The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mywanno, 2018-12-25 06:34:10

Manual Pengurusan dBest 2019

i

2019











































TADBIR




2019

i

YM Cg Syed Husni b. Syed Mohammad - Guru Besar
Cg Wan Normala bt. Wan Ali - Penolong Kanan Pentadbiran
Cg Zahari b. Ismail - Penolong Kanan HEM
Cg Mohd Zin b. Abdullah - Penolong Kanan Kokurikulum


ii

2019











































ALUAN




GURU BESAR


- 1 -

SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR

















ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHITAALA WABARAKATUH

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji dan puja kepada
junjungan besar kita Nabi MUHAMMAD SAW. Syukur Alhamdulillah kita masih diberi
kesempatan untuk bersua lagi bagi meneruskan agenda kita untuk tahun 2019.

Tahun 2018 telah pun berlalu dengan meninggalkan pelbagai memori dalam perjalanan
hidup kita.Apa yang berlaku telah pun berlaku dan kita tidak berupaya lagi untuk memadam
kesilapan, kealpaan, kelalaian atau pun kesalahan yang telah kita lakukan samada yang
disedari mau pun yang tidak disedari.Ianya telah menjadi sejarah.Apa yang kita patut
lakukan ialah dengan “MUHASABAH” diri merenung kembali apakah sempurna sudah
“AMANAH” yang telah kita laksanakah. Berpuas hatikah dengan ‘outcome’ yang kita
capai. Berlaku jujurlah , tanyalah pada hati yang tidak pernah berdusta. Andai kata masih
terdapat banyak kelompangan-kelompangan yang tidak terisi , kuatkan azam untuk kita
penuhi pada tahun 2018 yang akan kita hadapi. Selagi kita masih berkesempatan untuk
memperbaiki diri lakukanlah dengan bersungguh-sungguh kerana tidak pernah pasti
noktah perjalanan hidup kita ini.
PPPM merupakan satu agenda besar Negara. Kita sudah acapkali dan sering kali
diingatkan tentang peranan kita untuk menyediakan generasi abad ke 21 yang akan
bersaing dipersada dunia. Mampukah kita melakukannya.Sudah pasti jawapanya ada
didalam hati kita masing-masing. Ramai dikalangan kita akan sempat menempuhi 3
gelombang PPPM yang akan berakhir pada tahun 2025. Jesteru itu kita tidak ada pilihan
sekiranya kita mahu kekal dalam landasan ini , kita perlu membuka hati dan minda untuk
terus mendukung ASPIRASI NEGARA.

Akhir kata Tahniah dan Terima Kasih kepada semua guru dan anggota pelaksana yang
telah menyumbang untuk kecemerlangan sekolah.

Sekian, Wassalam

SYED HUSNI BIN SYED MOHAMMAD
Guru Besar




- 2 -

2019











































ASPIRASI




SEKOLAH


- 3 -

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.


Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.



FALSAFAH SK DURIAN BURONG

Bahawa semua murid di sekolah ini diberikan peluang seluas-luasnya untuk
berkembang maju dari segi inteleknya dengan mencungkil potensi dan
bakat yang mereka ada. Maka kami guru-guru di sekolah ini
bertanggungjawab mendidik murid-murid kami supaya menjadi insan yang
sempurna dari segi jasmani, rohani serta intelek dan dapat melahirkan insan
yang berguna kepada diri sendiri, ibubapa, agama, masyarakat dan negara.



VISI SK DURIAN BURONG
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"


MISI SK DURIAN BURONG
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"


MATLAMAT SK DURIAN BURONG

 Melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan
sejahtera.
 Menyediakan mutu pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
 Menyediakan iklim sekolah yang selesa, ceria dan selamat.


WAWASAN SK DURIAN BURONG

SK Durian Burong berprestasi cemerlang bagi Daerah Kuala Terengganu
pada Tahun 2020.

- 4 -

PIAGAM PELANGGAN SK DURIAN BURONG

MURID

1. MEMASTIKAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MURID TERPELIHARA
2. MEMASTIKAN SEMUA MURID MENDAPAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MENGIKUT FALSAFAH NEGARA DAN JADUAL YANG DITETAPKAN
3. MEMASTIKAN SEMUA KERJA MURID AKAN DI SEMAK DALAM JANGKA MASA DUA
HARI SETELAH MURID MENYERAHKAN KEPADA GURU.
4. MEMASTIKAN SEMUA MURID SEKOLAH INI MENERIMA PENDIDIKAN YANG
SEMPURNA DAN TERBAIK.
5. MEMASTIKAN ANAK DIDIK SEKOLAH INI MENJADI INSAN YANG BERILMU, BERAMAL,
BERAKHLAK MULIA BERLANDASKAN AJARAN AGAMA ISLAM.


GURU DAN STAF

1. MEMASTIKAN PENGAGIHAN JADUAL WAKTU MENGAJAR YANG SEIMBANG
MENGIKUT KEPERLUAN SEKOLAH
2. MEMASTIKAN SEMUA GURU DAN STAF MENDAPAT KURSUS KEMAHIRAN BAGI
MEMAJUKAN PERKHIDMATAN SEKURANG 2 KALI SETAHUN
3. MEMASTIKAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF DI BERI PERHATIAN
4. MEMASTIKAN AGIHAN TUGAS DI BERI SECARA BETUL DAN SEIMBANG.
5. BERSEDIA MENJADI STAF YANG BERDEDIKASI, KOMITED, TERLATIH, BERDISIPLIN,
BERTANGGUNGJAWAB, PRODUKTIF DAN PROAKTIF.


IBU BAPA/PENJAGA DAN PELAWAT

1. MEMASTIKAN IBU BAPA/PENJAGA DAN PELAWAT YANG BERURUSAN DILAYAN
CEPAT DAN MESRA
2. MEMASTIKAN SEGALA ADUAN DARIPADA IBU BAPA / PENJAGA DIBERI PERHATIAN
DAN DIAMBIL TINDAKAN SEGERA.
3. BERKONGSI PENDAPAT DENGAN IBUBAPA BAGI MEMBINA KEPERLUAN PENDIDIKAN
SELARAS DENGAN BUDAYA PEMUAFAKATAN.
4. MEWUJUDKAN SITUASI DAN SUASANA KETERBUKAAN ANTARA SEKOLAH DAN
MASYARAKAT SETEMPAT DALAM MENYELESAIKAN SESUATU MASALAH.


STAKEHOLDER

1. MEMASTIKAN LAPORAN DIHANTAR KE KEMENTERIAN, JPNT DAN PPD SEBELUM
ATAU MENGIKUT TARIKH YANG DITETAPKAN
2. MEMASTIKAN URUSAN SURAT-MENYURAT DENGAN PPD, JPNT ATAU KEMENTERIAN
DIJAWAB SEBELUM ATAU MENGIKUT TARIKH YANG DI BERI.









