BULETIN UUM
EDISI PERTAMA: JAN 2022
“SUKAN ERAT KEHARMONIAN
KAUM”
NAMA
NO. MATRIK
PUSAT
DISEDIAKAN UNTUK
: NOOR AIN BINTI HANAFI
: 250180
: KUALA LUMPUR
: PUAN AINAL AKMAR BINTI HAJI AHMAD
SEMESTER JANUARI 2022/2023
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN
TINTA EDITOR
KETUA EDITOR
NOOR AIN BINTI HANAFI
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Sukan melambangkan bahagian penting dalam budaya Malaysia. Sukan di Malaysia popular dari aspek penyertaan dan tontonan. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bebas menyertai berbeza jenis sukan bagi tujuan rekreasi dan juga pertandingan.
Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu menjana pendapatan untuk pembangunan sosial serta meningkatkan lagi mutu sukan negara sebagai contoh dengan penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998. Negara Malaysia salah sebuah negara merdeka yang tidak terlepas untuk turut serta dalam penglibatan sukan pelbagai kategori di peringkat global. Jelas dinyatakan aktiviti sukan bukan sahaja bermotifkan kemahiran, keseronokan, pertandingan, pembangunan, kecemerlangan dan sebagainya malahan juga dilakukan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada sidang pengarang di atas kesungguhan dalam penerbitan edisi pertama buletin ini.
Akhir kata, sukan bukan sahaja medan untuk bertarung dalam memperlihatkan keupayaan dan kebolehan atlet-atlet negara tetapi juga menjadi satu wadah yang boleh mewujudkan keharmonian kaum disamping memberi banyak faedah dan peluang kepada negara.
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
SIDANG PENGARANG
PENAUNG
NURUL HUDA BINTI SUHAIMI
PENASIHAT
MOHD ALIF BIN MOHD SALIM
PENERBIT
AMIRA NABILLAH BINTI AB RAHMAN
PENYELIA
MOHD HAFIZI BIN ROSLAN
KANDUNGAN
1
ISI UTAMA
AKTIVITI SEJARAH SUKAN NEGARA
2
3
ARTIKEL PENDEK & ULASAN 5 KISAH TOKOH-TOKOH
RUANGAN KREATIF
6 8
RUANGAN IKLAN 10
SUDUT INFORMASI
11
ISI UTAMA
“SUKAN ERAT KEHARMONIAN KAUM”
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum ini mengamalkan agama, adat, bahasa dan sistem kepercayaan yang berbeza. Pilihan aktiviti sukan yang berlainan ini banyak dipengaruhi oleh apa yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka.
Antara aktiviti sukan yang popular di Malaysia adalah seperti bola sepak, badminton, olahraga dan lain-lain lagi. Sektor sukan dilihat mampu menjadi asas untuk memupuk perpaduan antara kaum dan bukan sahaja medium dalam melahirkan atlet.
Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhammad Fadzli Hassan berkata sukan boleh memecahkan penguasaan satu kumpulan etnik dan mendorong rakyat berkongsi aspirasi yang sama dan pada masa yang sama memupuk rasa cinta kepada negara. “Ini kerana sukan tidak pernah mengambil kira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh merencatkan interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan pada 8 Disember 2018.
Selain itu, Muhammad Fadzli berpendapat sukan boleh menjadi wadah masyarakat berkumpul dan mewujudkan perasaan hormat-menghormati dalam memupuk keharmonian dan semangat nasionalisme yang tinggi seperti sokongan yang ditunjukkan netizen terhadap pasukan bola sepak negara.
