TEMA 3: KESELAMATAN
UNIT 8: AWASI LANGKAHMU
TAJUK: JENAYAH RAGUT
NAMA GURU: NURUL AINA SAFFIAH BT MAZLAN
APA ITU JENAYAH RAGUT?
Ragut adalah jenayah yang agak baru, melibatkan penunggang
motosikal biasanya penagih dadah . Kebanyakan mangsa ragut adalah
wanita yang berjalan kaki, berbasikal atau menunggang motosikal.
Mangsa biasanya menyandang beg di bahu kanan atau meletak beg
tangan di dalam bakul motosikal.
FAKTOR JENAYAH RAGUT NIAT DAN PELUANG
Penjenayah mempunyai niat untuk
melakukan jenayah ragut. Penjenayah
sentiasa menunggu peluang dan ruang
yang terbuka terhadap sasaran terutama
kaum wanita. Sebagai contoh kaum
wanita yang mempamerkan barangan
kemas dan membawa beg tangan
dengan cara yang mudah diragut.
PENYALAHGUNAAN DADAH
Penagih dadah dikenalpasti melakukan
jenayah ragut bagi mendapatkan wang
dengan cara mudah untuk membeli
bekalan dadah. Pengaruh
penyalahgunaan dadah akan
menyebabkan penjenayah bertindak
kejam terhadap mangsa. Sebagai contoh
peragut akan merentap beg tangan
mangsa hingga terjatuh yang boleh
menyebabkan kecederaan dan
kematian.
GEJALA SOSIAL
Penjenayah melakukan jenayah
ragut dikenalpasti terlibat dengan
gejala sosial seperti kegiatan lumba
haram, penyalahgunaan dadah,
curi motosikal dan gangsterism.
PENGGANGURAN
Penjenayah melakukan jenayah
ragut dikenalpasti sebagai
penganggur, malas bekerja dan
mempunyai masalah kekeluargaan.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIJALANKAN OLEH KERAJAAN BAGI
MEMBENDUNG JENAYAH INI.
Program Motivasi
Mewujudkan program
motivasi,
kesedaran agama / moral
dan peluang pekerjaan
kepada bekas penjenayah
ragut
mereka tidak terlibat dan
mengulangi jenayah ragut.
Smart Partnership’
Mempertingkatkan program
pencegahan jenayah ragut dengan
melibatkan semua lapisan masyarakat
melalui aktiviti Persatuan Penduduk,
aktiviti Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia (MCPF), Program Pencegahan
Jenayah di sekolah, Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta
penglibatan Agensi Kerajaan Negeri
seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
melalui program Sistem Pemantauan
Bandar Selamat (SPBS).