The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imranghazali148, 2021-12-28 20:00:57

Refleksi Etika dan Peradaban(Kumpulan 9)

LAPORAN REFLEKSI Kumpulan 9

Refleksi
Etika dan
Peradaban
(MPU 31072)




Kumpulan 9

NAMA : WANI MUSLIHAH BINTI SHAMSUL BAHRAEN

NO MATRIK : BMAL21068244

PROGRAM : ISM PENTADBIRAN PERNIAGAAN(KEWANGAN ISLAM)DENGAN
KEPUJIAN

TOPIK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA MERUNTUHKAN MASA
DEPAN NEGARA

PENGENALAN

Pergaulan bebas merupakan salah satu penyakit yang melanda umat Islam di Malaysia
pada hari ini dan menjadi norma pada pandangan masyarakat.Dari segi istilah,pergaulan
ertinya proses bergaul manakala bebas ertinya terlepas dari ikatan.Jadi pergaulan bebas
bermaksud proses bergaul dengan orang lain terlepas dari ikatan yang mengatur
pergaulan.Masalah ini semakin merunsingkan demikian kerana kebanyakkan remaja
masa kini dipengaruhi oleh rakan sebaya,kurangnya didikan agama dan budaya barat
yang semakin menular.Kesannya banyak kes zina dan salah laku seks yang berlaku
melibatkan golongan remaja.Menurut Akta Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali
berkata,dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini,lima kes direkodkan membabitkan Akta
Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak manakala sepanjang 2020,69 kes
dilaporkan.

OBJEKTIF
● Mengetahui punca -punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas dalam
kalangan remaja.
● Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.
● Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab
dan tatasusila.

ANALISIS PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan melalui sesi temu bual,segala maklumat telah
dikumpul.Umum mengetahui bahawa masyarakat kini khususnya golongan remaja
didedahkan dengan teknologi canggih dan terpengaruh dengan budaya barat.Boleh
dikatakan masyarakat kini lebih meminati hiburan berbanding slot agama dan wacana
ilmu.Disebabkan oleh itu,masyarakat Islam didedahkan dengan perkara yang tidak
bermoral sehingga mencemarkan pemikiran ke arah negatif.Sebagai contohnya, banyak

drama dan filem yang memaparkan pergaulan bebas,aksi-aksi ganas dan tidak sopan
yang sememangnya tidak wajar ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun.Kesannya
akan mempengaruhi penampilan dan akhlak yang bertentangan dengan syariat serta
meningkatkan kecenderungan seseorang itu untuk melakukan perilaku negatif.Oleh
itu,remaja perlulah menitikberatkan tentang cara pemakaian dan batas pergaulan
menerusi alam realiti mahupun alam maya. Justeru itu, ibu bapa memainkan peranan
penting untuk mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak supaya masalah ini dapat
dibendung.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa golongan remaja pada hari ini
terjerumus dalam masalah pergaulan bebas disebabkan faktor persekitaran
sekeliling,pengaruh rakan sebaya dan budaya barat yang ditonjolkan dalam media
sosial.Daripada kajian yang telah dijalankan,beberapa cadangan telah dikemukakan
untuk membanteras masalah ini.Pertama,ibu bapa perlulah memberikan didikan agama
kepada anak-anak dari kecil supaya tidak terpesong dengan budaya
barat.Seterusnya,peranan media dengan memaparkan lebih banyak drama dan kuliah
motivasi bagi ibu bapa dan remaja bagi membantu menyebarkan kesedaran kepada
masyarakat.Justeru itu,semua pihak perlu berganding bahu mencegah masalah
pergaulan bebas supaya tidak terus berleluasa pada generasi akan datang.

RUJUKAN

Nur Najwa Solehah Binti Hasan Ashaari, Siti Norhafiza Sumadi, Nur Aqilah Salleh,
Naziera Izzaty Ismail, Nurul Ain Hayati Adenan, Mohd Razimi Husin(2019).Masalah
Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Sekolah, International Journal of Humanities,
Management and Social Science 2 (1), 38-50

Wan Norina Wan Hamat(2017).Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak
Pelajar Islam Politeknik Malaysia, Online Journal of Islamic Education 1 (1)

Nuraliawati Sabri(2021,25 Mac).Jenayah seksual dalam kalangan pelajar lebih
terancang,Harian Metro.

