Dirasmikan oleh : Encik Muhamad Firdaus bin Tokimin Ketua Pengarah Eksekutif Barakah Firdaus Holding Sdn Bhd 23MAC2024 | SABTU | 8.00PAGI DEWAND'ASTANASKPUNCAKALAM3 S K P U N C A K A L A M 3 K A L I K E - 1 4
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-14. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang banyak memberikan sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dengan pihak sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. SK Puncak Alam 3 sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah.Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mencipta lebih banyak kejayaan baik dalam bidang akademik, ko-akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG, pihak swasta dan persendirian dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Selain itu, Sarana Ibu Bapa yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025 merupakan agen untuk memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan pihak sekolah.Saya juga ingin menyeru ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu supaya dapat menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran atau kewangan kepada pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah ini. Akhir sekali, pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG SKPA3 sesi 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-14 ini kerana telah memberikan sumbangan bakti yang amat bermakna kepada pihak Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3. Sekian, terima kasih. G U R U B E S A R Kamarul Hisham bin Hashim GURU BESAR SK PUNCAK ALAM 3 1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Puncak Alam 3 sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. 2 Y D P P I B G Encik Shoeid bin Rajali YANG DIPERTUA PIBG, SK PUNCAK ALAM 3
3
Ketibaan Tetamu Jemputan Kata-kata Aluan Pengacara Majlis Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan YDP PIBG Ucapan Guru Besar SK Puncak Alam 3 Ucapan Perasmian (En Muhamad Firdaus bin Tokimin) Ketua Pengarah Eksekutif Barakah Firdaus Holding Sdn Bhd Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG SKPA3 sesi 2023/2024 Penyampaian Sumbangan Khas Anak Yatim Sesi Fotografi Bersama penerima sumbangan Slot Cabutan Bertuah Pergerakan Keluar Perasmi 4 Pendaftaran Kehadiran Ibu bapa / Penjaga & Guru Tetamu Mengambil Tempat Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-14 Slot Cabutan Bertuah Majlis Bersurai
NAMA NOORFADZILAH BINTI MOHD RAZALI CADANGAN 1. Guru kelas diharap dapat memberi informasi dengan segera supaya tidak kelam kabut untuk membuat segala persiapan untuk membeli barang dan ditransit. 2. Kembalikan peperiksaan secara dalaman bagi kenalpasti tahap anak dengan lebih terperinci. JAWAPAN 1. Akan mengingatkan semula kepada semua guru untuk memberitahu kepada murid-murid sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari pdp tersebut. 2. Ujian sesi akademik sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan dilaksanakan untuk murid Tahap 2 manakala pihak KPM tidak membenarkan ujian bertulis dilaksanakan kepada murid Tahap 1. 5 NAMA AZIZAH BT IMADUDDIN CADANGAN 1. Ujian/latih tubi secara berkala dilakukan setiap penghujung penggal bagi menilai kefahaman anak-anak dalam sesi pembelajaran memandangkan jumlah murid terlalu tinggi untuk kesemua kelas . 2. Hari anugerah kecemerlangan, penerima anugerah PBD dinaikkan dari 3 kepada 5 orang wakil setiap kelas. JAWAPAN 1. Ujian sesi akademik sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan dilaksanakan untuk murid Tahap 2 manakala pihak KPM tidak membenarkan peperiksaan/ ujian bertulis dilaksanakan kepada murid Tahap 1. Walau bagaimana pun penggunaan modul dan latihan topikal diberikan kepada murid selepas selesai beberapa tajuk pembelajaran yang diajar untuk menilai penguasaan mereka. 2. Pada tahun 2022 dan tahun sebelumnya, penerima anugerah PBD sememangnya diberikan kepada 5 orang terbaik, walau bagaimanapun jumlah penerima anugerah telah dikurangkan kepada 3 orang sahaja kerana kekurangan dana diperolehi daripada pihak PIBG. Hal ini berlaku kerana kutipan sumbangan PIBG daripada ibubapa/penjaga yang amat tidak memuaskan. Untuk maklumat pada sesi lepas, pihak PIBG menyumbang sebanyak RM1000 untuk menampung keperluan makanan & minuman murid penerima anugerah dan sebahagian kos menyewa kerusi untuk tetamu yang hadir.
NAMA MUHAMAD NURASMAWI BIN MOHD ASKIN CADANGAN Asingkan murid-murid mengikut tahap kepandaian JAWAPAN Pihak KPM tidak membenarkan pengelasan mengikut tahap kepandaian murid dilaksanakan di sekolah. 6 NAMA MOHD AL HAFIS BIN AZUAR CADANGAN Berharap kelas tambahan hari sabtu diteruskan kerana yurannya mampu bagi kami ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk hantar tuisyen di luar dan anak juga menunjukkan prestasi meningkat dengan adanya kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah. JAWAPAN Kelas tambahan tersebut akan diteruskan bermula 27 April 2024 (Sabtu) dengan sokongan pihak PIBG. NAMA SAZILA BT TAJUL URUS CADANGAN Bengkel persediaan untuk menjawab soalan UKKM & PKSK bagi pelajar tahun 6 yang berminat JAWAPAN Beberapa sesi gerak gempur dan bengkel teknik panduan menjawab soalan UKKM & PKSK telah dirancang dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan penyelaras Tahun 6 NAMA SUHAILA BINTI ZULKIFLI CADANGAN Mengadakan ujian berkala serta menyerahkan kertas-kertas ujian semula kepada ibubapa untuk membantu kami mengetahui prestasi atau performance anak supaya memudahkan kami untuk membantu anak-anak. JAWAPAN Ujian sesi akademik sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan dilaksanakan untuk murid Tahap 2 manakala pihak KPM tidak membenarkan peperiksaan/ ujian bertulis dilaksanakan kepada murid Tahap 1 . Walau bagaimanapun penggunaan modul & latihan topikal diberikan kepada murid selepas selesai beberapa tajuk pembelajaran yang diajar untuk menilai penguasaan mereka.