- 5 -

MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN














































































- 6 -

- 7 -

MELANGKAH KE HADAPAN


















































































- 8 -

BUDAYA GenT BAHARU

















































































- 9 -

12 INISIATIF KPM

















































































- 10 -

PENTAKSIRAN TAHAP 1












































































- 11 -

TOUCH POINT 2019 PENGARAH JPNT














































- 12 -

TOUCH POINT 2019 PENGARAH JPNT














































- 12 -

21 SARANAN 2019































































- 13 -

21 SARANAN 2019































































- 13 -

PENDIDIKAN BESTARI


















































- 14 -

PENDIDIKAN BESTARI


















































- 14 -

2019











































FOKUS




- 15 - AH
SEKOL

FOKUS SK DURIAN BURONG





Bidang Pengurusan Budaya Sekolah


Tujuan / 1. Program bertujuan mewujudkan staf yang proaktif,
Objektif bersikap positif lagi optimis dengan perancangan yang
rapi.
2. Mengembalikan status kegemilangan Sekolah Harapan.
3. Memaksimakan outomasi komputer, menambahkan
kecekapan dan keselarasan hasil.
4. Setiap guru, kakitangan sokongan mendapat
pendedahan mengenai semua maklumat berkaitan
dengan program, aktiviti dan peristiwa yang berlaku di
sekolah.
5. Budaya Sekolah Bersih dan Sekolah Ceria.
6. Budaya Sekolah Selamat. Semua warga sekolah
perihatin dan komited dengan polisi sekolah selamat.


Deskripsi 1. Program ini diurus setia oleh beberapa Jawatankuasa
seperti :
 Jawatankuasa Mesyuarat Staf
 Jawatankuasa Sekolah Selamat
 Jawatankuasa Sekolah 3K
 Jawatankuasa Perkhidmatan Tadbiran Sekolah

2. Aktiviti yang dijalankan di bawah program ini :
 Mesyuarat Staf
 Sesi Pendedahan dan interaksi Peraturan Pegawai
Awam
 Kursus Dalaman
 Badan Kebajikan Staf
 Kempen Bersepadu Sekolah 3K
 Kempen Kembalikan Status Sekolah Harapan Negara
 Kursus Komputer dalam Pengurusan, HEM dan
Akedemik.


Hasil Yang 1. Membolehkan staf mengembangkan potensi diri dan
Hendak Dicapai menikmati kepuasan bekerja.
2. Wujudnya warga pendidik / staf berdisiplin tinggi,
produktif dalam kerjaya
3. Perkasakan Penyeliaan P&P dan pencerapan yang
konstruktif
4. Meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria
dan selamat.
5. Membolehkan pengurusan sekolah dijalankan dengan
cekap, tepat, berkesan.
6. Semua kakitangan mestilah mendapat penjelasan terus
daripada pengurusan apa-apa sahaja perkara yang
kurang jelas mengenai apa sahaja urusan berkaitan
dengan perjawatan, kebajikan dan peraturan dan juga
hal-hal lain.

- 16 -

Bidang Memperkasa Kurikulum Sekolah Kebangsaan.


Tujuan / Objektif 1. Melaksana, mengawal, menyelia dan menilai
keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ).
2. Mewujudkan pemantauan dan penilaian yang sah dan
akur dengan kehendak pelanggan dan ‘stake holder’
3. Mewujudkan suatu iklim penyungguhan kerja dan
tindakan proaktif dalam memperkasakan kurikulum.


Deskripsi 1 Program diurus setia oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
(JKS)

3. Aktiviti yang dijalankan di bawah program kurikulum
sekolah ialah
 Mesyuarat JKS
 Memperkasakan Program LINUS Tahun 1 - 3
 Memperkasakan Bahasa Melayu dan Mengukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI)
 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
 Projek Kecemerlangan Tahap 1 dan 2
 Projek Peningkatan UPSR menjelang 2020 – (30% 5A
dan 85% Lulus semua mata pelajaran)
 Cuti Terancang
 PBS
 Program Kelas Kondusif
 Program Jqaf
 Pra Sekolah


Hasil Yang Pelaksanaan aktiviti yang berkesan dan hasilan yang berjaya
Hendak Dicapai dan cemerlang.
 Mesyuarat JKS ( 4x setahun)
 Program LINUS – Sifar LINUS Tegar
 Peningkatan Kualiti Penggunaan Bahasa Melayu dan
Penguasaan Bahasa Inggeris.
 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran ( 4 x setahun)
 Projek Kecemerlangan Tahap 2 (Th.4,5 dan 6)
 Projek Peningkatan Pencapaian UPSR 2017-2020
 Cuti terancang (Penyediaan bahan latihan yang
bermutu)
 Ujian Penilaian Pertengahan dan Akhir Tahun.
 Program Kelas Kondusif (Sepanjang Tahun)
 Program Jqaf (Penghayatan Solat, Baca Quran dan
Jawi)
 Pemantapan Program PROTIM dan Pemulihan.
 Perlaksanaan Program MBMMBI dan KSSR









- 17 -

Bidang Program Hal Ehwal Murid


Tujuan / Membantu perkembangan diri dan sahsiah murid supaya
Objektif berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari,
berpengetahuan dan berkemahiran. Berkeupayaan berfikir
secara kreatif dan kritis, memupuk potensi dan menyuburkan
kepimpinan diri.
OBJEKTIF
Memahami konsep dan peranan bidang tugas
Pengurusan Hal Ehwal Murid.
Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat
membantu kecemerlangan murid di peringkat sekolah.
Memupuk dan menggilap kecemerlangan murid supaya
lebih bersahsiah dan berketrampilan.


Deskripsi 1. Program dan aktiviti yang diurusetia oleh Jawatankuasa
Hal Ehwal Murid antara lain ialah:
 Polisi Keselamatan dan keceriaan sekolah.
 Menguatkuasan Peraturan Sekolah.
 Menjaga kebajikan dan bantuan.
 Mengurus rekod dan pertukaran murid.
 Mengurus kemudahan Kesihatan dan Rawatan.
 Mengurus kemasukan ke SM.
 Galakan menabung untuk masa depan.
 Program Pencegahan Dadah
 Menyelia penyediaan makanan sihat dan berkhasiat
di kantin.


Hasil Yang 1. Memastikan semua murid mempunyai data maklumat
Hendak Dicapai peribadi yang lengkap dan kemaskini.
2. Memastikan semua murid sentiasa mematuhi peraturan
sekolah.
3. Memastikan semua murid di sekolah ini mengamalkan “
Budaya Hidup Sihat”.
4. Memastikan semua murid mendapat layanan adil dari
guru-guru.
5. Memastikan semua murid tidak terlibat dengan
kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral.
6. Memastikan semua murid yang bermasalah ekonomi dan
pembelajaran mendapat bantuan yang sewajarnya.
7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai
aktiviti yang dirancang.
8. Memastikan semua murid sentiasa menjaga
keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah.
9. Menggalakkan semua murid sentiasa berusaha menjaga
dan menaikkan nama sekolah.
10. Memastikan setiap murid yang berkeperluan untuk
pemeriksaan kesihatan menerima dan diberi rawatan.

- 18 -

Bidang Pengurusan Kokurikulum Sekolah


Tujuan / Objektif 1. Memastikan setiap individu pelajar terlibat dalam
aktiviti kokurikulum dan menerima pengalamian yan
berkesan.
2. Melaksana, menyelia dan mengelola aktiviti
kokurikulum sekolah bagi membentuk sahsiah dan
jatidiri pelajar.
3. Dapat membangunkan potensi pelajar yang berbakat
dan membentuk pasukan sekolah yang kuat.
4. Menghayati semua Hari Kebesaran dan Hari Perayaan
serta sambutan Maal Hijrah.