NAMA : AINUN KHAIRIAH BINTI SUDIN

NO MATRIK : 066619

PROGRAM : BBAIF1B

TOPIK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA ( PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA
MERUNTUHKAN MASA DEPAN NEGARA )

Berdasarkan kajian berkaitan pergaulan bebas dalam kalangan remaja yang telah dijalankan,
banyak maklumat yang diperoleh secara langsung dan tidak langsung daripada wawancara yang
dijalankan dan maklum balas dari orang awam. Pergaulan bebas merupakan salah satu bentuk
perilaku yang menyimpang yang melewati batas dari kewajiban, tuntutan, aturan, syarat, dan
perasaan malu. Tuhan menciptakan manusia iaitu lelaki dan perempuan secara umumnya mereka
mempunyai daya tarikan antara satu sama lain. Pada dasarnya, manusia tidak dapat hidup sendiri,
maka mereka ditakdirkan untuk hidup berpasangan apabila tiba masanya. Ianya menjadi satu
masalah dimana pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tiada batasnya yang kian hari
terpengaruh dengan budaya barat.

OBJEKTIF :

 Mengkaji punca dan kesan yang berlaku dalam pergaulan bebas
 Menganalisis sejauh mana pemahaman pelajar memahami etika pergaulan dalam

Islam
 Manambah baik ilmu pengatahuan berkaitan masalah dalam pergaulan dengan

mengadakan wawancara

Kajian ini tertumpu kepada golongan remaja kerana ianya sangat jelas pada masa kini
golongan tersebut sangat terdedah dengan perkara negatif sejurus menimbulkan banyak masalah
yang dapat mencemarkan imej negara. Untuk memastikan kajian berjalan lancar, tiga metod kajian
telah dibuat dengan menggunakan pltatfom Google Meet, pengumpulan data melalui maklum balas
orang awam dari Google Form dan mengadakan wawancara bersama Prof. Madya Dr. Muhamad
Fazil bin Ahmad dengan menyediakan lima soalan. Melalui wawancara yang merupakan sumber
primer bagi mendapatkan maklumat berkaitan isu kajian, beliau banyak memberi maklumat
termasuklah menerangkan dengan lebih mendalam berkaitan pergaulan bebas dan memberikan
pandangan terhadap isu tersebut. Selain itu, beliau menegaskan bahawa pergaulan bebas telah lama
terjadi bezanya remaja sekarang lebih terdedah kerana mereka hidup di zaman teknologi. Penularan
gaya hidup barat telah menjadi ikutan oleh generasi muda sekarang. Ikhtilat adalah percampuran
antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dalam pertemuan rasmi atau sekadar berbual
kosong. Secara tidak langsung, ia akan mendorong kepada maksiat dan syaitan akan bersungguh-
sungguh menyesatkan umat Islam untuk kearah zina. Turut dinyatakan juga bahawa perkahwinan
pada usia muda banyak mendapat perhatian kerana ingin mengelak daripada perkara yang tidak
sepatutnya berlaku. Paling utama adalah faham akan tanggungjawab supaya tidak menjejaskan
masa hadapan. Seterusnya, ibu bapa juga turut mamainkan peranan yang penting dalam memantau

anak-anak dalam bergaul dan ibu bapa tidak boleh disalahkan sepenuhnya sekiranya berlakunya
masalah kerana tahap pengawasan berbeza mengikut peredaran umur malah. Anak-anak juga harus
sedar dan faham tentang semua larangan yang ditegaskan oleh ibu bapa supaya perkara buruk
seperti buli, dadah dan gejala vandalisme tidak berlaku.

Sepanjang menjalankan kajian, banyak cabaran yang dihadapi seperti banyak maklumat di
internet dari sumber yang tidak sah. Dalam pada itu, pengkaji tidak dapat berhubung secara berkala
dan bersemuka untuk berbincang kerana pandemik. Menggunakan kemudahan aplikasi yang ada,
kajian dapat dijalankan melalui Whatsapp dan Google Meet. Walaubagaimanapun, tidak dapat
dinafikan bahawa masalah berkaitan capaian internet tidak dapat dielakkan. Oleh itu, langkah yang
inisiatif telah diambil bagi menyempurnakan tugasan dan berjalan lancar. Kajian ini penting untuk
meninjau sejauh mana masyarakat mengambil berat tentang pergaulan bebas.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan mereka sebaiknya dalam
mengatasi masalah ini kerana jika pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ini tidak dicegah,
kemungkinan masalah yang lagi besar akan menimpa individu, masyarakat serta mampu
memburukkan nama agama Islam mahupun negara. Daripada kajian, kita lihat pergaulan bebas ini
memberikan impak yang negatif berbanding daripada positif dalam kehidupan seseorang
terutamanya tertumpu kepada remaja kerana pergaulan bebas ini boleh menyebabkan
terjerumusnya ke arah zina.