NAMA MOHAMAD AFZAN BIN ADNAN CADANGAN Mohon adakan ujian penilaian bertulis untuk semua tahap pada setiap 4 bulan supaya dapat mengetahui prestasi & pencapaian anak-anak di dalam bilik darjah. Mohon juga kertas ujian tersebut dibenarkan untuk dibawa balik oleh murid supaya ibu bapa dapat melihat setakat mana kemampuan anak di dalam setiap pelajaran. JAWAPAN Ujian sesi akademik sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan dilaksanakan untuk murid Tahap 2 manakala pihak KPM tidak membenarkan peperiksaan/ ujian bertulis dilaksanakan kepada murid Tahap 1. Walau bagaimanapun penggunaan modul & latihan topikal diberikan kepada murid selepas selesai beberapa tajuk pembelajaran diajar untuk menilai penguasaan mereka. 7 NAMA MOHD RIDHWAN BIN MAT DAUD@DAUD CADANGAN Program berbayar anjuran pihak luar yang tidak melibatkan semua pelajar pada sesi terlibat adalah tidak wajar dijalankan pada hari persekolahan. Sebaliknya adalah lebih baik diadakan pada hujung minggu. JAWAPAN Program yang diadakan bukan merupakan paksaan. Murid-murid yang berminat sahaja yang menyertainya. NAMA MUHAMMAD ARIF BIN SYAHRUL CADANGAN Adakan kelas tambahan JAWAPAN Kelas tambahan seperti sesi persekolahan lepas akan diteruskan bermula 27 April 2024 (Sabtu) dengan sokongan pihak PIBG
NAMA SITI NABILA BINTI AMRAN CADANGAN Memohon untuk pihak sekolah mengadakan ujian tahunan bagi menilai tahap pendidikan anak – anak setelah belajar selama setahun JAWAPAN Ujian sesi akademik sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan dilaksanakan untuk murid Tahap 2 manakala pihak KPM tidak membenarkan ujian bertulis dilaksanakan kepada murid Tahap 1 . Walau bagaimanapun penggunaan modul & latihan topikal diberikan kepada murid selepas selesai beberapa tajuk pembelajaran diajar untuk menilai penguasaan mereka 8 NAMA SHAHROLNYZAM BIN JAMIN CADANGAN Mencadangkan supaya pihak guru mahupun sekolah memberikan lebih banyak aktiviti seperti minggu mata pelajaran yang mana semua murid boleh meningkatkan daya pemikiran serta daya saing di antara mereka. Mencadangkan juga supaya mengadakan pertandingan kuiz mengikut subjek supaya anak-anak murid dapat mengasah lagi minda mereka selain daripada aktiviti pembelajaran di dalam kelas itu sendiri. JAWAPAN Minggu Panitia semua mata pelajaran sememangnya telah dirancang dan dilaksanakan setiap tahun seperti dalam Takwim Perancangan Sekolah. Antara pengisian Minggu Panitia adalah aktiviti-aktiviti yang dapat mencungkil dan memupuk minat & bakat murid NAMA ILYA AMISYA CADANGAN 1) saya nak minta pihak sekolah agar membenarkan anak–anak untuk membawa pulang kertas exam. Apabila kami tidak menerima kertas UASA anak – anak, kami tidak tahu di topik mana anak2 kami lemah. 2) diharapkan cikgu – cikgu dapat inform tentang kerja kursus seperti buku skrap atau apa – apa & panitia di dalam group whatsapp / telegram kelas anak2 agar anak2 yang tidak hadir tidak terlepas dari perkara berikut. JAWAPAN 1. Pihak pentadbiran akan beri penekanan dan perhatian yang lebih berkaitan perkara ini untuk UASA akan datang. 2. Kebiasaannya pesanan untuk membawa peralatan dan bahan untuk sebarang kerja kursus atau menyiapkan kerja sekolah dan lain-lain aktiviti diingatkan dalam WhatsApp group ibubapa dan penjaga. Walau bagaimanapun, akan diingatkan semula kepada semua guru mata pelajaran.
NAMA MEGAT NOOR AZHAR BIN KAMARAZAMAN CADANGAN Memberi pendedahan kepada murid-murid pada peringkat awal darjah 1 mengenai penggunaan komputer bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka JAWAPAN Murid Tahun 1 telah mempunyai Jadual Waktu PdP Penggunaan Makmal Komputer. Guru mata pelajaran akan membawa murid jika ada keperluan/ sesuai dengan tajuk yang diajar. Untuk makluman, pihak sekolah sedang berusaha menaik taraf satu lagi makmal komputer untuk menampung keperluan murid yang semakin ramai. Sebelum ini hanya satu sahaja makmal komputer yang agak lengkap 9 NAMA MOHAMMAD KHAIROL AFFENDI BIN JAAFAR CADANGAN Adakah pihak sekolah mempunyai cadangan dan rancangan untuk mengadakan peperiksaan atau penilaian pertengahan tahun dan akhir tahun bagi mengukur tahap dan prestasi pelajar-pelajar Tahap 2 dan Tahap 1. Perkara ini mungkin dapat memudahkan guru-guru dan ibu bapa untuk memantau proses pembelajaran pelajar-pelajar. JAWAPAN Ujian sesi akademik sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan dilaksanakan untuk murid Tahap 2 manakala pihak KPM tidak membenarkan peperiksaan/ ujian bertulis dilaksanakan kepada murid Tahap 1. Walau bagaimanapun penggunaan modul & latihan topikal diberikan kepada murid selepas selesai beberapa tajuk pembelajaran diajar untuk menilai penguasaan mereka. NAMA NORHIDAYU BT CHE MAHADI CADANGAN Memandangkan dalam kelas mempunyai murid sehingga 40 org ke atas, mohon anugerah diberikan sehingga ke no 5 utk meraikan kejayaan anak2. JAWAPAN Pada tahun 2022 dan tahun sebelumnya, penerima anugerah PBD sememangnya diberikan kepada 5 orang terbaik, walau bagaimanapun jumlah penerima anugerah telah dikurangkan kepada 3 orang sahaja kerana kekurangan dana diperolehi daripada pihak PIBG. Hal ini berlaku kerana kutipan sumbangan PIBG daripada ibubapa/penjaga yang amat tidak memuaskan. Untuk maklumat pada sesi lepas, pihak PIBG menyumbang sebanyak RM1000 untuk menampung keperluan makanan & minuman murid penerima anugerah dan sebahagian kos menyewa kerusi untuk tetamu yang hadir
NAMA ZAITON BINTI ISMAIL CADANGAN Mengharapkan ada guru–guru yg mampu atau ingin membuat tuisyen untuk tahap 1 juga. (Berbayar) JAWAPAN Akan diberi perhatian dan pertimbangan, jika terdapat banyak permintaan daripada ibubapa/ penjaga. 10 NAMA NOR FAREHAN BT OHSEMAN CADANGAN Mohon cikgu buat group kelas menggunakan whatsapp sahaja. Jangan guna telegram. Sebab kami jarang bukak telegram. Selalu terlepas info. JAWAPAN Penggunaan group rasmi kelas digalakkan menggunakan medium telegram. Ini kerana hebahan unit HEM juga menggunakan medium telegram. Selain itu banyak bahan yang boleh dikongsikan berkaitan pembelajaran. Kapasiti telegram juga lebih besar berbanding WhatsApp. Mohon sentiasa peka dengan medium telegram juga. Untuk makluman pihak ibu bapa, Unit HEM dan group ibubapa Tahap 1 menggunakan medium Telegram, manakala group ibubapa Tahap 2 menggunakan medium WhatsApp seperti sebelum ini. NAMA MUHAMMAD FADZLEY BIN SALIM CADANGAN Bahasa ketiga Arab/Mandarin lebih dari satu kelas JAWAPAN Pelaksanaan pengajaran Bahasa Ketiga adalah mengikut Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang dikeluarkan oleh KPM dengan merujuk kepada enrolmen murid. Sekolah ini dibekalkan seorang guru Bahasa Arab sahaja untuk setiap kelas. NAMA MOHAMAD DHIYAUDDIN BIN ABD AZIZ CADANGAN Pelajar diterapkan penggunaan kamus sepanjang pembelajaran yg melibatkan subjek-subjek menggunakan English term. JAWAPAN Panitia Bahasa Inggeris telah memberi taklimat kepada murid Tahap 2 tentang penyediaan dan penggunaan kamus pada minggu lepas. Panitia akan menerapkan dictionary skills, penggunaan kamus offline dan online bagi meningkatkan aktiviti spelling dan vocabulary semua murid Tahap 1 dan 2. Antara aktiviti berkaitan penggunaan kamus ialah spelling test dan spelling bee.