Semangat keharmonian bukan sahaja daripada penyokong bahkan turut ditunjukkan oleh skuad negara seperti Harimau Malaya yang dibarisi oleh pemain daripada pelbagai kaum dengan memperlihatkan semangat berjuang yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
Oleh yang demikian, secara tidak lansung ia mendorong orang ramai melupuskan prasangka dan perbezaan kaum sesama sendiri di samping bersatu padu dalam memberikan semangat dan mempamerkan sokongan kepada atlet-atlet negara, pasukan kebangsaan serta rakan-rakan seperjuangan mereka. Jelaslah bahawa semua lapisan masyarakat haruslah melibatkan diri dalam aktviti sukan dan menyokong padu semua aktivi sukan yang dianjurkan.
1
AKTIVITI
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA
Sambutan Hari Sukan Negara telah ditetapkan pada setiap tahun - hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat melaksanakan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.
SAMBUTAN HARI FIT MALAYSIA
Sambutan Hari Fit Malaysia adalah satu gerakan besar-besaran yang mempamerkan Malaysia sebuah ‘Negara Pencinta Sukan’. Berkonsepkan lima prinsip iaitu kesihatan, perpaduan, komuniti, inklusif dan bakat sukan merupakan satu pendekatan terhadap perubahan gaya hidup sihat. Pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit dan buday bebas menyertai sambutan Hari Fit Malaysia.
KURSUS SUKAN PERCUMA
Insitut Sukan Negara (ISN) membuka peluang
kepada penggiat sukan dan orang ramai bagi mempertingkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan sukan iaitu dengan penawaran kursus-kursus yang berkaitan sukan secara percuma.
website: coachingacademy.isn.gov.my
2
SEJARAH SUKAN NEGARA
Pada tahun 1983, sukan Malaysia dikonsepkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan. Secara realistiknya, saranan yang dicadangkan adalah sebuah temasya sukan peringkat kebangsaan menjadi penentu dalam peningkatan mutu sukan, melahirkan dan mempergiatkan penyertaan atlet di peringkat negeri dalam sukan, meningkatkan prestasi pegawai, menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta menaikkan taraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Cadangan temasya pertama diadakan dari 15 Ogos hingga 2 September 1985 dan hanya terdiri daripada enam sukan seperti tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar. Namun, sebuah cadangan baru untuk melibatkan lebih banyak bilangan sukan telah dihantar oleh orang awam dan diterima oleh Majlis Sukan Negara Malaysia yang memutuskan untuk temasya sukan dianjurkan pada setiap dua tahun mulai tahun 1986 serta berselang seli dengan sukan Asia Tenggara. Ringkasan sejarah sukan negara adalah seperti berikut:
SUKAN MALAYSIA
TEMPAT
TARIKH
ULASAN PENYERTAAN
Pertama
Kuala Lumpur
19 - 26 April 1986
• 3849 atlet dari 13 negeri Malaysia
• Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
• Majlis Sukan Universiti Malaysia
(MASUM) dan
• Polis Diraja Malaysia dan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM)
Ke-3
Sarawak
1990
• Sarawak dan
• Malaysia Timur
Ke-6
Pahang
1996
• Brunei
• Labuan dan
• Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia
Ke-9
Sabah
2002
• Angkatan Tentera Malaysia
• Northern Territory Australia
Ke-10
Negeri Sembilan
2004
• Majlis Sukan Sekolah-Sekolah dan • Majlis Sukan Universiti berhenti
menyertai kejohanan ini
Ke-11
Kedah
2006
• Kuala Lumpur
• Labuan bergabung menjadi
pasukan Wilayah Persekutuan
• Polis menyertai kejohanan ini
buat kali yang terakhir
3
SEJARAH SUKAN NEGARA
Satu keputusan telah dibuat oleh Majlis Sukan Negara pada 27 Mei 2010 untuk menganjurkan temasya sukan tersebut setiap tahun mulai tahun 2011 dalam usaha untuk mendemokrasikan dan membangunkan semua sukan di Malaysia terutamanya sukan pilihan.