Rujukan :

1. Vanya Karunia Mulia Putri (2020). Pengertian, Ciri-Ciri dan Faktor Penyebab Pergaulan Bebas
from https://www.kompas.com/skola/read/2020/10/22/133000569/pengertian-ciri-ciri-
dan-faktor-penyebab-pergaulan-bebas?page=all

NAMA: NORHAIRATUN WAFAA BINTI ABDUL RAZIS

NO. PELAJAR: 065367

PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN
ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

Topik:

Penghayatan rukun negara (Pergaulan bebas dalam kalangan remaja meruntuhkan
masa depan negara)

PENGENALAN

Pergaulan bebas remaja pada zaman ini menjadi sebuah isu sosial yang meresahkan
dan membimbangkan masyarakat. Melalui kemajuan dan perkembangan ilmu
pengetahuan pada era globalisasi ini, pergaulan bebas dalam kalangan remaja semakin
meningkat. Pergaulan dapat didefinisikan sebagai proses bergaul, percampuran,
persahabatan, dan kemasyarakatan. Manakala, bebas pula bermaksud tidak terhalang,
terganggu dan sebagainya sehingga membolehkan remaja bergerak, berbicara dan
melakukan sesuatu perkara secara berleluasa yang tidak terikat atau terbatas dengan
aturan-aturan tertentu. Pergaulan bebas merupakan satu bentuk perbuatan yang
melewati batas kewajipan serta melanggar norma agama, maruah dan undang-undang
agama. Antara contoh pergaulan bebas yang berlaku dalam kalangan remaja di era
digital ini ialah kehamilan di luar nikah, penggunaan ubat terlarang seperti dadah,
pornografi dan sebagainya.

OBJEKTIF

I. Mengetahui punca-punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas dalam
kalangan remaja.

II. Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.

III. Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab
dan tatasusila.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah melalui kaji
selidik dan temubual. Kaedah kaji selidik dijalankan adalah mengunakan pautan Google
Form yang diedarkan kepada komuniti pilihan iaitu remaja yang berusia dalam lingkungan
13 hingga 21 tahun. Hal ini demikian kerana golongan ini mudah terpengaruh dan
mempunyai sifat ingin tahu serta mahu mencuba sesuatu yang baru sehingga terlibat
dalam aktiviti pergaulan bebas. Kaedah temubual telah dijalankan melalui aplikasi Google
Meet yang berlangsung pada tarikh 29 November 2021 selama satu jam bersama
Profesor Madya Dr Muhamad Fazil Bin Ahmad. Antara soalan yang dikemukakan ialah
berkaitan pandangan beliau terhadap kurangnya perhatian daripada ibu bapa terhadap
anak-anak sehingga terlibat dalam masalah pergaulan bebas. Beliau berpendapat

bahawa ibu bapa tidak sewajarnya dipersalahkan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana
semakin dewasa remaja itu mereka lebih cenderung untuk berkongsi masalah atau rahsia
mereka dengan rakan mereka berbanding ibu bapa. Selain itu juga, semakin dewasa
remaja itu, pemantauan daripada ibu bapa semakin berkurangan kerana ibu bapa
berfikiran bahawa anak-anak mereka mampu berdikari. Remaja itu sendiri tidak suka
dikongkong oleh ibu bapa mereka kerana mereka ingin merasa bebas untuk melakukan
apa sahaja yang mereka ingin lakukan tanpa berfikir bahawa perkara tersebut baik atau
sebaliknya. Sepanjang penyelidikan dijalankan terdapat beberapa kelebihan yang
diperoleh antaranya ialah kerjasama antara ahli kumpulan dapat terjalin, sikap tolenrasi
antara ahli kumpulan bagi menyiapkan tugasan masing-masing dan kemahiran untuk
menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab terjalin. Selain itu,
terdapat juga kelemahan yang dikenal pasti semasa menjalankan kajian ini seperti
kekangan masa untuk menjalankan temubual kerana tarikh dan masa untuk menjalankan
temubual perlu mengikut kelapangan informen.

