The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN TUAN GURU BESAR-MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN_CIKGU HANA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hana Husin, 2022-05-17 21:56:43

TEKS UCAPAN TUAN GURU BESAR-MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN

TEKS UCAPAN TUAN GURU BESAR-MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN_CIKGU HANA

TEKS UCAPAN
TUAN GURU BESAR

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
(Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah,
Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas) Sk Kepong Baru 2022

18 Mei 2022 | Rabu
11.00 pagi

Dewan SK Kepong Baru

Terima kasih tuan pengacara majlis.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha Encik Md Supari bin Jali, YDP PIBG SK Kepong Baru,
Yang berbahagia, Puan Hjh Roslah binti Abbas, Penolong Kanan Pentadbiran,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zamri bin Hashim,
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Rosmadi bin Ibrahim,

Yang dihormati guru-guru, barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t., terlebih dahulu, saya
mengucapkan seribu kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya, maka kita semua dapat berkumpul
meraikan majlis berbahagia pada pagi ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Md
Supari bin Jali kerana sudi hadir pada majlis watikah perlantikan ini.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas
Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang bakal
menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin mereka
yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi
agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk
membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu
guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam
memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya pendidikan yang berkualiti
sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisien dan menjadi modal
insan negara yang produktif.

Sesungguhnya barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang
dilantik harus berasa bertuah dengan perlantikan ini. Saya
memohon kepada mereka agar berasa syukur kepada Allah
s.w.t dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas dan
tanggungjawab itu nanti.

Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini, mereka patut
diraikan. Untuk pengetahuan Encik Supari, jumlah Pengawas
Sekolah adalah seramai 32 orang, manakala barisan Pengawas
Pusat Sumber Sekolah pula terdiri daripada 15 orang. Jumlah
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas pula adalah seramai
iaitu 24 orang.

Apakah peranan pemimpin muda? Pemimpin muda yang dipilih untuk
menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam membantu guru dan
pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah
yang kemas dan teratur.

Persekitaran yang dimaksudkan adalah menentukan suasana yang
damai, situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi utama
sebuah sekolah, iaitu melahirkan murid-murid yang berpotensi
menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak pembangunan
negara dalam apa jua bidang yang mereka minati.

Saya berharap barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber
sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang dilantik pada hari
ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh
amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, saya
berharap mereka tidak mengabaikan pelajaran akademik mereka sendiri
di dalam bilik darjah. Mungkin kita tertanya-tanya apakah ekspektasi
guru-guru dan murid-murid terhadap seorang pengawas atau
pemimpin muda ini?

Mereka sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada
semua murid yang lain. Keperibadian juga harus memiliki sifat-sifat
terpuji seorang khalifah kecil bersifat mulia, berketrampilan yang
kemas dan bijak mengurus masa untuk diri sendiri dan tanggungjawab
sekolah. Saya juga mahukan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sentiasa
bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas
seorang pemimpin. Jadilah seorang pemimpin muda yang disegani.

Saya ingin menasihati murid-murid agar mematuhi dan menghayati
peraturan sekolah supaya guru-guru dan pentadbir sekolah dapat
menumpukan kepada usaha dalam membangunkan infrastruktur dan
fasiliti sekolah serta pembangunan akademik bagi menentukan
kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan.
Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan fasiliti
sekolah, perbuatan membuli dan bergaduh serta tidak menghormati
guru-guru dan kawan-kawan sekolah.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SK Kepong Baru
sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik
dan ko-kurikulum dan menjadi sekolah contoh di zon Sentul ini.
Saya juga berdoa agar murid-murid sekalian mendapat kejayaan
dalam menghadapi urusan persekolahan.

Sekian terima kasih.

“Penat Hanya Seketika,
Kecemerlangan Berpanjangan”

—SEKEBA 2022


Click to View FlipBook Version