The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihah.jie18, 2021-05-09 11:05:10

DRAMA & ESEI KRITIKAN (KUMP 4)

DRAMA & ESEI KRITIKAN (KUMP 4)

Keywords: Prosa Melayu Moden

BSS3113 PROSA MELAYU MODEN
KUMPULAN A

SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN : DRAMA DAN ESEI KRITIKAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK
NURUL AINI BINTI JOHAR D20181082489
NAZURA BINTI MOHD SABERI D20181082517
NOORNAJIHAH BINTI ABDUL RAHMAN D20181082519
NOR HASHIDA BINTI HASHIM D20181082531

AT05 ISMP BAHASA MELAYU
SEMESTER 2 2020/2021

PENSYARAH : DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

PENGENALAN

• Perkembangan dan penghasilan Kesusasteraan Melayu moden dalam pelbagai genre,
sama ada novel, cerpen, drama atau puisi adalah selari pada tahun 1920-an, tetapi
kualiti dan kuantiti genre akan kian bertambah dan berkembang pada kadar yang
berbeza.

• Drama merupakan genre yang paling lambat diperkenalkan.

• Namun begitu, drama tetap berfungsi dan memainkan peranan sebagai penyalur
pemikiran, ekspresi yang bersifat kejiwaan dan berkomunikasi sesama manusia untuk
memahami pengertian hidup.

• Sejarah perkembangan drama hampir sama dengan genre sastera yang lain, iaitu
sekitar tahun 1920-an tetapi drama memiliki sejarah pertumbuhan dan perkembangan
yang tersendiri (Mana Sikana 1 989: XII).

KONSEP DRAMA
MENGIKUT PANDANGAN TOKOH

• Tjokroatmojo (1985) menyatakan drama berasal daripada bahasa Yunani, dran atau
draomai yang bererti gerak. Bukan gerakan tubuh badan tetapi gerakan yang halus,
gerakan seni yang membawa unsur-unsur keindahan dan keseronokan. Di Yunani,
gerakan ini dihubungkaitkan dengan tarian, nyanyian, dan lakonan yang membawa cerita
nyata atau simbolik.

• Hashim Awang (1984:50) pula mendefinisikan drama adalah jenis sastera yang tercipta
untuk dipentaskan atau dilakonkan. Pelakon melakonkan aksi-aksi yang ditetapkan dan
melafazkan dialog yang disediakan.

• Rahmah Bujang (1990:8) pula mentafsirkan drama sebagai satu bentuk seni yang
bersifat dramatik, iaitu seni yang mengutamakan kesan dan tekanan emosi sebagai
penambat. Daya tarikan berjaya dilakukan apabila ia mampu memikat emosi pembaca
atau penonton.

KONSEP ESEI KRITIKAN
MENGIKUT PANDANGAN TOKOH

• Terdapat banyak definisi yang diberikan oleh para pemikir dan sarjana sastera.

• Matthew Arnold memberi definisi kritikan sebagai satu usaha yang bukan hendak
mencari untung tetapi mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu yang
telah diketahui sebagai yang terbaik dalam dunia (Hashim Awang,1997:6).

• Mana Sikana, (1983:3) pula menyebutkan, kritikan adalah satu disiplin ilmu yang
sistematik, yang membicarakan soal penghayatan, penganalisisan dan penilaian
sesebuah karya kreatif.

• Menurut Prof. Rahman Shaari, tulisan kritikan sastera yang pertama diterbitkan di tanah
Melayu adalah ulasan Dr. Aminuddin Baki terhadap Novel Korban Kesucian (Keris Mas)
pada tahun 1949. Kritikan Dr. Aminuddin menggunakan kaedah yang kesamaan
pendekatan formalistik, yakni dia mengkritik novel itu berdasarkan ciri-ciri bentuknya
seperti plot, tema dan sebagainya.