KESIMPULAN

Konklusinya, masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja perlulah diatasi agar
generasi akan datang tidak terlibat dengan pergaulan bebas. Selain itu, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam membanteras masalah pergaulan bebas
dengan sentiasa mengawasi dan mengikuti perkembangan diri anak-anak agar tidak
terjebak dengan pergaulan bebas yang boleh meruntuhkan masa depan remaja itu
sendiri. Semua pihak memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah
pergaulan bebas dalam kalangan remaja di negara ini. Hal ini demikian kerana remaja
merupakan aset terpenting negara yang akan memacu kejayaan negara pada masa
hadapan. Remaja yang berkualiti dapat menjadi barisan kepimpinan negara yang mampu
membuat negara maju kehadapan seiring dengan peredaran masa.

RUJUKAN

1. Tari, E., & Tafonao, T. (2019). Tinjauan Teologis-Sosiologis terhadap Pergaulan
Bebas Remaja. DUNAMIS: Jurnal Teologi dan Pendidikan Kristiani, 3(2), 199-211.

2. Ashaari, N. N. S. B. H., Sumadi, S. N., Salleh, N. A., Ismail, N. I., Adenan, N. A.
H., & Husin, M. R. (2019). Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social
Science, 2(1), 38-50.

3. Jasmi, K. A. (2017). Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan
Penyelesaiannya. Remaja Hebat Siri, 1.

Nama : Nur Izzah Binti Zainal Abidin

No Matrik : 066979

Program : Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Topik : Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Remaja Meruntuhkan Masa Depan Negara.

Pengenalan

E-sulam merupakan tugasan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang isu
semasa dan undang-undang. Topik yang diberi melalui tugasan e-sulam ini berdasarkan
penghayatan rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan.
Melalui topik ini, tajuk tugasan yang dikaji ialah pergaulan bebas di kalangan remaja
meruntuhkan masa depan negara. Pergaulan bebas di kalangan remaja merupakan satu isu
yang sangat penting di negara ini. Seperti yang diketahui, remaja merupakan generasi yang
akan mewarisi negara. Jika remaja tidak mempunyai sifat berwibawa maka rosaklah masa
depan sesebuah negara. Pergaulan bebas menurut hukum Islam ialah merupakan satu
bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi secara
sunyi atau terbuka. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan
Rasulullah SAW yang berpandukan Al Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas juga terjerumus
kepada gejala buli, vandalisme dan dadah.

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui punca-punca atau faktor – faktor berlakunya
pergaulan bebas di kalangan remaja. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti
implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam kalangan remaja. Seterusnya,
untuk mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab dan
tatasusila.

Analisis dan Perbincangan

Kaedah dan pentaksiran data ini diperoleh melalui kaedah soal selidik menggunakan Google
Form dan temu bual bersama pensyarah Unisza. Melalui data yang diperoleh melalui Google
Form, satu set soal selidik yang mengandungi 9 soalan sebanyak 172 orang terlibat dalam
kaji selidik ini iaitu terdiri daripada remaja yang beragama Islam dan bangsa Melayu.
Manakala temu bual bersama pensyarah IPT iaitu pensyarah Unisza melibatkan 5 soalan.
Tugasan yang bertajuk pergaulan bebas meruntuhkan masa depan negara ini sangat releven
dengan isu semasa memandangkan di dalam dunia globalisasi ini ia menjadi satu cabaran
untuk membimbing remaja agar mereka menjadi insan yang bermoral seperti yang
terkandung di dalam rukun negara.

Rata-rata responden yang telah dikaji selidik mendapati majoriti bersetuju pada zaman
teknologi ini menyebabkan para remaja terjerumus dengan pergaulan bebas berbanding
zaman dahulu. Responden mengatakan media sosial yang wujud pada zaman teknologi ini
menyebabkan remaja mudah terikut-ikut dan terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun
pengetahuan dan maklumat mudah didapati melalui media sosial, tetapi tidak semuanya
sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak ini berlaku kerana berpunca
dari maklumat tanpa sempadan yang tidak ditapis yang diperolehi oleh remaja. Disebabkan
kandungan yang tidak bertapis ini, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang
dipertontonkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan dan terlibat dalam pergaulan
bebas.