Deskripsi 1. Program diurusetia oleh Jawatankuasa Kokurikulum
Sekolah
2. Aktiviti yang dijalankan dalam Kokurikulum ini di bawah
3 bidang utama dan juga kegiatan Agama Islam.
Penyelarasan Aktiviti Sukan dan Permainan.
 Penyelarasan Aktiviti Badan Unit Beruniform
 Penyelarasan Aktiviti Kelab dan Persatuan
 Penyelarasan Aktiviti Pendidikan Islam dan JQAF
 Mesyuarat maklumbalas dan Penilaian Aktiviti.
 Persediaan Pasukan dan Latihan Pasukan Sekolah.
 Latihan yang terancang, menyediakan kemudahan
latihan.
 Persiapan Kejohanan Sukan dan Olahraga.
 Persiapan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform.
 Hari Kecemerlangan Tahunan Sekolah




Hasil Yang 1. Melahirkan murid yang cemerlang sukan Peringkat
Hendak Dicapai Daerah Negeri dan kebangsaan.
2. Membolehkan murid tahap 2 menyertai sekurang-
kurangnya satu jenis permainan dan satu pasukan.
3. Mempastikan semua murid tahap 2 terlibat dalam salah
satu unit Beruniform.
4. Meningkatkan pencapaian murid. Dan dapat kenalpasti
atlit sekolah.
5. Mengadakan latihan persiapan awal kepada atlit dan
pemain yang berpotensi membawa kejayaan kepada
sekolah.
6. Menang cemerlang diperingkat Daerah dan Negeri.






- 19 -

Bidang Program Permuafakatan Komuniti



Tujuan / Objektif 1. Merapatkan hubungan sekolah dengan komuniti
setempat , Meyakinkan ibubapa dan penjaga murid
khususnya ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru.(PIBG)
mengenai perkembangan pelajaran anak-anak.
Mendapat maklumbalas dari rumah ke sekolah.


Deskripsi 1. Program ini diurus setia oleh Jawatankuasa PIBG
sekolah dengan aktiviti pemuafakatan.
 Mesyuarat Agung PIBG
 Mesyuarat AJK PIBG
 Taklimat ibubapa murid tahun 1 –‘Transisi’
 Taklimat Penilaian mengenai Pentaksiran Peringkat
Sekolah (School Base Assesment)
 Perjumpaan ibubapa murid Tahun 6 ( berterusan)
 Perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas (2x)
 Bengkel / Seminar Pemuafakatan Keibubapaan
 Bengkel Ibubapa Cakna Cemerlang
 Sembahyang Hajat Kecemerlangan.
 Kelas Tuisyen SBT dan Kelas KAFA.
 Kem Motivasi Wajadiri dan Kem Kecemerlangan
Akademik



Hasil Yang 1. Membolehkan ibu bapa mengetahui dan memahami
Hendak Dicapai pelbagai program sekolah.
2. PIBG dapat memberi kerjasama yang padu dalam
pelaksanaan Program Sekolah.
3. Ibu bapa tahun 1 dapat memahami konsep ‘transisi’
dan kemahiran membaca dan menulis.
4. Hubungan dua hala antara ibubapa dengan pihak
sekolah, menjalin kerjasama, memupuk
pemuafakatan antara guru dengan ibubapa.
5. Ibubapa memahami tahap keupayaan sekolah dan
memahami polisi Kementerian Pelajaran.
6. Semua pihak samada JPNT, PPD dan Agensi Kerajaan
yang lain serta NGO dapat memberi sokongan,
membantu dan bekerjasama dengan sekolah.















- 20 -

2019











































MAKLUMAT ASAS




SEKOLAH

- 21 -

SEJARAH SK DURIAN BURONG


Sekolah Kebangsaan Durian Burong mula beroperasi pada 16 November 1990 yang
mana diketuai oleh Guru Besar pertama iaitu Hj. Mohd Salleh b. Ali. Sekolah ini
menampung murid-murid dari kampung-kampung sekitarnya seperti Kg. Durian Burong,
Kg. Kubang Parit dan Kg Bukit Kubang Jambu.

Beralamat di lokasi Jalan Cengal 8, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman,
Malaysia. Sehingga akhir tahun 2014 terdapat 14 orang Guru Besar telah berkhidmat di
sekolah ini. Sekolah bergred A ini terletak kira-kira 5 km dari bandar Kuala Terengganu.
YM Cg. Syed Husni b. Syed Muhamad, guru besar sekarang merupakan ketua pentadbir
yang ke 16.

SKDB yang mempunyai 2 blok bangunan ini mempunyai 15 buah kelas serta bilik-bilik
khas seperti makmal komputer, bilik sains, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik
tayangan, perpustakaan, bilik kesihatan dan lain-lain lagi


LAGU SK DURIAN BURONG

SKDB GEMILANG

INDAH MEMPESONA
SUASANA CERIA
SEKOLAH KU DAMAI PERMAI SENTIASA
KEHIDUPAN BERBUDAYA
KUKUH KERJASAMA
BERSATU BERETIKA
MISI KEJAYAAN DISIPLIN DIUTAMA
KOMITMEN TINGGI SETIAP MASA
CABARANKAN DITEMPUHI
BERPRESTASI TINGGI
LAHIRKAN INSAN YANG BERKUALITI
KORUS
ILMU MEMBINA INSAN
CEMERLANG BERUSAHA
MENGGAPAI WAWASAN
SKDB TERBILANG
MEGAH DI PUNCAK JAYA
KEIMANAN MENJANA PERUBAHAN
ULANG RANGKAP DI ATAS

Pencipta Lagu dan Lirik: En Abd Aziz b. Ab. Rahaman


- 22 -

2019











































TAKWIM




- 23 - AN
PERSEKOLAH

KALENDAR PERSEKOLAHAN TAHUN 2019



KUMPULAN A
Sekolah - sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PENGGAL
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU

01.01.2019 31.01.2019 23
01.02.2019 28.02.2019 20 12
01.03.2019 21.03.2019 15

JUMLAH HARI 58

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 1
12.03.2019 30.03.2019 9

1

31.03.2019 31.03.2019 1
01.04.2019 30.04.2019 22 8
01.05.2019 23.05.2019 17

JUMLAH HARI 40

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2
24.05.2019 08.06.2019 16


09.06.2019 30.06.2019 16
01.07.2019 31.07.2019 23
01.08.2019 08.08.2019 6 9

JUMLAH HARI 45

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
09.08.2019 17.08.2019 9 1

2
18.08.2019 31.08.2019 10
01.09.2019 30.09.2019 22
01.10.2019 31.10.2019 23 14
01.11.2019 22.11.2019 15

JUMLAH HARI 70

CUTI AKHIR TAHUN
22.11.2019 31.12.2019 40 5



Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 213 hari
Jumlah Hari Cuti Penggal : 74 hari

Kalendar Persekolahan Tahun 2019 : 43 minggu
Kalendar Akademik tahun 2019 : 34 minggu






- 24 -

KELEPASAN AM NEGERI TERENGGANU 2019








Tarikh-tarikh yang tersebut di bawah ialah
Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Terengganu Darul Iman
Bagi Tahun 2019

