SI
COMEL HAKIM
NURUL FIKRAH BINTI AZIZ
BAB 1: MARI KENALI HAKIM
Hakim merupakan kanak-kanak ADHD. Hakim tinggal
bersama keluarganya. Bapanya bernama Amirul dan ibunya
bernama Maisarah. Hakim juga mempunyai seorang kakak
yang bernama Mairah. Mereka hidup dalam keluarga yang
bahagia dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Hai! Saya
Encik Amirul
Saya Mairah
Saya Puan
Maisarah
Hakim
Mereka hidup bahagia, aman dan sentosa.
Hakim lahir seperti kanak-kanak yang lain. Hakim
dilahirkan sihat dan comel.
Hakim dibesarkan dalam keluarga yang ceria dan saling
menyayangi antara satu sama lain.
BAB 2: KENAL PASTI MASALAH HAKIM
Sekarang, Hakim sudah berusia 2 tahun. Namun begitu,
ibu bapa Hakim mengenal pasti bahawa Hakim agak
berbeza dengan Mairah ketika berusia 2 tahun. Hakim
suka bermain secara sendirian dan tidak suka bergaul
dengan orang lain. Hakim akan bermain permainan yang
dibelikan ayahnya seorang diri.
Apabila kakaknya ingin bermain bersama, Hakim akan
menunjukkan riak muka tidak berpuas hati dengan
kehadiran kakaknya.
Hakim memberontak dan mula menangis kerana rasa diri
diganggu.
Hakim juga seringkali tidak peduli apabila Encik Amirul
dan Puan Maisarah ingin mengacah atau bergurau senda
dengannya.
"Hakim!! Cuba
tengok dekat
sanaaa. Ada
burung terbaaang!"
Kenapa le
dengan anak
aku ni?
Masa berlalu dengan pantas, kini Hakim berusia 5 tahun
tetapi perkembangannya tetap berbeza dengan kakaknya.
Perkembangan komunikasinya tidak berubah terutama
dari segi komunikasi dan pertuturan serta tingkah laku.
Apabila ibunya menyanyi dan ingin meluangkan masa
bersama Hakim dan Mairah, Hakim tidak pernah
mengendahkannya.
"Seronoknyaaa “Hakim! Hakim! Haaaa
ibu nyanyii" tengok sini sayang! Ibu
nak nyanyi!"
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Apa dalam pasu
Sekuntum bunga raya
Terbang laju laju
Tinggi ke angkasa
Siapa paling laju
Mimi sayang ana
Laju laju laju la la la
Laju laju laju seronoknya
Laju laju laju la la la
Terbang ke angkasa
Eh tengok tuh bintang lah
Hai bintang
Hai semua
Terbang laju laju
Tinggi di angkasa
Siapa paling laju
Mimi saya ana
Laju laju laju la la la
Laju laju laju seronoknya
Laju laju laju la la la
Terbang ke angkasa
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Apa dalam pasu
Sekuntum bunga raya
Namun sepanjang ibunya menyanyi, Hakim tetap
dengan dunianya sendiri. Sama seperti sebelum ini.
Puan Maisarah semakin rungsing kerana tidak lama lagi
Hakim akan masuk ke sekolah rendah. Puan Maisarah risau
jika Hakim tidak berubah, dia tidak akan mempunyai kawan
dan bermasalah dalam pelajaran.
Ibu Hakim, Puan Maisarah memberitahu Encik Amirul bahawa
pembesaran Hakim tidak normal seperti kanak-kanak lain.
Encik Amirul mengiakan apa yang diberitahu isterinya.
“Betul tu. Saya dapat lihat
anak kita tidak memberi
tindak balas apabila kita
cuba berinteraksi
dengannya”
“Ye! Betul! Hakim tak
pernah jawab soalan saya.
Hakim hanya akan pandang
muka saya sahaja. Apa yang
kita perlu buat ye? Adakah
kita perlu bawa anak kita
jumpa doktor?”
“Hakim juga akan memberontak
secara ganas dengan tiba-tiba
tanpa kita tahu punca yang
sebenar tingkah laku seperti itu
ditunjukkan”
“Saya risau kalau dia terus
macam ni”
Puan Maisarah memberitahu suaminya bahawa dia
ingin bertanya tentang masalah ini terhadap
rakannya yang merupakan seorang guru
pendidikan awal kanak-kanak di sebuah tadika.
