The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kit_Intervensi_Minda_Sihat_Sekolah_Menengah_dan_Sekolah_Rendah_Daerah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsmpkp2014, 2022-03-06 10:01:39

Kit_Intervensi_Minda_Sihat_Sekolah_Menengah_dan_Sekolah_Rendah_Daerah

Kit_Intervensi_Minda_Sihat_Sekolah_Menengah_dan_Sekolah_Rendah_Daerah

Pengenalan

Bertenang adalah kemahiran yang mencabar tetapi
penting yang perlu dipelajari dalam menghadapi konflik
yang berlaku. Jika berhadapan terlalu banyak konflik
dalaman ia boleh menghalang seseorang untuk
berkomunikasi secara efektif.

Teknik Untuk Bertenang

Bertenang Tarik Nafas Fokus

Sentiasa ingatkan Tarik nafas dalam- Fokus kepada
pada diri sendiri
bahawa tidak dalam dan perkara atau
boleh menyakiti
perasaan orang lepaskan secara aktiviti yang
lain.
perlahan-lahan. disukai.

Kebaikan Bertenang

1. Merendahkan tekanan darah dan kadar denyutan
jantung.

2. Meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon
dioksida dalam sel tubuh untuk mengurangkan
ketegangan.

3. Menguruskan pelbagai masalah kesihatan seperti
keresahan, kebimbangan, sakit kepala, sakit fizikal
dan sebagainya.

44

Teknik Bernafas Dengan Dalam

Objektif

1. Sebagai panduan GBK untuk membantu murid atau guru yang
mengalami gangguan emosi.

2. Membantu individu untuk lebih tenang terhadap konflik yang dihadapi.
3. Membantu mengalihkan fokus individu terhadap perkara yang

digemari.

Sasaran

Murid atau guru yang mengalami emosi tidak stabil, yang mudah stres dan
mengalami konflik.

Pelaksanaan

1. Duduk dengan tenang, letakkan tangan kanan di dada dan tangan kiri
di perut.

2. Tarik nafas secara perlahan-lahan dengan kiraan 1,2,3,4 sehingga
perut terasa naik.

3. Tahan nafas seketika dalam kiraan 1,2,3,4,5.
4. Hembus nafas secara perlahan-lahan dalam kiraan 1,2,3,4,5,6,7.

Sehingga perut kempis.
5. Ulang beberapa kali sehingga keadaan menjadi tenang.

Ulang beberapa kali sehingga tenang

45

Intervensi Khusus

Teknik Menangani Stres

Berkata “Relakslah”

Relaks, tarik nafas dan berkata:

“Tak mengapa”
“Tak apalah”
“Ok lah tu”
“Bawa bersabar”

Tidak mengapa...
➢ untuk melakukan kesilapan.
➢ untuk mempunyai hari yang buruk.
➢ untuk menjadi kurang sempurna.
➢ untuk melakukan terbaik pada diri anda.
➢ untuk menjadi diri sendiri.

Kelebihan yang diperolehi:

✓ Dengan kata-kata ini dapat menenteramkan perasaan dan
mengurangkan stres.

✓ Masalah fizikal dapat dikurangkan seperti sakit kepala dan
ketegangan otot.

✓ Masalah dapat diatasi dengan lebih bijak jika berfikiran
rasional.

47

Teknik Beribadah

Objektif

1. Sebagai panduan GBK untuk membantu murid atau guru yang
mengalami gangguan emosi.

2. Membantu individu untuk lebih mengenali diri.
3. Membantu meningkatkan “Self-Esteem”.

Sasaran

Murid atau guru yang berhadapan dengan konflik emosi dalam diri.