TARIKH
BIL KELEPASAN HARI
MASIHI HIJRAH
Tahun Baru Cina (Persekutuan dan Selasa 5 Februari 2019 30 J’awal 1440
1.
Negeri) Rabu 6 Februari 2019 01 J’akhir 1440
Hari Ulangtahun Pertabalan Kebawah
2. D.Y.M.M. Sultan Terengganu Isnin 4 Mac 2019 27 J’akhir 1440
(Negeri)
Hari Keputeraan Kebawah D.Y.M.M.
3. Jumaat 26 April 2019 20 Syaaban 1440
Sultan Terengganu (Negeri)
4. Hari Pekerja (Persekutuan) Rabu 1 Mei 2019 25 Syaaban 1440
Hari Wesak (Persekutuan) 14 Ramadhan
5. Ahad 19 Mei 2019
1440
Hari Nuzul Quran (Negeri) 17 Ramadhan
6. Rabu 22 Mei 2019
1440
Hari Raya Puasa (Persekutuan) * Rabu 5 Jun 2019 1 Syawal 1440
7.
Khamis 6 Jun 2019 2 Syawal 1440
Hari Raya Haji (Persekutuan) * Ahad 11 Ogos 2019 10 Zulhijah 1440
8.
Isnin 12 Ogos 2019 11 Zulhijah 1440
9. Hari Kebangsaan (Persekutuan) Sabtu 31 Ogos 2019 30 Zulhijah 1440
10. Awal Muharam (Persekutuan) Ahad 1 September 2019 1 Muharam 1441
11. Hari Kelepasan Am Negeri Isnin 2 September 2019 2 Muharam 1441
Hari Keputeraan Seri Paduka
12. Baginda Yang di-Pertuan Agong Isnin 9 September 2019 9 Muharam 1441
(Persekutuan)
Hari Malaysia (Persekutuan) 16 September
13. Isnin 16 Muharam 1440
2019
14. Hari Deepavali (Persekutuan) * Ahad 27 Oktober 2019 28 Safar 1441
Hari Keputeraan Nabi Muhammad
15. Sabtu 9 November 2019 12 R’awal 1441
S.A.W. (Persekutuan)
16. Hari Kelepasan Am Negeri Ahad 10 November 2019 13 R’awal 1441
17. Hari Krismas (Persekutuan) Rabu 25 Disember 2019 28 R’akhir 1441

* Tertakluk Kepada Perubahan


PERINGATAN
Jika apa-apa hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Jumaat, maka hari itu tidak diganti pada
hari yang berikutnya.













- 25 -

2019











































SURAT




PELANTIKAN


-- 26 --

SURAT PELANTIKAN JAWATANKUASA KERJA 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN BURONG
20050 KUALA TERENGGANU
TEL: 09-6241420
FAX : 09-6311400

Rujukan Kami :
Tarikh : 26 Disember 2018
Bersamaan : 8 Rabiul Akhir 1439H



Semua Guru dan Kakitangan
SK Durian Burong
20050 Kuala Terengganu

Tuan,

PELANTIKAN MENDUDUKI JAWATANKUASA BIDANG AKADEMIK, HAL
EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN
2019

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan sekolah telah merangka satu
jawatankuasa kerja sekolah bagi sesi persekolah tahun 2019.

3. Sehubungan itu, tuan telah dilantik menduduki Jawatankuasa-jawatankuasa
berkenaan sebagaimana dinyatakan dalam Buku Panduan Tugas 2018 sekolah ini.

Semogatuan dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan
cemerlangan dan sistematik untuk kemajuan sekolah kita.

Sekian, terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "


Saya yang menurut perintah,



.........................…………………..
( SYED HUSNI BIN SYED MOHAMAD )
Guru Besar
SK Durian Burong
Kuala Terengganu



-- 27 --

2019











































MANUAL




URUS TADBIR


-- 28 --

PENGURUSAN & PENTADBIRAN

PANDUAN UMUM GURU



PENDAHULUAN

Di bawah ini diperturunkan beberapa Garis Panduan Tugas Guru Mengenai beberapa perkara
tertentu dalam bidang pentadbiran dan pengajaran. Adalah diharapkan kerjasama,
perhatian berat dan tindakan timbal guru bagi bersama-sama melaksanakan, menyelaras,
menyempurnakan dan mengendalikan dengan tujuan supaya jentera pentadbiran dan
pengelolaan sekolah ini akan berjalan dengan teratur, kemas dan licin.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

1. Perintah Am

Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru adalah tertakluk dengan segala arahan yang
terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membawa,
memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

2. Sikap Guru / Kakitangan Sekolah

Sikap baik guru / kakitangan membantu dalam membina iklim sekolah yang baik. Antara
lain, ‘sikap baik’ ini dapat dilihat dalam perkara-perkara seperti berikut:-

2.1. Menepati Masa – sekurang-kurangnya telah menghadirkan diri 10 minit
sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan sebarang tugas di
sekolah, memulakan tugas pengajaran sebaik-baik loceng berbunyi / apabila
tiba masanya. Sesuatu tugas yang diberi diselesaikan dalam tempoh yang
ditetapkan tanpa perlu diingat-ingatkan.

2.2 Pakaian – Pakaian guru / kakitangan sentiasa sesuai untuk alam sekolah.
Guru lelaki tidak memakai kasut ala selipar, kemeja T, baju bercorak garang,
khasnya semasa bertugas formal. Peraturan-peraturan pakaian rasmi
seperti yang ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri / Kementerian
Pendidikan hendaklah dipatuhi pada ketika-ketika berkenaan.
Guru/Kakitangan wanita berpakaian sesuai.

Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Sukan wajib memakai
pakaian yang digariskan dalam pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan
pengajaran Pendidikan Jasmani/Sukan.

2.3 Misai / Janggut / Rambut – Guru-guru lelaki dan Kakitangan lelaki di sekolah
hendaklah mematuhi garis panduan. Kementerian Pendidikan dalam hal ini
dan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada semua murid.

2.4. Merokok – Guru/Kakitangan tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah.

2.5 Budi Bahasa – Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang
baik dengan berbudi bahasa dan sopan di antara semua ahli dalam keluarga
sekolah dan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah.

2.6 Berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan
keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah.


-- 29 --

2.7 Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil
daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya.
Berbincang dengan guru-guru kanan atau Guru Besar apabila menghadapi
sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan.

2.8 Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya.
Sentiasa Ingin membaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi
guru/kakitangan yang lebih berkesan. Memahami Etika Profesion Perguruan.

2.9 Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi kebajikan
murid/sekolah.

2.10 Menerbitkan nilai-nilai sihat/positif di kalangan murid/rakan sejawat di
sekolah ke arah perpaduan dan terhindar daripada sebarang bentuk
prasangka, kumpulan dan sebagainya.

2.11 Menunjukkan sifat prihatin terhadap semua murid di sekolah tanpa
membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama, kedudukan
sosioekonomi dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah Falsafah
Pendidikan Negara.

2.12 Mengemukakan cadangan/idea pendapat untuk kebaikan sekolah melalui
saluran-saluran yang ada – peti cadangan, perjumpaan sesama guru,
mesyuarat dan sebagainya.

2.13 Sanggup dan ingin menghadiri/menyertai LADAP/Seminar/Kursus/Program
Perkembangan Staff dan membawa pembaharuan kepada alam sekolah ini.

2.14 Tidak bercuti dari tugas, kecuali atas sebab-sebab yang paling mustahak.
Apabila terpaksa bercuti, rela menghabiskan tugas-tugasnya yang
tergendala itu tanpa sebarang arahan dan memastikan tiada aktiviti di
sekolah tergendala kerana ketidakhadiran dirinya.