NAMA MOHD JAFAR BIN SHRRIFFUDIN CADANGAN Adakan ujian penggal setiap subjek secara lisan/bertulis. JAWAPAN Ujian sesi akademik sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan dilaksanakan untuk murid Tahap 2. Manakala pihak KPM tidak membenarkan peperiksaan/ ujian bertulis dilaksanakan kepada murid Tahap 1 . Walau bagaimanapun penggunaan modul & latihan topikal diberikan kepada murid selepas selesai beberapa tajuk pembelajaran diajar untuk menilai penguasaan mereka. 11 NAMA PUNITHA A/P PRAKASH CADANGAN Mohon sumbangan untuk Program Kecemerlangan tahun 6 sebanyak RM150 JAWAPAN Dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG ini untuk mendapat persetujuan ibu bapa/ penjaga bagi melancarkan aktiviti dan program yang dirancang. NAMA NORA BINTI HAMZAH CADANGAN Saya mencadangkan pihak sekolah mencipta sebuah laman sesawang yang membolehkan ibubapa menyemak markah pentaksiran secara atas talian. Dengan ini ibubapa dapat sama-sama membantu untuk meningkatkan prestasi akedemik anak-anak. Saya juga mencadangkan agar pihak PSS menyediakan stok buku nilam yang mencukupi mengikut bintang-bintang bagi menggalakkan lebih ramai lagi murid yang benar-benar membaca untuk terus bersemangat merekodkan bacaan mereka ke dalam buku nilam. Kerana saya mendapati sukar untuk dapat beli buku nilam atas sebab kehabisan stok. JAWAPAN 1. Satu sistem Bersepadu KPM-MOEIS (IdME) telah dibangunkan oleh pihak KPM, walau bagaimanapun masih dalam penyelenggaraan untuk diakses. Untuk makluman, pihak sekolah memang telah mengeluarkan slip pelaporan PBD sebanyak 2 kali setahun sama seperti arahan pihak KPM yang mana pelaporan perlu diberikan kepada ibubapa sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan. 2.Guru PSS telah mengambil maklum akan isu ini. Untuk makluman pada sesi ini, pihak sekolah telah menempah bilangan Kad Bintang yang lebih banyak daripada tahun-tahun sebelum ini bagi mengatasi isu ini.
NAMA ISMAIL HAJAR CADANGAN Fardu Ain di sekolah JAWAPAN Pelajaran Fardu Ain telah sedia ada dalam silibus buku teks Pendidikan Islam. Selain itu, Program Kem Bestari Solat (KBS) dan TakeFive 4 Solah (penjelasan 5 minit tentang rukun solat) dilaksanakan sebelum waktu PdP Pendidikan Islam 12 NAMA SYED MUHAMMAD AMIN BIN SYED ALI CADANGAN 1. Pembelian buku yang tidak perlu atau sudah ada, tidak perlu dipaksa untuk membelinya lagi. 2. Saya cadangkan untuk ujian/peperiksaan diadakan untuk semua murid kerana PBD terlalu subjektif untuk menilai pencapaian anak-anak. JAWAPAN 1. Pihak sekolah tidak pernah memaksa murid untuk membeli buku yang tiada keperluan. Pihak sekolah akan mengingatkan semula kepada pihak kedai buku tentang isu ini untuk menerangkan katagori buku yang benar-benar perlu sahaja dan dicadangkan sahaja (tidak wajib) dibeli. 2. Ujian sesi akademik sebanyak 2 kali setiap sesi persekolahan dilaksanakan untuk murid Tahap 2 manakala pihak KPM tidak membenarkan peperiksaan/ ujian bertulis dilaksanakan kepada murid Tahap 1 . Walau bagaimanapun penggunaan modul & latihan topikal diberikan kepada murid selepas selesai beberapa tajuk pembelajaran diajar untuk menilai penguasaan mereka NAMA NORZLIDA BINTI ZULKEFLEE CADANGAN Saya mengusulkan agar pihak sekolah berkongsi takwim setahun persekolahan agar ibubapa dapat bersedia dengan aktiviti anak-anak. Sebagai contoh, bulan Oktober dikhaskan untuk bulan sukan. JAWAPAN Akan dipertimbangkan dan dibuat penambahbaikan untuk disebar luaskan kepada ibu bapa.
NAMA NURBANI BINTI MOHD AHYAR CADANGAN Setiap tahun proses masuk ke sekolah adalah sama. Saya cadangkan pihak sekolah dengan kerjasama ibubapa sediakan general sop untuk rujukan ibubapa, terutamanya untuk ibu bapa yang pertama kali anak masuk darjah 1 & anak masuk darjah 4. Sop/ guideline penting seperti: 1. Senarai keperluan tahun 1 (first time paling perlukan ini senarai ini. Benda simple seperti berapa helai baju uniform yang ideal, baju putih, seluar sukan. Sangat membantu lagi-lagi untuk parents yang income rendah / tak tetap). 2. Buku latihan yang perlu dibeli ikut subjek. Setiap tahun cikgu ajar silibus yang sama, buku juga yang sama. Ini untuk elak terlebih beli & bantu parents jimat mana yang perlu. Nampak mudah / murah, tapi kesan besar utk yang ramai anak. Lagipun ini akan memudahkan murid bawa buku ikut subjek. 3. Guidelines untuk soalan-soalan yang biasa ditanya oleh parents. Bincang sesama guru, kumpul soalan yang sering ditanya berulang kali setiap tahun. Diharap dengan adanya sop (sop / things that parents should know/ what to do before school starts —> semasa bermulanya sesi persekolahan ie hari pertama —> selepas minggu pertama sekolah ( info seperti kelab, persatuan, ko-ku, sukan, gambaran menyeluruh aktiviti sekolah, takwim etc) akandapat membantu parents & memudahkan kerja guru setiap tahun. JAWAPAN 1. Kebiasaannya kemasukan murid baharu ke alam persekolahan seawal Tahun 1 akan diadakan Hari Orientasi Tahun 1. Hari Orientasi bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid kepada persekitaran sekolah khususnya bilik darjah kepada murid-murid. Manakala ibu bapa/penjaga diberi taklimat berkenaan perjalanan sekolah dan keperluan anak-anak mereka. Dukacita dimaklumkan bahawa pada sesi persekolahan kali ini, pihak PPD tidak memberi kebenaran kepada semua sekolah di daerah Kuala Selangor melaksanakannya. Manakala untuk Murid Tahun 4 pula, ibubapa telah berada dalam group telegram kelas Tahun 3 sebelumnya. Semua makluman terkini tentang persediaan masuk ke Tahun 4 akan disalurkan melalui medium tersebut. 2. Setiap kali ada persoalan yang diajukan akan diberi jawapan semasa Mesyuarat Agung PIBG. Walau bagaimanapun terdapat ketirisan maklumat di sini kerana tidak semua ibubapa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG 3. Pihak sekolah mengambil cakna akan perkara ini dan akan membuat penambahbaikan untuk kelancaran sesi persekolahan murid 13