“Mungkin rakan saya dapat membantu kita
memahami situasi anak kita”
Setelah Puan Maisarah dan Encik Amirul
berbincang mengenai masalah yang ditunjukkan
Hakim, mereka bersepakat untuk merujuk pihak
klinikal bagi mendapatkan penjelasan tentang
masalah yang dihadapi anak mereka.
BAB 3: TANDA-TANDA ADHD
Puan Maisarah menghubungi sahabatnya, Puan Kamaria untuk berkongsi
cerita tentang anaknya, Hakim,
“Saya dan Amirul risau akan “Ye Maisarah!
anak kami Hakim. Hakim Kenapa kamu
membesar tidak seperti hubungi saya pagi-
kakaknya. Adakah Hakim pagi macam ni?”
menghadapi apa-apa
masalah?"
“Anak saya tidak mahu “Apa masalah anak
berinteraksi dengan saya dan kamu sehingga kamu
Amirul. Dia suka hidup bersendiri.
Kadang-kadang saya rasakan risau macam ni
anak saya ini tidak normal seperti Maisarah?”
kanak-kanak lain. Sangat
berbeza dengan kakaknya,
Mairah."
"Mairah sewaktu kecil suka
bertanya, suka ketawa dengan
kami dan sentiasa inginkan
perhatian kami. Kalau Hakim, dia
lagi seronok kalau kami
tinggalkannya untuk bermain
seorang diri.”
“Saya tidak pasti, namun itu tanda-
tanda yang ada bagi kanak-kanak
ADHD dan Autisme. Dulu, saya juga
ada murid autisme dalam kelas tadika.
Dia sangat ganas dan suka ketawa
secara berlebih-lebihan. Kemudian, ibu
bapanya membawa dia bertemu pakar
untuk mengetahui masalah itu".
“Anak kamu
mungkin ada
masalah austime
atau ADHD”
“Terima kasih Kamaria atas "Sememangnya ada kanak-kanak
nasihat ini. Saya dan Amirul yang mempunyai perkembangan yang
lambat berbanding kanak-kanak lain.
akan berjumpa dengan Saya tidak dapat memberi maklumat
pakar untuk mengetahui
terperinci kepada kamu. Tetapi
perkara lebih lanjut”. sekiranya kamu ingin kepastian, saya
rasa baik kamu bertemu dengan
pakar kanak-kanak. Mereka lagi
pakar dalam bidang ini.”
BAB 4: BERTEMU PAKAR
Setelah berbincang buat beberapa kali tetang masalah
Hakim, akhirnya Puan Maisarah dan suaminya membuat janji
temu dengan pakar pediatrik iaitu Dr Melanie untuk
memeriksa anak mereka
"Hai! Saya Dr Melanie.
Saya merupakan Dr Pakar
Pediatrik. Kami juga
dikenali sebagai Pakar
Kanak-kanak"
Sebelum itu, pakar pediatrik ini merupakan seseorang
pakar yang menjalankan rawatan kepada kanak-kanak.
Pediatrik ialah suatu cabang dalam bidang perubatan
yang khusus untuk kumpulan pesakit dalam julat umur
kanak-kanak bermula daripada bayi yang baru
dilahirkan sehinggalah peringkat remaja, umumnya
sehingga mereka berumur 18 tahun.
Lelaki
Perempuan
Malahan, pakar pediatrik juga bertanggungjawab untuk
meneliti perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak
sepanjang tempoh tersebut sekiranya mereka yang
terlibat bertemu dengan pihak pediatrik.
Sekiranya ibu bapa prihatin terhadap perkembangan
anak-anak mereka, contohnya seperti anak mereka
bertingkah laku hiperaktif atau mempunyai masalah
pembelajaran, mereka perlu membawa anak mereka
kepada pihak terlibat untuk mengetahui sama ada anak
mereka normal ataupun memerlukan pemerhatian. Jadi,
ahli pediatrik juga akan membina hubungan jangka masa
panjang dengan ibubapa kanak-kanak tersebut.