Penerangan

MEDITASI ZIKIR
Menumpukan perhatian untuk
bertindak balas dengan cara Zikir (‫ )ذکر‬berasal daripada bahasa Arab
yang lebih tenang terhadap emosi yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam
dan fikiran. Islam, zikir lebih merujuk kepada mengingati
Allah atau menyebut nama-nama Allah.
1. Duduk dalam posisi yang
selesa. Semua zikir-zikir ini sesuai dibaca pada
bila-bila masa dan ketika waktu yang
2. Rasai dan tenangkan tubuh sesuai, sewaktu duduk, berjalan, berdiri dan
anda. Berikan perhatian pada berbaring. Antaranya:
berat tubuh dan rasainya.
Subhanallahi wa bihamdihi
3. Fokuskan pada pernafasan. Maha Suci Allah. Segala Puji untuk Allah,
Jangan ubah pernafasan, Tiada Tuhan yang sebenar kecuali Allah dan
hanya fokuskan pada Allah Maha Besar.
pernafasan semula jadi,
menarik dan menghembus Lahaula wala quwwata illabillah
nafas. Tiada daya dan upaya kecuali dengan izin
Allah.
4. Apabila fikran anda
menerawang, abaikannya. Astaghfirullah ha innallah kanataw waba
Fokuskan kembali kepada Aku mohon ampun daripada Allah
pernafasan anda. sesungguhnya dia Maha Penerima Taubat.

5. Lakukannya kira-kira 5 minit.

48

Intervensi Khusus

Teknik Menangani Stres

Pengenalan

• Perasaan adalah sesuatu yang tidak
patut dipendam oleh seseorang
sebaliknya perlu dikongsi atau
diluahkan dengan cara yang positif.

• Memendam perasaan seorang diri
lama-kelamaan akan menyebabkan
seseorang mengalami tekanan akibat
masalah yang tidak dapat dilepaskan.

Objektif

1. Melalui teknik perkongsian perasaan ini,
individu akan dapat mengurangkan
perasaan kecelaruan dan tekanan
dalam minda mereka.

50

Berkongsi Perasaan

Berkongsi perasaan akan Luahkan perasaan anda
membuatkan anda berasa dan cuba dengar

lega dan dapat pendapat orang lain
melepaskan tekanan yang tentang perasaan anda

dihadapi. itu.

Luahkan dan Berkongsi perasaan juga Berkongsi perasaan turut
kongsikan perasaan turut membuatkan anda memberi manfaat untuk
anda dengan ahli merasai bahawa masih ada mengeratkan perhubungan
keluarga, teman rapat orang yang sayang dan terutamanya dengan ahli
yang dipercayai atau mengambil berat perihal diri
guru kaunseling anda. keluarga.
anda.

51

Intervensi Khusus

Teknik Menangani Stres

Pengenalan

• Berehat merupakan salah satu daripada Teknik Mengawal Stres
yang boleh diamalkan oleh individu untuk menenangkan diri
apabila dilanda emosi yang tidak stabil.

• Teknik merehatkan diri adalah teknik yang sangat mudah untuk
dilaksanakan kerana tidak memerlukan sebarang media dan
tenaga. Hanya memerlukan tempat yang selesa dan sesuai
sahaja.

• Mendengar muzik juga salah satu teknik yang sangat menarik
untuk diaplikasikan namun perlulah mengambil kira jenis muzik
yang didengari kerana terdapat muzik yang akan membuatkan
anda lebih tertekan apabila mendengarnya.

Objektif

Berehat dan mendengar muzik membantu individu untuk berasa lebih
tenang apabila dilakukan dengan teknik yang betul dan sempurna.

Rehatkan diri Alunan muzik Tubuh badan Tubuh badan akan
sambil yang lembut dan akan menjadi menjadi lebih
lebih relaks tenang dan
mendengar tenang dapat mengembalikan
alunan muzik mengurangkan dan semula tenaga
instrumental denyutan jantung pernafasan dalaman yang
(lembut dan akan kembali positif.
yang laju.
tenang). normal.

53

Kesan Terapi Muzik

1 a) Ketika mendengar lagu, dopamine iaitu sejenis

Meningkatkan neurotransmitter yang membantu meningkatkan rasa tenang
mood dan dan kekal bersemangat akan dihasilkan.
emosi
b) Pada saat fikiran seseorang individu berada dalam keadaan

yang tidak stabil dan bercelaru, jika diperdengarkan dengan
muzik yang tenang dan sentimental, secara tidak langsung
membantu mengembalikan ketenangan dan kesegaran fikiran.

2 a) Terapi Muzik dapat membantu meningkatkan motivasi dalam

Meningkatkan diri individu. Apabila adanya motivasi, secara tidak langsung
motivasi akan menaikkan semangat seseorang untuk berusaha
meningkatkan kebolehan dan keupayaan diri masing-masing.

b) Jika dilihat secara umum, banyak program-program motivasi

menggunakan lagu-lagu yang berunsurkan semangat bagi
melahirkan perasaan dalam diri peserta untuk lebih
berkeyakinan .

