The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA KULIAH KONSEP KREATIF DAN INOVATIF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erienamalik2, 2024-04-01 03:31:35

KONSEP KREATIF DAN INOVATIF

NOTA KULIAH KONSEP KREATIF DAN INOVATIF

Keywords: KREKREATIF DAN INOVATIF

KONSEP KREATIVITI & INOVASI DR. MARZNI MOHAMED MOKHTAR JABATAN PENDIDIKAN BAHASA DAN KEMANUSIAAN, FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN LHE3114


KREATIVITI DAN INOVASI PENGAJARAN BAHASAMELAYU


TOPIK PERBINCANGAN 01 Konsep Kreativiti 02 Konteks Global 03 Konteks Pendidikan 04 Konsep Inovasi KREATIVITI INOVASI 05 Konteks Global


KONSEP KREATIF


DEFINISI KREATIVITI Berdasarkan Kamus Dewan (2013), kreativiti bermaksud kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif. Kreativiti juga merujuk kepada proses kreatif yang dilalui oleh individu kreatif untuk memperlihatkan sesuatu yang berlainan daripada manusia biasa. Dalam hal ini, individu yang kreatif mempunyai cara tersendiri untuk memaparkan sesuatu yang dirasakan perlu dikongsi bersamasama dengan orang lain. Walaupun insan kreatif mampu melahirkan pelbagai kreativiti, namun mereka masih lagi berpegang kepada langkah-langkah tertentu yang perlu dilalui.


DEFINISI KREATIVITI Kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah


DEFINISI KREATIVITI Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadangkala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan suatu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila ia melihat , berfikir, atau belajar, bagi mewujudkan idea. Idea yang diperolehi mungkin berupa imej tampak atau kefahaman pandang-timbang yang dapat ditukarkan ke dalam bentuk perkataan, angka, simbol, atau rentak muzik.


DEFINISI KREATIVITI Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat atau dialaminya, ia mungkin menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Keupayaan menggunakan metafora dan analogi memerlukan pula pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Dengan lain perkataan, untuk mendapatkan kefahaman, seseorang itu perlu berusaha mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pemikiran tentang sesuatu bidang.


KONSEP KREATIVITI Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran.


KONSEP KREATIVITI Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran.


KONSEP KREATIVITI Apa-apa sahaja bahan daripada proses kreatif yang terhasil dikatakan sebagai kreativiti. Definisi kreativiti merujuk kepada kesanggupan mencipta atau kemampuan untuk mewujudkan suatu kombinasi baharu. Hizairi Othman (2000), manusia yang mempunyai kebolehan kreatif telah direkodkan sebagai manusia yang berbakat semula jadi yang dapat meletakkan manusia pada suatu tahap yang berbeza daripada manusia lain


KONTEKS GLOBAL


KONTEKS KREATIVITI GLOBAL Agak sukar untukmendapatkan satu konsep kreativiti yang akan dipersetujui ramai. Ini adalah kerana fitrah kreativiti itu sendiri yang merupakan satu konsep yang memiliki pelbagai dimensi (multidimensional concept). Oleh kerana itu, setiap guru cenderung untuk memahami kreativiti mengikut pendekatan yang mereka gunakan untuk menerapkan kreativiti.


KONTEKS KREAVITI GLOBAL Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud “membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Hal ini bersamaan dengan perkataan kreativiti dalam bahasa Greek yang disebut “creare” bermaksud “memenuhi”. Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea.


KONTEKS KREATIVITI GLOBAL Webster’s (1976) - pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. June King McFee (…) mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan ‘create’.Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea.


KONTEKS KREAVITI GLOBAL Leonard M. S. Yong (1993), kreativiti ialah kebolehan kreatif secara semula jadi yang membawa perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu tersebut. Menurut beliau lagi, kualiti inilah yang membezakan individu tersebut daripada kumpulan manusia yang kurang kreatif.


KONTEKS KREATIVITI GLOBAL Ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Y A Y A S A N I N O V A S I M A L A Y S I A ( 2010 ) Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti.


KONTEKS PENDIDIKAN


KREATIVITI DAN INOVASI PENGAJARAN BAHASA MELAYU Wan Zarina Wan Othman dan Ratna Laila Sahidin (2017) menyatakan bahawa kreativiti merupakan suatu kelebihan dan kebolehan seseorang dalam setiap bidang yang diceburi. Insan yang dianugerahkan dengan kreativiti ialah insan yang diberikan kelebihan untuk mencari dan mencipta sesuatu yang unik. Kreativiti ini dapat mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Dalam bidang pendidikan, kreativiti amat dititikberatkan dan digalakkan kepada pelajar agar mereka dapat berfikir di luar daripada kebiasaan atau berfikir di luar kotak. Kreativiti ini menjadi fenomena jika sesuatu yang dihasilkan dapat menarik perhatian dan memberikan kesan langsung kepada orang ramai.


KREATIVITI DAN INOVASI PENGAJARAN BAHASA MELAYU Creative Thinking is not done in a vacuum. It depends on and uses a knowledge base. The knowledge base helps us interpret or understand situations or problems confronting us, and it provides specific information and conceptions which we use in adapting, creating, and solving (Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos, 2004).


KONSEP INOVASI


KONSEP INOVASI Pengetahuan Baru Cara Baru Objek Baru Teknologi Baru Penemuan Baru UNIMAP (2016)


KONSEP INOVASI Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. KEMENTERIAN DALAM NEGERI


KONSEP INOVASI YAYASAN INOVASI MALAYSIA (2010) Ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalahproses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranyaidea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianyaadalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalahtumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman danpemeliharaan benih


KONSEP INOVASI Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsifungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. semata-mata.


KONSEP INOVASI Inovasi boleh diterangkan sebagai:- Merupakan penghasilan baru Berbentuk maujud dan mujarad Berdasarkan proses penyusunan semula Dengan menggunakan unsur yang sedia ada. Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan.


KONTEKS GLOBAL ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah "an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem."


KONTEKS GLOBAL Ronger E. Miller (1971) Inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. SPENCER (1994) Inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.


KONTEKS GLOBAL Glosari Teknologi Pendidikan (1995) Inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Oldham dan Cuming (1996) Inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.


KONTEKS GLOBAL Damapour (1991) Inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi Hazlan (2010) Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation).


TERIMA KASIH BERILMU BERBAKTI KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN BM L H E 3 1 1 4


Click to View FlipBook Version