PERKEMBANGAN DRAMA

1960- 1970
an
1950-
an
1941-
1949

DRAMA MELAYU 1941-1949

• Faktor keterbatasan pementasan ialah masalah kewangan kerana kesempitan hidup
zaman penjajah.

• Bermulanya Perang Dunia Kedua, Jepun menguasai Tanah Melayu menyebabkan
berakhirnya kegemilangan bangsawan sebagai drama tradisional.

• Kumpulan bangsawan yang sedia ada harus berhati-hati dalam pementasan kerana
sentiasa diperhati oleh Jepun – semangat “Asia timur Raya”.

• Drama Melayu dalam pengertian drama moden pula turut dikesan semasa zaman
Jepun pada 1942 dengan judul Lawyer Dahlan oleh Shaharom Hussain.

• Pementasan ini dinaungi oleh Pegawai Tentera Jepun Tempatan. Skripnya hanya
ditulis dan diterbitkan kira-kira 40 tahun selepas diterbitkan.

PERKEMBANGAN DRAMA 1950-AN

• Pada masa ini bermulanya kesedaran pengarang untuk melahirkan drama berdasarkan
sejarah tanah air dan penolakan drama bercorak fantasi seperti dalam bangsawan.

• Drama terawal dipentaskan ialah Megat Terawis (MT), karya The Fatimah pada 1950,
arahan Buyong Adil.

• Drama kedua ialah Anak Derhaka (AD) karya Ahmad Murad Nasaruddin yang dicetak oleh
Pejabat Karang-Mengarang Jabatan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1952.

• Seterusnya, ada drama Tun Seri Lanang (TSL) oleh Shaharom Husain yang diterbitkan
oleh Pustaka Melayu, Singapura pada 1959 dengan tujuan mengenang, mengingat, dan
membesarkan jasa dan darmabakti pujangga.

• Seterusnya, ada drama Malam Kemerdekaan (MK) karya Usman Awang pada 1959 terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Secara keseluruhannya antara tahun 1951-1959 drama Melayu berada dalam keadaan
transisi, iaitu untuk keluar daripada pengaruh bangsawan menuju kepada bentuk yang lebih
moden dengan ciri-ciri realisme.

PERKEMBANGAN 1960-AN

• Pada masa ini hanya majalah Dewan Bahasa terbitan DBP yang menyiarkan drama-drama pendek
penulis tempatan di samping majalah Dian dan Mastika.

• terdapat kira-kira 40 judul buku drama berada di pasaran dengan diterbitkan oleh penerbit swasta.

• DBP turut menerbitkan dua naskhah drama asli dan sebuah adaptasi daripada kisah sejarah pahlawan
Islam.

• Kebanyakan penulis gemar mengetengahkan buku drama yang bertema sejarah dan realisme.

• Antaranya penulis yang gemar mengetengahkan tema sejarah ialah Saharom Husain dengan karyanya Si
Bongkok Tanjung Puteri (1961), Wak Chantok (1964), Balang Mas, Tun Fatimah. Kesemua karyanya
diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura.

• Di samping itu ada Harun Aminurrashid dengan dramanya yang berjudul Mati Bertindih Tulang (1964);
Srikandi di Teluk Intan (1963) oleh Jaafar Husny, Robohnya Kota Lukut (1963) oleh Kala Dewata, Tuah
dalam Sejarah oleh Hamidy Anwar.

• Contoh lain, Hang Jebat Menderhaka oleh Ali Aziz, Hikayat Hang Tuah oleh Syed Alwi, Laksamana
Melaka di Inderapura dan Hang Tuah Membuat Jasa oleh Izhab Alang Ismail.

PERKEMBANGAN 1970-AN

• Setelah Dewan Masyarakat dan Dewan Bahasa, DBP menerbitkan pula Dewan Sastera (DS)
pada 1971.

• Dalam tempoh 1971-1979 DS telah melahirkan banyak penulis drama muda, seperti Noordin
Hassan, Dinsman, Johan Jaafar, dan Hatta Azad Khan.