Oleh hal yang demikian, Puan Maisarah dan Encik Amirul
ingin bertemu dengan Puan Melanie yang merupakan pakar
dalam bidang perkembangan kanak-kanak.
“Bagus ye Encik dan Puan
bawa anak encik untuk
dapatkan nasihat pakar
tentang masalah anak."
Dr Melanie turut memandang Hakim dan tersenyum melihat
gelagat Hakim. Hakim tidak memandangnya dan terus
bermain dengan bola yang dipegangnya.
Kemudian, Dr Melanie meminta Encik Amirul dan Puan
Maisarah untuk menceritakan perihal anak mereka. Dr
Melanie meminta kedua-dua ibu bapa Hakim untuk
memberitahu secara jelas perihal Hakim kerana pihak
pediatrik seringkali menghadapi masalah untuk
mendapatkan maklumat tentang kisah atau sejarah
perubatan kanak-kanak yang ditemui mereka.
Ibu dan bapa Hakim menjelaskan tentang perkembangan
Hakim satu per satu.
“Dr, anak saya ni ada
masalah untuk berinteraksi,
pelupa dan memberi fokus.
Dia seolah-olah tidak
mendengar, walaupun kami
bercakap dengannya secara
berdepan."
"Selalu tidak mahu mendengar
arahan dan gagal menyelesaikan
kerja atau tugasan yang
diberikan guru tadika sehingga
cikgu-cikgu sekolah mengadu
dengan kami tentang sikap degil
Hakim.”
Puan Maisarah pula menyambung cerita tentang kejadian di
tadika.
“cikgu-cikgu di tadika selalu "Hakim juga tidak pandai
beritahu kami bahawa Hakim makan dengan tertib. Dia
akan kelihatan gelisah dan suka sering makan dalam keadaan
menepuk tangan tanpa henti dan bersepah. Pada awalnya, saya
bergerak-gerak di tempat duduk anggap perkara ini biasa-biasa
sekiranya guru sedang mengajar sahaja namun sekarang Hakim
di bilik darjah." sudah berusia 5 tahun,
sikapnya seperti kanak-kanak
2 tahun lagi dr.”
"Cikgu Hakim pernah mengatakan, “Anak
Encik suka mengganggu orang waktu
cikgu mengajar. Suka berlari-lari!
Memanjat! Kalau waktu makan suka tolak
kawan-kawan dia. Bila kita tanya kenapa
buat macam tu, dia taknak beri respon.
Setiap kali ditanya, dia menjawab acuh tak
acuh atau tak jawab langsung.”
Selepas itu, Dr telah membuat pemeriksaan penuh ke atas
Hakim. Dr Melanie turut menanyakan beberapa soalan
mengenai kesihatan Hakim. Dr Melanie menyemak
pendengaran dan penglihatan Hakim.
"Bukak mulut sikit
Hakim.
Dr nak tengok ni"
Kemudian, Dr Melanie mencadangkan kepada Encik
Amirul dan Puan Maisarah untuk menjalankan Ujian
neurologi, ujian genetik dan ujian perubatan ke atas Hakim
untuk mendapatkan keputusan diagnosis yang tepat bagi
masalah Hakim.
Selepas membuat semua ujian ke atas Hakim, Dr Melanie
membuat beberapa senarai semak ke atas Puan Maisarah
dan Encik Amirul. Manakala Hakim pula dibiarkan untuk
bermain di situ untuk memudahkan Dr Melanie melakukan
pemerhatian.
Ketika sesi menjawab soalan senarai semak, Hakim masih
fokus dengan permainan yang disediakan tanpa terganggu
dengan perbincangan ibu bapanya dengan Dr Melanie.
Selain itu, Hakim juga menonjolkan tingkah laku hiperaktif
iaitu berada dalam keadaan tantrum.
Keputusan dikeluarkan
“Berdasarkan pengalaman,
pemerhatian dan pemeriksaan yang
saya buat ke atas Hakim, Hakim
mungkin mengalami keadaan yang
dipanggil sebagai Attention Deficit
Hiperactive Disoder (ADHD). ADHD ini
ialah antara gangguan kanak-kanak
yang biasa ditemui dan boleh
berterusan sehingga usia remaja dan
dewasa."
