BUKU SKRAB PJK
(BOLA TAMPAR)
Introduction
• Bola tampar merupakan satu sukan di mana dua pasukan
yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan
tangan untuk memukul atau menampar
sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan.
• Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain
dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut.
• Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan,
lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal
mengembalikan bola dengan betul.
Pandangan atas gelanggang
Alatan bola tampar
. Bola tampar . Jaring bola tampar
. Sport shoes
Peraturan bola tampar
Dimensi gelanggang
Sebuah gelanggang bola tampar berkeluasan 9 x 18 meter yang dibahagikan suatu jaring kepada dua segi
empat sama yang lebarnya 1 meter. Jaring gelanggang berketinggian 2.43 meter dari kawasan tengah
gelanggang bagi peringkat lelaki dan 2.24 meter bagi peringkat perempuan. Kelegaan tinggi (height clearance)
minimum untuk gelanggang jenis tertutup yang dicadangkan ialah sebanyak 7 m, namun ketinggian melebihi 8
m juga disyorkan.
Bola
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Fédération Internationale de Volleyball, FIVB) menetapkan bahawa
bola yang digunakan harus:
b••bdeierpbreuerknbutuurakltilisdtfasereriapb,aadnayakku6lit5h–a6i7wasmn ,semulajadi atau sintetik,
•mempunyai berat sebanyak 260–280 g, dan,
•mempunyai tekanan dalaman antara 0.30–0.325 kg/sm2.
Pengambilan mata
Apabila bola menyentuh lantai dalam lingkungan gelanggang atau silap servis dibuat, pasukan yang
berlawanan diberikan satu mata sama ada mereka membuat servis atau sebaliknya. Bola dikira masuk
jika ia menyentuh garisan. Pasukan yang memenangi satu mata selepas membuat servis dapat membuat
servis pembuka pada pusingan setersnya. Jika pasukan yang memenangi mata tidak membuat servis
pada mata yang sebelumnya, maka pasukan yang menservis akan menukar kedudukan mereka
mengikut arah jam. Permainan akan berterusan sehingga mana-mana pasukan meraih 25 mata dahulu
seterusnya memenangi set. Perlawanan mempunyai lima set di mana set terakhir dimainkan sehingga 15
mata diraih dahulu dari mana-mana pasukan.
Teknik Bermain Bola Tampar
Servis
Servis pada zaman sekarang bukan lagi sebagai awal dari suatu permainan atau sekadar menyajikan
bola, tetapi sebagai suatu serangan pertama bagi regu yang melakukan servis.
Servis Tangan Bawah
• Mula-mula pemain berdiri di petak servis dengan kaki kiri lebih ke hadapan dari kaki kanan.
• Bola dipegang dengan tangan kiri.
• Bola dilambungkan tidak terlalu tinggi, tangan kanan ditarik ke bawah belakang.
• Setelah bola kira-kira setinggi pinggang, lengan kanan diayunkan lurus ke depan untuk memukul
bola.
• Telapak tangan menghadap bola dan tangan ditegangkan untuk mendapat pantulan yang
sempurna, tangan dapat pula menggenggam.
Servis Tangan Atas
• Sikap persiapan dimulai dengan mengambil posisi kaki kiri lebih ke depan, kedua lutut agak
rendah.
• Tangan kiri dan kanan bersama-sama memegang bola,tangan kiri menyangga bola, tangan kanan
di atas bola.
• Bola dilambungkan dengan tangan kiri kira-kira setengah meter di atas kepala.
• Tangan kanan ditarik ke belakang atas kepala, menghadap depan.
• Lakukan gerakan seperti mensmesh bola, perhatian terpusat pada bola.
• Lecutan tangan diperlukan pada saat perkenaan bola.
Posisi pemain
• Pada waktu servis, kedua pasukan harus berada dalam lapangan/daerah
masing-masing dalam 2 deret ke samping. Tiga deret ada di depan dan
tiga deret ada di belakang. Pemain nombor satu dinamakan server,
pemain kedua dinamakan spiker, pemain ketiga dinamakan set
upper atau tosser, pemain nombor empat dinamakan blocker, pemain
nombor lima dan enam dinamakan libero.
Contoh Bermain Bola Tampar
. Servis . Menyangga . Mengadang
Interesting Facts
➢ Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an
di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru
pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanghai, sebelum
berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.Ia permainan yang
amat terkenal bagi golongan lealki mahupun wanita.Dimainkan Di
England dan Merupakan Permainan orang luar satu keika dahulu
sebelum diperkenalkan ke Tanah Melayu
TAMMAT
Majulah Sukan Untuk Negara