NAMA NUR NADIA BINTI MOHD SHAHAR CADANGAN Cadangan supaya kantin sekolah menggunakan cashless kerana sukar untuk menukar duit kecil JAWAPAN Pihak sekolah akan berbincang bersama pengusaha kantin penggunaan cashless bagi memudahkan murid pada masa akan datang. Penggunaan cashless juga melibatkan sistem yang perlu dipakai oleh pengusaha kantin. 14 NAMA SHAHROLNYZAM BIN JAMIN CADANGAN Mencadangkan supaya agar setiap kelas ditambahbaik dari segi kebersihan serta alat kemudahan yang berada di dalam kelas tersebut seperti kipas, kerusi, meja, lampu, tingkap, langsir dan yang berkaitan. JAWAPAN Pada tahun 2022 kemudahan seperti kipas dan lampu telah ditambahbaik dengan peruntukan yang diberi oleh PIBG. Meja dan kerusi pihak sekolah sentiasa memohon penambahan kuantiti daripada pihak PPD, JPN dan pihak sekolah masih menunggu. Cermin tingkap nako pihak sekolah memohon peruntukkan daripada pihak PPD. InsyaAllah permohonan tingkap nako akan diberikan pada tahun ini. Langsir pula pihak sekolah tidak mampu menyediakan untuk semua kelas. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama daripada pihak ibubapa untuk sama-sama juga menceriakan kelas masing-masing bukan setakat mengeluarkan tenaga tetapi menyumbangkan sedikit kewangan untuk keselesaan murid. NAMA NAZURA BT JOHARI CADANGAN Cadangan saya dengan kerjasama ibubapa & guru-guru. Kita menyediakan (wardrobe anak2 SKPA3). Jika ada ibubapa yang ingin menyumbang pakaian persekolahan yang masih boleh dipakai atau digunakan sangat dialu-alukan. Pakaian tersebut boleh diserahkan pada pihak sekolah. Ada sesetengah sekolah telah pun menyediakan wardrobe untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan. JAWAPAN Cadangan yang sangat baik. Pihak sekolah sangat mengharapkan tenaga ibubapa selain guru untuk membantu dan menguruskan wardrobe ini. Pakaian sekolah yang masih boleh dipakai boleh diberi kepada unit HEM bila-bila masa sahaja.
NAMA NOORFADZILAH BINTI MOHD RAZALI CADANGAN Wujudkan group whatsapp daripada telegram sebab bagi kami yang lebih peka dengan whastsapp. JAWAPAN Penggunaan group rasmi kelas sangat digalakkan menggunakan medium telegram. Ini kerana hebahan unit HEM juga menggunakan medium telegram. Selain itu banyak bahan yang boleh dikongsikan berkaitan pembelajaran. Kapasiti telegram juga lebih besar berbanding WhatsApp. Mohon sentiasa peka dengan medium telegram juga. Dokumen-dokumen juga tidak akan hilang berbanding medium WhatsApp di mana kita selalu padam bahan-bahan atau maklumat untuk mengurangkan storage telefon bimbit. Mohon ibubapa sentiasa peka penggunaan kedua-dua medium ini. 15 NAMA NUR 'AIN HUSNA BINTI MOHAMAD RUSDI CADANGAN Sebaiknya anak - anak darjah satu dimulakan dengan sesi pagi sebab hendak biasakan diri untuk dua sesi kafa dan kebangsaan. JAWAPAN Sesi persekolahan murid tahap 2 dan tahap 1 bukan bergantung hanya kepada satu sekolah sahaja. Pihak sekolah perlu bersama-sama dengan sekolah sekitarnya untuk memudahkan persekolahan sesi petang (sekolah agama). Situasi menang-menang perlu diterapkan untuk memudahkan ibubapa, sekolah berhampiran dan komuniti setempat. NAMA NORHIDAYU BT CHE MAHADI CADANGAN Wujudkan peti aduan di bilik kawasan sekitar pejabat atau bilik guru sekiranya ada anak murid yang dibuli, diganggu atau hal-hal lain yang ingin diadukan atau yang ingin disampaikan. Kadang-kadang anak-anak takut untuk mengadu secara direct, jadi mungkin peti aduan boleh membantu siasatan guru terhadap kes yang diadukan bergantung tahap keseriusan. Beritahu sewaktu perhimpunan bahawa wujudnya peti aduan ini dan boleh mengadu secara bertulis sekiranya takut untuk beritahu kepada cikgu. JAWAPAN Unit HEM akan menyediakan sebuah peti aduan pada tahun ini dan akan sebar luas fungsi peti aduan kepada murid pada waktu perhimpunan akan datang.
NAMA AZIZAH BT IMADUDDIN CADANGAN Saya mencadangkan agar setiap kelas mengadakan gotong royong guru bersama ibu bapa untuk menghias dan membersihkan kelas anak masingmasing bagi memastikan keselesaan anak anak semasa sesi pdp JAWAPAN Pihak sekolah akan menetapkan satu tarikh khas untuk aktiviti gotong-royong untuk menghias dan membersihkan kelas. Semoga aktiviti gotong-royong yang bakal dijalankan ini mendapat sambutan daripada ibu bapa. 16 NAMA SAZILA BT TAJUL URUS CADANGAN Penambahbaikan kepada dewan terbuka pelajar & kutipan untuk tambahan kipas di kelas-kelas memandangkan musim panas JAWAPAN Untuk dewan terbuka pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mencari dana untuk menyediakan ruang yang lebih selesa. Berkaitan kutipan untuk tambahan kipas di kelas-kelas sangat dipersetujui. NAMA SITI MARIAM BINTI BAHARIN CADANGAN Memasang cctv di sekolah bagi mengelakkan kes buli JAWAPAN CCTV telah dipasang pada tahun lepas di beberapa tempat khas terutamanya tempat pencuri panjat masuk. Untuk menyediakan CCTV di semua tempat memerlukan kos yang sangat tinggi. Pihak sekolah berusaha memasang CCTV mengikut kemampuan kewangan yang ada. NAMA SYAMIMI BINTI MOHD ROHIM CADANGAN Pantau tentang pembelian dan membawa vape JAWAPAN Unit disiplin ada melakukan pemantauan disiplin seperti spot check mengikut jadual yang ditetapkan. Pembelian vape adalah di luar bidang kuasa sekolah kerana murid yang membawa vape biasanya akan beli di luar sekolah. Pemantauan ibubapa juga sangat diperlukan kerana vape tidak dijual di sekolah. Kebiasaanya murid yang akan bawa ke sekolah.