Kelemahan dan kelebihan

Selain itu, terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan sepanjang tugasan e-sulam ini
dijalankan. Salah satu kelebihannya ialah mengeratkan talian persahabatan diantara ahli
kumpulan.Hal ini kerana tugasan ini memerlukan ahli kumpulan saling bertukar pendapat dan
pelbagai idea yang dicurahkan telah disambut baik oleh setiap ahli kumpulan. Seterusnya,
tugasan ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan teknologi semasa.
Seperti yang diketahui, sebelum ini e-sulam dilaksanakan secara bersemuka tetapi sejak
norma baharu tugasan e-sulam ini telah menggunakan medium secara maya seperti
penggunaan Google Form yang memerlukan responden mengisi di laman web. Namun
begitu, tugasan e-sulam ini juga mempunyai kelemahan antaranya ialah kekurangan
responden dari pelbagai agama dan bangsa. Tugasan ini juga menjadi sukar kerana bukan
mudah untuk mencari responden yang terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti bangsa Cina
dan India. Walaupun begitu, kekurangan ini tidak menjejaskan statistik data yang diperolehi.

Kesimpulan

Kesimpulan yang diperoleh hasil dari tinjauan ini ialah pelbagai faktor yang menyebabkan
berlakunya gejala pergaulan bebas. Hal ini menjadi salah satu cabaran untuk semua orang
untuk membimbing para remaja agar mereka menjadi seorang insan yang berakhlak mulia
dan bermoral seperti yang terkandung di dalam rukun negara. Oleh itu, semua pihak
hendaklah menggabungkan tenaga bagi menangani pergaulan bebas ini dari menjadi kudis
bagi sesebuah negara. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa objektif yang diperolehi
telah tercapai.

Sumber Rujukan

1 ) Ashaari, Nur Najwa Solehah Binti Hasan, et al.

"Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Sekolah." International Journal of
Humanities, Management and Social Science 2.1 (2019): 38-50.

2) Rahim, Rahimin Affandi Abd.

"Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia: Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam." Jurnal
Usuluddin 10 (1999): 125-134.

NAMA: NUR AQIDAH BINTI MD RAZI
NO. MATRIK: BMAL21066899
PROGRAM PENGAJIAN: ISM PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN
ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

Pendahuluan

Pada era globalisasi tanpa limitasi ini, budaya pergaulan bebas sudah menjadi
kebiasaan kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Pergaulan bermaksud
percampuran manakala bebas bermaksud tidak terkongkong, tidak terikat atau
terbatas oleh peraturan-peraturan (Depdikbud RI, Kamus besar Bahasa Indonesia
307). Perkembangan teknologi sekarang ini telah banyak memberi pengaruh buruk
bagi remaja sehingga menyebabkan terjadinya masalah sosial remaja. Menurut
Hendro Setyo Wahyudi dan Mita Puspita Sukmasar, kemajuan teknologi telah
mempengaruhi gaya hidup dan pola pemikiran masyarakat, terutamanya di kalangan
remaja. Usia remaja merupakan tahap dimana seseorang individu mengalami
peralihan dari satu tahap ke tahap berikutnya dan mengalami perubahan dari segi
emosi, tubuh, minat, perilaku, dan juga mempunyai banyak masalah (Hurlock, dalam
Roy, 2011).

Objektif kajian

Objektif bagi kajian yang dijalankan ini ialah mengetahui punca-punca atau faktor-
faktor berlakunya pergaulan bebas. Selain itu, mengenal pasti implikasi terhadap
pergaulan bebas yang berleluasa dalam kalangan remaja. Seterusnya, mengkaji
budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab dan tatasusila.

