1 KAJIAN TINDAKAN Nama dan Alamat Sekolah; SMK DATUK HAJI PANGLIMA JAKARULLAH, WDT 70, 91308 SEMPORNA SABAH. Nama Pengkaji; THIEN VUI GEN, MOHD ASRI BIN TAHA, KAMARU AZIAN BINTI AB KADIR, SHAFRINAH BINTI OMAR BAKI Tajuk Kajian ; PERMAINAN KUIZ 'TOTAN' DALAM TALIAN ; MENINGKATKAN KEFAHAMAN OPERASI TAMBAH DAN TOLAK NOMBOR PELBAGAI ASAS KETIKA SESI PDPR MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM TOPIK ASAS NOMBOR MELALUI PENGENALAN KAEDAH INOVATIF ‘TOTAN’ DAN PERMAINAN QUIZIZZ KETIKA SESI PDPR
2 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Bab 2 Asas Nombor dalam Matematik Tingkatan 4 merupakan satu topik yang sederhana tahap kesukarannya tetapi agak sukar untuk difahami oleh murid pada peringkat awal. Ini kerana topik ini agak mengelirukan murid ketika pengenalan nombor-nombor asas dua hingga sembilan, memandangkan nombor asas sepuluh telah sukar dipisahkan dengan rutin seharian. Guru berdepan dengan masalah yang lebih besar apabila memasuki kemahiran 2.1.3 iaitu ‘Membuat Pengiraan yang Melibatkan Operasi Tambah dan Tolak bagi Nombor dalam Pelbagai Asas’. Ini kerana murid perlu menguasai sepenuhnya kemahiran sebelumnya iaitu penukaran nombor sesuatu asas kepada asas sepuluh dan sebaliknya seperti dalam contoh Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 Rajah 1.1; Kaedah-kaedah Penyelesaian Operasi Tambah bagi Nombor Asas Dua. Sumber; Buku Teks Matematik KSSM Tingkatan 4, muka surat 46. Rajah 1.2; Kaedah-kaedah Penyelesaian Operasi Tolak bagi Nombor Asas Enam Sumber; Buku Teks Matematik KSSM Tingkatan 4, muka surat 47
3 Di pihak guru pula, kami perlu memikirkan cara penyampaian terbaik dan kaedah alternatif yang sesuai semasa mengajar topik ini, memandangkan pembelajaran nombor-nombor asas 3,4,6,7,dan 9 merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan dalam KSSM tingkatan 4 pada tahun 2020, berbanding dengan KBSM sebelum ini yang hanya melibatkan asas 2, 5 dan 8 sahaja. Keadaan bertambah sukar lagi apabila topik ini berada di bahagian awal dalam susunan topik Matematik KSSM tingkatan 4, ini bermakna kebanyakan guru memperkenalkan topik ini kepada murid ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). Seperti cabaran yang dihadapi oleh semua guru ketika sesi PDPR, kehadiran murid dalam talian yang rendah adalah merisaukan terutamanya untuk kelas ‘belakang’ atau murid lemah. Jika dahulunya proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) adalah secara bersemuka dalam bilik darjah, kini normal baru yang perlu diadaptasi telah menyebabkan kesemua proses PDP dan pentaksiran perlu dilaksanakan secara atas talian. Oleh itu, kemahiran guru dalam penggunaan IT juga menjadi faktor pertimbangan penting ke arah kewujudan suasana PDPR secara interaktif dan dapat menarik minat murid. 