The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-02088971, 2021-08-15 23:26:43

makanan tradisional

makanan tradisional

KELAB KEBUDAYAAN

PPKI

TARIKH : 18 OGOS 2021
HARI : RABU
MASA : 12.45 TGHR – 1.30 PTG
TEMPAT : Kediaman masing-masing

PERJUMPAAN KALI KE - 2

PENGENALAN KEPADA
MAKANAN TRADISI

MASYARAKAT DI MALAYSIA

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan
tradisional warisan zaman berzaman yang begitu
popular dan diminati ramai. Ini kerana Malaysia
mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India, Malanau, Kadazan dan banyak lagi.

Makanan tradisional
masyarakat Melayu

Ketupat Nasi

Ketupat merupakan salah satu
hidangan istimewa yang
disajikan semasa perayaan Hari
Raya. Ia diperbuat menggunakan
beras atau beras pulut yang
dibungkus menggunakan daun
kelapa dan direbus sehingga
masak.

Kuih Bahulu

Dikategorikan sebagai salah satu
kuih lama atau kuih tradisi, kuih
bahulu asalnya bewarna coklat
kuning-kekuningan.

Setelah zaman berganti zaman,
terdapat pelbagai jenis kuih bahulu
yang dimodenkan seperti bahulu
pandan, bahulu coklat dan
sebagainya.

Wajik

Terdapat beberapa jenis
wajik yang popular di
Malaysia seperti wajik sirat
dan wajik durian.

Lemang

Lemang hanya terdapat ketika
Hari Raya. Lemang telah direkodkan
sebagai hidangan istimewa sejak 1864.
Makanan tradisional ini dihidangkan
bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras
pulut dan santan. Nasi didalam buluh
dibakar dengan daun pisang.

Nasi Lemak

Nasi lemak merujuk kepada nasi yang

dimasak dengan menggunakan santan

kelapa, bagi menambah rasa

lemaknya. Kadangkala daun

pandan dimasukkan semasa nasi lemak

dimasak bagi menambahkan

aromanya. Kaum melayu makan nasi

lemak dengan telur kukus,timun,ikan

bilis goreng dan

Rendang dan Ketupat

Ketupat palas ialah ketupat yang
menggunakan daun pokok palas sebagai
pembungkusnya. Berbentuk tiga segi. Beras
yang digunakan untuk ketupat palas ini
ialah beras pulut, manakala isi ketupat
daun menggunakan beras nasi, iaitu beras
yang digunakan sebagai makanan harian.
Rendang adalah salah satu makanan khas
dari budaya Minangkabau, dan sering di
sajikan pada acara-acara dan upacara
untuk menghormati tamu.

Satay

Satay atau sate ialah sajian daging yang
telah diperap dengan rempah dan
kemudiannya dipanggang di atas api
arang sehingga garing.
Satay selalunya dihidang bersama
timun, bawang, nasi impit dan kuah
kacang.

Makanan tradisional
masyarakat Cina

Kuih Bakul

Kuih Bakul atau Nian Gao atau
Kuih Tahun Baru Cina ialah
makanan yang diperbuat
daripada tepung pulut dan di
makan semasa perayaan
Tahun Baru Cina.

Kuih Bulan

Kuih Bulan selalunya dibuat
pada Perayaan Pertengahan
Musim Luruh, ia dibuat dari
adunan yang manis dan intinya
biji buah teratai atau kacang
merah dengan kuning telur
masing

Bah Kut The

Bak Kut The adalah sup herba
cina yang direbus dengan
daging rusuk dan bahan
tambahan lain. Ianya dimakan
dengan nasi putih

Chee Cheoung Fun

Chee cheong fan merupakan
makanan yang berasal dari Kanton,
China Selatan. Ia merupakan
gulungan tepung yang nipis,
diperbuat dari jalur shahe fen (mee
beras). Ia disajikan bersama udang,
daging serta sayuran dan juga bahan
lain.

Dim Sum

Dim sum diperbuat dari tepung gandum,
tepung jagung yang dicampurkan
bersama isi udang, daging, ayam serta
sayuran.
Suatu ketika dahulu, makanan tradisional
cina ini sering dihidangkan dirumah-
rumah teh oleh pemilik rumah teh,
memandangkan ramai petani yang
akan singgah minum teh terlebih dahulu.

Dumpling

Dumpling merupakan masakan
tradisional cina yang berkhasiat. Ini
kerana ia dimasak secara rebus pada
suhu yang perlahan berbanding
memasak lauk-lauk yang lain. Selain
direbus, ia jug boleh dimasak dengan
cara lain seperti digoreng dan
dikukus.

Tang Yuan

Tang Yuan merupakan hidangan
pencuci mulu tradisional masyarakat
Cina yang diperbuat daripada tepung
beras. Secara tradisinya ia dimakan
semasa Yuanxiao atau Festival
Tanglung. Namun, ia juga sering
menjad pencuci mulut semasa majlis
perkahwinan. Tang Yuan berbentuk
bebola kecil yang dihidangkan dalam
mangkuk dan dimakan bersama sirap
manis.

Yee Sang

Yee Sang atau juga dikenali dengan
nama Yusheng adalah makanan yang
terdiri dari aneka salad dan ikan.
Campuran kesemua bahan ini
menjadikan hidangan ini berwarna-
warni dan sangat menarik. Hidangan ini
biasanya dihidangkan menjelang
sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah
lambing kemakmuran, kemewahan
dan juga kekayaan.

Makanan tradisional
masyarakat India

Putu Mayam

Kuih ini diperbuat dari tepung
beras atau tepung idiyappam
bersama air ataupun santan.

Idli

Idli merupakan kuih yang
juga berasal dari India. Ia
mempunyai pelbagai jenis
seperti sanna, rave atau
sambar idli.

Ulundu Vadai

Ulundu Vadai adalah sejenis
kuih diperbuat dari tepung
beras dan berbentuk roda. Ia
sedap dimakan bersama
chutney atau kuah kari.

Kari Ayam

Kari merupakan makanan tradisional

kaum India yang terkenal di Malaysia.

Bahan asas hidangan berempah yang

digemari oleh kebanyakkan

masyarakat ini boleh terdiri

daripadaayam, ikan, daging, sotong,

udang ataupun sayur-sayuran.

Maruku

Selain nama marukku, ia turut dikenali
dengan nama chakli dan chakri.
Bahan utama untuk menghasilkan
kuih ini adalah urad dhal, tepung
kacang tosai dan tepung beras.
Murukku biasanya berbentuk bulatan
atau berbentuk halus. Ia dibuat
menggunakan acuan khas dengan
menekan tepung yang telah uli atau
cara pemutaran.

Thosai

Tosai, ada juga yang menggelarnya
dosa, dosai, dosay, dose, dhosha, thosai
atau juga chakuli. Pelbagai pilihan tosai
yang boleh dicuba seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang, tosai rawa, tosai
ghee dan sebagainya. ianya kaya
dengan sumber karbohidrat dan juga
protein. Tosai biasanya dimakan
bersama sambal kelapa, kari kambing
atau juga kari ayam.

Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version