NAMA : HANNAN AL-KHAIRINA BINTI SHAHRUL NIZAM AMBILAN : PISMP JUN 2022 OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM 3 NAMA KURSUS : KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM a KOD KURSUS : MPU3451a NAMA PENSYARAH : ENCIK RAZALI BIN HASHIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR
NAMA : HANNAN AL- KHAIRINA BINTI SHAHRUL NIZAM NO. KAD PENGENALAN : 031101141008 NO. MATRIK : P21293089 NO. BSMM : 01-0822-00067102 OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM 3 AMBILAN : PISMP JUN 2022 TARIKH LAHIR : 1 NOVEMBER 2003 TEMPAT TINGGAL : CHERAS, SELANGOR NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD RAZALI BIN HASHIM BIODATA PELAJAR
TAJUK : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN Pendaftaran Ahli : - Keahlian Terbuka - Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. - Komposisi keahlian: - Ahli kanak-kanak: 9 hingga 12 tahun - Ahli Belia : 13 hingga 18 tahun - Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam / Ahli Seumur Hidup : 18 tahun ke atas - Ahli Kehormat Seumur Hidup : Anugerah kepada individu yang memberikan sumbangan Jenis Ahli : - Ahli Biasa - Yuran tahunan RM2.00 setahun - Bayaran dijelaskan kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. - Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. - Ahli Belia (Permohonan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan) - Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanak-kanak
- Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda - Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD) - Ahli Seumur Hidup - Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan - Bayaran yuran ialah RM500 - Ahli Kehormat Seumur Hidup - Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan - Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun - Pasukan Bantuan Sukarela - Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekali gus untuk 5 tahun Rekod dan Kad Keahlian : ● Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. ● Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian Cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran, rekod disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. ● Kad keahlian diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. ● Kad lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. Borang dan Kelulusan Keahlian : 1. Borang keahlian perlulah lengkap dengan gambar. 2. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan, maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada : ○ Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan ○ Salinan kedua disimpan oleh Cawangan ○ Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang @ Unit
○ Kad keahlian kepada Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup Pendaftaran Kumpulan : ● Pasukan kanak-kanak ● Pasukan Belia ● Pasukan Belia Terbuka ● Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam ● Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam ● Pasukan Bantuan Sukarela IPT Pendaftaran bagi Pasukan Kanak-kanak/ Belia ● Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM. ● Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan. ● Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang. ● Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan. Pendaftaran bagi Pasukan Belia Terbuka : ● Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja. ● Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. ● Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pendaftaran bagi Pasukan Bantuan Sukarela : ● Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. ● Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. ● Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanak-kanak/ Belia.
KUASA PENGANJUR Antara kuasa penganjur yang digariskan ialah : ● Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. ● Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. ● Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. ● Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. ● Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. ● Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. ● Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. ● Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi. STRUKTUR UNIT ● Aktiviti-aktiviti di peringkat Chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan, Pasukan Bantuan Sukarelawan, dan sekolahsekolah. ● Struktur unit di sekolah terdiri daripada: 1) Kanak-kanak (Link) 2) Belia (Youth) ● Bagi unit Belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. ● Bagi unit kanak-kanak, Pegawai Kanak-kanaknyaialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh GuruBesar.
● Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari cabang mana dan dan dari bahagian mana. ● Contohnya, unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari cabang Perak, merupakan Youth (Belia) dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke-118 didaftarkan. PENGURUSAN BUKU LOG ● Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang. ● Rakaman sesuatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti. ● Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 sehingga 300 helaian muka surat. ● Kulit luar buku log dibalut dengan plastik supaya tidak mudah rosak.
CONTOH BUKU LOG TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pemimpin dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) seperti Guru Penasihat, Ketua Komander dan Ketua Pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan persatuan. Antara tanggungjawab pemimpin ialah: ● Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK). ● Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. ● Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif institusi pendidikan. ● Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. ● Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. ● Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau peringkat yang lebih tinggi. ● Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi.
● Menyatakan kebersediaan untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek dan sebagainya.