2. REFLEKSI GURU Kami sedar masalah ini perlu dikaji dan tindakan yang sesuai perlu dilaksanakan segera secara efektif, bagi tujuan tidak ‘membunuh’ minat murid pada subjek matematik. Maka adalah perlu bagi guru memikirkan kaedah alternatif selain yang disyorkan dalam buku teks supaya boleh membantu golongan murid ini. Kaedah ini haruslah mudah pengendaliannya dan tanpa melibatkan sebarang kos, serta sesuai kepada guru untuk merancang aktiviti-aktiviti digital yang menarik dengan tujuan supaya boleh menarik perhatian murid untuk mengikuti PDPR. 3. FOKUS KAJIAN Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, satu kajian inovasi perlu dijalankan bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kelemahan-kelemahan tadi. Fokus kajian haruslah meliputi; (i) Menerokai kaedah inovasi dalam operasi tambah dan tolak nombor pelbagai asas yang berbeza daripada kaedah dalam buku teks. (ii) Memperkenalkan aplikasi yang boleh membantu guru merancang aktiviti pembelajaran dalam talian yang seronok dan mampu menarik minat murid untuk mengikuti sesi PDPR. 4. OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap dapat mencapai objektif berikut:
4 4.1 Objektif Umum Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Matematik SPM. 4.2 Objektif Khusus (i) Meningkatkan pemahaman murid dalam operasi tambah dan tolak nombor pelbagai asas. (ii) Membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ketika sesi PDPR. (iii) Meningkatkan penyertaan murid dalam sesi PDPR. 5. KUMPULAN SASARAN Semua murid tingkatan 4. 6. PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan Masalah Tinjauan awal dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Fokus kepada masalah boleh dilihat dari segi aspek-aspek berikut: (i) Murid tidak mampu menyelesaikan operasi tambah dan tolak nombor pelbagai asas berpandukan kaedah buku teks. (ii) Kesilapan dan kekeliruan murid dalam operasi tambah dan tolak antara nombor asas sepuluh dengan nombor asas-asas lain. (iii) Penyertaan murid dalam sesi PDPR bagi subjek matematik tidak memuaskan. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Berikut merupakan kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti masalah-masalah tadi; (i) Tinjauan Latihan Murid Hasil tinjauan mendapat lebih kurang 80% daripada keseluruhan murid tingkatan 4 gagal menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak nombor pelbagai asas. Antara puncanya ialah kelemahan murid dalam kemahiran yang lebih awal iaitu 2.1 dan 2.2 iaitu penukaran nombor antara asas. Tanpa penguasaan kemahiran yang terdahulu adalah sukar bagi murid meneruskan pembelajaran 2.3. Satu lagi masalah yang dikenal pasti hasil tinjauan latihan murid, khususnya murid kelas lemah; kebanyakan murid telah melakukan kesilapan yang stereotaip, iaitu mereka melakukan operasi tambah dan tolak bentuk lazim bagi nombor asas sepuluh untuk semua jenis soalan, walhal nombor dalam soalan yang diberi itu bukan asas sepuluh.
5 (ii) Sesi Temu Bual bersama Guru Subjek Matematik Tingkatan 4 Pasukan kami telah menemu bual guru-guru subjek Matematik untuk mengenal pasti kekangan yang mereka hadapi berkaitan dengan kemahiran ini. Masalah paling utama mereka adalah penglibatan murid dalam sesi PDPR kurang memuaskan, guru berpendapat mungkin murid tidak dapat memahami kaedah dalam buku teks, dan seterusnya berasa bosan untuk mengikuti kelas matematik dalam talian. (iii) Rekod Kehadiran Murid dalam Kelas PDPR Matematik Min kehadiran murid tingkatan 4 dalam kelas Matematik PDPR adalah seperti berikut; 35.68 % (Januari 2021), dan 29.83 % (Februari 2021) sahaja. (iii) Ujian Pra Disebabkan kami gunakan untuk kaedah Uji-kaji untuk menguji keberkesanan kaedah inovasi