• Penerbitan buku drama dalam era ini juga merosot kepada 20 berbanding 40 pada era 1960-an.

• Selain DBP, penerbit swasta tidak berminat menerbitkan buku drama kerana tidak
menguntungkan.

• Walau bagaimanapun, sumbangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan
Pesta Drama Tahunan pada 1968 membantu perkembangan drama 1970-an.

• Hasilnya pada 1973, muncul Hashim Yassin sebagai jaguh Pesta Drama kerana karya dan
persembahannya pernah menjadi johan pertandingan berkenaan sebanyak tiga kali.

• Pada masa ini pengarang mula menetang aliran realisme dan memulakan konsep baru denan
lebih berani dan lantang memaparkan permasalahan dan pemikiran baru.

DRAMA TRADISIONAL

• Drama adalah sebuah pertunjukkan yang mana para peserta drama
tersebut berasal dari tempat atau daerah asal dengan memainkan sebuah
cerita tentang kisah-kisah yang sudah pernah terjadi sejak dahulu yang
mana di akui oleh masyarakat bawah kisah itu memang benar adanya.
Contohnya seperti: legenda atau mitos dari suatu daerah.

• Di setiap daerah mempunyai keunikan atau ciri khas tersendiri yang

menjadi salah satu keunggulan mereka.

JENIS-JENIS DRAMA TRADISIONAL

Drama rakyat:
drama tradisional yang bersifat

lisan, spontan, dan cerita
bersumber dari daerah tertentu.

Drama wayang: Drama bangsawan:
drama tradisional berupa Drama tradisional yang
segala macam wayang yang dipengaruhi konsep teater
diiringi dengan alat muzik Barat dan kebudayaan
Melayu serta Timur Tengah,
Boleh disebut sebagai misalnya komedi bangsawan
drama tutur.
dan komedi stambul.

CIRI – CIRI DRAMA TRADISIONAL

• Tidak menggunakan naskah dalam pementasannya.
• Dialog dan lakonan yang terjadi merupakan hasil improvisasi para pemain.
• Sumber cerita berasal dari tradisi masyarakat.
• Isi cerita umumnya bersifat istana atau berkaitan dengan raja dan/atau keluarga raja.
• Dipentaskan dalam kegiatan agama atau tradisi masyarakat tertentu.
• Pementasan sangat sederhana kerana tidak menggunakan peralatan pertunjukan

yang moden dan hanya dibantu dengan peralatan muzik tradisional.

DRAMA MODEN

• Sebuah karya sastera yang ditulis dalam bentuk dialog dan dipentaskan dan
dilakonkan oleh pelakon. Pementasan drama juga dikenali sebagai drama (Husin
Fateh Din dan Nazariyah Sani, 2014).

• Ismail Yusof (2008), drama juga dapat diertikan sebagai suatu kisah yang
diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan
sebagai watak-watak dalam sesebuah kisah drama. Dalam drama, aksi dan diolog
adalah aspek yang memainkan peranan penting baik sebagai isi mahupun sebagai
cara persembahan.

JENIS-JENIS DRAMA MODEN

Drama Sandiwara
Drama jenis ini masuk ke Tanah Melayu melalui kumpulan Miss Ribut, Dardanella dan Bolero sekitar tahun
1935 yang mengakhiri drama bangsawan. Sandiwara ialah drama pentas yang memiliki skrip dan
menggunakan khidmat pengarah. Zaman sandiwara di Malaysia memiliki tiga bentuk drama, iaitu:

i. Drama Sejarah
ii. Drama Purba
iii. Drama Pra-realisme
Antara ketiga-tiganya, drama sejarah yang paling banyak dihasilkan. Hal ini bersesuaian dengan semangat
kebangsaan yang meluap-luap di kalangan rakyat pada masa itu. Drama purba mengandungi cerita yang
berkisar di istana atau rakyat biasa di perdesaan. Drama pra-realisme lahir sebelum kemunculan drama
realisme. Sandiwara termasuk di dalam aliran romantisisme.

