SAMBUTAN PERAYAAN
MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA
Nama Pensyarah: -- ABDUL FATTAH BIN HAMDEN
Nama Ahli: -- CUT ADLINA NATASYA BINTI HAZMAN THEN
(31DKB20F2011)
-- AFIF NIZAMUDIN BIN NAZRAN
(31DKB20F2005)
-- RONALD FRANKIE WEE ANAK ROBA
(31DKB20F2008)
PENGHARGAAN
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu
kami dalam menjalankan project e-folio ini. Khasnya kepada pensyarah
kami iaitu Sir Abdul Fattah Bin Hamden yang telah banyak memberi
tunjuk ajar serta bimbingan yang cukup untuk menjayakan project ini.
Tidak lupa juga akan rakan-rakan kami yang telah menberikan serba
sedikit pendapat mereka serta ahli keluarga kami yang tidak putus
memberi sepenuhnya sokongan mereka kepada kami. Akhir kata, kami
berharap agar tugasan kami ini dapat memberikan serta menambah lagi
ilmu pengetahuan dan manfaat kepada semua termasuk diri kami sendiri.
ISI ➢ PENGENALAN………………………………………………1
KANDUNGAN ➢ HARI RAYA AIDILFITRI …………………………………2-4
➢ HARI RAYA AIDILADHA………………………………5-7
➢ TAHUN BARU CINA……………………………………8-11
➢ HARI DEEPAVALI………………………………………12-15
➢ HARI GAWAI DAYAK …………………………………16-19
➢ MERRY CHRISTMAS……………………………………20-23
➢ HARI WESAK……………………………………………24-27
➢ HARI THAIPUSAM………………………………………28-31
➢ PERSAMAAN DAN PERPADUAN………………………32
➢ RUMUSAN ………………………………………………33
➢ RUJUKAN………………………………………………34-35
PENGENALAN
Kemajmukan rakyat menjadikan kepelbagaian kebudayaan Negara.
Penduduk yang berbilang kaum ini menyambut pelbagai jenis
perayaan sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah serta
muhibah. Dalam setiap perayaan, tradisi mengadakan rumah terbuka
telah memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk saling kunjung
mengunjungi antara satu sama lain bagi memeriahkan perayaan.
Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan antara setiap perayaan
yang membuatkan perayaan itu mempunyai keistimewaan masing-
masing.
1
Hari Raya Aidilfitri juga dikenali Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra dan Hari Lebaran. Perayaan
disambut oleh semua umat islam di seluruh dunia. Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan
yang mana umat islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Simbol terkenal bagi
perayaan Hari Raya di Malaysia ialah Ketupat. Hari Raya Puasa disambut pada 1 Syawal mengikut
Kalendar Islam. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak
bulan) dan secara hisab (kiraan).
Setiap umat islam akan membayar
zakat fitrah. Pembayaran zakat
fitrah bermula semenjak bulan
ramadhan dan berakhir apabila
solat sunat aidilfitri dimulakan. Ia
menyebabkan solat sunat Aidilfitri
dilewatkan berbanding dengan solat
sunat Aidiladha. Hikmahnya untuk
memberi peluang kepada mereka
yang belum zakat dan disunatkan
makan dahulu sebelum pergi ke
masjid. 2
❖ Di Pagi Syawal, umat Islam disunatkan mandi sunat
Aidilfitri
❖ Amalan lazim yang dilakukan adalah umat islam akan
bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran
Allah. Tempoh bertakbir adalah Antara terbenamnya
matahari sehingga solat sunat Aidilfitri bermula.
❖ Amalan berziarah dan berkunjung ke rumah sanak
saudara dan rakan taulan bermaaf-maafan dan
melupakan kesilapan.
❖ Umat islam yang telah kehilangan keluarga akan
mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan
surah Al-Fatihah & bacaan surah Yaasin.
❖ Amalan memberi wang kepada kanak-kanak
❖ Memasang pelita di kawasan rumah supaya kelihatan
cerah dan meriah
❖ Rumah Terbuka untuk mengeratkan silaturahim
3
LELAKI: PEREMPUAN:
➢ Baju Melayu, ➢ Baju Kurung
bersongkok dan ➢ Baju Kebaya
memakai
samping songket
➢ Ketupat ➢ Dodol
➢ Lemang ➢ Lontong
➢ Kuah Kacang ➢ Sate
➢ Kelupis ➢ Kek Lapis Sarawak
➢ Nasi Impit ➢ Biskut Raya
➢ Rendang
4
Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dan Hari Raya. Hari Raya
Aidiladha disambut oleh semua umat islam diseluruh dunia. Aidiladha disambut pada
hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 pada bulan Zulhijjah. Semua waktu ini dipanggil Hari
Tasyrik. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk
peringatan untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam
menunaikan perintah Allah dan kesabaran Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah
Allah SWT. Dari segi bahasa, korban bermaksud
dekat,manakala dari segi istilah ia bermaksud
menjalankan perintah agama atau taat kepada
perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri
kepada-Nya.