ini. Maka dua kumpulan responden Rawatan dan Kawalan diperlukan. Responden diminta hadir ke sekolah untuk melakukan Ujian Pra dan Pasca setelah dipersetujui oleh pihak pentadbir dan penjaga murid. Pautan untuk memohon menjadi responden dalam bentuk Google-Form dihantar ke setiap Kumpulan PDPR tingkatan 4, seperti di Lampiran 1. Dan soalan Ujian-Pra dan Pasca yang mengandungi 10 soalan operasi tambah dan 10 soalan operasi tolak yang melibatkan nombor pelbagai asas, seperti dalam lampiran 2. Kumpulan Rawatan menerima pembelajaran kaedah inovasi kami, manakala Kumpulan Kawalan didedahkan dengan pengajaran kaedah dalam buku teks. Keputusan Ujian-Pra diperlukan untuk membuat perbandingan dengan Ujian-Pasca di bahagian 6.4 PENILAIAN dalam kertas kajian ini. Min bagi bilangan jawapan yang betul adalah seperti berikut; (i) Kumpulan Rawatan; ( 1x4 + 2x1 + 3x3 + 4x1 + 6x1 + 8x4 + 9x1 + 11x2 + 12x1 + 18x2 ) / 25 = 136/25 = 5.44, atau 5 soalan betul. (ii) Kumpulan Kawalan; ( 1x2 + 2x3 + 3x3 + 4x1 + 6x2 + 8x3 + 10x1 + 14x1 + 16x1 + 18x1 ) / 25 = 115/25 = 4.60, atau 5 soalan betul. 6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Setelah membuat tinjauan dan mengenal pasti punca permasalahan murid, akhirnya TOTAN iaitu ringkasan kepada ‘Teknik Operasi Tambah dan Tolak Asas Nombor’ yang mampu menjadi alternatif selain kaedah buku teks telah tercetus.
6 Aktiviti 1: Pengenalan TOTAN kepada Kumpulan Rawatan Langkah 1; Mengenal pasti ‘Baki Asas’ Murid ditunjukkan bagaimana mendapatkan ‘Baki Asas’. Iaitu Baki Asas = 10 – n, di mana n adalah nilai asas nombor yang diberi. Contoh (i); 56038 10 – 8 = 2 (Baki Asas) Contoh (ii); 20134 10 – 4 = 6 (Baki Asas) Justifikasi kami memperkenalkan ‘Baki Asas’ adalah seperti berikut; ASAS 10 ASAS 9 ASAS 8 ASAS 7 ASAS 6 ASAS 5 ASAS 4 ASASA 3 ASAS 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 19 18 17 16 15 14 13 12 2 29 28 27 26 25 24 23 2 + 8; 102 3 39 38 37 36 35 34 3 + 7; 103 3 + 8; 112 4 49 48 47 46 45 4 + 6; 104 4 + 7; 113 5 59 58 57 56 5 + 5; 105 5 + 6; 114 5 + 7; 123 6 69 68 67 6 + 4; 106 6 + 5; 115 6 + 6; 124 7 79 78 7 + 3; 107 7 + 4; 116 7 + 5; 125 7 + 6; 134 8 89 8 + 2; 108 8 + 3; 117 8 + 4; 126 8 + 5; 135 9 9 + 1; 109 9 + 2; 118 9 + 3; 127 9 + 4; 136 9 + 5; 145 10 10 + 1; 119 10 + 2; 128 10 + 3; 137 10 + 4; 146 Jadual 6.1 Penukaran Antara Nombor Asas Sepuluh dengan Nombor Pelbagai Asas Lain dalam TOTAN Langkah 2; Tambah Tolak seperti biasa ! Murid diminta untuk mengabaikan jenis asas nombor yang diberikan dalam soalan. Ini kerana kami ingin memanfaatkan pengetahuan sedia ada murid iaitu tambah tolak dalam bentuk lazim nombor asas sepuluh. Langkah 3; Mengenal pasti nombor yang perlu ditambah /tolak dengan ‘baki asas’ Bagi operasi tambah, hasil tambah setiap angka dalam Langkah 2 tadi perlu diteliti, iaitu jika nilainya sama atau lebih daripada nilai asasnya, maka angka tersebut akan ditambah dengan ‘baki asas’. Begitu juga operasi tolak, angka yang melibatkan pengumpulan semula ketika dalam Langkah 2, maka ianya perlu ditolak dengan nilai ‘baki asas’. Video YouTube TOTAN ( https://youtu.be/lb-rCjA65Oo ) dan poster TOTAN yang kami hasilkan untuk di hantar ke semua kelas Matematik dalam talian boleh dilihat di Lampiran 3 dan Lampiran 4.