Drama Realisme Drama Absurd
Drama jenis ini terhasil apabila dramatis di Pada tahun 1970-an lahir dramatis Malaysia yang melarikan
Malaysia menggunakan bahan cerita yang diambil diri daripada tradisi realisme. Mereka mempersoalkan hal-hal
daripada permasalahan-permasalahan yang yang berhubung dengan kejiwaan dan konflik batin manusia.
timbul dalam kehidupan sehari-hari. Oleh sebab Sehubungan itu, mereka menyeret eksistensialisme yang
itu, bentuk baru ini menggunakan bahan, dilihat dari kaca mata Timur dan penonjolan watak surealis.
dialog, setting dan cara pementasan yang Harus diingat bahawa absurdisme di Malaysia merupakan
realistik. Sehubungan itu, aliran yang digunakan karya-karya yang anti-realisme, sukar difahami, cenderung
untuk menghasilkannya ialah realisme. Drama kepada fantastik, abstrak, berunsur mimpi dan sukar dihayati.
jenis ini muncul pada tahun 1960-an. Semua drama absurdisme dilahirkan melalui pengaplikasian
aliran absurdisme.

CIRI-CIRI DRAMA MODEN

• Menggunakan naskah dalam pementasan lakonan.
• Dialog dan lakonan dilakukan berdasarkan naskah drama yang ditulis.
• Pelakon harus menghafalkan dialog sebelum pementasan.
• Pelakon harus melakukan latihan berulang-ulang sebelum pementasan.
• Sumber cerita umumnya berasal dari kehidupan sehari-hari.
• Lakonan tidak semestinya berkaitan dengan kegiatan keagamaan atau tradisi

masyarakat tertentu.
• Pementasan yang dipersembahkan menggunakan peralatan moden dan kru

balakang tabir untuk membantu kerja-kerja pementasan.

KESIMPULAN

 Secara umum, drama yang dihasilkan antara 1940-an, 1960-an dan 1970-an memang
berbeza dari segi bentuk pemikiran, falsafah dan aliran.

1940-an, Drama Melayu masih dalam bentuk-bangsawan.
1950-an, sudah ada ciri-ciri moden, tapi masih dipengaruhi bentuk bangsawan dengan

kisah sejarah dan kemasyarakatan yang ada bibit-bibit awal unsur realisme.
1960-an, drama Melayu sudah berkembang kepada bentuk moden dalam pengertian

sebenar dengan tema sejarah, kemasyarakatan dan pengisisan kemerdekaan.
1970-an, ada perubahan yang lebih berani berlandaskan falsafah eksistensialisme

yang berakar dari Barat. Muncul drama berbentuk absurd. Drama realisme masih
diteruskan.

SEJARAH ESEI KRITIKAN

• Sejarah kritikan sastera telah bermula sekitar tahun 300 sebelum Masihi sejajar dengan
perkembangan tradisi penciptaan karya seni sastera dalam zaman Yunani.

• Esei kritikan selari dengan kemunculan teori Barat dan teori tempatan.

• Kritikan menjadi asas yang mengkonsepkan tindak balas khalayak secara kritis terhadap
fenomena-fenomena dan gejala-gejala sastera yang terdapat dalam karya atau kesannya
ke atas pihak lain.

• Usaha pengkritikan perlu dilakukan dengan sebarang pedekatan atau teori agar kritikan
yang diketengahkan dapat disokong menggunakan fakta-fakta yang kukuh dan mendapat
kepercayaan khalayak.

• Sepanjang perkembangannya yang bermula sejak zaman Yunani hingga ke hari ini, teori
dan kritikan sastera telah menempuh pelbagai perubahan, penyimpangan dan
pembaharuan. Prinsip dan dasar yang membina teori terdedah kepada kritikan dan
pandangan-pandangan baharu yang menampilkan sifat teori dan kritikan yang dinamik
dan fleksibal dengan pandangan-pandangan baru.