3 a) Hasil penulisan daripada Seminar Perawatan Universitas

Mengurangkan Muhammdiyah Sukarta, Indonesia menyatakan terapi Muzik
perasaan dapat menstimulasi sistem saraf pusat yang memproduksikan
endorfin untuk membantu menurunkan tekanan darah,
4 degupan jantung dan memperlahankan rima pernafasan
seseorang dan sekaligus dapat mewujudkan suasana yang
Membantu tenang sehingga dapat meminimumkan perasaan takut dan
untuk fokus cemas dalam diri seseorang.

a) Muzik dapat membantu seseorang untuk membaiki dan

mengekalkan daya fokus.

b) Menurut penulisan kajian yang dilakukan oleh Feby Ika

Saputry dari Universitas Islam Negeri Alauddin Makasar,
Indonesia menyatakan bahawa aktiviti kemuncak otak untuk
fokus terjadi ketika waktu senyap yang singkat antara lagu.
Hal ini dilihat sebagai cara untuk minda bermeditasi pada
waktu tersebut.

*Tip: Elakkan diri daripada mendengar muzik yang kuat dan ‘heavy’ walaupun anda
menggemarinya kerana ia akan meningkatkan lagi degupan jantung anda.

54

Terapi Mindfulness

• Terapi Mindfulness adalah jenis psikoterapi yang melibatkan

kombinasi antara terapi kognitif, meditasi dan penanaman sikap
yang berorientasikan pada masa kini.

• Terdapat pelbagai jenis terapi dibawah Terapi Mindfulness ini.

Namun, dua jenis terapi ni sangat sesuai digunakan iaitu
Mindfulness-Based Stress Reduction (MBSR) dan Mindfulness-Based
Cognitif Therapy (MBCT).

• MBCT merupakan pengembangan dari MBSR. Ia berasal

daripada terapi kognitif dengan teknik meditasi mindfulness, yoga
dan kegiatan yang berorientasikan kegiatan diri.

Objektif

Melatih individu dengan pemikiran berkaitan suasana hati. Melalui
terapi ini, individu akan diajar untuk mengubah sikap berdasarkan
bagaimana cara mereka berfikir.

Teknik Terapi Mindfulness

Mindfulness
meditation
❑ Duduk dalam keadaan
selesa dan tumpukan
kepada fikiran dan
perasaan.
❑ Cuba kosongkan fikiran
dan pusatkan fikiran untuk
berada dalam keadaan
yang paling tenang.

55

Intervensi Khusus

Teknik Menangani Stres

BERSENAM

Pengenalan

Melakukan senaman ringan / mudah secara
konsisten dan teratur dapat membantu
murid mengawal tekanan dan gejala
kemurungan ringan, meningkatkan
keyakinan diri serta meningkatkan kualiti
hidup secara fizikal dan mental.

Objektif

1. Murid dapat mengawal tekanan emosi
secara lebih sihat.

Sasaran

Murid berkeperluan intervensi khusus
(Stres, Kebimbangan dan Kemurungan)

57

Kaedah:

Menggalakkan murid melakukan aktiviti senaman sekurang-
kurangnya 3 hari setiap minggu. Setiap murid perlu memilih
senaman yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan atau
keadaan fizikal murid bagi mengelakkan sebarang kesan
sampingan.

LOMPAT BINTANG MOUNTAIN
(20 KALI) CLIMBERS
(10 KALI)

SENAMAN MUDAH

Ulang senaman ini selama 10-30 minit.
Rehat selama 10 saat bagi setiap pertukaran pergerakan.
Lakukan ulang kitaran senaman mudah ini sebanyak 3 set.