7 OPERASI TAMBAH Contoh soalan ; 21046 + 15136 OPERASI TOLAK Contoh soalan ; 71438 - 15158 Langkah 1 Baki asas ; 10 – 6 = 4 Langkah 1 Baki asas ; 10 – 8 = 2 Langkah 2 2 1 0 4 + 1 5 1 3 3 6 1 7 Langkah 2 7 1 4 3 - 1 5 1 5 5 6 2 8 Langkah 3 2 1 0 4 + 1 5 1 3 3 6 1 7 + 4 4 4 0 2 1 Jawapan ; 40216 Langkah 3 7 1 4 3 - 1 5 1 5 5 6 2 8 - 2 2 5 4 2 6 Jawapan ; 54268 Rajah 6.2; Ringkasan Kaedah TOTAN Video YouTube TOTAN ( https://youtu.be/lb-rCjA65Oo ) dan poster TOTAN yang kami hasilkan untuk di hantar ke semua kelas Matematik dalam talian boleh dilihat di Lampiran 3 dan Lampiran 4. Pemerhatian Aktiviti 1 Pada mulanya, pengenalan rumus dan demonstrasi mendapatkan nilai ‘baki asas’ adalah mudah bagi murid. Namun apabila guru menerangkan justifikasi ‘baki asas’ boleh digunakan sebagai pemudah cara dalam penukaran asas sesuatu nombor. Oleh itu, ianya mengambil masa lebih berbanding dengan langkah-langkah lain. Dalam Langkah 2 dan 3, semua murid berjaya mengira dengan betul tanpa bantuan kalkulator.
8 Refleksi Aktiviti 1 Walaupun guru mengambil sedikit masa lebih untuk menerangkan kepentingan ‘baki asas’, namun ia dikata sangat berbaloi kerana langkah kedua ini adalah teras dalam TOTAN. Kerana dengan pemahaman aktiviti ini juga dapat membantu murid menguasai konsep asas nombor pelbagai asas iaitu kemahiran 2.1 dan 2.2. Aktiviti 2; Memperkenalkan Aplikasi QUIZIZZ kepada Guru Kami memilih aplikasi QUIZIZZ kerana platform ini sangat memenuhi kriteria kehendak kami, iaitu peserta kuiz bukan sahaja dinilai dari segi jawapan yang betul, tetapi penggunaan masa juga diambil kira. Ini kerana salah satu keistimewaan setelah murid dapat menguasai TOTAN ialah pengiraan kaedah TOTAN lebih laju berbanding kaedah-kaedah buku teks, jadi ‘kira cepat’ dapat dimasukkan sebagai syarat memenangi pertandingan. Aktiviti ini kami lakukan dalam satu sesi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dalam talian dengan memberi tunjuk cara yang berikut; (i) Mewujudkan akaun di QUZIZZ (ii) Membina tutorial (iii) Membina permainan kuiz (iv) Menghantar pautan permainan kuiz ke Google Classroom, Kumpulan WhatsApp, Telegram atau sebagainya. Pemerhatian Aktiviti 2 Setiap orang guru dalam PLC tadi telah berjaya menghasilkan satu kuiz interaksi yang soalan Operasi Tambah dan Tolak Nombor pelbagai asas, dan masing-masing telah berjaya dihantar pautannya ke media sosial kelas PDPR mereka. Refleksi Aktiviti 2 Guru-guru berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu permainan Kuiz TOTAN. Lampiran 5 merupakan salah satu contoh-contoh kuiz TOTAN yang berjaya dihasilkan oleh guru. 6.4 PENILAIAN Penilaian terhadap keberkesanan kajian tindakan ini ditentukan berdasarkan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Pasca, serta jawapan responden dalam soal selidik untuk kedua-dua Kumpulan Rawatan TOTAN dan Kumpulan Kawalan yang menggunakan kaedah buku teks.