Temasya Sukan tahun ganjil diadakan di Kuala Lumpur oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan melibatkan acara sukan pilihan sahaja, sementara temasya sukan tahun genap diadakan di negeri-negeri anggota dalam negara dan melibatkan sukan teras sahaja. Temasya sukan tahun ganjil bagaimanapun telah dibatalkan oleh Majlis Sukan Negara pada tahun 2015, atas sebab agenda sukan negeri yang padat dan kos tinggi buat Majlis Sukan Negeri untuk membiayai sebuah kontingen Sukan Malaysia setiap tahun.
4
ARTIKEL PENDEK & ulasan
Artikel yang ditulis oleh Dr. Amnah Saayah Ismail bertarikh 10 September 2021 bertajuk ‘Perhebat acara sukan untuk penyatuan kaum’ telah dipilih untuk diulas. Penulis merupakan Ketua Jabatan di Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Isi artikel yang sangat ringkas dan padat ini sangat menarik untuk dibaca.
Penulis berharap agar media sosial akan terus menjadi medium penghubung antara penonton dan atlet disamping dapat mengeratkan lagi perhubungan antara kaum, terutama dalam keadaan pandemik. Sambutan meraikan para atlet kita secara berterusan walaupun melalui alam maya mendapat perhatian seluruh rakyat.
Di samping itu, tiada isu penindasan dalam membangunkan sukan. Semua pihak samada individu, komuniti, institusi pendidikan dan sebagainya harus memainkan peranan penting bagi menjamin pembangunan negara sekaligus membawa keharmonian komuniti serta mengharumkan nama negara.
Tambahan pula, Malaysia harus sentiasa aktif, bersatu padu dan bersemangat dalam menyokong aktiviti sukan negara sehingga ke persada antarabangsa.
Kesimpulannya, kebijaksanaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tersebar luas dan boleh diambil sebagai ikhtibar dan pengajaran. Ia bukan sekadar laungan bangga atas kejayaan atlet kita, malahan ia adalah bukti dan tanda penerimaan bersama. Pembangunan sukan sebagai satu industri mampan bagi menjamin kelestarian semua pihak khususnya kepada atlet, jurulatih dan persatuan tanpa mengira kaum dan bangsa kerana sukan menyatukan kita.
5
KISAH TOKOH-TOKOH
1. Datuk Lee Chong Wei
Kategori sukan
Badminton
Tarikh lahir
21 Oktober 1982 (40 tahun)
Pencapaian
• Pingat emas dalam acara Perseorangan Lelaki di Sukan Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018
• Pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016
Status terkini
• Beliau telah mengumumkan persaraan pada 13 Jun 2019 atas faktor kesihatan
• Telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020
2. Datuk Nicol Ann David
Kategori sukan
Skuasy
Tarikh lahir
26 Ogos 1983 (39 tahun)
Pencapaian
• Lima pingat emas di Sukan Asia
• Dua pingat emas di Sukan Komanwel dan
• 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional
(PSA)
Status terkini
• Penampilan terakhir sebagai atlet skuasy negara dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei 2018
• Aktif sebagai jurulatih dan atlet-atlet muda dengan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama jurulatih yang sedia ada
3. Dato’ Pandelela Rinong
Kategori sukan
Tarikh lahir
Pencapaian
Status terkini
Terjun
2 Mac 1993 (29 tahun)
• Pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London menerusi acara 10 meter platform individu wanita
• Pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 gandingan bersama Nur Dhabitah
• Pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada pada 2017
• Pingat perak dalam platform seirama 10 meter bersama Cheong Jun Hoong di Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Rio de Janeiro
• Ikon Belia Sukan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2016
• Akan kembalii bergandingan bersama Nur Dhabitah Sabri pada temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang
dijadualkan pada 12 hingga 23 Mei 2022
6
KISAH TOKOH-TOKOH
4. Datuk Azizulhasni Awang
Kategori sukan
Basikal
Tarikh lahir
5 Januari 1988 (34 tahun)
Pencapaian
• Pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil
• Pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong
• Pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam kategori pecut dan
• Pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010 dalam kategori keirin
• Pingat perak pada Olimpik Tokyo 2020
Status terkini
• Sedang berehat dan belum memutuskan untuk menyertai Olimpik Paris 2024
5. Julian Yee
Kategori sukan
Luncur ais
Tarikh lahir
26 May 1997 (25 tahun)
Pencapaian
• Pingat emas dalam acara luncur ais berirama lelaki di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur
• Tempat keenam pada Kejohanan Trofi CS Nebelhorn ke-49 di Jerman pada tahun 2017
• Juara sebanyak lima kali dalam kejohanan negara sebelum mewakili negara dalam Sukan SEA 2017
• Atlet luncur ais pertama negara mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan
Status terkini
• Memandangkan situasi Covid-19, tidak akan bertanding dalam Olimpik Musim Sejuk 2022
6. Dato’ Ridzuan Puzi
Kategori sukan
Paralimpik Olahraga
Tarikh lahir
27 September 1987 (35 tahun)
Pencapaian
• Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada tahun 2015
• Pingat emas Sukan Paralimpik 100 meter (m) kategori lelaki T36 (cerebral palsy) 2016 di Rio de Janeiro, Brazil
• Pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar dan Sukan Para Asean Singapura
• Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018
Status terkini
• Walaupun kini tidak lagi berada di bawah bimbingan ketua jurulatih, R Jaganathan, beliau tetap bersemangat waja untuk kembali meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024
7
RUANGAN KREATIF
Cerpen: Si Kaki Besi
Setiap tahun Sekolah Kampung Pisang akan mengadakan satu sukan tahunan dan tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya kerana pihak sekolah akan memilih dua orang olahragawan untuk dihantarkan ke peringkat yang lebih tinggi. Mana-mana peserta yang menunjukkan prestasi yang cemerlang akan memperoleh peluang untuk menjadi ahli sukan negara.
Naim dan Syamil merupakan dua orang sahabat yang sangat aktif dalam bidang sukan malahan mereka berdua juga merupakan atlet sukan sekolah yang acap kali mewakili sekolah dalam perlawanan sukan-sukan sekolah. Mereka berdua sudah pun berpakat dan berjanji untuk bersama-sama menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam sukan tahunan nanti untuk mendapat peluang menjadi ahli sukan negara. Naim juga selalu melakukan senaman di padang sendirian dan pada satu hari dia ternampak Syamil sedang dalam keadaan yang tidak berapa baik.
"Mil!" Naim menjerit dari jauh memanggil rakannya itu. Namun Syamil buat tidak endah sahaja panggilan Naim itu. "Mungkin dia tak dengar kot aku panggil dia hmm.“ "Syamil!" Naim memanggilnya sekali lagi dan terus pergi kepadanya. Sampai saja Naim dekat Syamil dia ternampak Syamil memakai earphone' "Patutla tak dengar aku panggil kau tadi. haish aku ingatkan kau dah pekak." kata Naim dengan nada yang memerli. "Haha sorry la Naim aku tak dengar tadi. ni kenapa beria sangat panggil aku?" tanya Syamil kepada Naim. " Aku nampak kau macam tak berapa sihat je ni. Kau oke tak?" "Aku oke jela. cuma selsema sikit, ni la aku keluar jogging nak sihatkan badan ni semula. Sukan pon dah dekat ni, aku nak berlatih bersungguh-sungguh untuk dapat wakil negara satu hari nanti." Kata Syamil dengan penuh semangat.
"Oke. kalau begitu mari la kita berlatih sekali." balas Naim. Hari berganti hari Naim dan Syamil berlatih dengan gigihnya untuk mencapai matlamat mereka bersama. Disebabkan kegigihan dan semangat mereka terlalu menonjol di kalangan rakan-rakan yang lain, ada yang cemburu dengan mereka berdua sehingga ada yang merancang untuk melagakan Naim dan Syamil. Dua hari sebelum sukan tahunan bermula Syamil telah terlibat dengan satu kemalangan yang membahayakan. Kemalangan ini berlaku kerana brek motor yang ditunggang oleh Syamil gagal berfungsi dengan baik.
