AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 3 SK SUBANG JAYA
MINGGU 10 : RABU (22 SEPTEMBER 2021)
NOTA : ASAS BANTU MULA DAN PERTOLONGAN CEMAS
DALAM UNIT BERUNIFORM
UNIT KOKURIKULUM SK SUBANG JAYA
BANTU MULA
Maksud : Bantuan permulaan yang pertama
diberikan kepada mangsa yang tercedera atau
mengalami kemalangan atau sakit mengejut
sebelum ketibaan paramedik (ambulans, doktor
atau pakar perubatan).
TUJUAN
Menyelamatkan nyawa
-Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara
mangsa tidak dihalang oleh sebarang objek dan
pastikan mangsa bernafas. Jika mangsa
berdarah, hentikan pendarahan secepat
mungkin.
Mengelakkan kecederaan lebih serius
-Jika mangsa cedera di tempat yang bahaya,
alihkan mangsa dan kurangkan mangsa
bergerak. Selesakan mangsa daripada
ketidakselasaan contohnya kesejukan,
kepanasan atau keadaan basah.
Mendapat bantuan perubatan
-Minta bantuan rakan-rakan mengambil peti
keselamatan berhampiran dan memanggil
ambulans atau pembantu perubatan yang
bertauliah secepat mungkin.
Pastikan orang yang memberi bantuan dan
kecemasan menunggu bersama-sama mangsa
yang cedera sehingga bantuan tiba.
ALAT BANTU MULA
JENIS – JENIS BALUTAN ANDUH
JENIS-JENIS ANDUH
1. ANDUH LENGAN
2. ANDUH KEPALA
3. ANDUH PERGELANGAN TANGAN / KAKI
4. ANDUH LUTUT
5. ANDUH DADA
BALUTAN ANDUH LENGAN
BALUT ANDUH KEPALA
BALUTAN ANDUH LUTUT
BALUTAN ANDUH PERGELANGAN TANGAN
BALUTAN ANDUH DADA
PERTOLONGAN CEMAS
DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS
Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa
kemalangan.
Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat
rawatan dari doktor.
Matlamat utama:
Untuk menyelamat nyawa
Mengurangkan kesakitan
Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh
doktor.
RESUSITASI KALDIOPULMONARI (CPR)
Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada
mangsa yang tidak mempunyai deyutan nadi dan
tidak bernafas.
Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan
mulut ke mulut juga tekanan dada.
Berperanan untuk membantu jantung mengepam
udara yang dihembus keseluruh anggota badan.
Dua sebab utama cpr:-
tiada pernafasan
tiada nadi
PENDARAHAN KECIL
Pendarahan kecil terbahagi kepada 3 iaitu:-
Pendarahan eksternal (bahagian luar)
- Luka terhiris : disebabkan benda tajam seperti pisau
- Luka terkoyak : disebabkan cakaran binatang atau
dawai
- Luka berdarah : kena pukulan tepat benda tidak tajam
- Luka tembus : seperti tikaman pisau atau jarum
Pendarahan internal (bahagian dalam)
- Perut : muntah berdarah
- Paru-paru/saluran pernafasan : batuk berdarah
- Tali usus : darah pada dubur
- Rahim : tumpah darah
- Buah pinggang : kencing berdarah
- Tengkorak : darah mengalir melalui telinga dan hidung
Pendarahan internal tanpa kesan
- Limpa dan hati pecah
- Pendarahan dalam otak