MPU23012 PENGAJIAN ISLAM SESI 2 2022/2023 TAJUK : FENOMENA BANJIR KILAT YANG MELANDA KAWASAN BANDAR. NAMA PENSYARAH : PUAN WAN NOR HASNAH BINTI WAN YUNUS NAMA NOMBOR MATRIKS NUR ALIA NAJWA BINTI ZAHIR 16DPM22F1098 WAN NUR AFIQAH BINTI WAN MOHD NASIR 16DPM22F1120
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 DEFINISI BANJIR KILAT 4 3 PUNCA-PUNCA BANJIR KILAT 5 4 KESAN-KESAN BERLAKUNYA BANJIR KILAT 6 5 CARA-CARA MENGATASI BANJIR KILAT 7 6 KESIMPULAN 8 7 RUJUKAN 9 ISI KANDUNGAN
PENGENALAN KEJADIAN banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar bukanlah satu masalah baharu yang kita hadapi pada masa kini. Banyak kejadian banjir kilat berlaku tanpa sebarang amaran menyebabkan masyarakat terpaksa menanggung kerugian apabila tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka kerana ia terjadi dengan cepat. Menurut, Pensyarah Pengurusan Persekitaran, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Madya Dr. Haryati Shafii intensiti hujan yang tinggi, kawasan pembangunan padat, sistem saliran tidak diselenggara dengan baik serta masalah pencemaran longkang dan saliran dilihat menjadi penyumbang utama kepada masalah itu. Kawasan bandar seperti Shah Alam, Selangor dan Batu Pahat, Johor merupakan antara contoh bandar yang telah mengalami fenomena banjir kilat yang teruk. Walaupun banjir kilat biasanya cepat surut, namun kesannya mengakibatkan kerugian harta benda yang bukan sedikit kepada masyarakat. Selain itu, ia boleh mengundang trauma kepada mangsa terlibat. Banjir kilat dikategorikan sebagai bencana alam kerana ia memberi kesan kepada kehidupan manusia secara langsung seperti kematian, kerosakan tempat tinggal, kenderaan, kemusnahan hasil pertanian, perniagaan atau kerosakan infrastruktur.
DEFINISI BANJIR KILAT Banjir kilat merujuk peningkatan aras air permukaan yang berlaku dengan cepat disebabkan curahan hujan yang lebat dalam satu tempoh masa yang singkat dan air surut dengan cepat selepas hujan berhenti. Banjir kilat dikaitkan dengan kadar aliran permukaan yang banyak (run-off) disebabkan kadar susupan air oleh liang-liang pori tanah yang rendah. Ini disebabkan oleh permukaan tanah bandar diliputi oleh lapisan tar, aspalt, bitumen dan sebagainya. Banjir kilat lazimnya berlaku di kawasan bandar yang mengalami proses urbanisasi yang pesat dan kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan serta proses pengondolan pada kawasan tadahan hujan.
PUNCA-PUNCA BANJIR KILAT Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa punca. Antara puncapunca berlakunya banjir adalah: Hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. Proses pembandaran. Menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku. Sistem perparitan tidak terancang. Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
KESAN-KESAN BERLAKUNYA BANJIR KILAT Kemusnahan Harta Benda Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Kerugian Kerajaan Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir. Menyebabkan Kematian Kematian akibat penyakit.Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia.Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.Penyakit lain ialah denggi penyakit leprosi (sakit kencing tikus) banyak merebak dalam musim banjir
CARA-CARA MENGATASI BANJIR KILAT Menyelenggara sistem perparitan dengan baik. Sebagai negara yang menerima taburan hujan yang banyak kita memerlukan jaringan atau sistem perparitan yang efisien. Hal ini kerana ia dapat membantu mengalirkan air lebihan seperti air hujan ke kawasan yang selamat seperti sungai dan laut. Persis kata mutiara, sediakan payung sebelum hujan. Mengawal pembangunan dan pembalakan di kawasan hutan. Kejadian banjir yang berlaku di kawasan luar bandar atau pedalaman kebanyakannya berpunca daripada aktiviti pembangunan di kawasan hutan sekitar. Apabila kawasan hutan ditebang, pokok-pokok yang sebelum ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan telah hilang dan air hujan yang turun akan mengalir sehingga menaikkan paras air sungai seterusnya melimpah ke kawasan perumahan yang berdekatan. Mengawal aktiviti manusia. Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa industri ke dalam sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, tahap kesedaran masyarakat perlu dipertingkatkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.
KESIMPULAN Justeru, kekerapan kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar perlu dikaji dan langkah-langkah bagi mengelakkannya daripada berulang perlu dilakukan segera.Pihak pembuat dasar dan kerajaan tempatan harus mengambil inisiatif berkesan bagi menangani masalah ini daripada terus berlaku.Oleh itu, mereka perlu dididik dengan diberi pengetahuan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kawasan bandar telah dibangunkan secara keterlaluan tanpa memikirkan keseimbangan ekosistem bandar itu sendiri. Keadaan yang semakin tidak terkawal itu akhirnya mewujudkan bencana yang memberi kesan kepada kesejahteraan hidup masyarakat bandar secara keseluruhan.
RUJUKAN https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/a mp/berita/nasional/2023/02/1059540/mangsa-banjir-kilatdi-bandar-baharu-meningkat-35-orang https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/be rita-malaysia/hujan-lebat-lebih-dua-jam-bandar-baharudilanda-banjir-kilat-404912%3famp=1 https://youtu.be/VZHEWK33Tno https://youtu.be/nxoGZU4kCqM