NAMA NOR JOHARI BIN IKHASAN (PK HEM) CADANGAN Pembelian 100 biji kerusi kuning untuk kegunaan program atau aktiviti di Dewan Astana JAWAPAN Terima kasih di atas persetujuan ahli mesyuarat pembelian kerusi kuning pada tahun 2023. Diharapkan ahli mesyuarat bersetuju pembelian kerusi untuk tahun 2024 demi murid-murid kita. 17 NAMA SUHAILA BINTI ZULKIFLI CADANGAN Cuba libatkan setiap murid dalam sebarang aktiviti supaya anak-anak yang cenderung untuk bersendiri (introvert) lebih mampu untuk ke hadapan seiring dengan kawan-kawan yang lain JAWAPAN Setiap aktiviti murid-murid diberi peluang untuk menunjukkan potensi masingmasing. Pihak sekolah akan terus berusaha melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan murid-murid. NAMA SHARIFAH NURUL IZZAH CADANGAN 1. Penyediaan pakej makanan secara bulanan kepada anak-anak untuk memudahkan anak-anak menerima makanan dan minuman semasa rehat. Terbuka hanya kepada ibu bapa yang bersetuju. Konsep seperti RMT tapi berbayar. Jika anak anak tidak hadir, dikira burn. Bayaran bulanan mesti dibuat pada atau sebelum awal bulan (25hb dan ke atas setiap bulan). Parent yang lambat bayar pada bulan itu, dikira tidak berminat untuk meneruskan program. 2. Waktu rehat murid yang singkat sehingga murid terkejar kejar untuk makan. Murid murid tahap 1 memerlukan sekurang-kurangnya 40 minit waktu rehat. Mohon pertimbangan JAWAPAN 1. Usul pakej makanan ini pihak sekolah perlu bincangkan dengan lebih teliti. Ini kerana bukan setakat ibubapa yang bersetuju mengikuti pakej makanan ini. Pengusaha kantin juga perlu memainkan peranan yang lebih jikaprogram ini dilaksanakan. 2. Waktu rehat murid ditetapkan selama 20 minit sahaja. Ini kerana ia mengambil kira waktu mata pelajaran yang lain selepas rehat. 40 minit waktu rehat yang dicadangkan akan menganggu waktu mata pelajaran lain.
NAMA MOHAMAD DHIYAUDDIN BIN ABD AZIZ CADANGAN Disediakan mesin air tapis yang lebih berkualiti dan boleh menampung jumlah kuantiti yang lebih besar untuk pelajar seperti cuckoo @ coway. JAWAPAN Pihak sekolah sangat mengharapkan jika ada ibubapa yang sudi sumbangkan mesin air tapis. Ibubapa yang berhajat boleh menghubungi AJK PIBG yang berkenaan. 18 NAMA NORUL SHAKIERA BINTI SENIN CADANGAN Proposal Implementing Online Purchasing System for activity books, baju PJ and Co-op Items JAWAPAN Usul ini akan disampaikan kepada syarikat buku sekolah untuk digunakan pada tahun akan datang. NAMA SHAKINA BINTI SAHARUDIN CADANGAN Minta pihak sekolah sediakan rak kasut yang diletakkan di dalam bilik PSS bukan di luar PSS, kerana anak2 yang masuk PSS akan tanggal kasut letak di luar,ini terjadi apabila ada pelajar dari kelas lain datang mencuri kasut baru pelajar yang sedang berada dalam PSS. Kes sebegini terjadi pada tahun lepas yang mana,kes tu berulang lagi dalam beberapa kes, walaupun aduan dibuat pada guru dan pengawas sekolah, tapi tidak berjaya menangkap si perlaku tersebut. Harap ada tindakan sekolah supaya kes tidak akan berulang lagi. Agak terkesan pada pelajar yang kehilangan kasut sekolah JAWAPAN Usul agar rak kasut disediakan di dalam bilik PSS perlu diteliti dengan terperinci. Ini kerana jumlah murid yang masuk adakalanya 2 kelas dalam satu masa. Bilik PSS berhawa dingin. Jika kasut diletakkan di dalam PSS akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan kerana bilik berhawa dingin. Kes berlaku hilang kasut memang terjadi terutama murid tahap 1. Tetapi ada kes yang berjaya diselesaikan.
NAMA NOR KHASANAH MOHD SAN CADANGAN Saya cadangkan penambahbaikan untuk dewan berkumpul bagi anak-anak, setiap kali berhimpun, penambahan kipas atau repair yang slow,atau cuci semula kipas-kipas supaya anginnya laju,dapat rasa, bukan sekadar pusing tapi tidak berfungsi supaya semua selesa. JAWAPAN Pada tahun 2023 unit HEM dengan kerjasama PIBG telah membaiki kipas yang ada di dewan. Kipas telah ditukar kapasitor dan bergerak laju. Pemantauan juga sentiasa dilakukan jika ada kipas yang rosak. Pada cuti sekolah yang panjang pekerja pembersihan akan mencuci kipas dan ianya berada di dalam skop kerja pekerja pembersihan. 19 NAMA WAN FADHLAN QAEDI CADANGAN Penyediaan makanan RMT yang berkhasiat sahaja (roti canai tidak berkhasiat) JAWAPAN Di dalam Buku Panduan Pengurusan RMT Kementerian Pendidikan Malaysia, roti canai merupakan salah satu menu yang dibenarkan untuk murid-murid RMT. NAMA SYED MUHAMMAD AMIN BIN SYED ALI CADANGAN 1. Saya cadangkan disediakan 1 jawatan kuasa bagi menguruskan penerimaan dan pemberian pakaian- pakaian sekolah yang terpakai untuk diserahkan kepada murid-murid yang memerlukan/tidak mampu secara percuma. 2. Kualiti baju PJ tahun 2022/23 kurang berkualiti berbanding tahun 2021. Dicadangkan supaya suplier bagi baju PJ tersebut bekalkan stok yang berkualiti. (sekali basuh kain baju tersebut benang terkeluar dan berbulu. JAWAPAN 1. Pihak sekolah sangat mengharapkan tenaga dan kerjasama ibubapa di dalam PIBG untuk menguruskan penerimaan dan pemberian pakaian-pakaian sekolah terpakai yang masih elok lagi. 2. Kualiti baju sukan telah disampaikan kepada kedai buku. Pihak kedai buku sudah sedia maklum kualiti baju sukan tahun lepas dan berjanji akan meningkatkan kualitinya.