5
6
7
Tahun baru cina merupakan perayaan terpenting prang cina bagi
menyambut tahun baru dalam kalender Qamari Cina. Kalender
tersebut terbahagi kepada 12 kitaran tahun yang dinamakan
sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan titik
permulaan dalam “nasib” dan “kehidupan”. Sebelum hari tahun
baru bermula, sanak saudara akan berkumpul. Rumah akan
dibersihkan dan hutang perlu dilangsaikan. Mercun akan dibakar
pada tengah malam menandakan bermulanya tahun baru serta
menghalau puaka atau nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan
buah limau sebagai symbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
8
ADAT RESAM DAN
PANTANG LARANG
Memberi angpau dalam jumlah genap - Genap membawa
maksud yang lebih sempurna.
Elakkan memakai pakaian hitam atau putih - Merupakan warna
berkabung.
Dilarang makan bubur - Menyebabkan seseorang menjadi miskin
Adab menggunakan penyepit - Tidak boleh menggunakan
penyepit dengan keadaan tegak kerana kelihatan seperti membakar
setanggi dimana untuk memperingatkan orang yang sudah tiada
Dilarang menyapu - Dipercayai akan menghalau tuah
Dilarang meminjam duit - Hutang harus dilangsaikan sebelum tahun baru cina supaya tidak
terbeban sepanjang tahun
Tidur lambat - Semua penghuni rumah wajib tidur lambat bagi menyambut kedatangan
tahun baruserta dipercayai dapat memanjangkan usia orang tua mereka
Dilarang pecahkan barang - Menyebabkan tuan rumah kehilangan kekayaan. Jika hal itu
terjadi, tuan rumah hasur bercakap dengan lembut dan baik kerana bercakap kesat dan kasar
akan membawa malang 9
LELAKI PEREMPUAN
- Pakaian samfoo yang - Cheongsam yang
mempunyai busana klasik
bermaksud ‘baju dan cina, sulaman benang emas
seluar’. Pakaian tradisional dan sutera. Baju yang labuh
tetapi ketat dan berbelah di
kepada orang Manchu kiri dan kanannya.
- Pakaian Hanfu. Pakaian
sebenar tradisional kaum
cina
10
7 Simbol Kebahagian Kelima adalah bebola pulut manis
(Tangyuan) sering dikaitkan dengan
Pertama ikan bermaksud lebihan dalam hubungan kekeluargaan yang erat dan
persamaan perkataan mandarin. kesatuan. Keenam pula maihun panjang
(Changshou Mian) yang merupakan
Bermaksud akan ada simpanan atau hidangan yang dikaitkan dengan umur
lebihan pada penghujung tahun. Kedua panjang. Mi ini tidak akan dipotong
ialah ladu cina merupakan symbol kekayaan menandakan kepanjangan usia individu.
kerana bentuknya sama seperti wang emas. Yang terakhir adalah buah bertuah
Ketiga pula popia yang juga merupakan seperti buah oren, limau dan limau
makanan yang menandakan kekayaan. gedang dipilih kerana bentuk dan warna
Keempat Pulut (Nian Gao) ialah homonin keemasan menandakan kekayaan dan
yang merujuk kepada frasa ‘semakin tinggi
tahun demi tahun’. Juga menandakan kemewahan.
peningkatan perniagaan atau kehidupan.
11
PERAYAAN DEEPAVALI ATAU DIWALI
IALAH SUATU PERAYAAN DALAM KALANGAN
PENGANUT AGAMA HINDU MENANDAKAN
KEMENANGAN OLEH KUASA KEBAIKAN TERHADAP
KUASA KEJAHATAN. DITUJUKAN DALAM ERTI CAHAYA
YANG MENERANGI KEGELAPAN. BERMAKSUD
MENYEMAI NILAI-NILAI POSITIF DALAM DIRI KITA
UNRUK MENJADI INDUVIDU YANG LEBIH BAIK DENGAN
MENGATASI NILAI-NILAI NEGATIF DALAM DIRI KITA
UNTUK PERKEMBANGAN ROHANI. MENGIKUT
KEPERCAYAAN HINDU, DEEPAVALI DIRAYAKAN SEBAGAI
TANDA KEMENANGAN KAUM TERSEBUT ATAS
KEMATIAN SEORANG RAJA YANG BERSIFAT JAHAT DAN
SERING MENINDAS RAKYAT PADA SUATU MASA DAHULU.
