SEJAMBAK BAKTI
REJAB F.I
BAB 3 : Perjanjian Membalas
Dendam
Pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha
koperasi sekolah telah menimbulkan rasa tidak senang
dalam hati Munir. Munir melepaskan rasa kesalnya
kepada 2 orang penyokong setianya, iaitu Leong dan
Selvam. Munir kesal kerana Leong dan Selvam tidak
mencalonkan namanya dan berkempen untuknya bagi
merebut jawatan tersebut. Namun, kedua-dua orang
rakannya menafikan hal tersebut.
Munir, Leong,dan Silvam berjalan menuju ke
kedai koperasi sekolah. Ketika mereka masuk ke
kedai koperasi itu, Ramlah sedang membantu Razali
membuat minit mesyuarat. Cikgu Robeah pula sedang
mengira jumlah wang hasil jualan kedai koperasi pada
hari itu, dengan dibantu oleh Swee Lan. Munir berasa
jengkel melihat Razali dan Ramlah berdua-duaan
begitu. Munir menyindir Razali. Silvam menyokong
kata-kata Munir. Ramlah menengking mereka.
Akhirnya, Munir, Leong, dan Silvam keluar dan kedai
koperasi itu
Bab 4 : Persiapan Kedai
Koperasi
Swee Lan mengadu kepada Cikgu Zulkifli bahawa
Munir, Leong, dan Silvam masih belum hadir bertugas
pada pagi tersebut walaupun pada waktu itu merupakan
giliran mereka bertugas. Keadaan tersebut menyebabkan
Cikgu Zulkifli berasa sangat kecewa dan berjanji untuk
menyelesaikan perkara itu.
Razali menemui Cikgu Zulkifli. Dia menghulurkan
sehelai kertas yang bertulis senarai barang yang perlu
dibeli. Cikgu Zulkifli menerima kertas tersebut dan
meneliti nama barang yang tercatat. Cikgu Zulkifli
bertanyakan tempat mereka boleh membeli barang-
barang itu. Mereka akan membeli barang-barang tersebut
di kedai ayah Swee Lan, manakala bahan-bahan bacaan
dan majalah akan dibeli oleh mereka di kedai buku Indera
Store.