The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sakinahrazali15, 2023-02-28 01:56:28

Pantun Adab Keutamaan Hidup

Pantun

PANTUN OLEH: NUR SAKINAH


MAKSUD PANTUN Pantun ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiaptiap rangkap. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka) MAKSUD PUISI TRADISIONAL Hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya tertentu dan tanpa menurut aturan tatabahasa yang sepatutnya. Puisi tradisional terdiri daripada pantun, syair, gurindam dan seloka.


FUNGSI PANTUN Pantun mempunyai banyak fungsi, antaranya: Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih Pantun digunakan dalam urusan adat istiadat Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan Kegunaan dalam sindiran dan tempelak Menyampaikan mesej berunsur keagamaan 1. 2. 3. 4. 5.


BENTUK PANTUN 1.Nasihat Pantun berbentuk nasihat lebih jelas dan bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan kebaikan. 2. Adat dan agama Isinya lebih serius dan mendalam supaya masyarakat lebih mengambil berat perihal isu tersebut. 3. Peribahasa Menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas susunanya supaya mudah difahami oleh pendengar.


BENTUK PANTUN 4. Kiasan dan ibarat Isinya bersifat kiasan ataupun perbandingan. Gambaran pernyataannya lebih halus dan mendalam maksudnya. 5. Jenaka Meletakkan unsur kejenakaan yang terhasil melaui gambaran dan sebagainya. Walau bagaimapun masih terdapat pengajaran atau iktibar melalui pantun tersebut.


CIRI-CIRI PANTUN Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan. Struktur pantun terdiri daripada dua unit iaitu pembayang dan maksud. Rima di tengah atau hujung baris adalah berjajar berselangan iaitu ab,ab. Penggunaan lambang yang sesuai dengan normal, nilai dan tanggapan masyarakat setempat. Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dengan unit maksud.


ADAB KEUTAMAAN KEHIDUPAN Air surut pergi mandi, Hendak mandi di tepi teluk, Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk Makan jamu bersama duda, Pasang papan di rumah rakan, Walau ilmu penuh di dada, Adab dan sopan perlu diutamakan Kuih bahulu makan merata, Makan hati rasanya manis, Fikir dahulu sebelum berkata, Biar hati tidak terguris. Beli kereta berwarna biru, Jemput jamah makan daging, Banyak harta tiada ilmu, Seperti rumah tanpa dinding


MAKNA BAGI SETIAP RANGKAP


Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk Kedua-dua baris pada rangkap pertama ini mengingatkan kita supaya tidak berasa sombong dengan kelebihan yang ada pada diri kita ini. Selain itu, rangkap ini juga memberitahu supaya kita perlu sentiasa merendah diri walaupun kita mempunyai segala kemewahan atau pangkat. Sekiranya kita masih


Walau ilmu penuh di dada, Adab dan sopan perlu diutamakan. Seterusnya pada rangkap kedua ini menjelaskan bahawa sebagai seorang pelajar, kita perlu mengutamakan adab dahulu. Walau ilmu penuh di dada tetapi tidak beradab kepada pendidik, maka tiada gunanya. Oleh itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang kita perlu menghormati dan menjaga percakapan apabila hendak bercakap dengan para pendidik walaupun mereka tidak mengajar kita.


Fikir dahulu sebelum berkata, Biar hati tidak terguris. Pada rangkap ketiga ini, penulis menekankan dalam memelihara percakapan. Percakapan yang tidak dijaga boleh menyebabkan pergaduhan, bak kata pepatah kerana mulut pada binasa. Istilah lidah lebih tajam daripada mata pedang sangat bersesuaian dengan situasi ini kerana melalui percakapan boleh merosakkan perasaan orang lain terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah mental.


Banyak harta tiada ilmu, Seperti rumah tanpa dinding. Rangkap terakhir ini memberi pesanan kepada kita supaya menuntut ilmu. Ilmu ini sangat penting dalam kehidupan kerana dengan ilmu kita boleh mencipta banyak perkara baru. Ilmu di dunia ini sangat luas. Oleh itu, walaupun kita kurang bernasib baik dalam sesuatu bidang tetapi kita boleh menuntut dalam bidang yang lain. Contohnya, kita sukar untuk menguasai ilmu sains jadinya, kita boleh menuntut dalam kemahiran. Ilmu ini sangat penting dalam kegunaan ketika bekerja kelak.


Pengajaran Melalui pantun ini, kita mempelajari bahawa adab dan sopan perlu diutamakan walau dimana jua kita berada. Adab kita mencerminkan diri kita yang sebenar. Sebagai bangsa Melayu, kita perlu mengekalkan pengajaran nenek moyang kita dalam memelihara adab. Mereka sangat mementingkan adab kerana tanpa adab yang baik kita bukannya sesiapa.


Click to View FlipBook Version