NAMA MUHAMMAD ARIF BIN SYAHRUL CADANGAN Sentiasa menjual makanan yang berkhasiat di kantin sekolah JAWAPAN Unit HEM sentiasa memantau penjualan makanan di kantin. Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor juga setiap tahun akan hadir untuk pemeriksaan kualiti makanan dan penyediaan makanan di kantin sekolah. 20 NAMA NORZLIDA BINTI ZULKEFLEE CADANGAN Isu baju rumah sukan tahun lepas. Difahamkan ia disediakan oleh pihak kedai buku sekolah. Namun, tiada pemantauan daripada pihak sekolah. Hasil kerja amat mengecewakan dan kelewatan penghantaran JAWAPAN Pihak sekolah akan memantau dengan lebih teliti kualiti dan penjualan baju rumah sukan oleh kedai buku pada tahun ini. NAMA PASIDA BT PAK DENGANG CADANGAN Cadangan saya sepatutnya penjualan baju koko sekolah boleh dijual siap-siap di kedai buku setiap awal pembukaan persekolahan, ini bagi memudahkan pelajar, bukan dah masuk setengah tahun persekolan baru nak dibuka penjualan baju, rasanya perkara ini dah dicadangkan dan diutarakan pada PIBG tahun lepas. JAWAPAN Pihak sekolah sedia maklum tentang penjualan baju sukan sebelum sesi persekolahan bermula. Terdapat beberapa isu teknikal di pihak kedai buku berkaitan penjualan baju sukan. NAMA SITI ROSIANIA BT MD NAZRI/MOHD KHUZAIRI BIN AZMI CADANGAN Lebihkan pengawasan terhadap murid– murid di kantin JAWAPAN Pengawasan murid-murid di kantin ditugaskan kepada guru bertugas dan pengawas yang bertugas.
NAMA SITI MARIAM BINTI BAHARIN CADANGAN Makanan yang di jual di kantin terlalu mahal kalau boleh pihak sekolah diminta memantau harga makanan JAWAPAN Jawatankuasa Kantin sentiasa memantau harga jualan makanan. Pengusaha kantin juga sedia maklum jualan makanan tidak boleh membebankan murid untuk membelinya. 21 NAMA SYAMIMI BINTI MOHD ROHIM CADANGAN Kepadatan murid dalam kelas JAWAPAN Pihak PPD telah menetapkan satu-satu kelas maksimum adalah seramai 45 orang. Pada tahun ini berlaku di luar jangkaan pihak sekolah kerana murid tahun 1 yang baru daftar melebihi kapasiti. Namun perkara ini bukan setakat berlaku di sekolah Puncak Alam 3, tetapi berlaku juga di beberapa sekolah sekitar Puncak Alam. NAMA ZIDNI AZIZAH BINTI SYAFII CADANGAN Vest anak – anak tidak perlu di tulis nama. Boleh buat tanda nama untuk mengelakkan pembaziran dan vest boleh dijual atau diberi pada orang lain. JAWAPAN Akan disampaikan kepada unit yang terlibat dengan menggantikan tanda nama yang lebih sesuai.
NAMA SHAHROLNYZAM BIN JAMIN CADANGAN Mencadangkan supaya unit beruniform boleh membawa pihak bomba, ambulan, polis dan sebagainya supaya boleh memberikan gambaran sebenar terhadap badan beruniform tersebut. JAWAPAN SKPA3 tidak mempunyai semua unit tersebut. 22 NAMA NAZURA BT JOHARI CADANGAN Mendedahkan/menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai perkhemahan bukan hanya pada unit beruniform yang aktif sahaja, contohnya Pengakap, sangat aktif dan kerap mengadakan kem perkhemahan..manakala kelab & persatuan yang kurang aktif tiada aktiviti yang menarik minat pelajar untuk menyertai kelab & persatuan tersebut... JAWAPAN Perkhemahan luar dijalankan terbuka untuk semua unit uniform yang ada di sekolah. Pengakap sering mengadakan perkhemahan bertujuan untuk mendapatkan lencana perak,emas dan rambu. NAMA ZAITON BINTI ISMAIL CADANGAN 1.Baju sukan - lebih efisyen jika saiz tidak sama seperti dipersetujui boleh minta supplier ganti baru atau minta diskaun daripada supplier sebab tidak semua ibubapa berkemampuan untuk membeli setiap tahun. 2.Hari sukan - mengharapkan hari sukan diadakan pada hari minggu (Sabtu atau Ahad) JAWAPAN 1.Mulai sesi persekolahan 2024, baju sukan dijual di kedai buku. Ibu bapa akan berurusan di kedai buku. 2. Telah ada dalam perancangan sekolah.
NAMA NOR FAREHAN BT OHSEMAN CADANGAN Pelbagaikan lagi badan beruniform dan jenis sukan yang murid boleh sertai. Ia tak semeriah macam sekolah cina. JAWAPAN Unit koku yang ada di SKPA3: Unit Uniform – 7 Unit kelab dan persatuan – 10 Unit sukan dan permainan – 11 23 NAMA MUHAMMAD FADZLEY BIN SALIM CADANGAN Aktiviti ilmu pertahanan diri seperti taekwando/silat perlu diadakan JAWAPAN Telah ada dan dijalankan latihan pada setiap hari Ahad. NAMA MUHAMMAD IKHWAN BIN MANAS CADANGAN Pemakaian baju PJ. Sekarang cuaca panas sangat JAWAPAN Pemakaian baju pj mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan. NAMA MOHAMAD FAIZAL BIN MOHAMAD ISMAIL CADANGAN Harap pihak sekolah mengadakan hari sukan pada hari Sabtu bukan hari waktu bekerja dan ibubapa boleh turut serta untuk memberi sokongan kepada anak – anak. JAWAPAN Telah ada dalam perancangan SKPA3.
NAMA SAZILA BT TAJUL URUS CADANGAN Memberi lebih peluang kepada pelajar Tahun 6 terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang boleh menyumbang kepada markah PAJSK. JAWAPAN Pihak sekolah telah menghantar murid-murid menyertai pelbagai pertandingan peringkat daerah dan ada yang terpilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri. Selain itu, pihak sekolah telah mengadakan juga pelbagai pertandingan melalui unit-unit kokurikulum. Semua ini bertujuan meningkatkan markah PAJSK murid-murid. Murid-murid boleh juga menyertai pertandingan secara online. 24 NAMA ZUZANA BINTI ISMAIL CADANGAN Saya mencadangkan masa Koko setiap hari Rabu ditukarkan pada waktu lebih awal iaitu pukul 1.30 petang selepas waktu solat zohor. Murid -murid dan guru tidak pergi balik dan tunggu di sekolah. Ini juga dapat menjimatkan masa guru dan ibubapa untuk datang dan ambil anak-anak dari sekolah. JAWAPAN 1. Waktu tersebut tidak sesuai untuk aktiviti sukan dan permainan. 2.Bukan semua ibu bapa boleh mengambil anak-anak apabila perjumpaan koku habis awal. Ramai murid yang menggunakan khidmat van sekolah. Waktu koku yang sekarang tamat pukul 5.30 petang. Murid-murid koku boleh pulang bersama-sama murid sesi petang. NAMA SITI MARIAM BINTI BAHARIN CADANGAN Menukar tanda nama dan lencana berjahit kepada tanda nama dan lencana berpindah bagi memudahkan semua pihak. JAWAPAN Cadangan yang baik dan boleh dipertimbangkan.