2.15 Menyelenggara Buku Persediaan Mengajar, Jadual-Jadual, Rekod Pungutan,
Alatan-Alatan, Bilik-Bilik, Perabot, Buku Stok, Buku Laporan dan sebagainya
mengikut keperluan yang ditetapkan.

2.16 Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak
jelas dapatkan bantuan daripada Penolong Kanan atau Guru Besar.

2.17 Terbuka kepada idea/kaedah yang baru dalam pendidikan.

2.18 Sanggup menerima cabaran semasa menjalankan tugas termasuk mendidik
murid-murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang berbagai-bagai
ragam demi kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini.

2.19 Memberi kerjasama/sumbangan kepada guru kanan/ketua kumpulan dalam
mengendalikan sesuatu tugas, meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu
keputusan yang diambil oleh kumpulan itu.

2.20 Tidak terlalu menghitung masa dan tugas dalam menjalankan tugas-tugas
sekolah.

2.21 Mengutamakan kepentingan sekolah/perkhidmatan apabila bercanggah
dengan kepentingan diri sendiri.


3. Kedatangan / Waktu Bertugas

3.1 Waktu bersekolah ialah seperti berikut:-
• TAHAP 1
Ahad dan Isnin = 7.30-1.30
Selasa, Rabu dan Khamis = 7.30-1.00

-- 30 --

• TAHAP 2
Ahad = 7.30-2.00
Isnin , Selasa, Rabu ,Khamis = 7.30-1.30

Kokurikulum : Mengikut jadual yang ditetapkan

Kaki tangan :
Ahad – Rabu :8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 ptg

3.2 Guru-guru adalah diwajibkan hadir di sekolah pada tiap-tiap hari
persekolahan.

3.3 Guru-guru dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang dinyatakan
di atas.

3.4 Guru-guru dan kaki tangan dikehendaki menulis masa kedatangan apabila
tiba di sekolah dan balik dari sekolah.

3.5 Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat ataupun tidak hadir, mereka
hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar (Guru
hendaklah menghubungi pihak sekolah jika mereka terpaksa datang lewat
ataupun tidak dapat hadir).

4. Kebenaran Keluar

4.1 Mana-mana yang guru terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah
mendapat kebenaran Guru Besar atau wakilnya ketika Guru Besar tiada.

4.2 Selepas diberi kebenaran, buku rekod meninggalkan kawasan sekolah
hendaklah diisi.

5. Cuti / Keuzuran

5.1 Pihak sekolah diberitahu segera/lebih awal jika terdapat keuzuran/
kecemasan/ cuti sakit.

5.2 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Guru Besar dengan
kadar segera.

5.3 Cuti/tidak hadir ke sekolah yang berunsur lebih kepada kepentingan peribadi
adalah tidak dibenarkan.

5.4 Menjadi tanggung jawab semua guru untuk mengisi terlebih dahulu
permohonan cuti samada CRK / CTR/CTG dan perlu mendapat kelulusan dari
pihak berkenaan sebelum bercuti. Permohonan cuti perlu dihantar selewat-
lewatnya 1 minggu bagi CRK kecuali bagi kes-kes kecemasan seperti sakit
atau kematian keluarga dan 2 minggu bagi CTR/CTG.

6. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kenyataan

6.1 Guru/Kakitangan yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan yang
munasabah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am.

6.2. Guru/Kakitangan yang pada zahirnya ke sekolah, tetapi tidak menjalankan
tugasnya juga boleh dianggap tidak menjalankan tugas dan diambil tindakan
memotong gaji pada hari berkenaan.


7. Sijil Pendaftaran Guru/ Permit Mengajar

7.1 Peraturan ini tertakluk kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja.
-- 31 --

7.2 Semua GSTT yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang
diperbaharui pada tiap-tiap tahun.

8. Pakaian

8.1 Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P
(B5)859/Jld.11/(36) bertarikh 9 Mei 1985 mengenai pakaian guru-guru di
sekolah. Pakaian guru perlu kemas dan sesuai dan melambangkan disiplin
dan imej profesion perguruan.

8.2 Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah
memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata
pelajaran tersebut.

8.3 Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas/menghadiri
upacara rasmi.

8.4 Memakai pakaian seragam unit beruniform yang lengkap pada setiap hari
Selasa dan pakaian batik pada hari Khamis.

8.5 Guru lelaki digalakkan memakai tali leher semasa bertugas. Semua guru
dikehendaki berpakaian kemas/lengkap dalam sebarang tugas/upacara
rasmi.


9. Perhubungan Sesama Guru

9.1 Guru-guru diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang
baik dan sihat sesama mereka dan sentiasa dapat mengawal tutur kata.
Juga diharap akan wujud perasaan kekitaan di kalangan guru-guru.

9.2 Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan
dan fahaman atau pendapat atau kepercayaan pada guru ataupun murid
atau kakitangan sekolah.


10. Bilik Rehat

10.1 Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan
dengan Bilik Guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada
jawatankuasa ini.

10.2 Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab
semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat di
dalam Bilik Guru.

10.3 Guru-guru hanya dibenarkan berada di Bilik Guru semasa mereka tidak
mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching
dan bukannya freeperiod. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa
tersebut (di Bilik Guru) untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.

10.4 Guru tidak dibenarkan membenarkan murid-murid berada di Bilik guru.

10.5 Guru-guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama
bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak
mengganggu ketenteraman sekolah.





-- 32 --

11. Inisiatif Guru

11.1 Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi
melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan.

11.2 Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan/
membincangkan/ memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Guru
Besar.


12. Masalah-Masalah Perjawatan Dan Pengajaran

12.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Pembantu Tadbir yang
berkenaan ataupun kepada Guru Besar.

12.2 Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, mereka boleh
memberitahu mengenainya sama ada kepada Guru Kanan Mata Pelajaran,
Penolong Kanan atau pun kepada Guru Besar.



13. Tugas Guru

13.1 Guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum,
kokurikulum dan juga pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan
tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan
menunjukkan semangat serta minat yang mendalam terhadap tugas-tugas
tersebut.

13.2 Guru Kelas

13.2.1 Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Kelas.
Mereka dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah
ditetapkan dan menjalankannya dengan baik dan cekap. (Sila lihat
senarai tugas tersebut yang dilampirkan bersama di dalam buku ini)

13.3 Guru Bertugas Mingguan/Harian

13.3.1 Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir
mengikut harian. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua
atau tiga orang guru akan diminta bertugas.

13.3.2 Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru
Bertugas untuk makluman dan perhatian Guru Besar/Penolong
Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Guru
Besar keesokan harinya. (Sila rujuk lampiran mengenai senarai
tugas guru-guru bertugas).



13.4 Kokurikulum

13.4.1 Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan
kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah difahami benar-
benar dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum
di bawah pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada
pelajar-pelajar yang menjadi ahli-ahlinya.

13.4.2 Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum,
tidak kira sama ada mereka terlatih atau tidak dalam bidang
tersebut. Kemahiran boleh didapati melalui bacaan, menghadiri

-- 33 --

kursus, lawatan, perbincangan mahupun dengan cara on the job
training. Jika ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba
boleh dalam bidang kokurikulum.

13.4.3 Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan
yang bersungguh-sungguh, sebahagian besarnya bergantung
kepada sikap guru itu sendiri.

13.4.4 Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di
kalangan guru mahupun murid.

13.4.5 Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting
mengenainya hendaklah disimpan dalam Buku Rekod berkenaan.
Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus diselenggarakan oleh
guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu.



