The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Student Handbook (MPP)
Diploma Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafiqah Adawiah, 2023-07-13 23:53:10

Student Handbook (MPP)

Student Handbook (MPP)
Diploma Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara

Keywords: mpp,ppu,tekhvac,hvac

49 11.0 PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN 11. 1 Panduan Pendaftaran Pelajar Lama “Pendaftaran” di sini membawa maksud melapor diri untuk mengikuti pengajian seterusnya di kolej vokasional. Pelajar dikehendaki melapor diri sepertimana yang diarahkan. Kegagalan pelajar mengikuti arahan tersebut adalah merupakan satu kesalahan tatatertib. 11.1.2 Maklumat Am Syarat Pendaftaran Pelajar Lama : Memenuhi satu daripada syarat-syarat berikut: a. Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB), Kedudukan Bersyarat (KS) atau Mengulang Semester (MS). b. Mendapat kelulusan penangguhan pengajian bagi semester sebelum atau pertukaran kursus. 11.1.3 Makluman Tarikh Pendaftaran Makluman akan dibuat sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula dan surat panggilan pendaftaran akan dihantar kepada pelajar selepas keputusan peperiksaan diumumkan. 11.1.4 Keperluan Pendaftaran Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut semasa mendaftar: 11.1.5 Satu daripada dokumen asal berikut: a. Surat tawaran; b. Surat kelulusan penangguhan pengajian; atau 11.1.6 Kiriman Wang / tunai Untuk Asrama (jika ditawarkan) 11.1.7 Kiriman Wang / tunai untuk sumbangan PIBG 11.1.8 Pakaian dan Rupadiri Semasa Pendaftaran Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam dikehendaki menutup aurat. Semua jenis pakaian hendaklah TIDAK menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan. 11.1.9 Berkasut serta berstokin. 11.1.10 Rambut mestilah kemas Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Paras belakang TIDAK melebihi paras kolar baju, paras tepi TIDAK melebihi paras atas telinga dan paras depan TIDAK melebihi paras dahi. 11.1.11 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar. PERINGATAN: Pelajar-pelajar yang TIDAK mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti yang dinyatakan di atas TIDAK akan didaftarkan. 11.1.12 Bantuan Kewangan • Kolej Vokasional TIDAK menyediakan biasiswa atau sebarang bantuan kewangan. Walaubagaimanapun pelajar boleh memohon bantuan kewangan melalui Kolej Vokasional atau memohon sendiri daripada mana-mana penaja. • Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. • Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memo- hon bantuan dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di Kolej Vokasional. 11.1.13 Rupa diri Pelajar Lelaki Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam dikehendaki berpakaian menutup aurat.


50 i. Baju korporat mengikut ketetapan jabatan masing-masing. ii. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). iii. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. iv. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam. v. Berseluar “slack” vi. Berkasut dan berstokin. vii.Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan. viii.Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan. 11.1.14 Rambut i. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang TIDAK melebihi paras kolar baju, paras tepi TIDAK melebihi paras atas telinga dan paras depan TIDAK melebihi paras dahi. ii. Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, “skinhead”, berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan. 11.1.15 Rupa diri Pelajar Perempuan 11.1.16 Pakaian Ke Kelas / Bengkel / Makmal i. Pakaian baju korporat mengikut ketetapan jabatan. ii. Berseluar yang TIDAK ketat. iii. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. Kasut berladam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan. 11.1.16 Rambut i. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan. ii. Pelajar Islam dikehendaki memakai tudung. 11.1.17 Perhiasan. Memakai barang kemas berlebihan TIDAK dibenarkan. Berikut merupakan jadual pakaian pelajar: Hari Pakaian Isnin Baju Korporat Selasa Baju Korporat Rabu Baju Korporat Khamis Baju Batik Jumaat Baju Korporat Sabtu (Berganti) Baju Korporat • Pelajar diwajibkan memakai kasut kanvas hitam bertali dan berstoking bagi baju korporat, dan baju batik kolej. Manakala bagi baju T, pelajar dibenarkan untuk memakai kasut sukan yang berwarna gelap. • Bagi pemakaian baju bengkel pelajar diwajibkan memakai kasut yang telah ditetapkan oleh bengkel masing-masing. • Tudung pelajar hendaklah mengikut peraturan syarak, dan tudung mestilah berwarna hitam