LARI SETEMPAT LOMPAT TALI
(30 SAAT) (15 KALI)

MULA

TAMAT BURPEES (5 KALI)

Selain kaedah senaman ringan ini, antara aktiviti bersukan lain yang boleh
dilakukan murid adalah :
➢ Mengayuh basikal
➢ Jogging @ brisk walking (berjalan pantas)
➢ Aerobik/ zumba/ menari
➢ Berenang
➢ Bermain badminton / tenis
➢ Senam yoga / tai chi

58

BERFIKIRAN POSITIF
(Kaedah Positive Self-talk)

Pengenalan

Berdialog dengan diri sendiri menggunakan ayat
positif. Percakapan yang positif pada diri sendiri
dapat mempengaruhi cara pemikiran dan emosi
agar diri berupaya melihat sesuatu perkara yang
berlaku dari sudut pandangan yang membawa
kebaikan dan membina. Seseorang yang berfikiran
positif akan melihat masalah yang dihadapinya
sebagai satu cabaran untuk menjadi lebih baik.

Objektif

Murid dapat menguruskan emosi, meningkatkan
keyakinan diri, merasionalkan pemikiran dan
menghalang emosi negatif.

Sasaran

Murid berkeperluan intervensi khusus
(Stres, Kebimbangan dan Kemurungan)

59

Kaedah Menerapkan Positive Self-talk Kepada Murid

Kenal pasti Kenal pasti mood Galakkan untuk Dekatkan murid Berikan peneguhan
kategori negative- atau perasaan senyum atau dengan kelompok pada diri murid
talk dalam diri negatif murid pada ketawa individu yang
murid. ketika itu. berfikiran positif • Pujian
Senyum atau
Personalizing • Sedih ketawa adalah Libatkan murid • Berikan hadiah
(menyalahkan diri) dorongan untuk dengan pelbagai
• Marah bercakap pada diri program • Berikan
Magnifying sendiri yang positif. pendidikan. sokongan dan
• Sunyi galakan untuk
(fokus kepada Ciptakan suasana Memuji murid di berfikir secara
perkara negatif, • Tertekan yang mempunyai hadapan ibu positif
abaikan semua unsur humor atau bapa/rakan
yang positif) • Geram lucu semasa sesi sebaya/ kelompok • Berikan kata-
kaunseling. kecil. kata perangsang
Catastrophizing • Kecewa
(berfikir berlebihan Galakkan murid “Teruskan berusaha”
dengan buruk dan Minta murid berfikir melakukan aktiviti
jarang berfikir dan nilaikan semula sihat seperti “Kamu sangat
secara logik atau perasaan negatif membaca komik, hebat”
rasional) yang dialami. menonton video
Adakah berbaloi haiwan lucu atau “Saya percaya kamu
Polarizing klien berada dalam rancangan lawak. mampu lakukan”
mood itu?
(sering melihat “Bagus tindakan
sesuatu perkara kamu”
dalam skop yang
sempit dan tiada
jalan penyelesaian)

Jika saya berfikiran POSITIF,
Saya rasa POSITIF,

Kehidupan kita jadi POSITIF,
Tindakan saya juga POSITIF!

60

Aplikasi Positive Self-talk Kepada Murid

Bercakap di 1 hari 1 Menggunakan
hadapan cermin senyuman. sticky note dan
Galakkan murid menulis kata-
dengan kata- untuk sentiasa
kata positif senyum setiap kata positif
pada diri hari. Nyatakan pada diri.
kelebihan Tampal di
sendiri. senyum dalam dinding/
kehidupan. cermin/ buku
nota/ diari.

Membantu Dapatkan
orang lain. sokongan/
Melakukan bantuan. Galakan
kebaikan murid bercakap
meningkatkan dan meluahkan
kesejahteraan perasaan pada
emosi murid. orang yang
dipercayai/
kaunselor.

61

Intervensi Khusus

Pengenalan

Kemahiran daya tindak (KDT) ialah alternatif awal yang tidak
akan memberi kesan buruk kepada kehidupan murid kerana
mereka akan melakukan aktiviti yang seronok dan dapat
mengalihkan tumpuan sementara menunggu emosi negatif yang
mengganggu itu reda.

Objektif

Murid mengetahui dan boleh bertindak balas untuk mengurus
perasaan, pemikiran dan tindakan terhadap situasi yang
mencabar atau gangguan emosi.

Sasaran

Murid berkeperluan intervensi khusus
(Kebimbangan, Serangan Panik, Kemurungan)

Kemahiran Daya Tindak (Coping Skill)

Menenangkan Diri Alihkan Perhatian Tindakan Yang
Self-soothing Distraction Bertentangan
Opposite Action
Menyesuaikan diri Mengalihkan perhatian
melalui 5 deria yang sementara kepada sesuatu Melakukan perkara yang
mendorong emosi positif dan
dimiliki. perkara lain. bertentangan dengan situasi

masalah yang dihadapi.

