Penerbit : Nur Atiqah Binti Abu Tani
No Matrik : 287142
1
Terdapat sebuah kampung diberi nama Kampung Chantum. Di kampung ini terdapat seorang
budak lelaki bernama Amat. Amat dan ayahnya merupakan orang yang disenangi ramai.
Mereka suka membantu orang. Mereka membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan upah.
Amat hidup berdua dengan ayahnya setelah ibunya meninggal dunia. Ayah Amat ialah Pak
Jahid bekerja sebagai penebang pokok. Setiap hari dia akan masuk ke hutan mencari pokok-
pokok yang sudah tua untuk ditebang. Batang pokok tersebut diproses untuk dijadikan kayu
dan dijual. Amat disegani oleh orang kampung, guru -guru dan juga rakan-rakannya.
2
Beberapa bulan selepas itu, datanglah keluarga Halimah yang berpindah ke Kampung
Chantum. Suaminya, Karim membuka sebuah syarikat dikampung tersebut. Halimah
mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan Amat bernama Syarif. Syarif selalu mencari
gaduh dengan Amat kerana dia berang apabila cikgu kelasnya sering memuji Amat. Pernah
suatu hari Syarif dan kawan-kawannya memasang perangkap untuk mengenakan Amat. Amat
terjerat dalam perangkap tersebut. Syarif dengan rakan-rakannya ketawa terbahak-bahan. Amat
cuba melawan namun dia teringat akan pesanan ibunya "biar orang buat kita, jangan sesekali
kita membalasnya. Maka dia meneruskan perjalannnya ke rumah dengan pakaian yang comot.
3
KRINGG !!!!! KRINGG !!!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Semua pelajar bergegas menyimpan barang-
barang ke dalam beg sekolah. Semasa pulang Syarif menunjuk-nunjuk basikal barunya dengan
berlagak, "cantik tak basikal baru aku? Korang tak ada, hanya orang-orang kaya saja yang
boleh beli". Amat tidak mengendahkan lalu meninggalkan mereka semua. Sebaik sahaja
sampai dirumah dia melihat kasut bot ayahnya tidak terusik. Dia bimbang sesuatu terjadi
kepada ayahnya. Dia memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan tiba-tiba ternampak
ayahnya menggigil di atas tilam bujang kemudian dia berjalan menghampiri ayahnya sambil
bertanya,
"Ayah sakit ke? Jom kita pergi ke klinik" kemudian ayahnya membalas
"tak perlu".
Dia masih memujuk walaupun ayahnya enggan. Ayahnya tetap berkeras untuk tidak pergi ke
klinik.
4
Pada keesokannya, Pak Jahid meminta Amat untuk masuk ke hutan dan mencari putung-putung
kayu untuk memasak. Amat pun berlalu dengan membawa sebuah guni. Semasa dalam
perjalanan ke hutan dia ternampak Syarif mengayuh basikal dengan laju menyebabkan hampir
terlanggar Amat. Amat meneruskan perjalanannya untuk mengutip putung kayu. Tengah
kusyuk mengutip dia mengambil keputusan untuk berehat seketika. Pada masa itu dia terdengar
bunyi sesuatu yang kuat
BUMP !!!!
Dia bangun dan menuju ke arah bunyi tersebut. Dia ternampak Syarif jatuh dari basikalnya.
Tanpa membuang masa Amat terus mengangkat Syarif. Syarif menolak Amat sehingga jatuh
katanya, "Kenapa kau tidak menyuruh bapak kau tebang saja pokok ini, menyusahkan betul"
Amat tidak faham kenapa bapa dia dipersalahkan sedangkan Amat sudah menolongnya. "Tidak
menghargai jasa orang betul budak ini", dia mendengus lalu beredar.
5
Sampai ditengah-tengah hutan dia terdengar bunyi suara lelaki tua sedang meminta
pertolongan.