DEFINISI KRITIKAN

• Kritikan berasal daripada kata dasar kritik, yang berasal dari kata krinein dalam bahasa
Yunani yang membawa maksud menghakimi, membanding dan menimbang.

• Kata krinein menjadi pangkal atau asal kata kreterion yang bererti dasar, pertimbangan,
penghakiman (Atar Semi, 1989:7).

• Istilah krites ini kemudiannya menjadi asas bagi menerangkan kegiatan atau sifat orang
yang memberi penghakiman terhadap karya seni sastera.

• Menurut Mana Sikana (1983), kritikan adalah satu disiplin ilmu yang sistematik, yang
membicarakan soal penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya kreatif.

• Manakala Hashim Awang (1988), menyebutkan kritikan merupakan sebuah usaha menilai
hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan dengan cara yang beralasan serta bersistem dan
bertujuan untuk mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi indah.

• Menurut Roger Webster (2004), kritikan sastera melibatkan pembacaan, pentafsiran dan
ulasan ke atas sesuatu teks tertentu atau teks yang telah dikelaskan sebagai karya
kesusasteraan.

• Kritikan sastera merangkumi aktiviti atau kegiatan untuk menilai, menganalisis,
menyampaikan penerimaan dan tanggapan seseorang terhadap teks sastera atau karya
kesusasteraan.

SEJARAH KRITIKAN DI BARAT

 Daripada tinjauan sejarah kesusasteraan era Yunani, Plato dikatakan tokoh
pengkritikan Yunani yang mula-mula sekali berbicara dan menulis tentang kritikan
sastera.

 Karya agong Plato Republic banyak menyentuh tentang nilai-nilai sastera, moral dan
juga puisi yang boleh diketengahkan sebagai penyumbang kepada cetusan tradisi
kritikan.

 Demikian juga dengan Aristotle yang menghasilkan Poetics. Dionysius Cassius
Longinus yang merupakan tokoh pengkritik Greek yang menulis On The Sublime. Di
Rom pula terdapat tokoh kritikan seperti Quintus Horatius Placcus dan Marcus Fabius
Quintilianus.

 Perkembangan kritikan zaman awal terbantut apabila Eropah berhadapan dengan
zaman kegelapan, namun apabila muncul era Renaissance (zaman pembaharuan),
tradisi kritikan yang tumbuh di Yunani dihidupkan semula dengan wajah baharu dan
membawa makna yang baharu juga.

 Pada waktu ini, muncul beberapa orang tokoh terkenal seperti John Dryden, Francis
Bacon dan Boileau.

SEJARAH KRITIKAN DI MALAYSIA

• Bidang kritikan sastera di Malaysia bermula pada tahun 1950-an. Menurut Kassim
Ahmad, bidang kritikan bermula 30 tahun kemudian berbanding dengan
perkembangan penciptaan karya kreatif yang sudah bermula pada tahun 1920-an lagi.

• Kritikan sastera bergerak agak perlahan berbanding sastera kreatif namun demikian,
menurut Hashim Awang, perkembangan itu tetap bertenaga untuk melahirkan riak
gelombang yang dapat membentuk tahap-tahap khusus dengan penonjolan ciri-ciri
tersendiri (Hashim Awang, 1997:102).

• Menurut Hashim Awang (1997), kritikan sastera Melayu dapat dibahagikan kepada
tiga, iaitu era sebelum perang Dunia Kedua, era sebelum kemerdekaan dan era
zaman kemerdekaan.

• Perkembangan terkini kritikan sastera di Malaysia sangat relatif kepada beberapa
perkembangan baharu seperti kemunculan lebih ramai tokoh pengkritik sastera,
kerancakan kegiatan penulisan kritikan dan kerancakan aktiviti wacana teori.

ERA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

• Kritikan awal pada tahun 1935 dilakukan oleh Muhammad Yasin Maamor atau dengan nama
penanya Keris Melayu telah menulis rencana dalam Majalah Guru.