Kesedaran Emosi Kesedaran Pelan Krisis
Emotional Awareness Mindfulness Crisis Plan

Menggunakan alat untuk Menggunakan alat untuk Menghubungi talian sokongan
mengenal pasti dan mengalihkan perasaan dan atau mendapatkan rujukan dari
emosi yang berpusatkan masa
menjelaskan perasaan ahli pakar yang lain apabila
yang dialami. kini atau sekarang. semua kemahiran daya tindak
yang digunakan tidak berkesan.

63

Kemahiran Daya Tindak
(Coping Skill)

Self-soothing (Teknik Relaksasi 5 Deria)

Murid mengenal pasti atau menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh menenangkan
diri melalui 5 deria.

•Makanan •Menghidu bau •Mendengar muzik •Melihat •Membelai haiwan
kegemaran bunga/rumput/ •Mendengar pemandangan alam peliharaan
•Minum teh hujan bacaan ayat al- sekitar/gambar •Menggenggam
•Makan coklat •Menghidu bau quran (muslim) kenangan yang “stress ball”
•Gula-gula aromaterapi •Mendengar menggembirakan •Berurut
• Balm/ wangian bunyian alam •Menonton tv •Memeluk bantal
Sesuatu yang
boleh dirasa Sesuatu yang Sesuatu yang Sesuatu yang Sesuatu yang
boleh dihidu boleh didengar boleh dilihat boleh disentuh

Alihkan Perhatian (Distraction)

Menggalakkan murid melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan diminati mengikut
kesesuaian keadaan.

Bermain Memasak Melukis Menjahit Menonton Mendengar
puzzle/ sudoku pakaian
filem / drama muzik

Opposite Action “O2e”

Mendorong murid melakukan aktiviti yang bertentangan dengan tekanan negatif
yang dialami.

64

Kemahiran Daya Tindak
(Coping Skill)

Kesedaran Emosi (Emotional Awareness)
GBK boleh meminta murid melakukan aktiviti ini dan membimbing murid mengenal
pasti emosi yang kerap dialami murid.

Kesedaran (Mindfulness)

Kaedah grounding, iaitu menghayati atau menghubungkan diri dengan bumi dan
alam semula jadi ciptaan Tuhan.

Meditasi Kawalan Merendam
pernafasan kaki dalam
“Paper bag”
air

Yoga Berjalan di Mandi
atas rumput

Pelan Krisis (Crisis Plan)

Keadah ini digunakan jika semua kaedah KDT tidak berkesan. Kenal pasti siapa yang

sering memberi sokongan dan dorongan kepada murid ketika berhadapan dan

mengalami masalah. Rujuk kepada profesional yang lain sekiranya keadaan

memerlukan. Kawan Ibu

yang bapa/

paling nenek/ibu

rapat saudara

Guru/ Pakar
kaunselor psikiatri
sekolah

65

Intervensi Khusus

Pengenalan

Perasaan marah merupakan sifat yang terdapat
dalam jiwa setiap yang bergelar manusia. Ia
merupakan emosi semula jadi yang kebiasaannya
bermula daripada sedikit keresahan dan boleh
menjadi ganas dan tidak terkawal.

Objektif

1. Mengawal kemarahan yang dialami.
2. Menghalang daripada melakukan perkara yang

tidak diingini.

Tanda-tanda Marah

FIZIKAL EMOSI TINGKAH LAKU

➢ Mengetap gigi ➢ Sedih ➢ Menangis
➢ Pening kepala ➢ Rasa bersalah ➢ Menjerit
➢ Tangan ➢ Geram ➢ Mengasingkan
➢ Gelisah
berpeluh diri
➢ Muka merah ➢ Mengeluarkan

kata-kata kesat

67

Kesan Tidak Mengawal Marah

1. Kemarahan boleh mengakibatkan
kebinasaan dan kerosakan.

2. Memukul dengan anggota badan.
3. Maki hamun dan sumpah seranah.
4. Berdendam dan dengki.
5. Menjejaskan perhubungan.
6. Menjejaskan kemampuan mental untuk

memproses maklumat dengan cepat.
7. Seseorang akan bertindak secara agresif

dengan melepaskan kemarahannya.