PAKAIAN SERAGAM Tujuan: 1. Mempamerkan identiti BSMM 2. Memupuk semangat disiplin dalam kalangan ahli BSMM 3. Dipakai dengan kemas dan bangga JENIS-JENIS PAKAIAN (LELAKI) BIL JENIS PAKAIAN KEGUNAAN 1. NAMA PAKAIAN: Pakaian Istiadat No.1 - Pegawai Lelaki KEGUNAAN: ● Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Pesekutuan/ Negeri/ BSMM dan lain-lain. ● Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. ● Mengikut arahan.
2. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.2 - Pegawai Lelaki KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi sebagai Ketua Kontinjen atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. ● Mengikut arahan. 3. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.3 - Pegawai Lelaki KEGUNAAN: ● Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. ● Menghadiri Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan. 4. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.4 - Pasukan Bantuan Sukarela Lelaki
KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menerima Pingat/ Sijil Penghargaan BSMM dan lain-lain. ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan. 5. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.8 - Belia & Kanak-kanak (Link) - Lelaki KEGUNAAN: ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan.
6. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.9 - Pegawai/ Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Belia dan Kanak-kanak (Link) - Lelaki KEGUNAAN: ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan. JENIS-JENIS PAKAIAN (WANITA) BIL JENIS PAKAIAN KEGUNAAN 7. NAMA PAKAIAN: Pakaian Istiadat No.1 - Pegawai Wanita KEGUNAAN: ● Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Pesekutuan/ Negeri/ BSMM dan lainlain. ● Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. ● Mengikut arahan.
8. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.2 - Pegawai Wanita KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. ● Mengikut arahan. 9. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.3 - Pegawai Wanita KEGUNAAN: ● Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan.
10. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.4A & 4B - Pasukan Bantuan Sukarela (PBS)/ Belia - Wanita KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menerima Pingat/ Sijil Penghargaan BSMM dan lain-lain. ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Tiap-tiap Kawalan Kehormat hendaklah ● seragam dengan memilih samada Pakaian Seragam No.4A atau 4B. ● Mengikut arahan.
11. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.8 - Belia/ Kanak-kanak (Link) KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. ● Mengikut arahan. 12. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.9 - Pasukan Bantuan Sukarela/ Belia dan Kanak-kanak (Link) - Wanita KEGUNAAN: ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan.
13. NAMA PAKAIAN: Pakaian Seragam No.10 - Pegawai dan Lainlain Anggota - Wanita (Pilihan) KEGUNAAN: ● Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Pesekutuan/ Negeri/ BSMM dan lainlain. ● Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. ● Mengikut arahan.
TAKWIM & RANCANGAN AKTIVITI
PELANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Terdapat pelbagai persatuan yang telah ditubuhkan di Malaysia. Setiap dari persatuan tersebut mempunyai cara penubuhan yang berbeza kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu: 1. Mesyuarat Agong = Semua ahli mempunyai hak untuk mencalonkan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli sebagai ahli jawatankuasa. Antara jawatan yang dipertandingkan ialah Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli jawatankuasa kerja. Selalunya, pemilihan adalah dengan mengangkat tangan atau undian dalam kertas secara rahsia 2. Pelantikan oleh penasihat = Perlantikan dilakukan melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan unit beruniform. Ini berbeza kerana perlantikan melalui nasihat akan mengikut kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. Selain itu, carta organisasi untuk perlantikan melalui penasihat juga berbeza dari perlantikan yang dilakukan menerusi mesyuarat agong.
Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut: ● BIDANG TUGAS JAWATANKUASA Persatuan di institusi pendidikan mempunyai pensyarah atau guru penasihat. Guru penasihat peranannya memberi panduan, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. Kadangkala beliau bertindak sebagai jurulatih. ● Penasihat Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. ● Pengerusi 1. Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong. 2. Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. 3. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan 4. Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir 5. Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan ● Naib pengerusi
1. Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan. 2. Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. • 3. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan ● Setiausaha 1. Menyimpan pendaftaran ahli. 2. Membuat urusan surat – menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. • 3. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. 4. Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. 5. Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan. • 6. Merekod kegiatan gerak kerja ko – kurikulum. ● Penolong setiausaha 1. Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya 2. Menjalankan tugas setiausaha ketika ketiadaan setiausaha 3. Menjalankan tugas yang diarah penasihat dari semasa ke semasa ● Bendahari 1. Menyimpan rekod dan stok harta persatuan. 2. Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. 3. Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. 4. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan. 5. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan. ● Penolong Bendahari 1. Bekerjasama dengan bendahari dalam pengurusan kewangan persatuan. 2. Membantu melaksanakan tugas-tugas bendahari ketika ketiadaan bendahari. ● Ketua Patrol atau Ketua Biro 1. Mengetuai satu kumpulan kecil ahli bagi melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan. 2. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.
PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Struktur Organisasi : ● Tetapkan struktur organisasi yang jelas dan hierarki yang membantu dalam pengambilan keputusan dan pelaksanaan tugas. ● Tentukan tugas dan tanggungjawab setiap unit atau jabatan dalam badan beruniform. Pengurusan Sumber Manusia : ● Rekrut anggota dengan kriteria yang sesuai dengan misi dan nilai-nilai BSMM. ● Sediakan latihan dan pembangunan bagi anggota untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. ● Tetapkan prosedur pengurusan prestasi untuk menilai dan memberi ganjaran kepada anggota yang berprestasi. ● Rancang bajet tahunan yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan operasi dan aktiviti badan. ● Pantau dan laporan kewangan secara berkala untuk memastikan penggunaan dana yang berkesan. Komunikasi dan Koordinasi : ● Tetapkan saluran komunikasi yang efektif di antara semua peringkat dalam organisasi. ● Adakan mesyuarat berkala untuk membincangkan isu-isu semasa dan merancang strategi masa depan. Logistik dan Pengurusan Stok : ● Pastikan persediaan peralatan dan bekalan mencukupi untuk menyokong aktivitiaktiviti kecemasan atau bantuan kemanusiaan. ● Rancang sistem pengurusan stok yang efisien untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran. Pengurusan Risiko : ● Kenal pasti dan nilai risiko yang mungkin dihadapi oleh badan beruniform. ● Rancang strategi untuk mengurangkan dan mengurus risiko tersebut. Pemantauan dan Penilaian Prestasi : ● Pantau pelaksanaan program dan projek secara berkala. ● Lakukan penilaian prestasi badan beruniform untuk menilai keberkesanan dan mencadangkan perbaikan.
Kerjasama dengan Pihak Luar : ● Bangunkan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan, masyarakat awam dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan Teknologi dan Sistem Maklumat : ● Gunakan teknologi dan sistem maklumat untuk menyokong pengurusan di pemantauan aktiviti, dan pelaporan. SEJARAH PENUBUHAN 1948 1.0- Palang Merah British dii Bornea Utara 1950 - Palang Merah British di Pulau Pinang 1957 - Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu Persatuan Palang Sabit Merah Malaysia -Pengiktirafan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antrabangsa (ICRC) 1963 - 1965 - Akta Penubuhan 1965 (540/1965) 1975 - Penukaran nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (162/1975) 1995 - Kajian semula : Law of Malaysia Act Act 540 V V
SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA Pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963 Pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Malaysia bermula di Pulau Pinang dan kemudian negeri-negeri lain. Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu Malaysia ditukar nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Malaysia.
1. KESAKSAMAAN (Impartility) - Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. - Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. 2. KEBERKECUALIAN (Neutrality) - Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. - Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi. 3. KEBEBASAN (Independence) - Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.
4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service) - Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. 5. KETUNGGALAN (Unity) - Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. - Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak - Aktivitinya meliputi seluruh negara. 6. KESEJAGATAN (Universality) - Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. - Mempunyai tanggungjawab bersama. - Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara. 7. KEMANUSIAAN (Humanity) - Memberikan pertolongan tanpa diskrimnasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. - Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
- Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat menghormati dan kedamaian sesame manusia.
Undang-undang kemanusiaan antarabangsa Undang-undang Kemanusian Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang, atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. la melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan. UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara. UUKA tidak menentukan sama ada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Tetapi, sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA akan diguna pakai. UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata - konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa.