13.5 Pentadbiran Ikhtisas

13.5.1 Setiap guru perlu terlibat dalam serba sedikit pentadbiran ikhtisas
seperti Guru Kelas, Penyelaras Kelas, Guru Perpustakaan, Guru
Pusat Sumber, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, AJK
PIBG, Bilik Guru, AJK Kebersihan/Keceriaan, AJK Kantin Sekolah,
Inventori, AJK SPBT dan sebagainya.

13.5.2 Bidang kuasa masing-masing mudah difahami dengan sedikit daya
usaha sendiri.

13.5.3 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum
mahupun kokurikulum sebahagian besarnya bergantung kepada
keberkesanan pentadbiran ikhtisas di sekolah kita. Oleh itu, bidang
ini perlu diberi perhatian yang wajar.


14. Buku Rekod Mengajar

14.1 Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan mereka
bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut (Pekeliling
Kementerian Pelajaran Bil. 256). Semua kehendak buku itu perlulah
disempurnakan dengan lengkap, teliti kemas dan menurut masa. Buku ini
diserahkan kepada Buru Besar atau Penolong Kanan pada tiap-tiap hari
Khamis untuk diperiksa dan ditandatangani. Jika Guru Besar tiada, maka
buku itu akan diperiksa oleh Guru Penolong Kanan atau Guru Kanan Mata
Pelajaran. Buku rekod mengajar perlu dihantar pada detiap hari Khamis
sekiranya cikgu tidak hadir perlu menghantar buku berkenaan pada hari
Ahad minggu berikutnya.

14.2 Jika seseorang guru bercuti, buku itu mestilah diserahkan kepada Guru
Penolong Kanan Pentadbiran terlebih dahulu.


15. Jadual Waktu

15.1 Tiap-tiap guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu kelas
dan juga persendirian yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang
telah disediakan dengan lengkap dan kemas ke pejabat.

15.2 Guru-guru Kelas juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu
untuk dipamerkan di kelas masing-masing.

15.3 Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.


-- 34 --

15.4 Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab
ke atas kelas/tugas yang ditetapkan.


16. Buku Rekod Kedatangan Murid

16.1 Tiap-tiap Guru Kelas akan diberikan sebuah Buku Rekod Kedatangan untuk
kegunaan kelasnya. Guru bertanggungjawab untuk memenuhi maklumat-
maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi
kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di bahagian
dalam kulit hadapan buku tersebut.

16.2 Kedatangan harian murid hendaklah diambil oleh Guru kelas sendiri pada
hari mengajar pada waktu kedua (second period).

16.3 Buku ini diambil dari Pejabat Sekolah dan hendaklah disimpan semula di
tempat asalnya tidak lewat dari tamatnya waktu yang kedua untuk
membolehkan pihak sekolah mengetahui bilangan murid yang hadir/tidak
hadir pada hari yang berkenaan sebelum waktu rehat. Keselamatan buku ini
semasa di dalam pegangan guru adalah tanggungjawab guru berkenaan.

16.4 Dari masa ke masa, buku ini akan disemak oleh Guru Penolong HEM guru
yang telah ditugaskan oleh Guru Besar khas untuknya.

16.5 Guru-guru kelas juga perlu mengisi dan mengemaskini data murid melalui
sistem SPS setiap hari sebelum jam 9.00 pagi.

17. Menghukum Murid

17.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid.
Guru-guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murid-
murid.

17.2 Murid-murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada
pengetahuan Guru Besar/GPK GPK HEM atau Guru Disiplin/JK Disiplin.


18. Fail Peribadi Murid

18.1 Semua Guru Kelas dikehendaki mengemas kini fail peribadi ini pada tiap-
tiap awal tahun.

18.2 Fail ini hendaklah berada di Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan disusun
atur mengikut kelas.


19. Buku Teks (SPBT)

19.1 Guru-guru Kelas dan guru-guru SPBT hendaklah menguruskan Skim
Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan arahan dan kehendak biasa
Kementerian atau Jabatan Pendidikan Surat KP. 8772/1979/SP/(29)
bertarikh 12 Oktober 1978 dirujuk.

19.2 Semua jenis borang dan keperluan biasa itu hendaklah disempurnakan
dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang telah ditetapkan.

20. Keselamatan Harta Benda Sekolah

20.1 Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid-murid yang merosakkan harta
benda sekolah sama ada dengan sengaja ataupun tidak, hendaklah dibawa


-- 35 --

kepada pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya (misalnya
memecahkan cermin tingkap).

20.2 Guru Kanan Mata Pelajaran yang berkenaan hendaklah memastikan ada
peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tertentu, misalnya
Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan sebagainya.


21. Kebersihan

21.1 Tiap-tiap guru mestilah menitikberatkan perkara ini dan adalah menjadi
kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah ini.
Jadual giliran bertugas murid-murid di kelas hendaklah disediakan oleh Guru
Kelas. Alatan kebersihan darjah perlulah digunakan dengan rapi dan
disimpan dengan selamat.
21.2 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan guru-guru yang mempunyai bilik
khas/tempat khas seperti makmal, bengkel seni perusahaan, stor sains
pertanian, stor sukan, bilik kerjaya dan sebagainya adalah
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik
tersebut.

21.3 Guru yang masuk ke kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas tersebut
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.


22. Kutipan Sumbangan PIBG

22.1 Sumbangan Aktiviti Pembelajaran yang dikutip untuk PIBG adalah seperti
yang ditetapkan.

22.2 Guru-guru Kelas akan diberi surat kuasa untuk mengutip sumbangan
tersebut. Guru-guru Kelas hendaklah memastikan bahawa resit-resit
dikeluarkan kepada murid-murid yang telah membuat pembayaran
sumbangan.

22.3 Segala wang kutipan, hendaklah diserahkan kepada Bendahari PIBG pada
hari yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan
Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru hendaklah
memastikan mereka diberi resit oleh pihak PIBG dan menyimpan resit-resit
tersebut.

22.4 Guru-guru adalah DILARANG sama sekali mengutip sebarang bentuk
yuran/bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan atau kebenaran
daripada Guru Besar.


23. Surat Menyurat

23.1 Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan
melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan.


24. Surat-Surat Yang Diterima

24.1 Ada surat-surat yang diterima oleh sekolah yang terpaksa diedarkan pada
guru-guru yang berkenaan untuk diambil tindakan. Guru-guru ini hendaklah
mengambil tindakan yang segera terhadap surat-surat tersebut.

24.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru yang berkenaan dengan dinyatakan
melalui dan salinan kepada Guru Besar surat itu boleh disimpan oleh guru
di dalam fail yang ada padanya, setelah mengambil tindakan mengenainya.


-- 36 --

24.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkan
surat tersebut untuk tindakan guru yang berkenaan maka, guru itu
hendaklah :-

24.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tiada di dalam
simpanannya (jika perlu dan berkaitan)

24.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.

24.3.3 Memulangkan semua fail tersebut ke pejabat.

24.4 Segala surat dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya
ditandatangani oleh Guru Besar, kecuali jika beliau sedang bercuti dan
sebagainya. Maka surat itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan
bagi pihak Guru Besar.


25. Pergi Ke Jabatan Pendidikan Negeri .

25.1 Dari masa ke masa, mungkin ada guru-guru yang terpaksa ke JPNT untuk
satu-satu hal yang tertentu yang berkaitan dengan masalah perkhidmatan
dan sebagainya.