12
13
14
LELAKI PEREMPUAN
15
❑ Gawai bermaksud Pesta atau Jadi dan juga merupakan
hari menyambut tahun baru selepas berakhirnya musim
menuai pada dan bermulanya musim menanam padi
selepas satu tahun genap
❑ Mula disambut pada 25 September 1964
apabila Sarawak diisytiharkan sebagai hari
perayaan yang rasmi oleh Raja Brooke
❑ Pada setiap 1 dan 2 Jun menandakan berakhirnya
musim menuai dengan memberi penghormatan kepada
mereka yang menanam padi memberi tanda
kesyukuran atas rezeki serta nasib sepanjang tahun
dikurniakan Tuhan.
16
Selama sebulan sebelum Hari Gawai, kuam Peribumi akan
menyediakan “Air Tuak” iaitu sejenis arak tradisional bagi Komuniti
Dayak yang dihasilkan melalui campuran nasi pulut dan ragi yang
dismpan di tempayan serta mengambil selama 1 bulan untuk
menyediakan minuman tersebut
Sebelum musim Perayaan Gawai semua penduduk kampung
akan bergotong - royong membersihkan kawasan
perumahan di rumah panjang serta menukarkan barang-
barang yang lama ke baru
Pembersihan kubur pun turut dilakukan bersama dengan
sahabat dan saudara-mara pada setiap musim perayaan.
Kebaikannya ialah menghormati mendiang nenek dan datuk
moyang dari zaman berzaman
17
Pada malam 31 Mei kesemua Semasa waktu Hari Gawai terdahulu,
penduduk akan berkumpul semua penduduk akan mengadakan
untuk berdoa sebelum hari penyembelihan khinzir dan ayam
meminum air “Pengayu” di untuk menjadikan sebagai lauk utama
ruang makanan di rumah panjang bersama dengan lauk
lain. Namun zaman sekarang, membeli
makanan mentah seperti daging dan
bahan lain seperti sayur-sayuran di
pasar tetapi amalan terdahulu masih
dikekalkan
18
❖ Pansuh Ayam ✓ Baju Burung
dan Khinzir (Lelaki)
❖ Kasam Ensabi ✓ Baju Selampai
❖ Hinava / Umai
(Perempuan)
❖ Nasi Pulut
➢ Ngajat
➢ Dajut Lujut
19
Krismas (Natal) merupakan hari terbesar dan
terpenting untuk kaum Kristian yang berada di
dunia. Tujuan perayaan disediakan sempena
dengan Hari Kelahiran Jesus Kristus iaitu
Juruselamat dari Jurusalem
Perayaan Krismas diadakan pada setiap 25
Disember pada setiap tahun
Perayaan ini dihiasi dengan
perhiasan pokok Krismas, Santa
Claus, rusa, hadiah, salji dan
bermacam lagi.
20
Amalan (Adat Resam)
Seminggu sebelum Hari Krismas tiba, semua umat dari agama Kristian akan membeli barang-
barang keperluan di Pasar atau Pusat membeli-belah. Barang-barang seperti Pokok Krismas,
barang perhiasan,makanan,pakaian dan minuman
Aktiviti bergotong-royong akan diadakan untuk membersihkan seluruh rumah dari
belakang sehingga depan. Pada 24 Disember pada waktu malam,semua penduduk akan
pergi ke gereja untuk bersembahyang. Hari ini ialah Krismas Eva(Christmas Eve)
Pada waktu pagi 25 Disember, semua ahli keluarga akan pergi ke gereja untuk
bersembahyang Hari Krismas. Semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu untuk
memberi hadiah dan membuka hadiah.
21
PAKAIAN PERAYAAN
KRISMAS
Memakai pakaian yang serba merah dengan
manset dan kolar berwarna putih dengan tali pingang
kulit dan but hitam menjadi gambaran figura terkenal
untuk perayaan ini dari Abad
ke-19 dan imej tersebut telah dikekalkan sampai
zaman sekarang .
22
MAKANAN
▪ Ayam Belanda Panggang – sajian yang terpenting dan
bermakna pada hari Krismas tersebut
▪ Puding Plum – dihasilkan daripada daging lembu, bawang
merah sayuran dan buah plum
▪ Biskut Krismas – menandakan sesuatu keramaian
▪ Kek buah – hidangan istimewa yang mengandungi buah
kering dari Portugal
▪ Pai Shepherd – juga antara makanan yang wajib ada di
meja utama
23
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut
agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan
Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama
Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah
Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura,
Visakha Bucha di Thailand, Waisak di Indonesia, dan
Wesak di Sri Lanka. Istilah Wesak atau Vesak sebenarnya
diambil daripada nama bulan dalam kelendar lunar kuno
india,ia biasanya jatuh pada bulan april sehingga bulan
may.Istilah Asalnya adlah “vesakha” atau “vaisakha” yang
membawa maksud “sesuatu”.
24
ADAT RESAM
Penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha
pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan
kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbolsimbol
Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan
Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan
melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha,
Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen
mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam
pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan
daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan
melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan
hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah
kepada para sami
25
Para pengikut dan penganut Buddha hanya akan dihidangkan dengan makanan dan
minuman yng berasaskan sayur-sayuran di kuil di Hari Wesak. Tidak ada makanan
tertentu yang disyaratkan untuk boleh dimakan atau tidak pada perayaan Hari Wesak,
tetapi penganut-penganut Buddha hanya percaya bahawa mereka tidak harus memakan
apa-apa sajian yang berasaskan daging di hari sambutan. Perbuatan ini juga secara tidak
langsung selari dengan prinsip untuk menahan diri seseorang daripada melakukan
sebarang aktiviti yang melibatkan pembunuhan.
Makanan Tradisional
Hari Wesak 26
PAKAIAN
Serba Putih bagi sesetengah buddhis tak
kira lelaki atau wanita
27
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh
dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam,
bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Thaipusam merupakan hari
menunaikannazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan
sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat
kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, mak a satu acara tertentu diadakan sebagai
tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk
mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya
selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon
nazar
28
ADAT RESAM
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu
itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam
belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak,
warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu
membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga
bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan. lelaki Hindu
yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang botak
itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan menggunting rambut ini
ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu
bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang
sedih dan menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma.
29
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, "kavadi"
akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala.Kavadi
ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya
terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk.
Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-
bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki,
perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini
bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi
akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat
masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk
perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa
kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi
minum. Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan
mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi,
dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan
menyucikan diri
30
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama
Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan
membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini,
mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan
sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam
sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan
berpuasa sepenuhnya
Bagi lelaki ketika perayaan adalah Jippa atau Venti bagi
yang tidak memikul kavadi dan perempuan adalah sari
atau punjabi yang tidak terdedah.
31
Setiap perayaan mempunyai adat resam, pakian dan makanan tradisional
masing-masing. Terdapat juga persamaan dan perpaduan yang diperoleh
dalam perayaan-perayaan tersebut. Antaranya ialah semua perayaan akan
dapat mengeratkan silaaturrahim dengan saling kunjung-mengunjungi
sedara-mara, jiran tertangga dan banyak lagi. Perayaan-perayaan ini dapat
menaikkan semangat setiap kaum kerana suasananya yang meriah,
makanan yang pelbagai rasa serta keseronokan yang berlainan dari hari
biasa. Sebelum perayaan atau sesama perayaan, setiap orang pasti akan
saling meminta maaf dan saling memohon maaf agar suasana tidak
menjadi renggang. “Manusia tidak pernah lari dari kesilapan”. Akhir sekali,
setiap perayaan menunjukkan sikap saling penghormati serta kerjasama
seperti bersalaman, membantu menghias rumah, memberi duit raya dan
sebagainya.
32
➢ Setiap perayaan mempunyai perbezaan serta persamaan dari
segi ADAT RESAM, PAKAIAN dan MAKANAN.
➢ Perayaan ini dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim Antara
sesame kaun tidak kira dari jauh mahupun dekat.
33
✓ -http://indahnyaraya.blogspot.com/p/blog-page_28.html
✓ -http://warnawarniohmalaysiaku.blogspot.com/2015/12/
✓ -krismas-natal-krismas-dirayakan.html
✓ -https://www.utusanborneo.com.my/2015/06/09/fahami-
makna-sebenar-hari-gawai-dayak
✓ -https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-
borneo/sejarah-dan-info-menarik-mengenai-hari-gawai-
dayak-di-sarawak/
✓ -https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-
sambutan-gawai-bagi-masyarakat-dayak/
✓ -https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri
✓ -https://www.aia.com.my/ms/what-matters/health-
wellness/10-hidangan-wajib-di-pagi-raya.html
✓ -https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha
✓ -http://www.icym.edu.my/v13/about-us/our-
news/general/616-hari-raya-aidiladha.html
34
✓ http://c24perayaanmalaysia.blogspot.com/2010/08/sejarah-
tahun-baru-cina.html?m=1
✓ -https://perayaankaumindia.blogspot.com/p/blog-
page.html?m=1
✓ https://www.google.com/amp/s/www.butterkicap.com/open-
house/7-makanan-wajib-hidang-semasa-tahun-baru-cina/amp
✓ -https://www.xtra.com.my/featured/8-jenis-makanan-kaum-
india-sempena-perayaan-deepavali/
✓ https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/cina.htm
✓ -http://keunikanperayaan.blogspot.com/2010/08/pakaian-
semasa-perayaan-deepavali.html?m=1
✓ -https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa//-
sedia-hidangan-ringan-untuk-penganut-hindu-sempena-
thaipusam/
✓ -https://en.m.wikipedia.org/wiki/Thaipusam
✓ -https://en.m.wikipedia.org/wiki/Vesak
35
TAMAT
SEKIAN,
TERIMA KASIH.