Pembangunan konvensyen-konvensyen Geneva -Konvensyen Geneva ditandatangani pada 1949 sebagai rundingan berakhirnya Perang Dunia Kedua 1939-1945, bertujuan mengemas kini terma Perjanjian 1929. -Konvensyen Geneva memperjelas hak asas pihak yang terlibat dalam peperangan melibatkan tentera dan orang awam. -Dalam konvensyen ini termaktub perlindungan terhadap mereka yang cedera dan sakit serta mewujudkan perlindungan ke atas orang awam yang berada dalam persekitaran perang. -Perjanjian 1949 diratifikasi oleh 196 negara; mengandungi empat perjanjian dan tiga protokol tambahan, lantaran menghasilkan piawaian undang-undang antarabangsa berkaitan layanan kemanusiaan semasa tercetus perang. Geneva sedia ada (empat) Konvensyen, termasuk 12 Ogos 1949 di Geneva membuat kesimpulan lagi empat undang-undang asas kemanusiaan antarabangsa, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang antarabangsa untuk standard kemanusiaan. Mereka terutamanya yang berkaitan kepada mangsa-mangsa perang, rawatan tawanan perang dan orang awam di masa perang. 4 KONVENSYEN 1) Konvensyen Geneva Pertama (1864) dan Kedua (1899). ● Anggota tentera yang cedera dan sakit (yang tidak lagi bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera. ● Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit seberapa segera, dan melindungi mereka daripada dianiaya. ● Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir díri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya
saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri. ● Anggota-anggota perubatan sama ada berkhidmat dengan tentera Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan. ● Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi. ● Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. ● Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang. 2) Konvensyen Geneva Ketiga (1929) ● Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasakuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. ● Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan untuk mendapatkan maklumat. ● Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains. ● Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh. ● Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan peang berada dalam keadaan yang selesa.
● Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan. ● Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang. ● Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang. ● Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan. 3) Konvensyen Geneva Keempat (1949) ● Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah seboleh- bolehnya dipindahkan daripada kawasan pertempuran. ● Rumah sakit awam dan anggota-anggota rumah sakit hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. ● Laluan bebas hendaklah diberi kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan. ● Tindakan harus diambil oleh pihak- pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka yang terpisah dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran. ● Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat, kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. ● Dilarang menggunakan paksaan terhadap orang-orang awam untuk mendapat maklumat. ● Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. ● Orang-orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan oleh mahkamah undang-undang (awam).
Protokol-protokol tambahan 1. Protokol Tambahan I - Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) - Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. 2. Protokol Tambahan II - Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977). - Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. 3. Protokol Tambahan III - Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005). - Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
Tanggungjawab negara-negara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia juga bergerak aktif dalam membantu persatuan kebangsaan yang lain terutamanya ketika berlaku bencana besar sejak dari 1970an hingga kini dan diantara bantuan kemanusiaan terbesar yang pernah dihulurkan oleh PBSMM adalah pada 2004 ketika tragedi Gempa dan Tsunami di Banda Aceh dimana PBSMM telah menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan juga para petugas sukarelawan dari pelbagai kemahiran dan latar belakang seperti perubatan, logistik, mencari dan menyelamat. Selain itu, PBSMM juga turut menghantar pasukan respons dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di: 1. Gempa bumi Pakistan 2005 2. Banjir Lumpur Leyte, Filipina 2006 3. Taufan Milenyo (Durian) Filipina 2007 4. Taufan Nargis, Myanmar 2008 5. Gempa bumi Padang 2009 6. Taufan Feng Shen (Frank) Filipina 2009 7. Taufan Feng Shen (Frank) Vietnam 2009 8. Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin 2010 9. Banjir Besar Sind Pakistan 2010 10. Gempa Bumi Tohoku, Jepun 2011 11. Taufan Yolanda, Filipina 2013 12. Gempa bumi Nepal 2015 13. Gempa bumi Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia 2018 Dalam masa aman Bulan Sabit Merah berlatih menyediakan diri untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkesan lagi ketika berlakunya perang atau kecemasan disamping terlibat dalam aktiviti-aktiviti untuk meringankan penderitaan manusia.