"Tapi encik dan puan jangan risau, sebab kitaa
boleh membantu mengoptimumkan kebolehan
Hakim dan mengurangkan masalah tingkah laku
negatifnya dengan menjalani terapi dan
intervensi awal bermula dari rumah. Kita boleh
guna pelbagai teknik pengajaran dan boleh juga
guna Alat Bantuan Teknologi untuk membantu
Hakim meningkatkan kefungsiannya bagi
menjalani kehidupan seharian.”
BAB 5: INTERVENSI AWAL DAN PENGGUNAAN
ASSISTIVE TECHNOLOGY (AT)
Puan Maisarah sangat risau apabila memikirkan keadaan
Hakim yang mempunyai ADHD. Namun, Encik Amirul
memujuk Puan Maisarah.
“Awak jangan risau sangat. Kita akan
cari jalan untuk ajar anak kita hidup
seperti kanak-kanak normal yang lain.
Saya nak jumpa dengan Cikgu Bakar
petang ni. Cikgu Bakar tu anak saudara
Tok Bilal Kampung kita. Dia tu cikgu
pendidikan khas. Mesti Cikgu Bakar ni
boleh tolong kita beritahu jugak macam
mana nak handle masalah Hakim ni.”
Tiba waktu petang untuk Encik Amirul bertemu dengan
Cikgu Bakar. Mereka bertemu di warung hujung kampung.
“Sihat je Encik “Apa khabar Cikgu?”
Amirul. Encik Amirul
cakap Encik Amirul
ada anak ADHD.
Betul ke?”
“Banyak sebenarnya cara yang “Iye betul cikgu. Baru
kita boleh guna untuk ajar dapat tahu je ni. Jadi, saya
nak tanya le cikgu macam
anak2 ADHD ni. Awal-awal ni mana nak ajar anak saya
kan, Encik Amirul ajar anak
ni? Ibu dia dekat rumah
encik Amirul tu guna FlashCard dah risau sangat tu”.
yang warna warni tu. Ada
banyak gambar2." "Ok, faham
cikgu"
"Contoh le kalau dia nak
main permainan. Dia kena
tunjuk dulu gambar
permainan tu, baru le bagi
dia main. Dari situ, kita
boleh ajar dia berdisiplin
dan dengar arahan.”
“Terpulang pada Encik “Tapi, macam mana
dengan Puan Maisarah. saya nak dapatkan
Kalau nak beli pon boleh. FlashCard tu? Boleh
Beli atau buat sendiri?”
Nak buat pon tak
mengapa” "Ok, faham
cikgu"
"Fungsinya untuk "Apa lagi fungsi
........................................... flashcard ni
........................................." cikgu?"
Penerangan Cikgu Bakar Berkenaan Flash Card
Cikgu Bakar telah memberi penerangan berkaitan kelebihan
Flash Card secara jelas kepada Encik Amirul.
Mengajar anak-anak ADHD memahirkan
diri dengan Kemahiran Bahasa &
Komunikasi
Melatih Memori
Mendisiplinkan anak
Mengenalpasti objek di sekelilingnya
Cikgu Bakar memberitahu Encik Amirul untuk menjadikan
penggunaan flash card sebagai permainan interaktif
dengan Hakim. Hal ini untuk menjadikan pengajaran
terhadap anak ADHD menjadi lebih menarik dan tidak
membebankan anak
“Kita tak boleh ajar anak-
anak ADHD ni dengan
cara yang susah. Nanti
mereka tidak akan
endahkan kita dan boleh
menyebabkan tantrum."
"Tantrum ni macam “Baik cikgu. Saya faham cikgu.
mengamuk le. Mengamuk Saya akan cari flash card tu
yang melampau-lampau. untuk saya bantu dia
Kalau teruk sangat boleh meningkatkan kefungsian dia
sampai mereka ni baling dari segi tahap kecerdasan
barang-barang yang ada di otak dan perkembangan
tingkah laku dia”
sekeliling mereka.”
"Ini yang saya risau
pasal Hakim. Kuat
mengamuk"