POLITEKNIK MERSING
MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
E-FOLIO : MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN
PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA
AHLI KUMPULAN :
RAJA NORIRFARHA FAQIHAH BT RAJA MOHD ZAID
( 25DPM20F1015 )
NURUL NATASYA BT MOHD JAHRI
( 25DPM20F1006 )
SITI NUR LEYANA BT MAHALI
( 25DPM20F1002 )
DISEDIAKAN OLEH :
USTAZ KHAIRUL FITRI BIN MOHAMAD
DISEMBER 2020
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapaN penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta kami Ustaz Khairul Fitri Bin Mohammad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan kami semua segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan
menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembuatan Efolio ini. Terima kasih
OBJEKTIF KAJIAN
1. MENGETAHUI DEFINISI PERGAULAN DALAM BAHASA ARAB, MELAYU DAN FIQH
2. MENERANGKAN PUNCA, KESAN DAN LANGKAH MENGATASI PERGAULAN BEBAS LELAKI DAN
PEREMPUAN DI POLITEKNIK
3. MENUNJUKKAN CONTOH PERGAULAN BEBAS LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK
4. MENGETAHUI HUKUM PERGAULAN BEBAS LELAKI DAN PEREMPUAN
PENGERTIAN PERGAULAN DALAM KONTEKS ISLAM
Dalam dunia ini, Allah S. W. T telah menciptakan dua kaum yang berbeza jantina iaitu
lelaki dan perempuan dan lainan a. Dia juga telah menciptakan Syariat untuk mereka. Dalam
Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan yang berbeza di antara lelaki dan
perempuan dan ada yang tidak berbeza. Di dalam kehidupan ini, dalam melaksanakan sesuatu
tugasan yang melibatkan tugasan- tugasan sekolah ataupun tugasan- tugasan kerja, pasti akan
berlakunya pergaulan di antara lelaki dan perempuan di dalam masyarakat kini.
Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “ khalata yakhlutu
khaltan” yang bererti bercampur.
Melalui konteks ini, pergaulan (ikhtilat) bermaksud bergaul atau bercampur di antara lelaki
dan perempuan ajnabi (yang dah kahwin) di satu tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk
pandang- memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini
bermakna ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Perkara ini berbeza dengan khalwat yang
hanya terdiri daripada dua orang sahaja.
Walaubagaimanapun, mengikut pandangan para ulama yang lain, ikhtilat merupakan
terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam dan membawa konotasi dan makna yang
tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa’ (pertemuan) atau musyarakah
(penyertaan) di antara lelaki dan wanita. Ia sepatutnya berbunyi batas pertemuan atau
penyertaan antara lelaki dan wanita.
FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS
1. Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman,
ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu
daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya
yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di
akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara
kebenaran dan kebatilan.
2. Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah
dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan
sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini
tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas,
anak luar nikah, zina dan sebagainya.
3. Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet menjadi sangat
berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini adalah disebabkan
oleh sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara iaitu sukar disekat, ditapis dan dihalang.
Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki negara dengan mudah. Rancangan-rancangan
yang disiarkan di televisyan memaparkan adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalah-
majalah berbentuk hiburan juga member kesan negatif. Banyak majalah memaparkan gambar-
gambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka.
4. Pengaruh rakan sebaya
Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan
perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk
mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku
temanya hanya supaya dia diterima oleh melompok tersebut. Pelbagai desakan yang di terima
dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita menyebabkan seseorang melakukan seks
bebas.
5. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak anak.
Keluarga merupakan sebuah institusi social yang berperanan untuk mengembang dan
membangunkan keturunan. Dalam hal ini ibu bapa berperanan menjaga , melindungi ,
mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun,
institusi keluarga hari ini dilihat gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk
generasi muda yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih
menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang anak.
Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam member perhatian yang sewajarnya kepada anak-
anak, menyebabkan anak-anak terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya
membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya , berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti
lari dari rumah , bohsia , pelacuran , buang bayi , vandalisme dan sebagainya.
KESAN-KESAN
1. Pembuangan bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut,
remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu
meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah,
tepi longkang dan sebagainya.
2. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan
wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDSSelain itu,
orang yang mengamalkan seks bebas juga akan cenderung untuk mendapat penyakit seperti
Hespes Genital, Siplis, Ganoroe, Klamida, Hipetitis B, Gwnital Wrats dan kanser serviks.
Penyakit-penyakit tersebut amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak
dirawat dari awal. Ia juga sangat mudah merebak dengan orang lain terutama sekali yang
mengamalkan pergaulan bebas. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum
ditemui sehingga ke hari ini.
3. Menjejaskan imej negara
Kegiatan seks banyak membawa implikasi yang negatif antaranya adalah menjejaskan imej
negara. Negara lain akan memandang rendah terhadap kerajaan kita kera tidak berupaya
menagani masalah sosial. Negara kita akan dianggap sebagai negara yang lemah kerana tidak
mampu untuk menagani masalah sosial dan tanggapan bahawa pemimpin negara kita tidak
akan mengendalikan negara dengan baik. Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada
pelancong negara jiran. Media massa juga menhebohkan perkara tersebut maka imej negara
terjejas. Para pelabur dari luar negara juga akan runtuh kerana tiadanya pusingan wang asing
masuk ke dalam ekonomi negara kita.
4. Menjejaskan masa depan
Pergaulan bebas juga menjejaskan masa depan remaja. Masyarakat sukar menerima remaja
sekiranya remaja tersebut insaf. Ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan.
Lebih buruk lagi mereka disisihkan atau dibuang keluarga kerana sukar menerima perbuatan
mereka dan telah menconteng arang maruah keluarga. Kesannya mereka hidup dalam
keadaan terumbang ambing akhirnya bunuh diri kerana tertekan dan tiada tempat bergantung.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
1. Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus
dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa
Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan
yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja
mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat.
Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu
bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka
2. Peranan pihak sekolah
Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks melalui
ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam peringkat
akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan
pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan
supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka
lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari terbabit
dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan bebas
3. Elakkan Berpasangan
Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring dan secara
tidak langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu
difahami oleh remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran bagi
memastikan peluang yang lebih baik di masa hadapan.
Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara
besar dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan
menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut, sekaligus
mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Selain itu, dibimbangi juga hubungan tersebut
sampai ke peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti hubungan seks luar nikah serta
mengandung.
4. Kawalan Terhadap Media Sosial
Aspek ini memerlukan kerjasama yang padu di antara remaja sendiri, keluarga, sekolah,
masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari
ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan
remaja. Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan
pengetahuan mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru
adalah sangat tinggi. Oleh yang demikian, kawalan terhadap maklumat yang boleh diakses
oleh remaja amat perlu. Sebagai ibubapa dan, peranan sebagai individu yang terdekat dengan
remaja perlu digunakan sebaik mungkin untuk menerapkan kesedaran kepada remaja untuk
menjauhi portal-portal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi.
5. Memilih Rakan
. Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk
menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk
belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa
serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan.
Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif
serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan
memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering
mengajak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
6. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai model yang patut dicontohi
Kita semua sedia maklum Rasulullah SAW merupakan model yang paling sempurna untuk
dicontohi tidak kiralah dari segi ahklaknya, ibadahnya dan sebagainya. Kenabian itu adalah
sesuatu tugas taklifiyah (kerahan) dan bukannya tugas iktisabiyah (usahaan) kerana Allah S.
W. T itu lebih mengetahui di mana semestinya Dia meletakkan tanggungjawab perutusan itu.
Dia lebih maklum siapa yang mesti dipilihnya dari manusia untuk menjadi Rasul- rasul yang
akan membawa berita gembira dan berita ancaman-Nya. Oleh disebabkan itulah AlLAH S.
W. T telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi ‘ qudwah shalihah’ atau
tauladan yang baik bagi kaum muslimin di sepanjang pergolakan sejarah dan juga sebagai
cahaya yang menerangkan dan bulan penyuluh dan pembimbing kepada seluruh bangsa
manusia pada setiap zaman dan tempat.
Allah S. W. T telah berfirman :
“ Sesungguhnya bagi diri kamu dari Rasulullah itu contoh tauladan yang baik”. (Al- Ahzab :
21
7. Menjaga Batasan Pergaulan Antara Muhrim dan Non Muhrim
Antara muhrim dan non muhrim atau lawan jenis, hendaknya kita pun menjaga pergaulan.
Dengan lawan jenis hendanya tidak terlalu mengumbar perasaan, apalagi sampai
menimbulkan hal yang berpotensi fitnah. Selain itu dalam pergaulan hendaknya ada batasan
hijab bukan berarti harus hijab secara fisik namun hijab secara jarak dan pembicaraan.
Hendaklah pembicaraan tidak membicarakan hal-hal yang berbau seksual atau sensual, agar
kejernihan pikirna tetap terjaga.
Hukum Pergaulan Di Antara Lelaki dan Perempuan
Hukum asal pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi (harus nikah) adalah haram.
Namun demikian pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang jelas.
Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan Yang Dibolehkan
Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan
perempuan adalah dilarang. Namun demikian dalam keadaan atau situasi tertentu
hukum tersebut berubah menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah
darurah, hajat (keperluan), maslahat syar'ie dan kebiasaan adat setempat.
1. Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat.
Dalam syarah Sahih Muslim, aI-Imam al-Nawawi menyatakan tidak ada perbezaan
hukum berkhalwat antara perempuan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali
dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan
bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya.
Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk
membantu dan melindunginya daripada bahaya.
Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahawa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi
yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau
menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat
tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang
asal, iaitu haram
2. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi. Perempuan boleh
bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh
syarak di mana perempuan dibolchkan menjadi saksi. Seperti, kes-kes harta dan
berkaitan.
3. Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa bekerja
Semasa melaksankan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan
wanita. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua- dua pihak menjaga batas- batas
syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa
yang tidak mengandungi unsur- unsur fitnah dan tidak berkhalwat.
Khalifah ‘ Umar al- Khattab pernah melantik al- Syafi, seorang wanita sebagai pegawai
penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan. Tabiat
penguatkuasa di pasar menuntut pegawai terbabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di
pasar, lelaki dan wanita. Perlantikan wanita bekerja sebagai penguatkuasa menunjukkan
pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti Khalifah ‘
Umar tidak melantik wanita bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut
menuntut berlakunya pergaulan.
4. Pergaulan mengikut kebiasaan adat dalam majlis
Pergaulan di antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri kerana sesuatu
dibolehkan dengan syarat menjaga batas- batas syarak seperti pakaian menutup aurat,
tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal.
Sekiranya batas- batas syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan wanita
tidak dibolehkan. Walaubagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan wanita
semasa makan dan lainnya dalam majlis- majlis ini adalah lebih baik. Perkara ini
didasarkan kepada kaedah “ Sadd al- Zari’ ah” (menutup pintu- pintu fitnah)
5. Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa belajar
Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar dibolehkan dengan syarat mereka
belajar dalam kumpulan di mana perkara ini dapat mencegah daripada berlakunya fitnah
dan khalwat
ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab yang harus ditekankan. Antaranya ialah :
1. Menundukkan pandangan
Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah
berfirman :
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke
dadanya. (an-Nuur: 31)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan
melihat aurat wanita.
3.Tidak berdua-duaan di antara Lelaki dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan
menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
4.Tidak melunakkan percakapan
Seorang wanita dilarang melunakkan percakapannya ketika bercakap selain daripada suami.
Allah SWT telah berfirman;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa.
Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-
perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
5..Tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada
menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam
Mujam Kabir
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pergaulan bebas dalam kalangan remaja kini banyak memberi keburukan
berbanding kebaikan. Bukan itu sahaja , semua pihak harus bekerjasama untuk memainkan
peranan mereka sebaik-baiknya kerana jika aktiviti pergaulan bebas ini tidak dibendung kita
akan mendapat masalah lagi besar.
Selain itu, seperti yang kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak yang negatif
berbanding positif dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Individu tersebut akan
terjerumus ke arah penzinaan, masyarakat pula terpaksa menahan malu melihat kedangkalan
individu ini dalam menyelesaikan masalah mereka seperti membuang bayi dan negara pula
terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk peruntukan untuk membina tempat perlindungan
bagi remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah dan bayi yang dibuang. Semua ini
tanpa kita sedari, hanya satu aktiviti, ia melibatkan seluruh pihak di sesebuah negara.
Antara lain, dalam mencegah pergaulan bebas daripada berleluasa, ibu bapa haruslah
memainkan peranan mereka dengan menunjukan contah tauladan yang baik kepada anak
mereka sedari anaknya masih bayi. Seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada
merawat. Para remaja juga haruslah mengambil inisiatif dengan lebih mempelajari agama
Islam dan mengukuhkan iman mereka agar tidak terpesong dari landasannya. Hal ini
demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga
boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.
Kesimpulannya, pergaulan bebas tidak akan terjadi jikalau semua pihak membanting tulang
mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka.
Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan
janganlah kita tunggu sehingga Allah S. W. T yang menurunkan bencananya.
Wallahualam.Adat bersendi syarak,syarak bersendi kitabullah..
SUMBER RUJUKAN
1.http://penyiaranislamkumpulan1.blogspot.com/2017/03/pergaulan-bebas.html?m=1
2. http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulan-bebas.html?m=1
3. http://lamanislamik.blogspot.com/2016/10/batas-pergaulan.html?m=1
4. https://www.google.com.my/amp/s/dalamislam.com/akhlaq/pergaulan-bebas-dalam-
islam/amp
5. https://nenasintelligent06.wordpress.com/batas-batas-pergaulan/