NAMA MOHAMAD DHIYAUDDIN BIN ABD AZIZ CADANGAN Menganjurkan Hari Keusahawanan Sekolah mengikut Sektor / Tema sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi melahirkan minat pelajar dalam sektor perniagaan. JAWAPAN Cadangan yang baik dan boleh dipertimbangkan. 25 NAMA MOHD ZULFIKREY BIN MUDA CADANGAN Bakat sukan "1 murid, 1 sukan" JAWAPAN Pertandingan antara kelas dijalankan untuk pencarian bakat murid. NAMA MUHAMMAD ARIF BIN SYAHRUL CADANGAN Memperbanyakkan aktiviti ko kurikulum untuk murid di mana sekolah boleh menyertai pertandingan. JAWAPAN Latihan yang kerap dijalankan sekiranya ada pertandingan. NAMA NORZLIDA BINTI ZULKEFLEE CADANGAN Saya mohon pencerahan untuk penglibatan murid tahun 3 bagi sesi kokurikulum. JAWAPAN Murid-murid tahun 3 hanya terlibat dengan Unit Beruniform sahaja. Waktu koku mereka pada hari Rabu bermula 11.30 jam
NAMA AIN ATIQAH CADANGAN Sediakan 1 bangunan khas dan selesa buat anak-anak murid PPKI. JAWAPAN Alhamdulillah permohonan bangunan tambahan telah diluluskan pada Disember 2023 dan mengambil masa 3-5 tahun untuk beroperasi. 26 NAMA WAN FADHLAN QAEDI CADANGAN Lebih tumpukan kepada murid yang pasif (ppki) lebihkan berkomunikasi dengan anak-anak ini. JAWAPAN Dalam subjek Asas 3M memang ada diajar Kemahiran komunikasi. Inshaa Allah akan diberi lebih perhatian dan tambah baik bagi meningkatkan tahap komunikasi murid-murid bersesuaian dengan kepelbagaian cara dalam proses PdP murid-murid PPKI. NAMA MOHD KHAIRULIKHWAN BIN MD KHALID CADANGAN Perkongsian objektif pembelajaran silabus pendidikan khas PPKI, melalui saluran seperti Google Classroom. JAWAPAN PPKI menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Semakan 2017, ibubapa boleh mencari di aplikasi yang disediakan di laman web Bahagian Perkembangan Kurikulum KPM.
NAMA AIN ATIQAH CADANGAN Sediakan 1 bangunan khas dan selesa buat anak-anak murid PPKI. JAWAPAN Alhamdulillah permohonan bangunan tambahan telah diluluskan pada Disember 2023 dan mengambil masa 3-5 tahun untuk beroperasi. 27 NAMA MOHD KHAIRULIKHWAN BIN MD KHALID CADANGAN Perkongsian carta organisasi bagi PPKI dengan ibu bapa, supaya ibu bapa tahu pihak yang bertanggungjawab JAWAPAN PPKI adalah program yang dibuka di bawah pengurusan sesebuah sekolah yang terdiri dari Penolong Kanan Pendidikan Khas, 11 orang guru dan 5 orang Pembantu Pengurusan Murid bagi pengurusan PPKI. NAMA MOHD KHAIRULIKHWAN BIN MD KHALID CADANGAN Penglibatan sukan seperti memanah untuk murid PPKI JAWAPAN Murid PPKI boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh manamana pihak seperti Taekwando dan sebagainya. Bagi aktiviti memanah murid PPKI perlukan jurulatih yang khusus secara individu kerana ianya melibatkan penggunaan sesuatu yang tajam dan memerlukan pengawasan.
BIL N A M A P R O G R A M ANJURAN/ KERJASAMA 1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-13 PIBG 2 Mesyuarat AJK PIBG Bil 1 PIBG 3 Baik Pulih Pagar Sekolah & Simen Laluan Pra Hal Ehwal Murid 4 Sumbangan Pasukan Elit SKPA3 Ke Sukan MSSD Kuala Selangor Kokurikulum 5 Mesyuarat AJK PIBG Bil 2 PIBG 6 Sumbangan Program Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa SKPA3 Unit PSS 7 Sumbangan Sambutan Hari Kemerdekaan Panitia Sejarah 8 Sumbangan Keceriaan PPKI PPKI 9 Sumbangan Pembelian Buku Bagi Program Jom Baca Panitia Bahasa Melayu 10 Sumbangan Pemasangan CCTV di Kawasan Sekolah PIBG 11 Kejohanan Olahraga Tahunan SKPA3 2023/2024 Kokurikulum 12 Sumbangan English Camp Champ Panitia Bahasa Inggeris 13 Sumbangan Hari Graduasi PPKI PPKI 14 Sumbangan Sambutan Hari Kanak-kanak Hal Ehwal Murid 15 Mesyuarat Cadangan Penambahbaikan Lalu Lintas SKPA3 HEM, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, Pengusaha Bas, SMKPA3 16 Hari Apresiasi Kurikulum 2023/2024 Kurikulum 17 Sumbangan Kepada Kumpulan Penjaga Keselamatan SKPA3 Hal Ehwal Murid 18 Mesyuarat AJK PIBG Bil 3 PIBG 28
En Shoeid bin Rajali : Yang Dipertua En Errizani bin Abdul Rahim : Naib Yang Dipertua Pn Siti Nur Baizura bt Jamhuri : Setiausaha En Fairun bin Che Ani : Bendahari En Muhd Nizam bin Abdullah : AJK Ibu Bapa En Shaik Mohamad Amin bin Shaik Alaudin : AJK Ibu Bapa En Mohd Anis Fahmi bin Pisal : AJK Ibu Bapa En Ajmal Khan bin Mohamed Iqbal : AJK Ibu Bapa En Mohd Ilham Shah bin Sabri : AJK Ibu Bapa Pn Mazelinda bt Che Ani : AJK Ibu Bapa Pn Rohaida bt Marifin @Arifin : AJK Guru Pn Faizah bt Mohd Saleh : AJK Guru Pn Norsyazwani bt Mohd Shukor : AJK Guru En Muhammad Akmal bin Yaacob : AJK Guru Pn Norfaridah bt Ali Azizan : Juruaudit Dalaman Pn Noraishah bt Saad : Juruaudit Dalaman 29 J A W A T A N K U A S A P I B G S K P U N C A K A L A M 3 TAHUN 2023 – 2024
30 Ucapan Pengerusi Mesyuarat/ YDP PIBG Pemilihan Juruaudit Dalaman (dua orang) Membentangkan dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG sesi 2023/2024 Mengemukakan Penyata Kewangan untuk kelulusan Mesyuarat Agung PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 Membahaskan usul (jika ada) Pembubaran ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Pemilihan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 Ucapan Penasihat PIBG/ Guru Besar Ucapan Penangguhan Hal-hal Lain
MINI T MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I KE -13 SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3 TAHUN 2022/2023 Tarikh : 13 Mei 2023 Masa : 08:00 pagi-12.00 tengahari Tempat : Dewan D’Astana SK Puncak Alam 3 Kehadiran: Ibu bapa : 288 orang Guru : 96 orang Agenda: 1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat /Yang Dipertua PIBG 2. Ucapan Penasihat PIBG / Guru Besar SK Puncak Alam 3 3. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 4. Pembentangan laporan aktiviti PIBG sesi 2022/2023 5. Mengemukakan Penyata Kewangan untuk kelulusan Mesyuarat Agung PIBG berakhir pada 31 Disember 2022 6. Membahaskan Usul (jika ada) 7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 8. Pemilhan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 9. Pemilihan Juruaudit Dalaman (dua orang) 10. Hal-hal Lain 11. Ucapan Penangguhan 1.0 UCAPAN ENCIK ERRIZANI BIN ABD RAHIM, YANG DIPERTUA PIBG SKPA3 1.1 Ucapan alu-aluan dan salam keislaman kepada semua yang hadir ke mesyuarat Agung PIBG. 1.2 Beliau juga melahirkan rasa berbesar hati dan berterima kasih kepada ibubapa atas kesudian untuk hadir ke mesyuarat pada pagi ini. 1.3 Beliau berharap perbincangan dapat dilakukan bersama-sama dalam suasana muhibbah bagi menjayakan agenda pendidikan negara demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. 31
