The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuriez04, 2023-10-15 23:33:35

PROFIL SK TS25

PROFIL SEKOLAH

HUBUNGI KAMI [email protected] 05-6221628 MATLAMAT SEKOLAH Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SK Perempuan Methodist berazam untuk melahirkan murid: • Yang berkembang secara harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan Jasmani. • Memenuhi keperluan dan cabaran Masa hadapan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Islam sebagai teras bagi mencapai segala matlamat MAKLUMAT AM SEKOLAH Nama Sekolah : SK Perempuan Methodist Kod Sekolah : ABB5079 Gred Sekolah : B Sesi Persekolahan : Pagi Jumlah Guru : 26 orang Jumlah Staff Sokongan : 5 orang Kategori Murid : Perdana & PPKI Pendengaran Jumlah Murid : 86 orang (keseluruhan) 71 (Perdana) 15 (PPKI) Bilangan Kelas : 12 (Keseluruhan) 6 (Perdana) 6 (PPKI) Waktu Persekolahan : 7.40 pagi - 1.00 petang (Tahap 1) 7.40 pagi - 1.30 petang (Tahap 2) SK PEREMPUAN METHODIST, MELAHIRKAN GENERASI JAYA, SEDIA BERBAKTI UNTUK KITA, BERKORBAN SEPENUH TENAGA. BERSATU PADU DAN MUAFAKAT, KITA PUPUKKAN BERSAMA, KEMEGAHAN DAN KEHARMONIANMU, TETAP DIKENANG SEPANJANG MASA. DISEMUA BIDANG DIMAJUKAN, DISIPLIN TETAP JADIKAN AMALAN, KITA TERUS BERSAMA MAJUKAN, KEJAYAAN SEKOLAH TERCINTA. “SK PEREMPUAN METHODIST UNGGUL PENJANA GENERASI GEMILANG” PROFIL SK TS25 Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara FALSAFAH SEKOLAH Berilmu Untuk Berbakti MOTTO PIAGAM PELANGGAN Demi memenuhi cita-cita tersebut, Kami meletakkan kerja seperti : Memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh rela, ikhlas dan melaksanakan lebih daripada yang diperlukan serta menyedari bahawa Tuhan melihat apa sahaja yang dilakukan. Sentiasa bertimbangrasa terhadap rakan sejawat dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang memerlukannya. Menegakkan keadilan dan kebenaran dalam apa jua keadaan. LAGU SEKOLAH PELAN KEDUDUKAN KELAS / PELAN KEBAKARAN Menyediakan program bermasalah pendengaran (BD) bagi murid sekolah rendah murid yang mempunyai masalah tidak boleh mendengar dan bercakap. Had umur yang membolehkan murid belajar di program ini adalah yang berumur 7 tahun hingga 14 tahun. Sebelum memasuki Tahun 1, murid perlu melalui Tahun Pengukuhan. Murid-murid di program ini belajar mengikut sukatan pelajaran seperti aliran perdana. PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) PENDENGARAN


SEJARAH SEKOLAH LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEJARAH AWAL Pada sekitar tahun 2013, SK(P) Methodist telah dibuka kepada pendaftaran untuk murid lelaki yang berminat untuk bersekolah di sini. Tindakan ini dibuat, bagi menggelakkan kekurangan murid yang telah memilih untuk belajar di sekolah lain yang berdekatan dengan taman perumahan yang baru dibina. SK Perempuan Methodist Teluk Intan merupakan sebuah sekolah bantuan modal yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (Pendengaran). Pada tahun 1953 SK Perempuan Methodist hanya mempunyai sebuah kelas dan bilangan muridnya seramai 40 orang yang menumpang di Anglo Chinese School (A.C.S) Teluk Intan. Pada tahun 1957, bilangan muridnya bertambah kepada 246 orang. Pada tahun 1961, SK Perempuan Methodist telah berpindah ke bangunan Kelab Hilir Perak. Pada tahun 1966, kerja-kerja pembinaan bangunan baru di tapak sekolah sekarang ini bermula. Pada 1 Jun 1968, bangunan baru telah dirasmikan oleh YAB En. Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai SRJK (Inggeris) Perempuan Methodist, Teluk Anson. Pada waktu itu, semua murid terdiri dari murid perempuan.


SEJARAH PENUBUHAN PPKI KE ARAH KECEMERLANGAN LATAR BELAKANG Dalam tahun 1982, Kelas Khas sekolah ini telah dipilih untuk Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan merupakan salah satu daripada Kelas Khas yang dipilih bagi seluruh Malaysia sebagai perintis. Atas daya usaha tiga orang guru Pendidikan Khas iaitu Puan Zakiah binti Ismail, Encik Anuar bin RI dan Encik Koh Tuan Cheong maka ditubuhkan Kesatuan Ibu Bapa Kanak-kanak Cacat Pendengaran (KIKCP) yang bertujuan merapatkan hubungan guru-guru khas dan ibu bapa murid-murid. Ini memberikan kelebihan kepada ibu bapa untuk mengetahui maklumat dan perancangan Kelas Khas bagi anak-anak mereka. Pertambahan bilangan murid menjelang 1980an, telah membawa kepada penubuhan Mini Asrama dan dipindahkan ke Kampung Guru pada tahun 1984 yang berhampiran dengan SK Perempuan Methodist. Melihat keadaan ini, telah mendorong Tuan Haji Osman Negara bin Alang mencari inisiatif baru dan Mini Asrama Sinar Intan telah ditubuhkan pada tahun 1986. Pada 15 Mac 1976, Kelas Pendidikan Khas telah ditubuhkan bagi murid-murid yang mempunyai masalah pendengaran. Sekolah ini merupakan satu-satunya yang wujud yang menyediakan Pendidikan bagi murid-murid yang mempunyai masalah pendengaran dan yang tidak boleh bercakap di daerah Hilir Perak pada masa itu. Pendidik yang merintis kelas Pendidikan Khas ini ialah Puan Zakiah binti Ismail. Pelajar rintis hanya seramai lima orang sahaja. Mereka terdiri dari murid yang berasal dari sekitar Teluk Intan. Ini kerana tiada kemudahan asrama bagi murid-murid dari luar Teluk Intan. Era baru bermula apabila wujudnya Mini Asrama pada tahun 1979 yang pada mulanya untuk menampung murid dari luar bandar Teluk Intan seperti dari Bidor, Kampar, Bagan Datoh, Pantai Remis dan sekitarnya. Mini Asrama ini merupakan sebuah rumah Kerajaan yang terletak di Jalan Raja Muda dengan seorang pengasuh. Mini Asrama Sinar Intan di bawah pentadbiran Badan Majlis Pusat Kebajikan Masyarakat Cawangan Hilir Perak. Penghuni Asrama Sinar Intan juga dijadikan anak angkat kepada BAIDURI. Pada tahun 2011 Asrama Sinar Intan telah ditutup dengan rasminya kerana kekurangan murid dan dana untuk penyelenggaran asrama tersebut. Sejak itu, murid-murid ke sekolah secara berulang alik dengan menggunakan pengangkutan sendiri. Keprihatinan ibu bapa untuk mendapatkan pendidikan bagi anak-anak mereka dapat dilihat dengan kesungguhan dan pengorbanan ibu bapa. Mereka berusaha menghantar anak mereka untuk belajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI - Pendengaran) SK (P) Methodist walaupun jarak dari rumah ke sekolah jauh dan memakan masa yang lama untuk sampai ke sekolah


Click to View FlipBook Version