Analisis/Perbincangan

Data yang dikumpul semasa menjalankan kajian ini adalah hasil daripada kaji
selidik dan temu bual yang dijalankan. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk
mengumpul data ini dijalankan di atas talian. Kaedah kaji selidik yang dijalankan
adalah menggunakan pautan Google Form dan diedarkan kepada responden melalui
aplikasi Whatsapp manakala kaedah temu bual pula menggunakan platform Google
Meet. Terdapat 14 soalan yang dikemukakan dalam kaji selidik tersebut, lima
daripadanya adalah berkaitan tentang maklumat peribadi responden seperti nama,
umur, jantina, bangsa dan agama manakala yang selebihnya berkaitan dengan tajuk
kajian. Seramai 172 orang telah memberi maklum balas kepada kaji selidik yang
dijalankan. Kebanyakkan responden terdiri daripada golongan remaja yang berumur
19 tahun hingga umur 21 tahun. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada
kaji selidik, kebanyakkan responden sangat bersetuju bahawa pergaulan bebas dalam
kalangan remaja sedang berleluasa pada zaman kini. Seterusnya, kebanyakkan
responden menyatakan punca berlakunya pergaulan bebas adalah disebabkan oleh
pengaruh rakan sebaya, pengaruh media sosial dan kurangnya didikan agama. Selain
itu, kebanyakkan responden berpendapat bahawa kesan daripada pergaulan bebas
adalah berlakunya keruntuhan akhlak. Berdasarkan pandangan responden, langkah-
langkah untuk mengatasi masalah pergaulan bebas adalah kawalan terhadap media
sosial, memilih kawan yang baik dan membina hubungan yang berkualiti antara
keluarga. Sepanjang penyelidikan dijalankan, terdapat beberapa kelebihan yang
dapat dikenal pasti seperti mampu untuk bekerjasama dan bertoleransi diantara ahli
kumpulan bagi menyiapkan kajian ini. Terdapat juga beberapa kelemahan dan

kekurangan seperti sukar untuk mendapatkan informan. Hal ini berlaku kerana, tarikh
dan masa untuk menjalankan sesi temu bual perlu mengikut masa lapang informen.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masalah pergaulan bebas perlu diatasi supaya tidak terjadi
kepada generasi akan datang. Semua pihak perlu memantapkan lagi pengetahuan
tentang kesan-kesan berlakunya pergaulan bebas supaya tidak terjerumus dengan
perkara-perkara yang tidak baik. Harapan daripada kajian yang telah dibuat ialah
berharap agar masalah pergaulan bebas dapat diatasi dan semua pihak harus
memainkan peranan masing-masing dan bukannya menuding jari kepada orang lain.
Hasil daripada kajian yang dijalankan ini telah menunjukkan bahawa objektif kajian
telah dicapai.

Rujukan

● Siti Suhaida, H. Jamaluddin Hos, Ambo Upe (2018) - PERGAULAN BEBAS DI
KALANGAN PELAJAR (Studi Kasus di Desa Masaloka Kecamatan Kepulauan
Masaloka Raya Kabupaten Bombana) https://media.neliti.com/
media/publications/247103-pergaulan-bebas-di-kalangan-pelajar-stud-
9f5076ad.pdf

● Nur Najwa Solehah Binti Hasan Ashaari, Siti Norhafiza Binti Sumadi, Nur Aqilah
Binti Salleh, Naziera Izzaty Binti Ismail, Nurul Ain Hayati Binti Adenan, Mohd
Razimi Bin Husin (2019) - Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja
*Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
https://lamintang.org/journal/index.php/ij-humass/article/view/21/18

● Ezra Tari, Talizaro Tafonao (2019) - Tinjauan Teologis-Sosiologis terhadap
Pergaulan Bebas Remaja - Sekolah Tinggi Agama Kristen Negeri Kupang,
Sekolah Tinggi Teologi KADESI Yogyakarta. https://core.ac.uk/download/pdf
/267992618.pdf

NAMA : SITI NAZIHATUL IFFAH BINTI YAAKUB

NO. MATRIK : 068287

PROGRAM : ISM PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN ISLAM) DENGAN
KEPUJIAN