• Beliau mengupas karya-karya agung seperti Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah dan Hikayat
Pelayaran Abdullah.

• Penulisan beliau adalah mengenai isi dan gaya bahasa dalam Sejarah Melayu serta mengenai
pendirian Munsyi Abdullah.

• Muncul pula beberapa kritikan lain iaitu seperti Kita dengan Munsyi Abdullah tulisan Mohd. Yusof
Ahmad atau dikenali sebagai Anak Negeri, disiarkan dalam Majalah Majlis tahun 1935.

• Beliau mengatakan Abdullah ialah pengampu dan memandang jijik terhadap sikapnya yang
memburuk-burukkan raja dan masyarakat Melayu.

• Kritikan ini dibalas pula oleh Khabhaa dengan pendekatan yang lebih intelektual dan rasional
dengan eseinya Anak Negeri dengan Abdullah Munsyi.

• Antara majalah yang meyiarkan kritikan pada masa ini ialah Majalah Guru, Majalah Cerita, Majlis,
Warta Malaya, Warta Ahad, dan Utusan Melayu.

• Pada era ini kritikan lebih bersifat emosional atau sentimental dan bersifat semborono serta
bersifat kecaman. (Mana Sikana, 1985: 168).

• Ketika ini juga kritikan boleh dikatakan lebih bersifat objektif dengan penilaian-penilaian yang
bersifat dangkal (Hashim Awang,1988:103).

ERA SEBELUM MERDEKA

• Aminuddin Baki membuat kritikan terhadap novel Keris Mas yang bertajuk Korban KesucianNya
yang disiarkan dalam Utusan Zaman pada tahun 1949.

• Aminuddin Baki yang menulis kritikannya dengan judul Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Kita
tentang Sebuah Buku menghuraikan secara formalistik novel Korban KesucianNya dengan
menyatakan bahawa temanya soal masyarakat, plotnya seperti sungai mengalir dan dia
mempertikaikan bahasa Keris Mas yang teradun dengan bahasa Inggeris sambil menjelaskan cara-
cara yang sebaiknya memperkenalkan perwatakan (Mana Sikana, 1985).

• Kemuculan ASAS 50 juga menampilkan beberapa tokoh pengkritik lain seperti Asraf, Hamzan
Hussien, Usman Awang, Awam AI-Sarkam, Keris Mas, A.Samad Ismail, Zubir Osman, Masuri S.N,
Keris Mas, dan Abu Zaki Fadhil.

• Tradisi kritikan sastera Melayu moden yang lebih tepat dikatakan bermula pada dekad 50-an iaitu
bersama-sama dengan kemunculan ASAS 50.

• Faktor yang mempengaruhi perkembangan genre kritikan ini, antaranya:
- Pertumbuhan pesat persuratkhabaran dan majalah.
- Faktor nasionalisme.

ERA SELEPAS MERDEKA

• Faktor yang mendorong perkembangan bidang kritikan ini, antaranya ialah:
1. Kemunculan pengkritik baru.
2. Penerusan secara konsisten para pengkritik ASAS 50
3. Penguasaan ilmu kritikan yang diperolehi di universiti.
4. Pengkritik memiliki kelulusan tinggi.
5. Pengaruhi teori kritikan dan pendekatan dari Barat.
6. Berkembangnya ilmu kritikan di universiti.
7. Kerancakan penghasilan karya-karya kesusasteraan.

• Dekad 60-an hingga 70-an terdiri daripada dua golongan pengkritik iaitu golongan yang mempunyai pendidikan formal dan
golongan peminat kesusasteraan.

• Antara tokoh pengkritiknya ialah Kassim Ahmad, Yahaya Ismail, Noor Azam, Baharuddin Zainal, Alis Murni (Ali Ahmad) dan Mohd.
Affandi Hassan.