"To..long"…"To..long"
Dia menghampiri suara tersebut. Bunyi tersebut datang dari pondok usang yang terkunci dari
luar. Amat pun membuka kunci itu maka keluarlah seorang pakcik tua yang bertongkat dan
berjanggut panjang. Pakcik itu mengucapkan terima kasih kepada amat dan menghadiahkan
Amat sebilah kapak sakti. Katanya, kapak itu mengambil masa tiga saat untuk pokok itu
tumbang. Pakcik tersebut juga meminta Amat untuk menggunakannya ke arah kebaikan. Maka
pakcik tersebut ghaib.
6
Amat mengambil keputusan untuk pulang kerana matahari sudah terbenam. Dia membawa
putung kayu dan kapak sakti pulang ke rumah. Setelah sampai dia menceritakan kepada
ayahnya tetapi ayahnya tidak percaya. Keesokan harinya, Pak Jahid ingin mencuba kapak itu
lalu dia menggapai kapak tersebut dan menuju ke hutan. Diambilnya kapak itu lalu dihayun ke
belakang dan menebang. Ternyata tidak sampai 3 saat pokok itu sudah tumbang ke tanah. Sejak
hari itu, Pak Jahid dapat menghasilkan kayu yang banyak dalam masa sehari.
7
Keluarga Karim tidak berpuas hati dengan pendapatan Pak Jahid yang semakin lumayan.
Mereka mula menyiasat bagaimana Pak Jahid buat kerja sehingga mendapat hasil yang
lumayan, lalu mereka mengupah dua orang lelaki untuk mengintip kegiatan Pak Jahid. Sesudah
sahaja mengintip mereka pergi mendapatkan keluarga Karim untuk memberitahu kegiatan Pak
Jahid. Karim memikirkan cara bagaimana hendak mencuri kapak tersebut.
Beberapa hari selepas itu, Karim dan konco-konconya menunggu Pak Jahid di hutan. Apabila
mereka nampak kelibat Pak Jahid, mereka semua mengelilingi Pak Jahid. Mereka cuba
merampas kapak itu tetapi tidak berjaya kerana berat. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang
boleh mengangkatnya dengan ringan. Kemudian Karim dan konco-konconya pulang dengan
kecewa. Usaha mereka tidak berhenti disitu malah dia merancang untuk mencuri kapak tersebut
di rumah Pak Jahid ketika beliau menghantar kayu kepada Uncle Chong.
8
Sewaktu Pak Jahid ke pekan bersama Amat, Karim telah menerjah masuk ke rumah itu. Mereka
mencari kapak itu untuk dibawa pulang. Selang beberapa minit baru lah dia menjumpai kapak
tersebut. Kapak yang berwarna keemasan terlihat sungguh cantik. Karim cuba untuk
mengangkatnya tetapi tidak berjaya. Dia pun memanggil konco-konconya supaya membantu
tetap tidak berhasil. Mereka semua mengambil keputusan untuk menunggu Pak Jahid pulang
dari pekan dan memberitahu hasratnya untuk membeli kapak tersebut dengan harga yang
tinggi.
9
Beberapa minit kemudian Pak Jahid dan Amat pulang maka mereka memberitahu bahawa
mereka ingin membeli kapak dengan harga yang sangat tinggi. Amat tidak memberi ayahnya
menjual kapak itu kerana tidak semua orang boleh menggunakannya. Amat berkata kapak itu
dihadiahkan kepadanya untuk menolong orang dalam kesusahan.
Karim kemudiannya tidak percaya maka kapak itu sendiri bercakap. Katanya, "Aku tidak boleh
menjadi milik sesiapa melainkan tuanku" mereka semua terkejut dan lari lintang-pukang. Mulai
hari itu mereka tidak lagi mengganggu Pak Jahid sekeluarga. Kehidupan Pak Jahid juga
semakin berubah. Penduduk kampung itu juga hidup dalam keadaan hermoni dan sejahtera.
Amat dan Syarif juga berdamai.
10