9 6.4.1 Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca Berikut merupakan keputusan pencapaian murid dan perbandingannya dengan Ujian-pra. Pencapaian (Bil. jawapan betul) KUMPULAN RAWATAN KUMPULAN KAWALAN Ujian-Pra ( Bil. Murid ) Ujian-Pasca ( Bil. Murid ) Ujian-Pra ( Bil. Murid ) Ujian-Pasca ( Bil. Murid ) 0 5 0 4 4 1 4 0 5 2 2 1 0 3 1 3 3 1 3 0 4 1 0 1 2 5 0 0 0 1 6 1 1 2 1 7 0 2 0 0 8 4 4 3 1 9 1 0 0 2 10 0 1 1 1 11 2 1 0 1 12 1 1 0 3 13 0 1 0 1 14 0 2 1 0 15 0 2 0 0 16 0 0 0 0 17 2 1 0 1 18 0 3 0 1 19 0 3 0 1 20 0 1 0 1 Jadual 6.2 Keputusan Ujian-Pra dan Ujian-Pasca untuk kedua-dua Kumpulan Min bilangan jawapan yang betul dalam Ujian-pasca kedua-dua kumpulan adalah seperti berikut; (i) KUMPULAN RAWATAN; ( 3x1 + 6x1 + 7x2 + 8x4 + 10x1 + 11x1 + 12x1 + 13x2 + 14x2 + 15x2 + 17x1 + 18x3 + 19x3 + 20x1 ) / 25 = 320/25 = 12.80, atau 13 soalan betul. (ii) KUMPULAN KAWALAN; ( 1x2 + 2x1 + 4x2 + 5x1 + 6x1 + 8x1 + 9x2 + 10x1 + 11x1 + 12x3 + 13x1 + 17x1 + 18x1 + 19x1 + 20x1 ) / 25 = 193/25 = 7.72 soalan, atau 8 soalan betul. Berbanding dengan Ujian-Pra, Kumpulan Rawatan TOTAN berjaya meningkatkan keputusannya daripada Min 5 soalan yang betul kepada 13 soalan. Sementara Kumpulan Kawalan yang didedahkan dengan kaedah buku teks hanya mengalami peningkatan Min daripada 5 soalan kepada 8 soalan yang betul. Berdasarkan keputusan Ujian di atas, adalah terbukti kaedah TOTAN berjaya mencatat peningkatan prestasi yang lebih tinggi.
10 6.4.2 Persepsi Responden Selepas Sesi Pembelajaran Responden diminta untuk menjawab satu set soal selidik ringkas yang mengandungi tiga item seperti dalam Lampiran 6. Berikut adalah keputusan soal selidik kedua-dua kumpulan kajian; PERNYATAAN KUMPULAN TOTAN KUMPULAN KAWALAN YA TIDAK YA TIDAK ƒ % ƒ % ƒ % ƒ % Saya tahu apa akan berlaku jika nilai nombor lebih daripada nilai asasnya. 24 96 1 4 20 80 5 20 Saya dapat menukar sesuatu nombor daripada satu asas kepada asas yang lain. 23 92 2 8 13 52 12 48 Saya dapat melakukan pengiraan yang melibatkan operasi tambah dan tolak bagi nombor pelbagai asas. 22 82 3 12 16 64 9 36 Jadual 6.3; ITEM (A) PENGETAHUAN MURID DALAM PENYELESAIAN MASALAH ASAS NOMBOR PERNYATAAN KUMPULAN TOTAN KUMPULAN KAWALAN YA TIDAK YA TIDAK ƒ % ƒ % ƒ % ƒ % Saya rasa pengiraan operasi tambah dan tolak bagi nombor pelbagai asas adalah mudah. 20 80 5 20 20 80 5 20 Saya rasa seronok ketika belajar pengiraan operasi tambah dan tolak bagi nombor pelbagai asas. 24 96 1 4 22 88 3 12 Saya rasa topik Asas Nombor adalah topik yang mudah. 21 84 4 16 19 76 6 24 Saya rasa seronok ketika belajar topik Asas Nombor. 24 96 1 4 21 84 4 16 Jadual 6.4; ITEM (B) PERSEPSI MURID TERHADAP TOPIK ASAS NOMBOR PERNYATAAN KUMPULAN TOTAN KUMPULAN KAWALAN YA TIDAK YA TIDAK ƒ % ƒ % ƒ % ƒ % Saya rasa matematik adalah subjek yang mudah. 19 76 6 24 19 76 6 24 Saya rasa seronok belajar subjek matematik. 22 88 3 12 21 84 4 16 Jadual 6.5 ; ITEM (C) PERSEPSI MURID TERHADAP SUBJEK MATEMATIK