25.2 Untuk tujuan ini, guru-guru dikehendaki memenuhkan rekod keluar yang
boleh didapati di pejabat sekolah.

26. Pelawat

26.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar atau Guru
Penolong Kanan terlebih dahulu.

26.2 Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar.


27. Membeli Barang

27.1 Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang, hendaklah
melengkapkan borang nota minta mengenainya yang boleh didapati di
pejabat. Borang ini kemudiannya diserahkan kepada pembantu tadbir
kewangan untuk tindakan selanjutnya.

27.2 Jika barang yang berkenaan dikehendaki dengan kadar yang segera, boleh
memberitahu mengenainya kepada Guru Besar dan kebenaran akan diberi
supaya guru boleh membeli tersebut sama ada secara tunai ataupun dibilkan
ke sekolah.


28. Perpustakaan Sekolah

28.1 Guru-guru hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa tempat duduk
adalah mencukupi sebelum membenarkan murid-murid ke perpustakaan.

28.2 Guru-guru hendaklah bersama murid sewaktu berada di perpustakaan.


29. Kegiatan Kokurikulum

32.1 Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi Penasihat/Guru Penjaga dan
sebagainya untuk kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur.



-- 37 --

30. Mengajar Luar Waktu Sekolah

30.1 Kebenaran daripada Guru Besar/Pengarah Pendidikan perlu diperoleh
terlebih dahulu sebelum seseorang ingin mengajar di luar sekolah.

30.2 Surat siaran JPJ.S.036/Pt.1(18) dan P.A.D 4(1)/(11),12(2)(iv) dan Rules 20
of The Assisted School ( Management) Rules 1962 perlu dirujuk.

31 Perhimpunan Sekolah

31.1 Pihak sekolah mengadakan perhimpunan harian (Isnin–Khamis) dan
perhimpunan rasmi (Ahad).

31.2 Semua guru dikehendaki menghadirinya. Guru bertugas perlu berada
bersama murid. Pengisian untuk program Asahan Minda adalah seperti
berikut:
Isnin: Bacaan Sifir dan Kosa kata Bahasa Melayu
Selasa: Kokurikulum/Disiplin/Motivasi
Rabu: English Day/Learn a word a day/Program NILAM
Khamis: Ceramah kerohanian/ Bacaan Yasin
Semua pengisian perlulah berakhir selewat-lewatnya jam 7.50 pagi.

32. Mesyuarat Guru-Guru

32.1 Dari masa ke masa, Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru-guru.
Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua guru.

33. Mesyuarat Jawatankuasa

33.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa yang terdapat di
sekolah. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil
dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.

33.2 Guru yang dilantik menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa,
hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan hendaklah disampaikan
kepada Guru Besar dengan kadar segera.

34. Latihan Kebakaran

34.1 Arahan khas Guru Besar mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan
teliti. Latihan-latihan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa hari
persekolahan.

34.2 Guru-guru mestilah sentiasa bersedia dan mematuhi kesemua arahan yang
terkandung di dalam surat arahan tersebut.


35. Keahlian Kelab Guru dan Kakitangan serta PIBG

35.1 Semua guru dan kakitangan sekolah secara automatik menjadi ahli kepada
Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah.
35.2 Semua guru adalah menjadi ahli PIBG Sekolah Kebangsaan Durian Burong.






-- 38 --

36. Lawatan Sambil Belajar

36.1 Guru-guru digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah
murid-murid. Walau bagaimanapun, ia harus dibincangkan terlebih dahulu
dengan Guru Besar dan persetujuan darinya hendaklah diperoleh. Setelah
itu, segala prosedur mengenainya, seperti mendapatkan surat kebenaran
dari ibu bapa/penjaga hendaklah diuruskan terlebih dahulu. Segala surat
mengenainya hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar.

36.2 Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan yang
melibatkan murid-murid sekolah, ataupun menggunakan nama sekolah
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa pengetahuan Guru
Besar dan juga tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Juga
dilarang guru-guru menganjurkan lawatan yang berbentuk berkelah.

36.3 Semasa lawatan dijalankan guru-guru yang mengiringi hendaklah
mengawasi dan mengawal murid-murid dengan baik.

36.4 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah
menyampaikan laporan bertulis mengenainya kepada Guru Besar.

36.5 Guru-guru Unit Beruniform yang ingin membawa murid-murid untuk
berkhemah, hendaklah terlebih dahulu berbincang dengan Guru Besar.


37. Mengiringi Pasukan Sekolah

37.1 Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti
tertentu, di luar kawasan sekolah, hendaklah menguruskan segala urusan
mengenainya.

37.2 Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut,
prosedur yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah
mengawasi dan mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka


38. Kepimpinan Melalui Teladan dan Bersih, Cekap dan Amanah

38.1 Kedua-dua cogan kata tersebut adalah hasrat dan harapan kerajaan
terhadap sikap kakitangannya.

38.2 Guru-guru dikehendaki memahami, menghayati serta mengamalkan dan
menjadikannya sebagai panduan.


39. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah

39.1 Semua guru dikehendaki mengamati, memahami serta menghayati falsafah,
matlamat dan objektif sekolah.

39.2 Oleh itu, mereka hendaklah sama-sama berusaha dengan gigih demi
membolehkan matlamat dan objektif tersebut dicapai serta falsafah tersebut
berfungsi dan bermakna.


40. Buku Stok

40.1 Mana-mana mata pelajaran dan sebahagian yang perlu mengadakan buku
stok seperti Sains, Kemahiran Hidup, Perpustakaan, Pendidikan Jasmani,
Sukan dan sebagainya.



-- 39 --

40.2 Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan
bahawa maklumat-maklumat di dalam buku tersebut adalah tepat, lengkap
dan sentiasa kemas kini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh
Guru Besar/Guru Penolong Kanan.


41. Buku Rekod Pengambil Barang Dari Pejabat dan Membuat salinan fotostat

41.1 Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru-guru dikehendaki
mencatatkan di dalam Buku Rekod Pengambilan Barang apabila mereka
memerlukan alatan seperti kertas stensil, kertas dan sebagainya.

41.2 Apabila mengambil barang dari pejabat, guru-guru diharap akan mengambil
dengan mengikut kadar yang diperlukan sahaja demi untuk mengelakkan
pembaziran.

41.3 Segala barang/alatan dipinjam dari pejabat, guru hendaklah
mengembalikannya semula selepas digunakan.

41.4 Guru-guru yang berhasrat untuk membuat salinan fotostat atau riso untuk
tujuan aktiviti pdp hendaklah terlebih dahulu membuat tempahan dan
mengisi borang selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh diperlukan. Kalau
melibatkan soalan peperiksaan perlu di mohon 2 minggu lebih awal. Guru-
guru tidak digalakkan membuat salinan fotostat sendiri.


42. Tanda Nama

42.1 Semua guru dan kakitangan dikehendaki sentiasa memakai tanda nama
mereka pada hari persekolahan, pada hari-hari keramaian di sekolah dan
juga semasa menghadiri sebarang majlis di luar sekolah.


43. Kebersihan/Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah

43.1 Guru-guru Kelas hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam
Kelas di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan
keselamatan bilik darjah masing-masing.

43.2 Walau bagaimanapun, guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang
digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid-
murid.

