klik permukaan bawah bumbung, dengan menggunakan arahan offset, offset ke dalam
sebanyak 100. Kemudian offset permukaan yang baru siap ke dalam permukaan lagi
sebanyak 25 mm.
Rajah 20 langkah pembinaan papan tumpu kasau
Kemudian, klik kawasan yeng telah dioffset sebanyak 25 mm, push ke bawah sebanyak 250
mm untuk membina papan tumpu kasau.
Rajah 21 membina saiz lebar papan tumpu kasau
Setelah siap, bolehlah mengubah material bahan-bahan yang digunakan untuk kemasan
kesemua bahagian dalam bangunan yang dibina. Cara mengubah material ditunjukkan seperti
di bawah. Material boleh diubah mengikut jenis kemasan, warna dan kecilkan atau besarkan
skala untuk kelihatan lebih kemas dan menarik.
Pada bahagian material, bolehlah klik kemasan yang diperlukan. Di sini disertakan contoh
untuk mengubah material bumbung. Klik pada jenis material untuk kemasan bumbung.
Kemudian pilih jenis kemasan yang yang dikehendaki. Kemudian klik pada kawasan yang
diperlu diletakkan material berkenaan.
Rajah 22 memasukkan material bumbung pada bumbung
Setiap permukaan perlu dipilih untuk mengubah material yang dikehendaki. Bagi
mengecilkan atau membesarkan corak material, klik 2 kali pada permukaan yang perlu
diubah, pada toolbar material, klik edit, dan ubah saiz tekstur imej material berkenaan.
Manakala bagi mengubah warna, pergi pada roda warna, dan pilih warna serta tahap cerah
atau gelap material berkenaan.
Rajah 23 butang menukar warna dan saiz tekstur material
Setelah siap, sebelum memindahkan bumbung ke atas dinding yang telah dibina, kesemua
bahagian bumbung perlulah menjadi 1 kumpulan. Klik kesemua permukaan bumbung, klik
kanan tetikus dan pilih kumpulan.
Rajah 24 kaedah membentuk kumpulan
Kemudian, bolehlah dipindahkan bumbung tadi di atas dinding bangunan terbabit. Ketepatan
memindahkan bumbung ke atas dinding perlu dilakukan. Inilah hasil model 3D menggunakan
perisian sketchup.
Rajah 25 model 3D yang telah siap
Diharapkan dengan adanya penerangan yang ringkas ini dapat memberikan sedikit
kefahaman tentang asas pembinaan sebuah bangunan asas menggunakan perisian sketchup.