68

Tip 1: TIPS 4U

69

Tip 2 : 5 Cara Padam Marah Anda

70

Intervensi Khusus

Pengenalan

• Cara penumpuan minda atau cara kita berfikir
dengan baik dapat menghilangkan sikap atau
emosi yang negatif atau merosakkan diri kita.

• Menghadapi rintangan atau dugaan hidup
dengan cara memikirkan perkara yang baik
atau positif.

Objektif

1. Memahami konsep berfikiran positif
2. Mengetahui panduan dan kesan berfikiran positif

dalam kehidupan.

Sasaran

Murid-murid yang berisiko dalam saringan minda sihat.

72

Tentukan matlamat yang
mampu dicapai.
Berkawan dengan orang
yang berfikiran positif.
Kerap mengamalkan
senaman relaksasi.
Amalkan jenaka dalam
kehidupan harian.

Sentiasa bersyukur.

73

Bersabar Cakap yang
baik-baik

Memaafkan Sentiasa
diri dan Bersyukur

orang lain

74

Berupaya menangani Disenangi dan
stres dihormati

Berasa lebih Mudah
bahagia mendapat

Dapat menjalinkan kawan
hubungan sosial
Cenderung melihat
yang baik kebaikan orang lain

75

Intervensi Khusus

Pengenalan

Penyelesaian masalah adalah satu proses yang
menyebabkan perubahan yang dilakukan ke atas
sesuatu keadaan akan terhasil seperti yang
sepatutnya atau sebagaimana dikehendaki.

Objektif

Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Menyatakan apa itu penyelesaian masalah.
2. Menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah

yang baik.
3. Mengetahui langkah-langkah untuk menyelesaikan

masalah.

Sasaran

Murid-murid yang menghadapi masalah.

77

Kebaikan Kemahiran Penyelesaian
Masalah Yang Baik

1. Murid-murid dapat meningkatkan fokus terhadap
masalah sebenar. Mereka dapat mengenal pasti dan
memberi keutamaan terhadap masalah sebenar.

2. Murid-murid dapat mengurangkan tekanan (stres).
3. Murid-murid juga berkebolehan menyelesaikan

masalah dengan lebih baik.
4. Murid-murid dapat mengurangkan pembaziran sumber

seperti masa, tenaga manusia dan kewangan.

Langkah-langkah Penyelesaian
Masalah Menggunakan Kaedah IDEAL

I D E A L

Identify Describe Evaluate Act Learn
options consequences

of each
options

78

IDEAL Murid-murid mengenal pasti masalah dan
bertanya kepada diri sendiri atau orang lain.
I

Identify

D Murid-murid harus menghuraikan pilihan-
pilihan yang dapat menyelesaikan masalah.
Describe
options

E Murid-murid perlu membuat penilaian akibat
daripada setiap pilihan tersebut (timbang
Evaluate keburukan dan kebaikannya).
consequences

of each
options

A Murid-murid harus bertindak berdasarkan

Act pilihan yang terbaik.

Murid-murid harus belajar daripada

L tindakan yang diambil sama ada hasil

Learn tindakan tersebut berjaya menyelesaikan
masalah atau sebaliknya.

79

Tip membuat keputusan yang baik

1. Murid-murid perlu menulis kebaikan dan
keburukan bagi setiap pilihan. Ini dapat
membantu untuk menjelaskan lagi pemikiran
murid.

2. Murid-murid juga perlu membuat keputusan
dengan membuat pilihan yang terbaik.

3. Murid-murid harus percaya kepada diri sendiri
dalam membuat keputusan dan perlu faham
bahawa keputusan yang telah diambil bukan
100% tepat.

4. Apabila keputusan telah dibuat, murid-murid
jangan rasa ragu dan menyesal terhadap
keputusan yang telah dibuat. Itu adalah
keputusan yang paling tepat pada masa itu dan
berikan tumpuan pada yang terbaik untuk masa
kini.

5. Murid-murid harus mengelakkan daripada
membuat keputusan secara tergesa-gesa.
Murid-murid perlu menangguhkan dahulu
membuat keputusan jika tidak mempunyai
maklumat lengkap tentang sesuatu perkara itu.