Setelah disiasat oleh pihak polis, motor Syamil itu telah pun diputuskan tali breknya. Sudah terbuktilah bahawa motor Syamil itu sudah di sabotaj oleh seseorang. Akibat kemalangan itu kaki Syamil terdapat keretakan pada kaki kirinya dan dia tidak boleh lagi bersukan selama setahun atas arahan doktor. Rakan baiknya Naim yang mengetahui hal itu terus berasa sangat sedih kerana dia telah berjanji dengan Syamil yang mereka akan bersama-sama mencapai matlamat mereka untuk menjadi ahli sukan negara. Keesokkan harinya, Naim datang melawat Syamil di Hospital Besar Pusat Bandar Kampung Pisang dan melihat kondisi kaki Syamil yang agak teruk itu.
8
RUANGAN KREATIF
Cerpen: Si Kaki Besi
“Mil, kenapa boleh jadi macam ni?" kata Naim dengan nada yang sedih. "Aku jatuh motor sebab brek aku rosak la. polis kata ade orang sabotaj aku. tapi takpela benda dah jadikan, aku redha je dan budak yang sabotaj aku tu pon da minta maaf dia kata dia buat tu sebab jealous tengok semangat kita yang nak jadi ahli sukan negara ni haha kelakar je aku rasa." ujar Syamil sambal menitiskan air mata. "Esok sukan tahunan sekolah dah mula. hmm" "Naim, kau janganla sedih.
Mungkin takde rezeki aku nak jadi ahli sukan negara bersama dengan kau tahun ni. Kau janji dengan aku ye kau akan buat yang terbaik esok. Nanti bila aku dah sihat aku akan ikut jejak kau pulak. "Baiklah Mil, aku janji akan buat yang terbaik esok. Oke, nanti bila aku da berjaya aku tunggu kau pulak. aku sentiasa sokong kau." 3 tahun sudah pun berlalu. Syamil dan Naim telah berjaya bersama menjadi ahli sukan negara.
Naim sangat gembira kerana rakan baiknya itu tidak berputus asa dan telah pun menunaikan janjinya untuk bangkit semula dan menjadi ahli sukan negara. Naim dan Syamil menjadi ahli sukan yang sangat dihormati dan disayangi orang ramai dan bersahabat baik sehingga kini.
9
RUANGAN IKLAN
10
SUDUT INFORMASI
AKTIVITI-AKTIVITI SENAMAN
Senaman adalah penting untuk kesihatan fizikal dan menggalakkan kesihatan secara keseluruhannya untuk semua orang tidak mengira jantina mahupun umur. Selain dapat menjadi aktif secara fizikal, ia juga dapat membantu rakyat mengawal berat badan, mengawal dan menurunkan risiko daripada mendapat penyakit kronik.
Aktiviti Keamatan SEDERHANA
Berjalan pantas Aerobik air
Berbasikal (<10 batu/jam)
Tennis (beregu) Berdansa Berkebun secara am
Aktiviti Keamatan TINGGI
Berjalan, jogging dan berlari Berenang pusingan
Tenis bersendirian
Aerobik Berbasikal (≥ 10 batu/jam)
Melompat tali
Berkebun berat Merentas bukit/berjalan (mencangkul/menggali) dengan beg yang berat)
11
BULETIN UUM
EDISI PERTAMA: JAN 2022
Bagi sebarang makluman dan pertanyaan, sila hubungi:
Sidang Redaksi Buletin UUM Universiti Utara Malaysia 06100 Sintok
KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-928 4000 / 3053
E-mel : [email protected]
Pusat Pendidikan Professional & Lanjutan UUM PACE, UUM Sintok Kedah
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA