The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by audrey_gaweng, 2022-05-02 21:19:22

PAMERAN BERTEMA HARI RAYA 2022

PAMERAN BERTEMA HARI RAYA 2022

Apakah erti Hari Raya?

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ‫عيد‬
‫الفطر‬ʿ ;Īd al-Fiṭr; "perayaan buka puasa")
disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Perayaan tersebut juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya

Fitrah atau Hari Lebaran

Sumber rujukan: Wikipedia

Siapakah yang menyambut Hari Raya?

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang
disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira

bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-
Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh

dunia yang beragama Islam bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat
Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Sumber rujukan: Wikipedia

Sumber: Lamanfo.com Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara;
iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya
melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,
ini menandakan bermulanya bulan Syawal,
iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam.

Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan
oleh pegawai bertugas pada sebelah petang
hingga waktu maghrib di beberapa tempat

strategik.

Sumber rujukan: Wikipedia

Simbol terkenal bagi perayaan di Hari Raya?

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Sumber: Wikipedia
Raya di Malaysia ialah ketupat.

Ketupat adalah juadah istimewa yang
masih dihidangkan pada hari ini.

Ketupat adalah nasi yang dikukus di
dalam anyaman daun kelapa atau daun

palas dan selalunya dihidangkan
bersama dengan rendang. Juadah-

juadah yang lain
termasuklah lemang, lontong, dodol,

dan kuih raya.

Antara amalan yang dilakukan semasa Hari Raya

Pada pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus
sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat
Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan
mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-
Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.
Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan
yang lampau.

Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira,
bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali

persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.

Sumber rujukan: Wikipedia

PS SK TANJUNG BATU

Sumber: Harian Metro Duit raya selalunya diberikan oleh
orang dewasa kepada kanak-

kanak melalui sampul duit yang
selalunya berwarna hijau dan kuning.
Sampul duit raya diadaptasi daripada

amalan orang Cina yang memberi
sampul merah berisi wang ataupun
"Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul
selalunya berwarna selain daripada
warna merah, iaitu hijau atau kuning.

Sumber rujukan: Wikipedia

PS SK TANJUNG BATU

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering
dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik
keemasan untuk individu Muslim merebut
syurga apabila malaikat dan Jibril akan
turun ke bumi untuk mengaminkan doa
orang yang bersembahyang, bertasbih,
bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang
pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan

mulia dan memudahkan membantu mereka
yang berjalan ke surau atau masjid bagi
menunaikan tarawih

Sumber rujukan: Wikipedia

PS SK TANJUNG BATU

Rumah-rumah terbuka akan Sumber: Berita Harian
diadakan pada Hari Raya itu
sendiri ataupun sepanjang
bulan Syawal. Kemeriahan Hari
Raya Aidilfitri selalunya akan
berpanjangan sehingga
sebulan, dan kemeriahan itu
akan hilang dengan sendirinya
apabila semua orang pulang ke
bandar setelah cuti tamat.

Sumber rujukan: Wikipedia

Pakaian semasa Hari Raya

Baju Melayu adalah pakaian
tradisi kaum Melayu yang dipakai
oleh kaum lelaki di Malaysia pada
Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi

dengan songkok dan lilitan
songket di bahagian pinggang.

Pakaian yang menjadi kebiasaan
kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya.

Sumber rujukan: Wikipedia

PS SK TANJUNG BATU


Click to View FlipBook Version