80

Intervensi Khusus

Pengenalan Komunikasi

• Perhubungan secara langsung atau dengan
perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain
(Kamus Dewan, 2007).

• Menurut Abdullah dan Ainon (2003), komunikasi
berkesan mempunyai lima ciri khusus iaitu kefahaman
terhadap maklumat, keseronokan semasa
menyampaikan maklumat, pengaruh ke atas sikap,
nilai dan kepercayaan disebabkan oleh maklumat
yang ingin disampaikan, perhubungan yang
bertambah baik dan adanya tindakan yang
menyusuli.

• Dirumuskan bahawa komunikasi berkesan adalah
proses dua hala melalui penghantaran mesej yang
betul, diterima dan difahami oleh orang lain. Bagi
menjadikan komunikasi itu berkesan adalah penting
untuk memahami bagaimana manusia berinteraksi
dan menginterpretasikan sesuatu mesej.

Objektif

1. Mengenal pasti halangan-halangan yang terdapat
dalam komunikasi.

2. Memilih kaedah komunikasi yang berkesan.

82

Aktiviti 1 : Kemahiran Komunikasi
Lisan dan Tanpa Lisan Secara Norma Baharu

Tiru Macam Saya

OBJEKTIF • Klien dapat membezakan kaedah komunikasi
secara lisan dan bukan lisan.

• Klien dapat mengenal pasti halangan-halangan
yang terdapat dalam komunikasi.

• Klien dapat memilih kaedah komunikasi yang
berkesan.

MASA 45 MINIT

SASARAN Murid-murid yang lemah dalam kemahiran
komunikasi.

BAHAN- Kad lakonan komunikasi (Rujuk Lampiran)
BAHAN
• Maklumat yang disampaikan secara tidak efektif
FALSAFAH akan mengakibatkan keadaan yang
mengelirukan dan salah faham.

• Maklumat yang salah akan menyebabkan
berlakunya konflik antara penyampai dan
penerima maklumat.

• Maklumat yang diterima hendaklah dikenalpasti
kesahihannya.

83

Pelaksanaan

GBK memilih tiga Klien B dan C diminta Klien A akan Klien B dipanggil
orang ahli dari untuk KELUAR dari diberikan skrip semula ke dalam
sekumpulan kumpulan buat dan dikehendaki kumpulan untuk
maksima 8 orang sementara dan GBK melakonkan aksi memerhati aksi
klien. (Klien A, B menerangkan aktiviti tanpa lisan yang dilakonkan
dan C) kepada semua klien mengikut situasi oleh Klien A.
yang berbaki / GBK yang diberi.
telefon klien A dan (Rujuk Lampiran)
menerangkan aktiviti
kepada klien A.

Klien B diminta Klien B dan C Ahli kumpulan yang GBK akan
untuk melakonkan diminta untuk lain dikehendaki membuat rumusan
semula aksi seperti menjelaskan memberi penjelasan secara
Klien A dan Klien C apakah aksi yang tentang aksi-aksi keseluruhan.
diminta untuk dilakonkan oleh yang telah
meneka dan mereka. dilakonkan oleh Klien
melakon kan semula A, B dan C.
aksi yang telah
dilakonkan oleh Klien A : Aksi tanpa lisan.
Klien B. Klien B : Memerhati aksi yang dilakukan Klien A dan

Klien C melakonkan semula.
Fasilitator : Memerhatikan aksi Klien B dan melakonkan semula
: Meminta Klien B dan C menjelaskan apakah aksi

yang dilakukan oleh mereka.

84

LAMPIRAN

Kad Lakonan Komunikasi

85

Aktiviti 2 : Kemahiran Komunikasi
Permainan Rajah Norma Baharu

OBJEKTIF • Klien dapat membezakan kaedah komunikasi
secara lisan dan tanpa lisan.

• Klien dapat mengenal pasti halangan-halangan
yang terdapat dalam komunikasi.

• Klien dapat memilih kaedah komunikasi yang
berkesan.

MASA 45 MINIT

SASARAN Murid-murid yang lemah dalam kemahiran
komunikasi.

BAHAN- Helaian aktiviti /rajah, sehelai kertas kosong dan
BAHAN sebatang pen bagi setiap orang.