2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG, ENCIK KAMARUL HISHAM BIN HASHIM GURU BESAR SKPA3. 2.1 Ucapan alu-aluan dan salam keIslaman kepada yang semua yang hadir. Beliau juga mengalukan kehadiran semua tetamu barisan AJK PIBG 2021/2022 dan ibu bapa serta penjaga murid yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13. 2.2 Beliau mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana semua pihak dapat bersamasama meneruskan tanggungjawab dalam mesyuarat untuk kali ke -13 pada hari ini. Beliau juga berterima kasih kepada YDP dan ajk pelaksana ibu bapa dalam memastikan mesyuarat pada kali ini dapat dilaksanakan. 2.3 Guru besar juga berharap mesyuarat hari ini dapat dijalankan secara harmoni dan usul-usul yang akan dibahaskan diminta orang yang mengemukakan usul tersebut untuk tampil dan jika tiada kita akan langkau. Segala jawapan pada usul telah disediakan di dalam buku program dan ibu bapa atau penjaga boleh rujuk di situ. 3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 3.1 Cik Siti Nur Baizura binti Jamhuri selaku setiausaha PIBG 2021/2022 membentangkan minit mesyuarat kali ke-13. 3.1.1 Disahkan: En. Mohd Anis Fahmi bin Pisal Disokong: Pn. Azlina binti Mustapha 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 4.1 Cik Siti Nur Baizura binti Jamhuri membentangkan laporan aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dilaksanakan dengan usahasama PIBG sekolah sepanjang tahun 2022. Laporan yang dibentangkan adalah seperti yang berikut: 29
5.0 MENGEMUKAKAN PENYATA KEWANGAN UNTUK KELULUSAN MESYUARAT AGUNG PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 5.1 Laporan kewangan telah dibentang oleh En.Fairun Azrin Bin Che Ani selaku Bendahari pibg 2022/2023 Berikut merupakan laporan kewangan yang dibentangkan: 5.2 Disahkan : En Said Mohamad Amin bin Said Ali Disokong : En Mohd Hafizul Hakimi bin Mohd Taib 33
6.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL 6.1 Unit Kurikulum 34
35
36
37
6.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL 6.2 Unit Hal Ehwal Murid 38
39
40
41
42
6.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL 6.3 Unit Kokurikulum 43
44 6.4 Unit Pendidikan Khas 6.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL
7.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 7.1 Pengerusi membubarkan barisan AJK PIBG SKPA 3 bagi sesi 2022/2023 dengan rasminya. 45 8.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 7.2 7.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah bertugas. Pengerusi juga memohon maaf bagi pihak barisan AJK sepanjang 2022/2023 Guru besar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah bertugas sepanjang sesi ini. Yang Dipertua PIBG Encik Shoeid bin Rajali Naib Yang Dipertua PIBG Encik Errizani bin Abdul Rahim Setiausaha Cik Siti Nur Baizura binti Jamhuri Bendahari Encik Fairun bin Che Ani AJK Ibu Bapa Encik Muhd Nizam bin Abdullah Encik Shaik Mohamad Amin bin Shaik Alaudin Encik Mohd Anis Fahmi bin Pisal Encik Ajmal Khan bin Mohamed Iqbal Puan Mazelinda bt Che Ani Encik Mohd Ilham Shah bin Sabri AJK Guru Puan Rohaida binti Marifin@Arifin Puan Faizah binti Mohd Saleh Puan Norsyazwani binti Mohd Syukor Encik Muhammad Akmal bin Yaacob Pemilihan Juruaudit Dalaman Puan Farida bt Ali Azizan Puan Noraishah binti Saad 8.1 Berikut merupakan barisan AJK PIBG SKPA3 2023/2024
9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Guru besar menyeru ibu bapa untuk scan qr code bagi menyertai Kumpulan sokongan ibu bapa (PIBGS). 9.2 Jika pihak sekolah ingin memohon kutipan untuk program sekolah diharapkan ibu bapa bersetuju memberi sumbangan. Jika ada apa sahaja program sekolah pihak sekolah harap ibu bapa dapat bersetuju dengan kawalan daripada PIBG sekolah dengan kutipan tersebut. 9.3 En Shoied selaku YDP PIBG SK Puncak Alam 3 sesi 2023/ 2024 yang baru dilantik mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah dilantik dan ucapan terima kasih kepada AJK sesi 2022/2023 atas pengorbanan dan usaha yang telah dilakukan. 9.4 Barisan AJK Tetap ada 6 dan kira-kira 2. Seterusnya Encik Shoeid bin Rajali, NYDP PIBG yang baru menyeru semua ibubapa yang hadir dalam mesyuarat ini sama-sama membantu pihak sekolah kerana sekolah memerlukan kepakaran, idea, tenaga dan masa. Guru-guru tidak boleh bergerak sendiri dan memerlukan bantuan dari semua pihak. 9.5 En Shoied menyeru ibu bapa untuk menjadi AJK Sukarela tiada had bagi membantu pihak sekolah bagi mebuat penambahbaikkan dan kemenjadian murid. Beliau menyeru sama-sama ibu bapa membantu guru dan pihak sekolah seperti dalam sumbangan kewangan supaya dapat membangunkan sekolah dan dikenali di Kuala Selangor. 9.6 En Shoied selaku YDP PIBG SK Puncak Alam 3 meminta AJK PIBG yang baharu untuk perkenalkan diri dan memberi sedikit kata-kata. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Guru Besar dan Pihak sekolah mengucapkan selamat hari raya kepada semua ibu bapa. 10.2 Guru besar mengharapkan sokongan yang padu daripada ibu bapa Majlis ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. 46
47 PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3 Berakhir pada 31 Disember 2023
48 LAMPIRAN 1
49 LAMPIRAN 2