• Misalnya, Kassim Ahmad mahir dalam pendekatan sosiologi dan realisme.

• Yahaya Ismail pula mengemukakan tradisi New Critics iaitu diberikan penekanan kepada pendekatan formalisitik di Malaysia.

• Dalam bukunya yang bertajuk Kesusasteraan Moden dalam Esei dan Kritik I (1967) memuatkan idea-idea dan pengetahuan tentang
pelbagai jenis ukuran dalam kritikan sastera.

• Antara kritikan yang dilakukan Yahaya Ismail adalah terhadap novel Rentung karya Shahnon Ahmad, Sisa Laut karya Wijaya Mala,
Lingkaran karya Arena Wati, Punah karya Awang Had Salleh, dan Getaran karya A. Shukor Harun.

• Pengkritik dekad 70-an pula ialah Hashim Awang, Umar Junus, Ramli Isin, Shahnon Ahmad, Mana Sikana, llias Zaidi, Abdul
Rahman Yusuf dan Mohd. Yusuf Hassan.

KESIMPULAN

• Esei kritikan menjadi asas yang mengkonsepkan tindak balas khalayak secara kritis
terhadap fenomena-fenomena dan gejala-gejala sastera yang terdapat dalam karya
atau kesannya ke atas pihak lain.

• Kritikan sastera ini merangkumi aktiviti atau kegiatan untuk menilai, menganalisis,
menyampaikan penerimaan dan tanggapan seseorang terhadap teks sastera atau
karya kesusasteraan.

• Sejarah esei kritikan di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu era sebelum
perang Dunia Kedua, era sebelum kemerdekaan dan era zaman kemerdekaan.

• Ramai tokoh-tokoh sastera yang menulis kritikan terhadap karya sastera yang
bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu sesuatu karya sastera yang dihasilkan.

KESIMPULAN KESELURUHAN

• Perkembangan drama di alam Melayu bermula dari tahun 1941-an sehinggalah kini.
• Banyak perubahan besar yang diperlihatkan sama ada dari segi zaman iaitu dari tradisional

hingga moden, isi, bentuk, mahupun juga dari segi teknologi dan sebagainya.
• Esei kritikan pula telah mula dilaksanakan dari tahun 1950-an sejajar dengan kemunculan ASAS

50 dan masih diusahakan sehingga kini.
• Banyak analisis dan kritikan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh sastera dalam menilai hasil

sesebuah karya sama ada dari sudut positif dan juga negatif.
• Kesimpulannya, drama dan esei kritikan telah membawa kesusasteraan Melayu moden ke

tahap yang lebih luas dan lebih berkembang di Malaysia mahupun luar negara.

RUJUKAN

• Mohamad bin Haji Abd. Ghani. (2000). Isu Dan Pemikiran dalam Drama Melayu Berunsur Sejarah. Universiti
Putra Malaysia. Serdang. Diperolehi daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9923/1/FBMK_2000_8_A.pdf

• Khairul Izwan bin Md. Arifin. Apa itu Drama. Pusat Permata pintar Negara, UKM. Diperoleh daripada
https://dramainaction.weebly.com/jenis-jenis.html

• Ahmad Ghani. (April, 2020). Drama Tradisional. RumusBilangan. Diperoleh daripada
https://rumusbilangan.com/drama-tradisional/

• A Halim Ali. (2018). Kritikan Satera ( Teori dan Praktis). NHA Excell Resources, Shah Alam.

• Azhar Hj. Wahid dan Abdullah Ghandi Hj. Abu. (2015). Membina Kritikan Sastera Melayu Dalam Jalur
Pascamodenisme. Jurnal Antarabngsa Persuratan Melayu, 3(1), 34-46. Diperoleh daripada
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/70

• Hassan, Shokeri (2003). Perkembangan Teori dan Pendekatan Kritikan Dalam Kesusasteraan Melayu Dekad
80-An - 90-An. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Diperoleh daripada
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10311/


Click to View FlipBook Version