FALSAFAH • Maklumat yang disampaikan secara tidak efektif
akan mengakibatkan keadaan yang
mengelirukan dan salah faham.

• Maklumat yang salah akan menyebabkan
berlakunya konflik antara penyampai dan
penerima maklumat.

• Maklumat yang diterima hendaklah dikenalpasti
kesahihannya.

86

Pelaksanaan

Klien (Klien A) diminta mencari pasangan (adik
beradik/ kawan sebagai Klien B) dan duduk secara

01 berdepan / depan kamera. Klien A diberi helaian

aktiviti rajah yang telah disediakan manakala Klien B
diberi sehelai kertas kosong dan sebatang pen.
Klien A dikehendaki menghuraikan rajah secara lisan

02 kepada pasangannya. Klien B dikehendaki melukis
rajah tersebut pada bahagian atas kertas kosong
tanpa dibenarkan bertanya soalan.

Klien B dibenarkan meminta supaya sesuatu arahan

03 diulang tetapi tidak dibenarkan meminta sebarang
penjelasan.

Langkah 2 diulang. Kali ini Klien dibenarkan untuk

04 bertanya soalan. Rajah akan dilukis pada kali kedua
dibahagian bawah kertas kosong tadi.

05 Kedua-dua lakaran dibandingkan dengan rajah asal.

87

LAMPIRAN

Helaian Contoh Aktiviti

ATAU

88

Intervensi Umum

Pengenalan

• Tingkah laku asertif atau ketegasan diri adalah
keupayaan untuk meluahkan perasaan, keperluan
dan pendapat secara jelas, jujur dan berterus-
terang.

• Menghormati hak orang lain. Contohnya
menghormati idea, perasaan dan keperluan orang
lain.

• Sikap asertif bermaksud berupaya untuk mengawal
diri dan bertanggungjawab kepada diri sendiri.

• Membuat keputusan dalam apa jua situasi.
• Sedia mendengar dan memahami perasaan,

keperluan dan kedudukan orang lain.

Objektif

Di akhir sesi ini, murid-murid dapat:-
a) Memahami maksud tentang asertif.
b) Menyatakan hak mereka dan menghormati hak

orang lain.
c) Meningkatkan tingkah laku asertif.

90

Ciri-ciri Individu Asertif

Murid yang mempunyai sikap asertif:-
1. Dapat menyatakan pendapat, perasaan dan

kemahuan mereka.
2. Berterus-terang, jujur dan berhemah.
3. Boleh menerima pandangan orang lain.
4. Menghormati perasaan orang lain, tidak cuba

menakutkan orang lain.
5. Berani mengatakan tidak terhadap ajakan dan

perbuatan negatif.
6. Menjaga harga diri dan berkeyakinan.

Sasaran

Murid-murid yang kurang keyakinan diri

91

Faedah Bersikap Asertif

1. Meningkatkan kesejahteraan diri.
2. Meningkatkan keyakinan dalam diri.
3. Mengelakkan orang lain daripada mengambil

kesempatan ke atas diri sendiri.
4. Berasa selesa dengan diri sendiri.
5. Meningkatkan perhubungan yang baik dengan orang

lain.
6. Melahirkan perasaan tidak bersetuju tanpa berasa

marah.
7. Boleh meminta pertolongan apabila memerlukannya.
8. Dihormati oleh orang lain.

Asas Membina Kemahiran Asertif

1. Nyatakan apa yang kamu nampak/lihat.
2. Nyatakan perasaan anda secara jelas, jujur dan

terbuka.
3. Nyatakan apa yang dikehendaki/diperlukan.
4. Elakkan konflik demi keselamatan diri.

92

Tanggapan Murid Lain Terhadap
Murid Asertif

Dihormati Dihargai Dipercayai

7 Tip Bersikap Asertif

Belajar katakan “TIDAK” Utamakan hak sendiri,
kepada perkara yang hormati hak orang lain

bertentangan/tidak penting

Guna bahasa badan yang Menolak permintaan
sesuai dengan situasi dengan sebab yang realistik

secara berhemah

Percaya diri dan Dapatkan sokongan dari
perasaan sendiri rakan terdekat

Tekad dengan tindakan

93


Click to View FlipBook Version