43.3 Guru Kelas adalah bertanggungjawab bagi memastikan kelas mereka
mempunyai perkara-perkara berikut
43.3.1 Misi dan Visi Sekolah
43.3.2 Jadual Waktu
43.3.3 Jadual Bertugas
43.3.4 Carta Organisasi Kelas
43.3.5 Pelan Pergerakan Semasa Kecemasan
43.3.6 Pelan Kedudukan Murid
43.3.7 Penyapu
43.3.8 Penyodok Sampah
43.3.9 Penyapu bulu ayam.
43.3.10 Pemadam










-- 40 --

2019











































PENGURUSAN




PdPC


-- 41 --

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Masuk Kelas Menepati Waktu
Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa.

2. Kawalan Murid
Kawalan dan disiplin sekolah sangat penting. Semua guru diminta menganggap
bahawa ia adalah tugas kita bersama dan oleh itu perlu memberikan kerjasama yang
sepenuhnya dalam perkara ini dengan pihak sekolah.

3. Perlakuan Waktu Mengajar
Guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas supaya membolehkan
mereka mengawal murid dengan baik dan menyampaikan pengajaran dengan
teratur, apabila mereka mengajar sambil duduk/bertenggek adalah tidak sesuai
kecuali dengan sebab-sebab kesihatan.

4. Alat Mengajar/ Bahan Sumber
4.1. Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk menyediakan alatan mengajar
dan bahan sumber yang sesuai untuk tujuan melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran.

4.2. Alatan mengajar/bahan sumber yang terdapat di bilik sumber dan
sebagainya hendaklah digunakan di dalam pengajaran.

4.3. Guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan
alat-alat tersebut. Bahan-bahan yang tersimpan di bilik sumber hanya boleh
diambil dan disimpan oleh guru-guru sahaja.

5. Alat Sukan
5.1. Semua jenis alatan yang disediakan oleh pihak sekolah perlu diawasi dengan
teliti. Hanya guru dan Ketua Murid/Ketua Pasukan dibenarkan mengambil
alatan itu. Stor alatan perlu dijaga dengan sempurna.


6. Buku Latihan/Buku Nota Murid
6.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid supaya digalakkan
menggunakan buku latihan yang ada dijual di kedai buku sekolah untuk
kegunaan mereka.

6.2 Guru hendaklah mengawasi segala kerja murid supaya dilakukan dengan
bersih, kemas dan teratur.

6.3 Guru-guru akan dikehendaki menghantar buku-buku rampaian dan buku-
buku nota murid ini kepada Guru Besar /Guru Penolong Kanan apabila
diminta.


7. Latihan Bertulis Dan Pemeriksaannya
7.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa
kerap yang mungkin. Mana-mana pelajaran yang sesuai diberi latihan di
rumah, guru hendaklah memberikannya.

7.2 Guru juga diminta untuk memberi kerja rumah berbentuk ujian seberapa
kerap yang boleh. Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar
kebolehan dan keupayaan murid.

7.3 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan
dijalankan secepat yang mungkin dan hendaklah sentiasa kemas kini. Guru-
guru tidak dibenarkan menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih
dari satu minggu di Bilik Guru.



-- 42 --

7.4 Guru juga dikehendaki memeriksa buku nota murid-murid dari masa ke
masa untuk memastikan nota mereka lengkap, kemas dan teratur.

8. Penilaian dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

8.1 Dari masa ke masa guru-guru akan menjalankan ujian bulanan dan juga
ujian penggal. Sila rujuk kalender sekolah mengenai ujian bulanan dan
penggal.

8.2 Bagi ujian bulanan, guru-guru diminta menjalankan pada bulan yang telah
ditetapkan dan markah-markah hendaklah dimasukkan di dalam ruang yang
berkenaan di dalam Buku Rekod Mengajar Guru. Guru-guru juga perlu
memasukkan markah kedalam sistem SAPS setiapkali selepas
ujian/peperiksaan.

8.3 Guru-guru diwajibkan untuk melaksanakan PBS kepada semua murid
berdasarkan DSKP setiap mata pelajaran. PBS perlu dilaksanakan mengikut
garis panduan PPPM setiap mata pelajaran.

8.4 Guru-guru perlu merekodkan pentaksiran serta dapat menunjukkan serta
merta bukti PBS telah dilaksanakan apabila diminta. Keputusan PBS perlu
dicetak setiap akhir tahun dan dimasukkan satu salinan ke dalam fail
peribadi murid.

8.5 Bagi Ujian Penggal pula, arahan mengenainya akan dibuat dari masa ke
masa dan guru-guru dikehendaki mematuhi arahan.


9. Pemantauan Guru Besar

9.1 Pemantauan ini akan dilakukan pada bila-bila masa dengan tujuan untuk
melihat situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

10. Pemantauan Oleh Nazir Sekolah /Pegawai JPN, PPD

10.1 Dari masa ke masa sekolah ini akan didatangi oleh Nazir Sekolah atau
Pegawai-pegawai lain untuk memeriksa keadaan pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran yang tertentu.

10.2 Guru-guru dikehendaki memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada
mereka. Guru-guru boleh berbincang dengan pegawai-pegawai ini dan
bukan hanya setakat mendengar dan menerima arahan sahaja.


11. Guru Ganti

11.1 Guru-guru yang ditugaskan untuk menggantikan bagi guru-guru yang tidak
hadir ke sekolah, hendaklah masuk ke kelas yang berkenaan dan guru
tersebut hendaklah mengawas dan mengawal murid-murid supaya tidak
mengganggu kelas-kelas yang lain (Sila rujuk bahagian panduan guru ganti
dalam Buku Panduan Guru)

11.2 Tugas-Tugas Pengganti (Guru Ganti)

11.2.1 Penolong Kanan/Guru Jadual waktu akan menyediakan Jadual
Waktu Penggantian bagi guru-guru yang tiada di sekolah pada hari
tersebut.

11.2.2 Tugas penggantian ini adalah tugas rasmi dan wajib patuhi.
12. Perhubungan/Interaksi Guru Murid

12.1 Dalam usaha untuk membolehkan wujudnya situasi dan suasana yang
sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik,
-- 43 --

guru hendaklah berusaha untuk mewujudkan perhubungan/interaksi yang
baik dengan murid.

12.2 Hubungan baik ini antara guru dengan murid perlu diwujudkan sama ada di
dalam ataupun di luar bilik darjah. Ini akan membolehkan murid-murid
mempunyai sikap, pandangan dan anggapan yang positif terhadap guru.
12.3 Guru-guru terutamanya guru-guru lelaki perlu menjaga batasan hubungan
terutama dengan murid perempuan.

12.4 Adalah dilarang sama sekali melakukan sentuhan secara fizikal mau
pun gangguan secara emosi melalui medium lain seperti hubungan
dialam maya. Guru-guru perlu bersikap profesional.


13. Mendenda Murid

13.1 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif. Denda yang boleh
merugikan murid-murid di dalam pelajaran tidak dikehendaki dan dilarang.

13.2 Guru-guru dilarang sama sekali mendenda murid dengan menggunakan
kekerasan secara fizikal. Hanya guru besar sahaja yang mempunyai kuasa
merotan dan hanya guru yang diturunkan kuasa sahaja boleh merotan
murid.

13.3 Guru-guru juga dilarang mendera murid secara emosi yang berlebihan
sehingga meninggalkan kesan negatif kepada murid.

































-- 44 --


Click to View FlipBook Version