TOPIK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

TAJUK UTAMA : PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA
MERUNTUHKAN MASA DEPAN NEGARA

PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang bertajuk ‘Pergaulan bebas dalam kalangan remaja
meruntuhkan masa depan negara’ yang telah dijalankan . Pergaulan berarti kehidupan
berteman atau bermasyarakat. Bebas pula adalah lepas dan tidak terhalang, sehingga
dapat berbicara, bergerak, dan berbuat sesuatu dengan leluasa, tanpa terikat oleh
aturan. Jadi dapat di simpulkan bahwa arti pergaulan bebas adalah sebuah perilaku
pertemanan yang tidak terikat oleh aturan dan norma-norma sosial yang berlaku di
masyarakat. Pergaulan bebas ini sering menular kerana kurangnya didikan agama .
Remaja bergaul bebas tanpa mengira jantina menyebabkan generasi muda yang
melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif dan seterusnya mendorong
untuk terus terdedah dengan pergaulan bebas. Seperti yang boleh dilihat di Malaysia,
remaja terlalu mengikut trend terkini sehinggakan lalai dan alpa dengan dan tidak lagi
meneliti halal haram setiap sesuatu yang ingin dilakukan. Oleh itu, kesedaran yang
maksimum perlulah dititikberatkan sejak dari kecil supaya ianya tidak merosakkan
kehidupan seseorang dan sejurus tidak meruntuhkan masa depan negara.

OBJEKTIF

Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini bertujuan

● Mengetahui punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas dalam
kalangan remaja.

● Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.

● Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab
dan tatasusila.

ANALISIS PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan melalui sesi temu bual responden serta
maklumat yang didapati, Umum mengetahui bahawa budaya pergaulan bebas ini
telah berlaku sejak dari zaman dahulu lagi. Faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas
dalam kalangan remaja juga bergantung kepada masa dan peredaran zaman. Budaya

pergaulan bebas ini sering berlaku dalam kalangan remaja kerana remaja tercari-cari
cara kehidupan. Proses transaksi berlaku daripada kehidupan kanak-kanak kepada
dewasa. Jadi remaja tercari-cari identiti diri sendiri. Bezanya remaja zaman sekarang
mudah terdedah kepada masalah ini,kerana mereka hidup pada zaman teknologi. Jadi
faktor remaja zaman sekarang mudah terjebak dengan budaya pergaulan bebas
adalah majoritinya melalui media sosial. Pada hari ini, segalanya boleh diakses di
hujung jari sahaja. Bergantung kepada seseorang remaja itu bagi memilih yang terbaik
untuk dirinya. Selain itu,kurangnya interaksi antara remaja dengan orang sekeliling.
Remaja mempunyai dua dunia ataupun juga disebut alam, iaitu dunia realiti dan dunia
maya. Perilaku dan identiti juga adalah berbeza antara kedua-dua dunia tersebut,
berpandukan kepada kekuatan akhlak dan moral masing-masing. Tak dinafikan juga,
remaja mudah terdedah kepada budaya asing dari dunia luar seakan mengikut trend
terkini, sedangkan ianya bercanggah dari ketetapan syarak dan agama.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa golongan
dikenali sebagai remaja ini merupakan seseorang yang sedang berada di dalam fasa
peralihan dimana berlakunya perubahan menuju kematangan. Jadi golongan remaja
sering dikaitkan dengan isu pergaulan bebas kerana lebih cenderung untuk mencuba
sesuatu yang baharu. Semua pihak sewajarnya mengambil inisiatif bagi
menitikberatkan isu pergaulan bebas supaya ianya tidak merosakkan kehidupan
seseorang remaja. Sebagai contoh, tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan oleh
bahagian penguatkuasaan dalam mengenalpasti punca dan mengambil langkah untuk
menangani gejala tersebut. Selain itu, institusi kekeluargaan juga perlu memainkan
peranan penting dalam mengekang isu ini dengan memberi didikan agama yang
sewajarnya supaya kelak remaja tersebut mampu membezakan yang baik dan buruk
dan seterusnya menjadikan seseorang remaja itu mampu memelihara maruah diri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara.

RUJUKAN

Sendy Agus Setyawan, Muhammad Akbar Maulana Gustaf, Enggar Dias Pambudi, M
Fatkhurrozi, S Anwar (2019). Seminar Nasional Hukum Universitas Semarang 5 (2),
163-186

Nur Najwa Solehah Binti Hasan Ashaari, Siti Norhafiza Sumadi, Nur Aqilah Salleh,
Naziera Izzaty Ismail, Nurul Ain Hayati Adenan, Mohd Razimi Husin(2019). Masalah
Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Sekolah, International Journal of
Humanities, Management and Social Science 2 (1), 38-50

NAZHAR BIN ABDUL KARIM (2014). PERANAN DAN FUNGSI BAHAGIAN
PENGUATKUASAAN DALAM MENANGANI GEJALA MAKSIAT, SHAH ALAM
SELANGOR, 7

Nama:MUHAMMAD IMRAN BIN GHAZALI

No.Matrik:066687

Program:Ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan(Kewangan Islam)dengan
kepujian