11 Berdasarkan kumulatif setiap item di atas, adalah ketara responden dalam Kumpulan TOTAN merasa subjek Matematik amnya, dan Topik Asas Nombor khususnya adalah lebih mudah berbanding dengan Kumpulan Kawalan yang diajar menggunakan kaedah-kaedah dalam Bukut Teks. Responden yang belajar kaedah TOTAN juga lebih seronok dalam pembelajaran berbanding dengan mereka dalam Kumpulan Kawalan. 6.4.3 APLIKASI QUIZIZZ Setiap guru yang mengikuti PLC menjawab soal selidik seperti dalam Lampiran 7. Berikut merupakan analisisnya; PERNYATAAN YA TIDAK ƒ % ƒ % Saya dapat menghasilkan tutorial pembelajaran menggunakan QUIZIZZ 6 100 0 0 Saya dapat membina Kuiz Interaktif menggunakan QUIZIZZ. 6 100 0 0 Saya tahu bagaimana menghantar pautan QUIZIZZ kepada murid. 6 100 0 0 Saya tahu bagaimana melihat paparan analisis markah murid dalam QIZIZZ 6 100 0 0 Saya rasa aplikasi QIZIZZ adalah mudah. 6 100 0 0 Saya berpuas hati dengan aplikasi QIZIZZ 6 100 0 0 Jadual 6.6; PENGETAHUAN & PERSEPSI GURU TERHADAP APLIKASI QUIZIZZ Kesemua enam orang guru matematik yang mengikuti PLC telah berjaya menghasilkan satu pertandingan Kuiz Dalam Talian. Dan mereka sangat berpuas hati dan rasa aplikasi QIZIZZ adalah mudah. Kami telah menghantar pautan KUIZ TOTAN ke empat kelas pelbagai tahap yang terpilih, dan peratus penyertaan murid dalam permainan Kuiz TOTAN dalam talian tersebut adalah seperti berikut; KELAS JUMLAH MURID PESERTA KUIZ Bilangan Peratus 4 Ibnu-Sina 16 16 100% 4 Ibnu-Battuta 38 31 81.6% 5 Al-Biruni 26 21 80.8% 5 Al-Farabi 21 16 76.2% Jadual 6.7 ; Bilangan Murid mengikuti Permainan Kuiz Dalam Talian
12 Kehadiran murid dalam talian mengalami peningkatan yang sangat tinggi berbanding dengan sebelumnya, yang hanya pada lingkungan 30% - 35% sahaja. 6.5 REFLEKSI Setelah melakukan kesemua aktiviti, kami dapati terdapat banyak perubahan yang positif sama ada dalam diri murid mahu pun guru. Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Berdasarkan keputusan latihan dan permainan Kuiz, kaedah TOTAN bukan sahaja memakan masa pengiraan yang lebih singkat, mereka juga dengan mudahnya memperoleh jawapan tanpa perlunya kalkulator. Guru-guru matematik yang mengikuti kursus aplikasi QUZIZZ pula berjaya menghasilkan permainan Kuiz TOTAN dalam talian, yang seterusnya berjaya meningkatkan kehadiran murid dalam sesi PDPR.