51 11.1.1 8 Menghadiri Kuliah / Bengkel Kehadiran ke kolej adalah 8.00 pagi pada setiap hari tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah / bengkel atau lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus pengajiannya dan MESTILAH: 1. Kehadirannya TIDAK kurang 80%. 2. Berada dalam bilik kuliah / bengkel mengikut jadual yang ditetapkan 3. Mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan untuk TIDAK hadir 4. Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapat kelulusan ketidakhadirannya dari pihak kolej sekiranya perkara (5.3) di atas TIDAK diperolehi terlebih dahulu. 11.1.19 Kebersihan dan Kemudahan 1. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran kolej. 2. Segala kemudahan yang disediakan oleh kolej hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab, cermat, selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan-bahan yang digunakan. 3. Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di kolej supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara. 4. Pelajar dipertanggungjawab untuk menentukan / memastikan semua suis lampu / kipas / alat hawa dingin / komputer / mesin di matikan sebelum meninggalkan kelas / bengkel / makmal / de- wan kuliah. 11.1.20 Harta Benda Perbuatan merosakan harta benda kolej seperti perabot, peralatan dalam bilik / makmal / bengkel, kenderaan rasmi kolej atau menconteng dinding / notis rasmi / pekeliling rasmi atau merosakan tanaman di dalam kolej adalah menjadi suatu kesalahan tatatertib 11.1.21 Penglibatan pelajar dalam persatuan / badan / pertubuhan / kumpulan dan parti politik • Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan sekerja atau manamana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada menteri atau wakil kuasa • Pelajar TIDAK dibenarkan menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan, badan, kumpulan yang diharamkan. • Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan luar kolej hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah. • Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di dalam ataupun di luar kolej hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pengarah. 11.1.22 Gangguan Ketenteraman • Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah / dewan kuliah / bengkel / makmal / perpustakaan / pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya. • Pelajar TIDAK dibenar menimbulkan suasana kacau bilau, huru hara atau menghasut pelajarpelajar menentang pihak berkuasa kolej. • Pelajar boleh menyuarakan segala rasa TIDAK puas hati melalui saluran tertentu seperti jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), maklum balas pelanggan atau peti cadangan 11.1.23 Penceramah Luar Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah / perbincangan kepada pelajar di dalam atau luar kolej. Kebenaranini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.


52 11.2 KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN /PEMBUANGAN PELAJAR DARI KOLEJ Di antaranya: 11.3 Mencemar nama baik kolej, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau di luar kolej dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun el- ektronik. 11.4 Menggangu atau menghalang aktiviti pengajaran atau pembelajaran di kolej. 11.5 Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik kolej, kerajaan, awam atau perseorangan. 11.6 Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar kolej daripada menjalankan tugasnyayang sah. 11.7 Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji, poster, lambang danlainlain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kolej. 11.8 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kolej dengan tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan kolej atau pihak lain. 11.9 Menjalankan perniagaan / perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kolej tanpa kebenaran bertulis dari pihak kolej. 11.10 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai kolej, kakitangan atau pelajarnya. 11.11 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak kolejtanpa melalui saluran yang ditetapkan. 11.12 Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri. 11.13 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras / bahan kimiayang memabukkan / mengkhayalkan. 11.14 Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabuk atau mengkhayalkan. 11.15 Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah. 11.16 Memberi atau menyebar maklumat palsu. 11.17 Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan kolejyang diberi kuasa. 11.18 Memalsukan tanda tangan atau cop rasmi pihak berkuasa kolej atau pihak lain yang terlibat dengan kolej. 11.19 Melakukan ugutan atau buli pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar kolej. 11.20 Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar kolej ataupihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan. 11.21 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar kolej. 11.22 Berkelakuan sumbang atau TIDAK sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar kolej. 11.23 Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang. 11.24 Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasankolej. 11.25 Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun,memeras ugut dan men-culik. 11.26 Memiliki,menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata berbahaya sep-erti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain. 11.27 Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah. 11.28 Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan ataumenjual. 11.29 Menghisap, mengedar, menyorok, memiliki, menyimpan atau menjual rokok atau rokok elektronik. 11.30 Terlibat dengan pemboikotan / pemulauan aktiviti sah kolej. 11.31 Terlibat dengan demonstrasi yang TIDAK dibenarkan di luar atau di dalam kolej. 11.32 Menimbul, menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan. 11.33 Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian,pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar. 11.34 Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh pihak kolej atau kerajaan. 11.2.1LARANGAN MEROKOK DAN VAPE Pelajar DILARANG merokok dan vape di mana-mana kawasan kolej. Pelajar DILARANG merokok dan vape di luar kawasan kolej dengan berpakaian yang melambang pelajar kolej