TAJUK:

Penghayatan rukun negara(Pergaulan bebas dalam kalangan remaja
meruntuhkan masa depan negara)

PENGENALAN

Perkataan 'Pergaulan bebas' itu sendiri sudah boleh difahami bagi mereka yang
berfikir.Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu,Dewan bahasa dan
pustaka,'Pergaulan’ bermaksud percampuran,persahabatan,hidup bergaul dan
kemasyarakatan.Manakala 'Bebas' bermaksud tidak terkongkong,terkurung ataupun
lepas.Ini bermakna istilah 'pergaulan bebas' adalah percampuran yang tidak
terkongkong atau lebih tepat percampuran dalam kalangan manusia TANPA terikat
dengan batas-batas agama,maruah dan undang-undang negara.Menurut Vanya
Karunia Mulia Putri(2020), pergaulan bebas sering terjadi dalam golongan remaja
kerana ingin memuaskan rasa ingin tahu dalam diri mereka tanpa berfikir panjang
kesan buruk yang bakal dihadapi kelak.Selain itu,berdasarkan Siti Mahani dan
Nazlinda(2015),remaja yang lahir ke dunia merupakan 'Generation NET' ataupun lebih
dikenali sebagai generasi Z iaitu generasi teknologi.Mereka telah didedahkan dengan
pelbagai alatan canggih sebelum dapat menuturkan perkataan lagi.Pelbagai informasi
yang dapat diakses tanpa sebarang halangan dan menyebabkan perasaan ingin tahu
membuak-buak dalam kalangan remaja kini lebih dahsyat dari sebelumnya.

OBJEKTIF

Antara objektif utama daripada kajian ini ialah:

I-Mengetahui punca -punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas dalam
kalangan remaja.

II-Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam kalangan
remaja.

III-Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab dan
tatasusila.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Perbincangan antara ahli untuk membahagikan tugas,mengetahui objektif utama kajian
dan kaedah yang perlu dilaksanakan untuk mengumpul maklumat dan data,telah
berlangsung pada 26 Oktober 2021,menerusi aplikasi WhatsApp.Telah mencapai kata
sepakat untuk menggunakan kaedah Googleform bagi tujuan melakukan tinjauan
terhadap masyarakat berkenaan pendedahan dan kepekaan mereka terhadap isu
pergaulan bebas.Temubual menerusi Google Meet juga telah dijalankan pada 29
November 2021 pada jam 9 hingga 10 pagi bersama Profesor Madya Dr Muhamad
Fazil bin Ahmad bagi mendapatkan pandangan beliau terhadap masalah pergaulan
bebas ini.Tinjauan yang dilakukan menerusi Google Form yang dijalankan pada 16
November 2021 telah mendapat respond daripada masyarakat sebanyak 172
responden.Antara soalan yang di bincangkan semasa menjalankan temubual bersama
Profesor Madya Dr Muhammad Fazil bin Ahmad ialah pandangan beliau terhadap
hukuman yang sewajarnya dikenakan bagi mereka yang terlibat dengan pergaulan
bebas.Beliau mengulaskan bahawa Hukuman layaklah ditentukan berdasarkan undang-
undang negara dan agana,dimana ianya dijatuhkan berdasarkan budi bicara ahli-ahli
yang bertanggungjawab dan profesional dalam mengendalikan hal tersebut.

KESIMPULAN

Daripada kajian ini,berharap agar masyarakat menjadi lebih peka terhadap masalah
dan isu semasa yang berlaku disekeliling mereka dan berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah-masalah tersebut,tertumanya masalah pergaulan bebas yang
sering berlaku dalam kalangan remaja agar dapat melahirkan pemimpin yang dapat
mengemudi negara ke arah yang lebih baik dan sejahtera rakyatnya.

RUJUKAN

1-Vanya Karunia Mulia Putri(2020)Pengertian,Ciri-ciri dan Faktor penyebab pergaulan
bebas.https://www.kompas.com/skola/read/2020/10/22/133000569/pengertian-ciri-ciri-
dan-faktor-penyebab-pergaulan-bebas

2-Siti Mahani dan Nazlinda(2015)Generasi Z : Tenaga kerja baru dan
cabarannya.https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf

3-https://prpm.dbp.gov.my


Click to View FlipBook Version