13 Lampiran 1 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe7uloEc0-r0AudQKfZpfSuo83qunsnexHQ0P51U4JnpxnBQ/viewform
14 Lampiran 2 UJIAN-PRA / UJIAN-PASCA Hitung nilai bagi setiap operasi tambah yang berikut. 1) 112 + 102 6) 1667 + 2537 2) 2103 + 1213 7) 4538 + 2628 3) 134 + 104 8) 17138 + 1058 4) 4235 + 1305 9) 1839 + 179 5) 3516 + 1226 10) 57039 + 7509
15 UJIAN-PRA / UJIAN-PASCA Hitung nilai bagi setiap operasi tambah yang berikut. 1) 11112 - 102 6) 60267 - 2437 2) 22103 - 2113 7) 17538 - 10058 3) 10304 - 1224 8) 44038 - 2028 4) 4235 - 1005 9) 18539 - 12079 5) 12536 - 1506 10) 87039 - 72509
16 Lampiran 3 https://youtu.be/lb-rCjA65Oo
17 Lampiran 4
18 Lampiran 5
19 Lampiran 6 BORANG SOAL SELIDIK MURID Tajuk : Projek Inovasi TOTAN Tahniah dan syabas diucapkan kerana anda terpilih untuk menjawab borang soal selidik ini. Borang ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan betul atau salah. Anda diminta menjawab soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas kerana segala maklumat daripada anda adalah sangat bermakna dalam menjayakan kajian ini. Segala maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya. Atas kerjasama anda kami mendahului dengan ucapan terima kasih. A) PENGETAHUAN MURID DALAM PENYELESAIAN MASALAH ASAS NOMBOR No. Item PERNYATAAN Sila tandakan / di kotak pilihan anda Ya Tidak 01 Saya tahu apa akan berlaku jika nilai nombor lebih daripada nilai asasnya. 02 Saya dapat menukar nombor daripada satu asas kepada asas yang lain. 03 Saya dapat membuat pengiraan yang melibatkan operasi tambah dan tolak bagi nombor pelbagai asas. B) PERSEPSI MURID TERHADAP TOPIK ASAS NOMBOR No. Item PERNYATAAN Sila tandakan / di kotak pilihan anda Ya Tidak 01 Saya rasa pengiraan operasi tambah dan tolak bagi nombor pelbagai asas adalah mudah. 02 Saya rasa seronok ketika belajar pengiraan operasi tambah dan tolak bagi nombor pelbagai asas. 03 Saya rasa topik Asas Nombor adalah topik yang mudah. 04 Saya rasa seronok ketika belajar topik Asas Nombor. C) PERSEPSI MURID TERHADAP SUBJEK MATEMATIK No. Item PERNYATAAN Sila tandakan / di kotak pilihan anda Ya Tidak 01 Saya rasa matematik adalah subjek yang mudah. 02 Saya rasa seronok belajar subjek matematik.
20 Lampiran 7 BORANG SOAL SELIDIK GURU Tajuk : PCL APLIKASI QUIZIZZ Tahniah dan syabas diucapkan kerana anda terpilih untuk menjawab borang soal selidik ini. Borang ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan betul atau salah. Anda diminta menjawab soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas kerana segala maklumat daripada anda adalah sangat bermakna dalam menjayakan kajian ini. Segala maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya. Atas kerjasama anda kami mendahului dengan ucapan terima kasih. A) PENGETAHUAN GURU DALAM PENGENDALIAN APLIKASI QUZIZZ No. Item PERNYATAAN Sila tandakan / di kotak pilihan anda Ya Tidak 01 Saya dapat menghasilkan tutorial pembelajaran menggunakan QUIZIZZ 02 Saya dapat membina Kuiz Interaktif menggunakan QUIZIZZ. 03 Saya tahu bagaimana menghantar pautan QUIZIZZ kepada murid. B) PERSEPSI GURU TERHADAP APLIKASI QUZIZZ No. Item PERNYATAAN Sila tandakan / di kotak pilihan anda Ya Tidak 01 Saya rasa aplikasi QIZIZZ adalah mudah. 02 Saya berpuas hati dengan aplikasi QIZIZZ