53 11.2.2PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP) / NETBOOK 1. Pelajar hanya dibenarkan membawa Komputer riba (Laptop)/ Netbook. 2. Pelajar DILARANG membawa peralatan lain seperti Galaxy Tab, Ipad, Blackberry dan semua jenis “Smartphone”. 3. Pelajar dikehendaki mendaftarkan Laptop/netbook yang dibawa kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP). 4. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan laptop/Netbook bermula jam 6.00 pagisehingga 10.30 malam sahaja. 5. Pemantauan akan dilakukan oleh warden/pihak kolej selepas jam 10.30 malam sehingga 6.00 pagi. Pelajar dianggap melanggar peraturan sekiranya menggunakan Laptop/Netbook melebihi masa yang ditetapkan dan pelajar yang terlibat boleh dikenakan tindakan disiplin. 6. Urusan percetakan adalah tanggungjawab pelajar sendiri tetapi pihak koperasi kolej ada menyediakan tempat percetakan untuk memudahkan urusan percetakan pelajar.(berbayar). 7. Pelajar dilarang menggunakan laptop/Netbook di SURAU . 8. Pelajar boleh menggunakan laptop/netbook sewaktu P&P sama ada di dalam kelas atau bengkel dengan kebenaran guru mata pelajaran berkenaan. 9. Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan jalur lebar yang telah sedia ada di Kolej dan pelajar yang membawa”broadband” dikehendaki mendaftar dengan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP). 10. Pelajar juga hanya dibenarkan mengakses perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran sahaja. 11.2.3 PERATURAN TELEFON BIMBIT 1. Peraturan penggunaan telefon bimbit di kawasan Kolej dan Kolej Kediaman masih merujuk kepada Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah seperti yang dilampirkan. 2. Pelajar luar DILARANG sama sekali membawa telefon bimbit ke kawasan Kolej. 3. Pihak Kolej berhak mengambil dan menyimpan telefon bimbit yang dibawa pada bila-bila masa. 4. Tuntutan telefon bimbit boleh dituntut oleh penjaga setelah dibenarkan untuk dituntut. 5. Pihak kolej tidak akan mengambil sebarang tindakan atas aduan kehilangan melibatkan telefon bimbit. 11.3 HAL-HAL LAIN 4.1 Pelajar TIDAK boleh terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separuh masa, yang pada pendapat Pengarah adalah TIDAK diingini. 4.2 Pelajar kolej dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej kolej sama ada di dalam atau di luar kolej. 4.3 Pelajar digalakkan menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk memberi cadangan. 4.4 Pelajar yang bukan penghuni asrama TIDAK dibenarkan berada di asrama lelaki atau perempuan atau menggunakan segala kemudahan yang terdapat di asrama kecuali kafetaria atau surau. 4.5 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang Khas peperiksaan, bengkel, workshop, makmal, perpustakaan, asrama dan lain-lain yang telah dan akan dikeluarkan oleh pihak kolej dari semasa ke semasa.


54 12. BAHAGIAN PENGURUSAN JAMINAN KUALITI Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan melaksanakan Sistem Pengurusan Jaminan Kualiti bagi memenuhi visi dan misi penubuhan kolej dan memenuhi kehendak Negara. Selaian itu, bahagian ini juga menjadi sumber rujukan dalam proses penyediaan dokumen akreditasi MQA. Baha- gian ini juga merancang dan mengawal selia pelaksanaan proses-proses Penjaminan Kualiti 4P bagi memastikan perjalanan Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) kolej mematuhi SOP pentaksiran yang telah ditetapkan oleh BPTV dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dipatuhi. Bahagian Jaminan Kualiti juga bertanggungjawab menyebar luas amalan kepimpinan terbaik di semua peringkat pengurusan kolej bagi meningkatkan profesionalisme melalui maklum balas pelanggan dan aduan pelanggan. Di samping itu, bahagian ini turut merancang, mengawal selia, dan memantau pelaksanaan Program Amalan Berkualiti EKSA di kolej serta mengurus dan mengawal selia program Kesedaran Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS – Occupation Health And Safety Assessment Series For Health and Safety Management Systems). Bahagian ini bertanggungjawab juga menyelaras pembudayaan inovasi dan penyelidikan. 12.1 Hala tuju Program Kolej Vokasional . 12.2 Hala tuju Graduan untuk melanjutkan pelajaran BEKERJA 70% MELANJUTKAN PELAJARAN 20% USAHAWAN 10%


55 13. SEKALUNG PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version